Selamatkah anak kita di sekolah ?

by - Isnin, Januari 10, 2022

Hari pertama Qhaliff ke sekolah. Pagi. Masih lagi di Tahun 3. Walaupun sekolah telah dibuka awal bulan Disember lepas , aku tak nak hantar lagi. Kasi sekolah betul betul bersedia dengan SOP yang lebih ketat dan tegas. Dan waktu tu pun kes masih meninggi lagi. Sekarang, kalau tengok kawasan sekitar melalui HOT SPOT di MySejahtera, hanya satu digit kecil saja. Rasanya tu pun dari kawasan pembinaan. 

Tak sempat nak amik gambar dia pagi tadi sebab dok asyik cakap bab patuhi arahan cikgu dan ikut SOP. Jangan benarkan kawan kawan rapat dan pastikan face mask tu senantiasa menutupi bahagian utama muka tu. Tutup mulut n hidung. Bukan tutup dagu. 

Alhamdulillah.. aku tak risau sangat Qhaliff ni. Zahra jer tu. Dia pantang nampak kawan kawan. Ni kat rumah pon dok asyik cakap rindu kat kawan kawan. Adeh... Bila test bawa diorang dine in kat luar , Zahra gak yang selalu tercuai berbanding Qhaliff dan Aariz.

Gambar bertarikh hari ini tapi berlainan tahun. Kecil lagi memasing. Daddy pun hensem lagi masa ni. 





Tak pe la.. InshaAllah. Ok. Kawan kawan aku yang bergelar cikgu pun kata di sekolah, SOP ketat. Apatah lagi sekolah rendah yang mudah untuk dikawal dan murid murid pun tak susah untuk menerima arahan berbanding sekolah menengah. Harapnya. 

Dan tugas aku.. ambil dan hantar anak anak pun bermula. Bulan 3 nanti , kesemua dah pergi sekolah. Tapi masalahnya, ada yang pagi dan ada yang petang. Kalau semua sekali gus pagi atau petang.. seronok la skit. Leh gi gym masa diorang gi sekolah. Hahahaha..


Cuma buat masa ni , aku belum hantar diorang ke KAFA je lagi. Hurm... 

You May Also Like

0 comments