Bagimana nak kawal makan di tahun 2022 ?

by - Jumaat, Disember 31, 2021


Ada kawan kata... " aku susah la nak kawal makan ! Kalau duduk dengan orang tua , aku kena makan apa je yang diorang masak. ". Jika yang tinggal bujang, pun gitu gak. Memang payah nak jaga makan. Kan kan ? 

Betul.. aku sokong ! Memang susah nak jaga makan ni tapi sebenarnya, kalau korang jaga makan , korang akan jimat banyak duit ! Haaa ! Seriusss ! Dan bila korang jaga makan , korang akan nikmati kehidupan ni di satu level lain lak. Lagi menyeronokkan ! 

Tapi ada orang kata.. buat apa nak jaga makan ! Makan je la selagi hidup !! Betul tu.. serius ! Tapi tahukan kita pemakanan sekarang ni banyak yang bikin kau cepat dapat penyakit ! Tak caya ? Cuba tanya mereka yang bikin makanan viral tu. Apa kandungan dia. Dan cuba cari kesannya jika masuk dalam badan kita, untuk jangka panjang. ! Kalau sakit terus mati, senang. Tapi kau derita di masa akan datang... contohnya jika dapat kanser , penyakit darah tinggi mahupun kencing manis ! Tu belum lagi Gout ! Macam macam penyakit ada haaa... dek kerana MAKAN makanan yang tak betul. 


Tak salah nak makan pun. Makan je la ! Tapi kita perlu tahu apa kita kena makan tu. Aku tak kata orang yang bersenam cam aku ni , sihat dan betul dah makannya. Aku sendiri pun ada sakit gak kekadang dan juga ada gak belasah macam macam makan... tapi berpada dan jarang jarang. Bila teringin , makan la. Dengan kuantiti yang kecil. 

Di tahun 2021 ni, banyak dah aku tengok kawan kawan tumbang dek kerana makan. Yang cantik , segak.. tiba tiba ada penyakit ! Bila tengok lifestyle mereka.. suka makan ! Asal ada makanan viral , makan ! Bersenam.. seminggu sekali ! Udahnya... adeh. 

Aku bukanlah nak tunjuk bagus ke apa.. aku cuma nak ajak korang, kawan kawan aku ni... ubah gaya hidup. Selain rajin beribadat , kita kena rajin jaga kesihatan. Dapat gak pahala. Bukan susah pun... kat Instagram tu, ada macam maam sifoo ada ajak kita bersenam. Macam macam teknik. Dari yang mudah hinggalah ke level padu padu. Bonus, badan jadi cun... rupa hensem.. cantik sudah semestinya. Apa barang nak bergantung pada mekap memanjang mahupun gaya baju yang mahal mahal ! 

Mulakan yang mudah... ubah gaya makan kita. Sarapan pagi yang betul. Pastikan kalori rendah tapi punya khasiat. Makan malam yang sihat... bukan melantak macam buaya kebuluran. Dan buang tabiat memburu makanan viral ! Ingat.. usia kita bertambah setahun lagi dan organ dalaman kita semakin tua. Walaupun di luar nampak muda.. tapi dalaman kita.. 

Mati memang akan mati.. tapi menjaga kesihatan adalah kewajiban kita ! Dan kesihatan, amatlah mahal harganya... mahal ! 





You May Also Like

1 comments