Bila si isteri dok sibuk mintak 'surprise' !

by - Januari 03, 2022

Setiap tahun... nak masuk tahun baru, wife aku mesti happy ! Dia nak tau apa hadiah untuk dia. Takkan ' kasih sayang ' dari dulu je ! Dan dia punya hadiah untuk aku , ' i dah kasi 3 orang anak kan ? '... cenggitu ! Hahahah.. takda la. Ada je hadiah tapi gitulah orang perempuan... Ko kasi la apa apa pun, payah dia nak ingat ! Tapi sekali ko buat hal ngan dia, sampai kiamat dia ingat.. kira beruntunglah kalau dia tak ungkit ! Boleh berdarah telinga kalau dia ungkit ! 

Maka tahun ni, aku tak tau la apa nak buat. Bukan apa.. dulu masa bercinta.. ala , zaman zaman belum kawin gitu ! Duit banyak la kan ? Nak beli kasi itu ini mestilah ada bajet. Dah kawin ni, nak beli itu ini, kena ingat keluarga di rumah. Ececcece... alasannnn diaa tu kan ! Babap kannng ! Ok ok.. sambung! Bila aku belikan hadiah itu ini, dia kata aku membazir ! Tak payah la belikan apa apa untuk dia. Eh ??? Betul ke gitu ? Wah.. untunglah aku. Jimat banyak pasni kalau kawin. Tak yah beli apa apa ! 

TETTTTTT ! 

IN YOUR DREAM !! 

Kata kata perempuan itu palasu semata mata.. Macam bulu mata palsu tu laaa ! 

Ok ok...  Ceritanya bermula begini..Oh ya , kisah ni sehari sebelum hari lahir dia yakni 1hb Januari. Kalu nak buat suprise , kena buat dia kat opis. Kalau kat rumah , nanti Aariz pun nak gak. Jenuh aku la suprise 3 orang anak haa.. 

Selepas wife aku gi kerja.. hati aku tergerak untuk berikan sesuatu yang istimewa untuk dia. Yelah, dia kata aku TAK PERNAH kasi suprise untuk dia. Korang ( lelaki ) pun tau la kan.. orang perempuan ni suka guna perkataan TAK PERNAH walaupun dah BERKALI KALI puak kita buat ! 

Teringat aku pernah berbalas mesej dengan satu seller di IG. Aku ada tanya pasal service dia. Cuma masa tu tak terplan lagi la. Dah wife dok tanya memanjang.. maka aku rasa aku nak buat la penutup tahun 2021 ni. Nak kasi kereta terbang tak mampu.. pokok balak tumbang banyak la ! 

Aku whatsapp seller tu. Dia pun rekemen gitu gini gitu gini.. Ok.. aku berkenan yang satu ni ! Simple... Dan aku kasi tau apa aku nak. Dia pun kasi la harganya. Harganya ok jer. Aku tak mintak kurang pun. Aku tak suka nak mintak kurang melainkan dia yang kasi kurang. Heeee.. 

Aku setuju. Dia kata lepas buat bayaran , kasi resit. Cun. Aku sambung mandi dulu...  Baru lepas workout ! Idea pagi hari.. gitu la adanya. 

Selepas mandi.. aku nak buat bayaran. Tengok dalam akaun bank.. Alamak , tak cukup RM4 !! Adeh... camana ni ???? Aku kan suri rumah. Gaji takda.. Harap duit jatuh dari langit jer. Huhuh.. Alhamdulillah.. 

Camana eh nak bayar ? Takkan nak mintak diskaun kot ? Kang dia kasi barang tu.. ala ala jer ! Tamo laaa gitu kan ? Puas pikir.. Takkan nak pinjam orang .Hahahaha... Tamo tamo.. 

Aku pun whtsp la wife... Suh dia tranfer duit dalam akaun simpanan bersama tu. Alaa.. kantoi lak. Korang dah tau ! Suh tranfer RM100 je pun.. 

Dia tanya nak buat apa ??? 

Ala.. nak bersoal jawab la pulak ! 

Aku jawab.. nak bayar INSURAN. 

Dia pelik sebab bab ni dia yang uruskan. Aku bagi duit jer. 

Grrr.. tersalah bagi alasan lak ! Teringat aku belum bayar insuran PA lagi. 

Aku kasi tau gitu la.. Insuran Maybank tu.. 

Respon dia.. " Owh.." dan dia pun tranfer la.. 

Pastu dia send resit kat aku. Aku tengok.. 

" IBG " !!!! 

Huwaaaa... kena tunggu sehari untuk clear dan hari ni hari Jumaat kot ! Takkan nak bayar hari Isnin ??? 

Adeh.. camana nak bayar ni ??? 

Aku mesej kawan rapat aku. Nak pinjam RM50 ! Hahaha... giler aihh.. Dia tak reply... 

Aku mesej wife balik.. suruh tranfer lagi duit.. dan dia tranfer ! Mesti pelik kenapa. Hahahaha.. lantak la.. 

Dah dapat... aku pun bayar laaa.. Pastu seller mintak alamat pejabat. Alahaiii ! Mana aku nak tauuu alamat opis dia.. Aku mesej wife.. mintak alamat pejabat dia. Ko rasa dia tak pelik ????? Suprise laa sangat ! 

Dia tanya kenapa nak alamat di ? Aku jawab nak deliver barang. Kalau hantar ke Sepang , mahal. Hantar ke Putrajaya ..murah skit. Cenggitu. 

Dia pun kasi je la. Mesti pelik. Aku pun malas nak pikir dah. Jadi surprise ke tak.. lantak kome laaa.. Janji aku buat ! Besday aku nanti dia tak buat.. siap dia ! Hahahaha... 

Siap ! Selesai ! Tunggu lepas solat Jumaat seller tu hantar... Alhamdulillah.. 

Dan lepas solat.. aku balik rumah.. tengok dia baring baring atas katil dengan Aariz. Dok ajar membaca. Tanya dia.. tak gi kerja ke ? Dia jawab gi.. 

Dia pun besiap. Sebelum keluar tu.. dia bagitau aku... 

" Bang.. saya tak masuk opis tau. Ada meeting kat kementerian lain." 

Aku yang sedang makan nasi lauk ikan sardin , rasa nak tersembur ! Udahnya hadiah tu sapa nak sambut ?? Takkan nak kasi kat pak guard bawah tu ?? 

Aku cakap barang aku sampai kang.. camana ? Dia tengok aku.. dan berlalu keluar. Eh.. dia ni tau ke projek rahsia aku ni ??? aish.... aku pulak yang kena suprise ke apa ni ? Alaaa..penat aih ! Tak pe la.. janji aku buat dah. Dia nak terkejut ke tak, pandai pandai la dia berlakon nanti ! Hahahah..

Seller tu kata team dia akan hantar antara jam 3-5 petang. Sebelum balik kerja. Kiranya ni time aku request la.. Dan pada jam 4 petang, aku dapat mesej..

Tadaaaa ! 

Dan untuk pengetahuan korang.. sebenarnya hari tu masuk hari ke 2 wife aku sentap ngan aku. Kiranya tak nak berbual , atau bermanja manjaan gitu la! Tanya sepatah. jawab sepatah. Ala, korang pun biasa kan ! Hahaha... Tapi lepas dapat bunga ! Tu diaaaa... dia punya sengih !

Oh ya.. aku memang kasi bunga jer. Takda kasi makanan. Dia kata nak diet ! Dan takda belon. Kalau ada, nanti dia segan nak bawak naik masuk pejabat. Ni amik bunga pun kat lobi pejabat. Hahahaa..





Oh yaa... mesti korang nak tau dari sapa aku buat tempahan ni kan ? Tempahan ni siap last minit tau ! Bagus ! Laju jer. Dan memang terbaik laaa gubahan dia. Pasni aku nak suprise diri aku sendiri. Nak amik bunga yang mahal mahal. Yelah , appreciate ur life kan ! Hahaha...

Di instagram , korang boleh follow.. SURPRISEDELIVERYSEPANG . Service terbaik ! Disyorkan.




You May Also Like

1 comments