Bergayut bagus untuk anak anak kita !

by - Khamis, Januari 27, 2022

Aku beli satu lagi. Nak pasang rumah adik ipar. Bagus  pull up bar ni. Ramai ingat ianya sekadar untuk sadokan diri atau nak berotot otot ! Haish.. salah tu ! Sebenarnya banyak manfaat pull up bar atau bergayut ni. Bukan saja mampu membakar banyak kalori tapi juga menguatkan otot otot bahagian atas  badan dan juga boleh menghilangkan buncit ! Bahkan cengkaman jari jemari pun jadi kuat.

Buncit boleh hilang ke ??? Bayangkanlah.. aku seberat 90kg ni, hari hari dok angkat diri sendiri. Tak perlu nak berskill ala ala gimnastik atau calisthenics tu. Sekadar asas je ok dah. Jika dah rasa power pastu, barulah ke level advance tapi bagi aku , memadai je biasa biasa. Nak lebih dari tu, kena gi buat kat tempat terbuka. 

Camana pull up bar ni boleh hilangkan buncit ? Lelaki dan perempuan yer.. Bila dah boleh bergayut dengan baik, maka kekuatan sudah ada. Kemudian , bolehlah angkat kaki perlahan lahan. Buat macam mengayuh basikal... berjalan kaki dan sebagainya. Semua tu memerlukan kalori dan seterusnya membakar lemak lemak di sekitar perut. Tak lama pun nak kena buat.. Sehari korang set 50-100 kali up. Pagi 30 ( 10x3) , petang dan malam. Nah... siap ! Sebulan , confirm nampak beza ! 

Dan bergayut ni merupakan salah satu daripada rangsangan sensori pergerakan (proprioseptif)  utk menambah ketahanan pada otot dan sendi anak-anak. Setiap hari kita perlu berada di sekolah dalam 6 ke 7 jam, perlu duduk dan berdiri. Ketahanan otot yg tinggi adalah perlu supaya anak tidak letih perlu duduk atau berdiri dalam jangkamasa yg lama.Aktiviti bergayut ni juga membantu mereka bertahan lama dan tidak mudah lenguh semasa menulis. 

Oh ya.. Pastikan aktiviti bergayut ni dilakukan dengan pengawasan ibu bapa faktor keselamatan.





Ok.. pull up bar atau chin up bar ni aku baru beli kat Lazada. Harga , RM45 jer. Ketahanan dia memang boleh sampai bertahun tahun tahun tahun tahun lamanya ! Aku ada letakkan di bilik tidur satu. Yang tu rasanya dah masuk 4 tahun sebelum aku gantikan yang lain sebab span dia dah koyak. 

Yang aku pakai di pintu bawah ni , terbaru punya. Tak perlu letak skru. Tapi kalau rasa tak yakin, skru disertakan sekali. Aku tak pasang pun yang ni. Cuma setiap kali sebelum aku nak gayut tu, aku check dulu. Pastikan ketat segalanya. 



Ada dua size. Aku amik size yang panjang sebab pintu masuk ni, keluasan dia lebih lebar dari pintu bilik.  Pusingkan hingga capai keluasan. Letak di ketinggian yang lebih dari kita. Senang nak bergayut.  Pusing hingga ketat.. dan selesai ! 5 minit jer. 

Getah di hujung tu macam getah pada tempat letak handphone di kereta kita tu. Memang padu. Tu nipis.. yang tengok la sendiri berapa punya tebal ! InshaAllah padu ! 


Ayah boleh ajak anak anak bergayut. Si ayah pun boleh buat. Mulakan dari asas iaitu pegang dan kekalkan dalam kedudukan tu untuk 10 saat. Buat 3 set untuk seminggu pertama. Ketika pegang gitu pun boleh angkat kaki perlahan lahan. Bagus untuk kuatkan perut atau abdomen kita. Slow slow. Tak yah kalut. Siap yang tu.. gi la brisk walk depan rumah.. atau berlari ! 

Ni part paling penting.. JAGA MAKAN ! 


 

You May Also Like

0 comments