Seimbangkan pengambilan makanan kita.

by - Jumaat, Januari 14, 2022

Sebulan sekali.. wajib aku buat jus begini.. aku panggil jus detox. Campuran ubi bit , lobak merah , lemon, epal hijau , tomato dan timun. Kalau ada bajet lebih , aku letak brokoli dan sayuran hijau. Rasa dia ? Selagi ada lemon dan epal hijau, inshaAllah sedap ! Hahaha.. Kuantiti ? Ikut korang nak banyak mana. Kalau rajin nak buat setiap hari , letak la skit jer. Macam aku, banyak ! Sebab aku nak buat stok untuk anak anak sekali. Alang alang aku dah minum, diorang kena minum gak. Dah la tdiorang ni payah benar buah dan sayur ! Kena paksa gini, baru ok. 

Khasiat jus detox ni banyak. Macam aku yang selalu ambil makanan tambahan seperti whey protein ni, kena jaga buah pinggang juga. Kita tak sedar mungkin kita terlebih ambil makanan tambahan ni. Macam vitamin C dan sebagainya. Semua ni, adalah bahan diproses dan ada elemen tambahan di dalamnya. Maka kita kena rajin rajin jaga organ dalaman ni. Haaa.. 

Tak bagus ke makanan tambahan ni ?? Eh.. bukan tak bagus. Kita kena tau.. apa saja kita makan , jangan berlebihan. Ikut kadar dan sukatan. Makan nasi contohnya.. tak leh lebih lebih. Makan buah buahan pun gitu gak. Tak leh berlebihan. Haaa.. Ala kadar. 

Alhamdulillah... aku dah amalkan jus detox ni sejak 2016 lagi. Setakat ni, sesuai sangat untuk aku yang nak jaga badan demi kesihatan. Bukanlah nak nampak muda tapi sekadar untuk sihat. 





Aku yang rajin gi gym ni juga kena pastikan otot sihat. Tak sihat pun masalah gak. Nak kasi sihat otot ni, kena makan macam macam ! Bila sebut macam macam ni..bukanlah tom yam , nasi lemak sotong atau burger Mcdonalds tu. Tapi makanan yang sihat dan tinggi kandungan protein dan khasiat. Nak dapatkan semua tu sekali gus  , memang payah. Maka solusinya , kena amik Whey Protein atau jika nak rendah gula dan kalori , amik je ISOLEAN. 

Pengambilan makanan tambahan protein ni bukanlah bertujuan untuk SADO tapi adalah untuk memastikan otot kita tu sihat dan bagi mereka yang bersenam di gym, selepas bersenam tu, otot akan terasa sengal, sakit dan sebagainya. Bila amik whey ni, terasa ok la skit. Begitu juga mereka yang nak jaga berat badan.. macam aku ni la. Berat badan memang lebih dari sepatutnya. Maka makan pagi aku , aku buat macam di bawah ni. Aku campurkan dengan oats dan kekacang. Kenyang la sekejap. Pastu barulah makan nasi suku ke.. atau sup sayur. 

Memang nampaklah hasilnya.. Aku bukan nak masuk pertandingan pun. Lebih pada nak jaga badan di usia 40an ni. Tak nak la nampak cam 60an terlalu awal. Heee.. kan kan ? 



 Untuk dapatkan makanan tambahan , korang boleh beli secara online di : https://nutritionpro.my/ 

You May Also Like

2 comments

  1. aduhh ... tgh jus tu hahahhahaha tak lalu laa ben .. tapi tau mmg elok

    BalasPadam
  2. Menariknya warna jus detox tu Aben... Warna-warni, terus rasa macam nak secawan, nice colours...Bolehlah cuba nanti... Dalam misi menjaga kesihatan walaupun ON-DIET jugak nih...

    BalasPadam