Kedai Makan Ain atau Budaya Corner di Kampung Terachi , Kuala Pilah.

by - Khamis, Januari 13, 2022

Selesai booster di Dewan Rakan Muda , Kuala Pilah.. terus ke sini. Kalau nak makan kat sini, kena standby sebelum orang keluar lunch lagi ! Kalau tidak.. memang jenuh la nak beratur panjang. Aku pernah tulis pasal Kedai Makan Ain ni satu tika dulu. Boleh baca di Kalau Minat Masakan Nogori, Cubalah Makan di Kedai Ain ni. 

Sekarang Kedai Makan Ain ni dah pindah masuk ke dalam. Alhamdulillah.. Selesa sangat dan mudah untuk parking kereta ( bukan waktu makan tengahari ). Walaupun cuaca di luar panas , kami sekeluarga makan di dalam , tak terasa bahang. Ruangan makan yang luas. Meja makan yang selesa, besar dan ada penjarakan dengan meja yang lain. 

Tandas, surau.. aku tak sempat nak check. Maklumlah, aku gi sana bukan untuk review dijemput. Ni pun curi curi je amik gambar. Risau orang marah. Heee.. Maka aku amik mana yang sempat jer. Tempat basuh tangan.. ada lebih dari 2. Maka tak perlulah beratur panjang gitu. 

Air suam.. percuma. Heee.. Ok la kan ? Ada kedai makan , air suam pun dia charge ! Pastu pilihan makanan.. kalau nak banyak, sila datang atas jam 12 tengahari.. menghampiri jam 1 petang ! Masa ni banyak lauk pauk panas panas dihidangkan. Cuma masalahnya ialah waktu ni, ramai orang dah ! Kalau zaman dolo dolo, ok je beratur panjang. Sekarang nak beratur panjang , pikir banyak kali gak la. 

Makanan dia sedap tak ? Hurm.. sejujurnya, sini memang tempat makan pilihan aku bila ke Kuala Pilah. Bukan sebab kena ngan tekak aku je tapi staff pun ramah jer. Takda la nak masam muka bagai bila di tanya itu ini walaupun soalan tu nampak 'bodoh' sikit. Cenggituuu.. 

Oh ya.. aku ke sini memang untuk makan masak lomak cili api jer. Lain lain, aku tak kisah sangat. Hahahaha... 










Harga camana lak ? Hurm.. aku tak tau nak kata. Kang aku kata murah , korang kata mahal. Kalau aku kata mahal , korang kata kensel lak nak pergi ! Hahahaah.. Dia macam ni jer.. Kalau korang nak makan sambil bersantai santai dengan suasana kekampungan , langit membiru.. meh la. Confirm puas makan. Harga , bergantung pada makanan yang korang amik. Kalau rasa nak jimat , korang amik nasi putih dan kuah jer. Kalau rasa duit ada banyak masa tu.. silalah menikmati makanan yang terhidang. Pilih dan bayar jer.

Apa pendapat aku ? Jujur ? Aku akan datang lagi ke sini.. InshaAllah. 

Lokasi : Perkampungan Budaya Terachi, Kampung Terachi Kuala Pilah. 
Masa : Pagi hingga petang 

 

You May Also Like

2 comments

  1. Takde nikmat makan nasi dengan kuah je. Tengah rancang nak pegi nogori makan masak lemak cili api ni

    BalasPadam
  2. Memang sedap. Saya makan sejak kedai ni meniaga tepi jalan lagi. Terbaik!

    BalasPadam