Apa dah jadi dengan Malaysia ni ?

by - Khamis, Januari 06, 2022

Ketika balik Kelantan hari tu, aku lalu lebuhraya baru. Rasa cam woww.. cepat dan memudahkan. Tapi 'bayaran' untuk dapatkan semua ni , tak berbaloi sama sekali ! Aku tak tak nampak kehijauan yang mana satu ketika dulu, aku cukup teruja bila balik ke Kelantan dek kerana kehijauan buminya. Terasa segar memandu di sepanjang hari. 14 jam tu dah biasa. Boleh berhenti rehat di mana mana dan menikmati suasana. Tapi sekarang ??? 

Sampai bila ??? Jika berterusan , aku rasa tak lama dah hutan hutan di negara kita ni. Yang tinggal sejemput jer di setiap negeri. Pastu baki hutan itulah untuk rakyat nikmati ! Tu pun kena bayar bila nak masuk. Dan rasanya... tak mustahul akan dibina hutan hutan tiruan dengan mengunakan panel panel tv dan gunakan bunyian palsu unggas unggas rimba ! 

Binatang binatang? Hurm.. kirim salam la nak ada lagi. Gi tengok kat zoo. Tu pun katanya dah mula tak terurus ! Apa dah jadi ? 



Manakala Sungai Gabai yang jadi kunjungan ramai di hujung minggu , turut musnah dalam banjir kali ini. Sungai Congkak yang jadi pilihan aku setiap kali nak pergi beriadah bersama keluarga ,aku tak tau apa cerita lagi. Dah turut ditutup sementara untuk kerja kerja penambahbaikan. 

Sangat menyayat hati bila tengok semua ni. Tak mustahil , satu hari nanti.. nak tengok keindahan alam. kena pergi luar negara. Dalam negara, hanya ada hutan batu yang dikhas untuk bekerja dan membeli belah bagi golongan berpendapatan tinggi ! 





Bila alam sekitar diganggu... nah, sapa jadi mangsa ? Demi kemodenan yang takkan berpenghujung , kita akan terus rakus dan jadi mangsa. Sapa kisah ? Setakat turut padang untuk berlakon dan hulurkan sumbangan ? 

Satu je aku nak tahu.. mereka ni percaya ke pada balasan hari akhirat ? Semoga Allah melaknat mereka yang rakus , tamak , tidak amanah ini di hari akhirat kelak. 




 

You May Also Like

0 comments