Akhirnya aku hantar Qhaliff dan Zahra ke sekolah..

by - Rabu, Januari 26, 2022



Minggu ni giliran kumpulan Qhaliff bersekolah. Tahun 3. Lagi beberapa bulan , dia ke Tahun 4. Diorang pun dah bosan duduk rumah. Zahra asyik bertanya juga bila dia boleh ke sekolah. Rindu nak jumpa kawan kawan. Qhaliff , dia ok jer. 

Isnin..Selasa.. Rabu. Alhamdulillah. Setiap kali hantar mereka , aku pesan untuk jaga SOP. Jangan sesekali berbual tanpa face mask ! Bila makan , pastikan jauh dari orang lain. Jangan rapat rapat. Eh, banyak la nasihat aku berikan kat mereka. 

Setiap kali balik.. macam macam cerita. Best la sekolah ! Pastu ada kawan itu ini.. Cikgu itu ini. Tah henti henti bercerita. Si Aariz ? Hahaa.. Bulan 3 sekolah. Dia dah set kepala dia tak nak gi sekolah. Jenuh nanti berdrama depan pintu pagar. 

Ikutkan hati.. memang tak nak kasi berdasarkan kes positif di kawasan sekitar , naik kembali. Tapi sampai bila nak macam ni ? Anak anak pun kena belajar berdikari dah. Diorang kena tahu camana nak jaga diri. Kita sebagai ibu bapa pun dah lama didik mereka bagaimana nak elakkan dari jangkitan. Kita mampu buat gitu jer. Takkan nak ikut sampai sekolah , kan ? Huhuh.. 

Dan.. setiap kali mereka balik rumah, aku berikan mereka Eskavie Junior pada mereka. Bukan apa.. sebelum Covid 19 melanda dunia , mereka ni kerap selsema bila pulang dari sekolah. Tu pasal aku kasi perlindungan tambahan untuk mereka. Tak berani nak kata ianya membantu atau tidak tapi setakat ni, sesuai la untuk mereka. 


Selain dari tu, Qhaliff tetap aku berikan kelas tambahan di Fly High Training Centre. Belajar secara online. Banyak la perubahan dia dapat. Bila belajar kat sekolah tu, dia dah tau sedikit sebanyak. Bukanlah untuk kejar kecemerlangan tapi berikan ilmu pada mereka supaya bermanfaat untuk mereka. Selebihnya, terpulang pada mereka untuk pastikan masa depan. Sebagai ibu bapa, aku berusaha berikan yang terbaik. 

Yaa.. Fly High Training Centre memang diajar oleh guru guru yang sangat berpengalaman dan bagus ! Semua mata pelajaran penting diajar dari tahun 3 hinggalah ke SPM ! PKSK pun ada ! Haaa... Nak tahu pasal ni, boleh tengok sendiri di Facebook FLY HIGH TRAINING CENTRE atau boleh terus whatsapp jer ke : 



You May Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah. Semoga Allah lindungi semua terutama yang sudah kembali ke sekolah seperti biasa.

    BalasPadam