Kenapa biarkan diri tu gempal atau gemuk ??

by - Jumaat, Januari 28, 2022


Bila orang kata gemuk tu tanda bahagia, yer.. aku percaya ! Tapi janganlah biarkan gemuk tu bermahajarelala. Kalau boleh ubah, ubahlah. Apakah kurus tu tanda tidak bahagia ??? Kita kena fikir bab kesihatan. Kita ada pilihan.. kenapa tidak ubah ? 

Ramai kawan kawan yang berisi badan ni, putus asa nak jaga badan ! Mereka teruskan amalan makan , makan dan makan ! Hari hari mencari tempat makan yang sedap sedap ! Hurm... Tak salah pun. Kalau berkemampuan.. teruskan je tapi bayangkan jika tiba tiba korang diserang sakit jantung di situ ! Dengan berat badan yang.. hurm... Kita kena tau, bila kita jatuh pengsan , berat badan kita akan jadi berganda ! Camana pasangan kita nak tolong angkat masukkan dalam kereta ? Kalau ada orang sudi nak tolong... berapa ramai nak kena angkat ? Tunggu ambulan.. mesti sampai lewat. 

Ubah. Perlahan lahan. Mulakan dari langkah pertama iaitu kawal pemakanan. Tak susah pon. Macam aku buat.. awal awal pagi , makan je oats dengan susu. Aku tambah whey protein. Pastu baru jamah makanan. Kalau ada buah ,makan buah dulu. Biar separuh perut kita tu di isi dengan makanan yang mudah hadam , rendah lemak , rendah kalori , tiada gula.. tiada garam berlemak bagai ! Pastu makan la skit mee ke.. nasi lemak ke... tapi dalam jumlah yang kecil. Memang akan kenyang dah ! 

Awal awal tu memang susah... memang akan terasa lapar ! Sebab tu aku kasi tips gitu. Biar makan macam tu jer. Pagi dan malam. Lama kelamaanya , nafsu makan kita berkurangan. Boleh je nak makan sedap tapi dalam jumlah yang kecil. Sekadar rasa dan lepas nafsu ! Haaa.. Bab makan ni memang ramai ikut nafsu. 

Bila kita dah boleh kawal makan.. kita bersenam. Malas  ? Jalan kaki jer dah ! Mula mula setengah jam sehari. Pakai jam fitness. Catat berapa korang bakar kalori pada hari tu. Biarlah lebih dari 500 kalori sebagai permulaan untuk sehari. Kalau dapat 1000 kalori sehari , memang lagi best ! 

Timbang berat ? Hurm.. aku malas nak timbang berat badan ni. Aku lebih suka ukur pada pakaian. Dari situ aku tau aku dah mengecil dan kurus. Padahal berat tak banyak beza pun. Pada ketika tu, memang dah selesa dah diri. Nak berjalan.. nak bernafas.. nak solat.. nak mengaji.. malah nak tidur pun rasa selesa ! 

Cuti panjang ni.. ubahlah ! Yang pergi bercuti tu, jagalah pemakanan tu. Jangan dok food hunter sangat. Makanlah sekadar untuk hidup. Makanan yang sedap sedap ni, korang kena tau gak apa kandungan dia dan apa kesan dia pada badan kita tu. 

Bayangkan jika negara kita hadapi krisis makanan ! Hurm.. Dan satu lagi.. tolong didik anak anak kita tu. Makan sikit sikit setiap hari. Jangan amalkan makan sampai terbelahak. Buh banyak banyak dalam pinggang pastu suruh diorang makan sampai abis ! Haish.. Korang ibarat isi air dalam belon. Begitulah perut kita. Bila dah kosong perut. belon tu dalam keadaan gelebeh gitu. Dah besar. Cuba bubuh skit je air.. camana rupa dia bila tiada air dalam tu dah.. masih kental kan ?

Mati memang mati.. tapi sebelum mati tu, takkan nak menderita dengan pelbagai penyakit kot ?

 

You May Also Like

2 comments

  1. Ada yang kata biarlah gemuk asalkam badan sihat..susah jgk pemikiran mcm tu

    BalasPadam
  2. Hahhahaha. saya start badan naik lepas bersalin anak no 2, MAYBE SEBAB TAK PANTANG BETUL-BETUL KOT. Sebelum tu berat badan bawah 50 kg jer maintain. Sekali masa pregnant naik 60 - 64 kg, pastu tak turun-turun dah. hahahha. Ada usaha untuk turun tapi tak berjaya sangat. Ni tengah usaha lagi

    BalasPadam