Apa patut buat lepas suntikan vaksin booster ?

by - Rabu, Januari 19, 2022

Alhamdulillah. Hari ke 6 selepas suntikan booster Pfizer. Kesan sampingan, lenguh lengan di tempat suntikan. Tu biasa la kan ? Urat kena cucuk kot. Huhu.. Pastu hilang bila aku banyak buat pengerakkan tangan seperti bersenam. Demam ? Lenguh lenguh badan dan sendi ? Alhamdulillah.. takda. 

Apa yang aku buat ? Aku takda fakta kukuh yang mengatakan apa yang aku buat ni memberi kesan pada tubuh badan aku tapi yang aku perasan, ketika dos ke dua ari tu, aku buat benda yang sama berbanding dos pertama. Beberapa hari sebelum gi cucuk vaksin, aku jaga pemakanan aku. Elakkan makanan yang tinggi gula dan garam. Dulu aku suka makan Sneakers dan coklat coklat untuk bekalkan tenaga tapi salah sebenarnya tu. Melainkan jika aku beraktiviti yang perlukan kalori tinggi seperti hiking , yer.. barulah sesuai amik. Jika sekadar lepas workout, tak perlulah. Bukan bakar hingga 2000 kalori pun. Banyak berehat dari angkat besi ! Hahaha..

Jaga makan. Kemudian tidur awal. Kurangkan stress ! Jangan layan skrin gajet banyak sangat. Tenang tenangkan diri. Bagi yang ada ambil ubat ubatan untuk penyakit serius , sebaiknya tanya la doktor dulu yer sebelum cucuk vaksin. Dapatkan nasihat doktor anda. 

Selepas cucuk booster, aku terus buat jus detox. Jus ni membekalkan banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan aku untuk melawan virus dimasukkan dalam badan melalui suntikan vaksin booster. Sebab tu badan kita jadi lemah.. tak bermaya malah ada yang demam dan sebagainya. Pastikan makan sebelum dan selepas cucuk vaksin. Terus berehat di rumah. Jangan merayau. Dan paling penting, elakkan pengambilan kafein yang tinggi selepas vaksin ! Ada kenalan yang sakit kepala sangat selepas ambil vaksin. Bila ditanya, dia ada amik kopi. 

Bacaan Heart Rate atau denyutan jantung berdasarkan jam pintar tinggi ? Hurm.. banyak faktor. Jika korang tidak beraktiviti tapi bacaan tinggi.. sila dapatkan pandangan doktor. Alhamdulillah , aku punya ok. Termasuklah tekanan darah dan juga bacaan glukos. 





Apa yang aku amalkan ialah.. pengambilan oats setiap pagi dan malam , jus detox yang aku buat sendiri dan bersenam. Ahaa... tidur awal ! Tidur awal ni penting yer. Kalau korang gagal part ni, memang bahaya. Badan kita perlukan rehat secukupnya. 

Ramai yang gagal mendisiplinkan diri bab ni walhal mudah jer. Jika mereka berjaya buat, penyakit akan menjauhi mereka. 



Macam aku, aku ada ambil vitamin C dan juga whey protein. Whey protein ( MMX ISOLEAN ) , ni banyak membantu aku. Jangan ingat amik whey ni untuk sado jer. Tak yer. Kalau korang nak jaga berat badan dan juga kerap bersukan , memang digalakkan la amik melainkan korang cukup amik makanan berasaskan natural seperti ayam , telur , ikan dan sebagainya. Cukup la bekalkan khasiat dan protein setiap hari pada tubuh badan. 

Untuk makanan tambahan ni, korang boleh tengok di https://nutritionpro.my/










Aku ulangi.. Jaga makan sebelum dan selepas booster ! Dapatkan jus untuk seminggu. Bekalkan nutrisi pada tubuh badan untuk melawan virus seterusnya membentuk antibodi. Cukup rehat dengan tidur awal. Dan akhir sekali , jangan stress stress ! Tamo yer ! Paling penting... jangan sesekali lupa pada Allah. Minta perlindungan dariNya. 

Ok ? Semoga membantu ! Aku bukan pencinta vaksin tapi aku amik untuk melindungi diri , keluarga dan juga masyarakat sekeliling. 

You May Also Like

0 comments