Tersingkirnya NICO G di Gegar Vaganza 8 seperti yang 'dirancang'..

by - Isnin, Disember 06, 2021

Walaupun dalam mode bercuti , aku tetap layan Gegar Vaganza 8 @ 2021 ni. Bukan la sebab nak berhibur atau kebosanan mahupun sebab nak content tapi saja sokong artis artis Malaysia di musim PKP ni. Kita tau, ramai yang perlu bangkit dan teruskan perjuangan di baki sisa sisa kehidupan ini. Semoga mereka di murahkan rezeki. 

Kalau rasa Gegar Vaganza ni membosankan, boleh bertukar ke TV Al Hijrah. Kat situ pun ada rancangan macam Gegar Vaganza.. dipanggil Hijrahkan Laguku. Artis artis yang bertanding pun , padu padu. Ada Nash, Mark Adam dan ramai lagi. Sila sila... Jangan gaduh gaduh.. 


Peserta pertama pertama  , Suki Low dan penutup oleh Nikki. Dan seperti yang dijangka aku, beberapa artis dah boleh nampak terkeluar di awal awal pusingan. Antara jangkaan aku ialah Fazley Yaakob , Nico G , Shidee . Ani Mayuni dan Azan Scan. Tapi segalanya bergantung pada persembahan mereka juga. 

SA.YA semalam , memang menghiburkan. Respek mereka tetap cuba bawakan lagu To Be A Better Man dengan baik. Bandi Amuk , ada perubahan. Cuma yela.. suara dia dan lenggok tu payah sikit dengan lagu P.Ramlee tu. Tapi dia berikan yang terbaik. Suki , nasib baik aku dah kawin. Gitulah.. 

Aliff Aziz.. persembahan dia menyelamatkan dia. Adibah Noor , seperti yang aku jangka.. dia memang pencabar dan bakal ke final bersama Upiak dan juga Aweera. Dah boleh nampak muka muka yang bakal membuatkan penonton menempah kerusi untuk final nanti. Yang jadi persoalannya, konsep final tu je. Apakah akan ada perubahan untuk memastikan Gegar Vaganza 2021 ni lain dari yang sebelum ini? Haaa.. tu terpulang kepada penerbit. Yang pastinya, peserta kali ni.. memang memuaskan hati aku.

You May Also Like

4 comments

  1. tak layan sangat GV..hahaha. tak berapa nk minat

    BalasPadam
  2. Semua peserta dah cuba yang terbaik. Nampak usaha mereka. Tapi usia dan stamina turut main peranan semasa persembahan. Kita tunggu minggu ke4 pula.

    BalasPadam
  3. Tak sabar nak tengok Abg Bandi Amok.
    - done follow

    BalasPadam