Dua hari sekolah , dah cutikan mereka !

by - Rabu, Januari 12, 2022


Wife hantar pesanan di Whatsapp. Terkedu aku. Ketika ni terasa cam menyesal lak hantar si Zahra ke sekolah tapi sampai bila kan ? Aku tanya wife.. camana sekarang ? Nak amik Zahra kat sekolah atau tunggu petang je ? Pelajar yang kena kuarantin, bukan sorang dua. Zahra lak , Tahun 1. Kelas 40 orang. Takda pengiliran. Cikgu sendiri akui yang sukar nak kawal kelas ramai ramai ni. Aku pun tak salahkan cikgu. FAham situasi mereka. 

Wife minta izin untuk keluar amik Zahra. Aku tak boleh sebab anak anak ada dengan aku. Takkan nak tinggalkan kat rumah je. Kenapa amik Zahra ?? Zahra pernah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru paru dia. Maka aku tak nak amik risiko dia. Dia ni mudah terlalai bila jumpa kawan. Dah tegur dan ajar berkali kali. 

Di sekolah.. wife isi borang untuk amik Zahra. Cikgu pun faham situasi ni. Katanya ada ibu bapa tak hantar anak sejak sekolah dibuka lagi. Yang penting, mereka belajar di rumah. Boleh membaca, mengira dan mengaji. Jangan sampai tak tau apa apa langsung. Tu yang bahaya.

Sampai bila diorang nak cuti ? Tunggu cikgu buat swab test murid di kelas dia. Jika tiada kes , baru hantar dia semula. Rasanya mak ayah kena bantu cikgu selepas ni. Sebelum hantar anak anak ke sekolah.. masing masing kena check diri sendiri dulu. Jika tak sihat, tolonglah..tolonglah jangan hantar ke rumah pengasuh dan juga ke sekolah. 

You May Also Like

3 comments

  1. Yes..ibu ayah perlu pantau keadaan anak sebelum anak dihantar ke sekolah. Bukan lepas tangan pada pihak sekolah

    BalasPadam
  2. Alahaii.. baru start sekolah dah ada kes positif, huhu. kesian kat anak-anak dan cikgu-cikgu. Semoga urusan Ben dan pihak sekolah tersebut dipermudahkan

    BalasPadam
  3. Masih lagi parents tak alert..
    Kita yang berhati-hati tapi kita juga yang jadi mangsa..
    Semoga segala urusan dipermudahkan

    BalasPadam