Bila perut lapar di malam hari , nak makan apa ?

by - Isnin, Januari 10, 2022

Lapar di malam hari memang masalah apatah lagi kau spesis jaga makan dan kesihatan. Memang tak bagus makan malam ni. Waktu ni la 'enjin dalaman' kita nak berehat. Satu hari bekerja , malam mau rehat gak kan ? Ni asyik dok bekerja jer.. Bahaya ! 

Dan paling bahaya ialah.. makan malam hari ni , ikut nafsu. Pergh.. Teringin nasi kandar la.. roti canai banjir laaa.. tom yam laaa.. tak pun megi ! Perghh... padu sungguh laa ! Bagi yang jenis kira kalori , mesti tau berapa banyak kalori yang bakal tersimpan. Bagi yang kira khasiat , mesti akan geleng kepala punya tau berapa punya banyak racun sudah masuk ! 

Aku tak nafikan.. aku pun jenis belah malam kebuluran. Sebenarnya tak susah pun nak elak makan malam banyak banyak ni. Cukup time.. tidur ! Tidur awal waktu. Paling elok, jam 10 malam. Bangun subuh pun fresh. Selepas solat , makan pagi la.. kan kan ?

Kesilapan kita yang mengakibatkan kebuluran di malam hari ialah.. kesilapan diet pemakanan. Makan pagi lewat dah. Pastu makan tah hapa hapa.. Pastu makan tengahari , dah nak masuk petang. Pastu malam ? Makan pun mengarut ngarut je. Asal kenyang. Memang bermasalah la jawabnya. Bukan masalah dengan berat badan je.. ngan kesihatan pun akan bermasalah. 

Solusinya ? Kita kena ubah. Aku, kau dan dia ! Makan pagi tu.. nak makan ? Kena ingat.. sebelum nak makan tu, kena masukkan apa dulu ? Contohnya.. buah ke.. air suam ke.. Jangan terus makan ! Kalau terus makan , memang akan amik jumlah yang besar. Sebab tu kena isi dulu dengan air suam mahupun buah. Sekurangnya, suku dari perut kita tu dah diisi dengan benda yang baik. Pastu barulah makan. Lebihkan protein dari karbohidrat. Ikan bakar ke.. Pastu sayur. Kuah kasi taruk sikiiiiiiit je ! Cenggitu. Elakkan sup sup di kedai yer. Kalau nak jaga badan la. Kalau tak nak, bedal je la. Kalau korang ada penyakit darah tinggi , nasihat aku.. elakkan la. 

Aku.. sarapan pagi aku amik whey protein dengan oats. Sangat bagus untuk aku leankan badan. Terasa lebih ringan dan segar. Lapar tu memang akan lapar tapi pandai pandai la kau cari makanan yang tidak membuncitkan perut. Dan paling utama , aku tak nak makan makanan yang bikin aku sakit kepala ! Tinggi garam dan tinggi gula ! 





Makan malam.. Ramai gagal bab ni termasuk aku. Sebenarnya mudah jer. Kalau aku tidur awal, aku takda masalah dengan makan malam. Jam 6-7 petang tu, aku makan dah. Solat Isya' tu, ready dah untuk tidur. Jangan bukak tv.. jangan layan movie ! Handphone pun kasi tutup data. Biar buka untuk terima call je. Mana tau ada emergency , kan ? 

Bagi yang berjaga malam tu.. carilah buah buahan atau ada je kudapan yang berkhasiat. Elakkan yang tinggi garam mahupun yang berproses. Kalau muda lagi.. ok la tapi aku tak galakkan. Nanti dah tua baru nak jaga badan mahupun kesihatan.. naya ! Dan sekarang ni, ramai je yang muda muda.. dah mula makan ubat doktor ! 
 

You May Also Like

0 comments