Aku perati jer Dato Aliff Syukri ni !

by - Khamis, Disember 30, 2021


Hurm.. malam tadi aku tonton video dia yang viral yang mana menunjukkan dia berada di dalam wad. Aku tak tau apa ceritanya. Kemudian aku cari di Facebook. Bersepah dah rupanya orang kongsi cerita dia kena Covid 19 stage 3.

Katanya baru pulang dari Turki. Untuk pengetahuan, setakat semalam saja, sebanyak 32 ribu kes baru Covid 19 dilapurkan. 32 ribu tau ! Bukan ratus. Kita yang sekarang ni dalam 3 ribu kes pun masih dalam keadaan berhati hati ! Boleh pulak gi melancong kat sana ???? Aiyokkk.. Giler ke apa ? 

Aku buka Facebook dia. Tengok video video dia bercuti di sana bersama keluarga. Seronok. Alhamdulillah.. Tak pe la.. dia berkemampuan ! Tapi yang menariknya ialah... boleh kira la berapa kali face mask di muka dia ! Tu pun bawah hidung dia. Allah.. Apa la Dato oiii ! 2 tahun dah kot diajar cara pakai face mask ni. 

Nah.. sekarang dah terlantar di wad. Stage 3 katanya. Dah ada jangkitan kuman dalam darah. Punca jangkitan , tak diberitahu. Kalau kau ikut SOP dan dijangkiti, rasa kasihan tu memang ada la. Ini sebaliknya. Malah bila tengok video video dia dan siap dengan caption dia yang.. Hurm.. Aku rasa kasihan sangat dengan dia. Sangat kasihan. 

Tak pe la Dato. Siapalah saya nak berleter kan ? Hanya mampu berdoa supaya Dato serta ahli keluarga Dato, segera cepat sembuh dan selepas ni , kita sama sama jaga SOP yer. Tak kira la kita di dalam atau di luar negara.  

Bagi mereka yang nak bercuti di luar negara tu.. tolong jangan bawa pulang penyakit ye. Tak lama lagi nak puasa dah. Pastu nak raya. Takkan nak bervideo call lagi walaupun rumah orang tua sekangkang kera jer ! 

 

You May Also Like

1 comments