Ketaksuban anak anak dengan cendawan !
Ketika beriadah sambil bersenam di Putrajaya baru baru ni, aku ada tunjukkan sejenis cendawan pada Aariz. Dia cukup teruja. Bermacam soalan dia tanya ada aku. Jenuh gak la nak menjawab. Antaranya , kenapa cendawan tu beracun dan tak boleh dimakan. Qhaliff dan Zahra pun tujukan pelbagai soalan juga. Adeh.. Tak pasal pasal aku kena cari info pasal cendawan ni.
Tapi bagus gak la bila dia tanya soalan soalan pada aku yang mana aku sendiri pun tak pernah amik tahu bab ni walaupun aku minat makan cendawan. Dan baru baru ni ada kes sekeluarga keracunan dek kerana makan cendawan beracun, menambahkan lagi minat aku untuk membaca pasal cendawan ni.
Persoalan maut.. camana nak kenal cendawan tu beracun atau tidak ? Yang mana boleh dimakan dan yang mana tak boleh ? Jenuh gak kalau takda ilmu bab ni. Nak selamat, jangan kutip cendawan di dalam hutan ! Hahaha..
Bila bawa mereka mengenal alam , barulah mereka seronok. Dunia mereka dengan gajet selama PKP ni , membuatkan aku kasihan dengan mereka. Sampaikan si Qhaliff siap bertanya pada aku... " Daddy, ramai kawan tak masa kecik dulu ? Kawan Qhaliff kat sekolah jer.. "
Rasanya.. aku kena bawak diorang masuk hutan cuti sekolah ni. Tapi masalahnya... mak diorang tak suka lak ! Adeh.
0 comments