Aku batalkan Takaful Privilege PA Maybank aku dah !

by - Rabu, Januari 05, 2022



Ketika aku ditawarkan pakej perlindungan Takaful PA ni melalui talian telefon oleh Maybank, aku rasakan perlu sebab aku nak kerja luar. Beberapa hari gak la pastu ada plan nak balik Kelantan selama seminggu dua. Plan ni antara Etiqa dan Takaful. 

Ketika ditawarkan tu , rasa segalanya dihujung jari jer. Tak banyak lak kerja perlu aku lakukan. Katanya dalam tempoh 14 hari bekerja, aku akan dapat dokumentasi dari mereka. Selepas tu isi dan hantar ke bank jer. Atau aku boleh buat secara online jer. Ok.. dari sini aku nak tau apakah berbaloi atau tidak jika aku teruskan pakej takaful. Bukan untuk aku jer.. untuk satu keluarga! Dan harganya walaupun nampak kecil tapi sebenarnya besar ketika ni. Berdasarkan pengalaman aku, awal awal diorang cakap segalanya mudah. Bila kau dah join, nah... masa ni barulah nampak segalanya ! 

Hurm.. aku dah taip panjang cerita pasal ni tapi aku delete. Tak pe la. Aku nak kasi tau, aku potong dah ! Lagi pun aku sekeluarga dan amik plan takaful dari Zurich. Yang ni pun tunggu masa je nak potong. Menyusahkan aku je. Walaupun ada kelebihan tapi menyusahkan. Agen yang uruskan aku punya takaful pun dah bertukar tangan. Ingatkan nak amik kenalan sebab senang nak berurusan. Sekali bertukar tangan juga. Pengalaman aku bertukar tangan agen ni.. memang menyulitkan aku. Bayar bukan seratus dua ! Satu keluarga kot. 

Nasihat aku la bagi mereka yang nak amik plan takaful dan sebagainya... korang kena amik tahu part pengurusan dokumentasi ni sebab agen korang tu, bukan selamanya bersama korang. Nanti kang ada cakap, lesen dah expired , atau dia tak uruskan.. dan macam macam alasan lagi ada. Bayangkan jika korang dalam keadaan kecemasan ketika tu.. tak ke terkapai kapai ?? 

Dan mereka yang jadi agen ni. janganlah dok kejar pelanggan sangat. Bila dah dapat pelanggan, buatlah yang terbaik. Mereka ni terpaksa bekerja untuk mencari duit dan membayar takaful tu. Bila dah bayar, buatlah perkhidmatan betul betul. Bukan dah dapat, pastu ala ala jer.. Apa apa suruh berhubungan terus dengan HQ ! Haih... nasib ada anak je ni. Kalau tak memang aku dah potong lagi.. 

Teringat agen insuran aku yang pertama... Rajin tanya khabar. Call , datang rumah... hantar kad ucapan. Akhirnya terpaksa gak aku potong sebab masa tu ekonomi teruk. Huhuh... Payah nak dapat agen macam ni dah. 

Oh ya.. customer service Maybank memang terbaik. Gitu gak Etiqa. Sangat membantu tapi tu la.. 

You May Also Like

10 comments

  1. Saya guna insurance AIA..dah lama tak berejen.jadi saya berurusan direct je dgn AIA.

    BalasPadam
  2. salam, tuan, boleh tau cara nak hentikan takaful previlage tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. call maybank. nanti mereka ajar camana nak uruskan.

      Padam
  3. Maaf tanya tapi kenapa potong takaful privilege pa tu? Sebab saya masih ongoing so nak tahu juga kenapa. Risau ada benda yang saya xnampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul saya pun nak tahu. apa yang tak okay ye? saya pun baru dapat panggilan tadi

      Padam
    2. Takda isu pun cuma kita kena rajin bertanya dengan mereka.

      Padam
  4. Kalau batalkan takaful maybank, dapat balik tak duit yang kita bayar bulanan tu?

    BalasPadam
  5. ingatkan nak cete pasal kenapa stop takaful privilage tu..kita tekun la baca, rupanyaaa... hurmm.... blh la kongsi pengalaman ke apa. sbb tgh cri jugak apa kebaikan n keburukan dia ni.sbb bru dpt call depa huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja je tu nk ada ada kan cerita kita pakai elok je. Org kalau tk minat ad je dia persoalakan

      Padam