Berbaloikah STAR MARKET , Bandar Baru Salak Tinggi ?

by - Jumaat, Januari 21, 2022

Aku pernah nampak jiran aku update pasal pasaraya STAR MARKET ni ketika mula mula ianya dibuka. Namun, ianya tak berjaya menarik perhatian aku sebab tau mesti kecik jer. Tak berani nak pergi tempat tempat kunjungan ramai ketika tu. Hee.. 

Kemudian , nampak seorang kenalan di Instagram update pasal ni gak. Katanya ala ala Jaya Groucer ! Wah.... terus aku rasa cam nak kena pergi gak ni ! Dan baru baru ni, aku gi sekeluarga. Tapi aku hantar wife je masuk. Aku suruh dia tengok tengok dulu. Kalau dia kata best, maka bestlah ! Cenggitu haaa..

Dia pun masuk. Cam biasa la.. orang perempuan masuk ! Takkan nak keluar tangan kosong kan ? Mesti nak membeli punya.  Ketika dia dalam tu, dia video call aku. Tunjuk dalam tu camana. Luas dan selesa nampaknya ! Terus aku teruja gak tapi bukan hari ni untuk masuk. Tunggu wife keluar.. dan dia berjaya keluar dengan selamatnya... bersama beberapa barangan ! Tau dah. 

Dan kelmarin... aku sekeluarga pergi sekali lagi. Kali ni aku masuk. Anak anak teruja. Dapat shopping sendiri. Ada troli kecil. Huhuh... Wife pesan.. sorang boleh pilih satu barang je ! Hahahha. Punya bawak troli, satu je boleh beli. 

Apa pendapat aku ? Heeee... Korang tengok dulu gambar ni , pastu bagitau aku.. ok ke tak ? 

 























Dari sudut kebersihan , tip toplah. Susun atur , kekemasan.. memang terbaik. Harga camana lak ? Hurm... stardard punya harga. Maksud aku, harga pasaraya la. Dan bagi aku , jika pasaraya begini ada jual sayur sayur yang biasa aku beli , memang terbaiklah. Sayangnya , tiada beetroot di sini ! Jika tiada beetroot , bererti aku masih perlu ke Alamanda atau Aeon Nilai. Ya, beetroot sangat penting untuk aku dalam diet pemakanan. Apakah kelebihan beetroot sampai aku perlu dapatkan setiap bulan ? Tu boleh baca di entri KELEBIHAN BEETROOT ni.

Jika STAR MARKET ni ada jual pelbagai sayuran organik terutamanya, mesti akan menarik lagi ramai pengunjung terutama perempuan. Tapi , macam ni pun ok dah. Banyak dah barang ada. Dari atas sampai bawah. Dari baby sampai ke orang tua ! 

Apa pun... kewujudan STAR MARKET ni membantu penduduk setempat jika berlaku PKP lagi.. Huhuh..

You May Also Like

1 comments

  1. nice review. tak pernah tahu pun kewujudan market ni, ni baru tahu lepas baca blog ben ashaari

    BalasPadam