Pengalaman cat pagar besi buat pertama kali !

by - Januari 24, 2022

Setiap kali aku amik video atau gambar depan pagar , aku rasa cam.. Grr ! Geram je tengok cat cat di pagar dan dinding dah mengelupas dan berlumut. Dinding tu, dah berkali dah ditembak ! Bukan saja lumut tu hilang tapi dengan cat cat sekali hilang ! Makin tak cantik jadinya. Lagi pun usia rumah aku tinggal ni dah masuk 8 tahun. Rasanya sejak Qhaliff usia 1 tahun. Sebelum tu, kitorang tinggal di Putrajaya. 

Aku pun mesej kawan aku. Tanya dia nak buat tak job ni ? Memang dia amik je job job ni. Dia kata nak. Aku set time dan date ngan dia. Sementara ada duit lebih skit ni. Rasa nak baikilah rumah ni. Dan perancangan dia , masa aku balik Kelantan ari tu, dia buatlah. Ada seminggu lebih. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Dia cakap ok tapi senyap jer ! Haih.. Terus aku cari di Facebook. Kot kot ada yang buat kerja kerja gini. Ahaa.. ada ! Aku berbalas mesej. Dan bila tanya harga , dia kata jap. Dia punya jap, sampai sekarang aku tunggu ! Adeh.. letih aih. 

Akhirnya.. aku bincang ngan dia. Kita buat sendiri je la ! Youtubekan ada. Kita tengok bahan bahan yang diperlukan untuk cat pagar besi yang dah berkarat ni. Ni kira 1st time tau. Bukan level level profesional ! 

Aku pergi kedai hardware. Aku terus tanya dia tanpa malu malu. Malas nak gi Mr.DIY walaupun tau sana lagi murah. Aku perlukan khidmat nasihat gak sebelum nak mula tugas. Dan beberapa barang aku beli pada awalan tugas. 

Mula mula.. paint remover. Pastu kertas pasir. Dan kalau korang jenis tak ngilu bila besi bertembung besi , korang kena beli pengikis cat ni. Penting gak. Jangan lupa berus , sarung tangan getah dan juga cermin mata keselamatan. Apa apa , mau jaga keselamatan terutama mata yer. 

Siap beli.. Pastikan korang dah makan dan minum. Mood baik. Cuaca cun ! Ahaa.. boleh start projek ! Pertama sekali, sila gunakan paint remover. Pakai sarung tangan getah terlebih dahulu. Baca arahan di tin paint remover tu. Penting untuk rajin membaca. Elakkan dari terkena kulit ketika buka penutup tu yer. Jauhkan dari muka kita ! Masukkan ke dalam satu bekas yang selama. Jauhkan dari anak anak. 

Pastu sapu ke permukaan besi yang masih ada cat. Biarkan 5 minit pastu korang boleh kikis. Macam aku, aku kasi guna water jet jer ! Mana elok ? Nak cepat.. water jet jer ! Tapi banyak guna air. Pastu boleh kikis tempat yang masih berbaki cat. 

Siap yang ni.. Gunakan kertas pasir. Gosok keseluruhan pagar tu. Kasi betul betul keluar cat dia. Atau lebih tepat, kasi sampai  nampak besi tu ! 










Siap bahagian penting ni... aku gi kedai hardware sekali lagi. Aku suka ulang gi sana sebab aku nak curi nafas. Hahahaha... Di sana boleh tanya soalan soalan bodoh skit. Senang. Oh ya... aku beli cat untuk cat besi. Ok , kat sini ada jugat tips tips yang aku baca mengenai cat besi pagar ni. Kalau korang bajet ciput. maka gunalah cat yang mengikut kemampuan korang. 

Nak guna berus atau roller ? Haa... aku beli berus ! Terlupa nak beli roller. Sejujurnya kalau ada roller lagi bagus. Cepat buat kerja. Pastu jangan lupa thinner. Penting ni ! Kegunaan dia , untuk keluarkan cat yang terkena pada bahagian kulit. Dan boleh ditambah sedikit pada cat jika cat tu dah mengeras. 

Nah... untuk elakkan pagar besi tu dari berkarat. Korang boleh guna cecair anti karat. Sapu dulu dan biarkan kering. Amik masa dalam 2 jam gitu. Ni aku baru tau ni. Hasil bacaan di Internet. Tapi sayangnya, aku tak buat ! Huhuhuh.. Aku terus cat jer. Mungkin tak tahan lama la kot cat aku ni. 2-3 tahun ? Ok la.. boleh buat operasi baru nanti ngan anak anak. Tukar color lain lak. 




Sebelum nak mulakan operasi , korang kena bersihkan pagar dulu yer. Lap dengan kain. Pastikan permukaan tidak ada pasir atau saki baki cat.  Settle semua , barulah aku mulakan operasi. Anak anak pun mai menjengok dan turut 'membantu'. Hasilnya, cukup memberansangkan ! Aku kena tunggu beberapa hari untuk cat kali kedua ! Hahahaha.. Berbelak belak jadinya.  

Aku guna cat jenama Sissions. Harga ok la..







Siap ! Nanti nak kena touch up. Ikutkan ok la.. Asalkan berbaju dah ! Hahahaha.. Tapi alang alang buat , biar kasi puashati kan ? Pasni.. nak cat dinding lak ! Haaa.. Tak sabar nak putihkan kembali dinding rumah aku ni. Lantai tu pun aku rasa cam nak cat gak ! Tunggu ada duit lebih skit la. Hahaha.. 

Putih ? Hurm.. wife kata warna moden. Oh ya.. maaf yer ! Kalau korang nak cat pagar , aku harap korang cari tips yang lebih baik dari yang aku kasi ni. Ni kali pertama dan aku sekadar bercerita. 

You May Also Like

2 comments

  1. Baru tau ada cecair anti karat sebelum sapu cat betul. TQ sharing ben. Lawa dah pagar.

    BalasPadam
  2. Rumah saya dah dekat 20 thn duduk pernah cat lain,baru2 dok cat putih sampai sekarang,malaih nak cat,jaga dlm rumah ja,luaq biaq pila,rumah saya flat tu sbb malaih sangat,kalau dok rumah teres ka seronok skit nah touch up sana sini kan,bila la nak merasa dok rumah sebijik2 ni ya.

    BalasPadam