Taman Tema Air di Sekinchan tarikan terkini di Selangor.

by - Isnin, Disember 13, 2021

Woww ! Makin naik Sekincan sekarang ni. Kali terakhir aku pergi, tengok padi menghijau. Pastu ada tarikan terbaru. Tu pun aku tak pergi lagi. Ni aku tengok di Facebook Tourism Malaysia, diaorang ada post mengenai tarikan terkini di sana ! Walaweii ! Makin meriah weh ! 

Nampaknya, Selangor makin penuh dengan tempat tempat riadah keluarga. Tak sabar lak rasanya nak pergi sana dengan anak anak. Mesti teruja punya. Bukan sekadar boleh main air tapi macam macam lagi ada. 

Tak perlu dah nak gi negeri lain pasni. Kalau pasni ada PKP dan tak leh rentas negeri, rasanya Selangor je pun dah cukup menarik ! Hahahahaha.. kan kan ! Esok gak suruh wife amik cuti seminggu. Kita pusing Selangor dulu. 

Oh ya... satu je pinta aku ! Tolong jaga kebersihan dan juga SOP yer. 


Dari posting Facebook Tourism Malaysia...

Msekin Wonderland adalah tarikan baharu di Sekinchan yang memang sesuai untuk family getaway. Anak-anak pasti akan suka bermandi-manda di sini kerana terdapat 10 jenis kolam yang pelbagai saiz akan membuatkan mereka tak senang duduk !

Selain tu, ada juga ATV, trampoline, basikal elektrik, restoran ikan bakar dan juga gerai menjual produk tempatan. Taman tema ini terletak berhampiran dengan pantai, pemandangan pun cukup cantik, sesuai untuk bergambar dan santai bersama keluarga. Kalau nak stay di situ, hotel & resort pun ada. 

Harga bagi dewasa adalah RM 25 manakala bagi kanak-kanak RM 20. Banyak lagi tarikan yang bakal dibuka bagi fasa 2 pembukaan taman tema ini. Memang menarik! Kalau anda ke Sekinchan boleh la singgah di sini.



📍 Msekin WonderlandMsekin Wonderland, No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

📸 : Sekin Wonderland & Feylla Omey




























 

You May Also Like

3 comments

  1. Wah... Menarik! Harga cun. Boleh laaa plan cuti sekolah ni bawak family

    BalasPadam
  2. bestnyaaaa. dah kasi mak baca! hahhahahahhaha

    BalasPadam
  3. menariknya tengok..besar. harga pun tak mahal sangat la puas hati nampak. bila nak pergi tak tahu la..hehe

    BalasPadam