Tahun 1 tiada pengiliran, memang bermasalah !

by - Sabtu, Januari 15, 2022


Termenung aku ketika wife antar mesej ! Rasa menyesal gak hantar Zahra ke sekolah pada hari pertama. Bayangkan, baru 1 hari sekolah , dah ada senarai nama murid kena kuarantin di rumah. Tapi kelas Qhaliff , takda lak isu kuarantin ni ! 

Kelas Zahra , Tahun 1 ada 42 orang murid ! Bayangkan mereka tiada pengiliran. Cikgu lak, sorang ! Masa mengajar , nak kena fokus mana satu ? SOP anak murid atau pembelajaran ? Adeh... Cikgu sendiri pun risau gak. Nak kena jaga SOP . Mereka juga ada keluarga untuk dijaga. 

Manakala kelas Qhaliff lak, tahun 3.. ada pengiliran. Setakat ni, takda isu kuarantin timbul. Setiap kumpulan ada 20 orang murid. Nah.. senang nak urus macam ni.  Murid murid pun dapat berikan perhatian. 

Semalam.. kelas Zahra cuma 17 orang je hadir. Selebihnya, kena kuarantin dan juga mak ayah rehatkan anak. Risau ! Aku tak pasti ada kes positif Covid 19 atau tak. Tapi senarai dikeluarkan hanyalah menulis kurantin , tak sihat dan direhatkan. Macam Zahra, aku rehatkan terus sejak hari Rabu tu. 

Wife ada berbual dengan guru kelas Zahra masa gi jemput dia hari tu. Cikgu sendiri pun pening nak ajar dalam keadaan begini. Bila tengok depan , murid kat belakang.. mula la berterabur. Takkan nak kena jerit memanjang. Cikgu tu pakai face mask ! Sian woii..  

Fokus cikgu sekarang, nak mereka boleh membaca , mengira dan boleh menulis dengan baik. Zahra ok la part ni. Masa PKP ari tu, dia banyak la perubahannya. Kena ajar sendiri di rumah. Mak ayah kena mainkan peranan. Sebab tu aku rehatkan Zahra. Beri cikgu ruang untuk mengajar anak murid lain yang tercicir. Terpaksa la berkorban walaupun Zahra nak pergi sekolah. 

Aku harap.. KKM boleh pertimbangkan semula sistem pengiliran ni. Jika murid kena kuarantin, mak ayah turut sama kena ! Takkan nak letak diorang dalam bilik seorang diri. Dan , mak ayah gi kerja ! Jika anak tu popsitif selepas beberapa hari kuarantin ? Hurm... 






 

You May Also Like

3 comments

  1. Patut semua buat penggiliran juga. Nak tak nak tawakkal jelah anak ke sekolah

    BalasPadam
  2. kalau penggiliran memang mudah sangat cikgu nak handle. sebab 1 kelas pun dah 40 orang. pengsan cikgu tu huhu...

    btw, jemput join segment di blog.

    BalasPadam
  3. Wonderful article. It's very useful. Best Car Editing Ltd. Is a well-known photo editing company for over the last 9 years. Our goal is to satisfy the client by providing top-quality photo editing work. I really appreciate your post. Thanks for sharing this with us.
    I find a very good website for the Car Photo Editing, You can visit this site.

    BalasPadam