Putuskan rantaian sebelum sekolah bermula !

by - Isnin, Januari 03, 2022

Wife tanya aku... camana minggu depan ? Nak hantar anak anak tak pergi sekolah ? Aku tak beri jawapan lagi. Termenung. Camana eh ? Boleh je tak hantar lagi tapi sampai bila ? Nak tunggu sampai kes 0 , tak mungkin la berlaku dah. Bukan mustahil tapi sikap kita sendiri yang membuatkan kes tak mungkin boleh jadi sifar. Korang pun tau maksud aku, kan ?

Segalanya bermula pada kita sendiri. Contohnya... setiap hari Isnin dan Rabu, adalah wajar kita sama sama swab test dan maklumkan pada ketua jabatan status kita. Dengan ini , kita semua yakin yang datang bekerja tu semua sihat sihat belaka. Dan mereka yang kurang sihat walaupun berstatus negatif, janganlah ke pejabat dahulu. Amiklah MC ! Kesedaran dan kerjasama begini jika sama sama lakukan.. inshaallah, kita dapat putuskan rantaian. 

Kenapa aku ajak buat begini ? Baru baru ni aku ke Ayer @ 8 , Putrajaya. Makan di sana buat kali pertama. Sejak PKP 3.0 ditamatkan , aku sekeluarga memang bungkus bawak balik jer. Tak berani nak makan kat luar lagi. Tapi kali ni, beranikan diri la. 

Dan di situ , memang nampak la ada yang patuh SOP seperti sebelum makanan sampai, face mask masih dipakai. Tapi ada juga yang dah buka walaupun tak makan lagi. Aku tak pasti la dia ada media sosial atau tidak. Yelah, awareness bab ni dah berulang kali ditekankan.  

Selepas 'terdedah' begitu, aku biasanya menghitung hari je la. Dalam masa 2-3 hari , aku kena pastikan  kami sekeluarga sihat. Dan wife sebelum kembali ke pejabat , aku minta dia buat swab test dan upload status ke grup whatsapp. Bila kita buat begini , kita berharap kakitangan lain akan ikuti dan begitulah seterusnya sehinggalah kita benar benar bebas dari virus Covid 19. Jangan sampai anak anak bawah 12 tahun lak dimintak amik vaksin ! Sian diorang nanti. 



Jika aku tak nak hantar anak lagi ke sekolah , aku dah ada alternatif untuk Qhaliff yang bakal masuk tahun 4 tidak lama lagi. Kelas Fly High 2022 akan bermula pada 10hb Januari 2022. Dia dah daftar untuk kelas BM , Matematik, Sains dan English. Kelas mengaji Al-Quran pun ada walaupun mak dia dah ajar di rumah. 

Sejak PKP  dia dah join kelas online ni. Awal awal memang nampak janggal tapi cikgu cikgu yang penuh dengan pengalaman berjaya buat dia dan murid murid lain berikan perhatian malah membuat kerja kerja yang diberikan ketika kelas. Aku turut ikuti kelas tu melalui sambungan kabel HDMI ke tv. Terasa macam belajar bersama. 

Alhamdulillah.. lega rasa bila kelas ni kembali malah Qhaliff sendiri pun asyik tanya bila kelas nak mula. Rindu nak belajar bersama sama lagi. 

Untuk pengetahuan, kelas kelas Fly High ni ada banyak. Dari yang biasa biasa hingga ke kelas intensif. Dari rasa nak lulus biasa biasa hinggalah rasa nak cemerlang ! Nah.. segalanya terpulang pada kita sendiri nak memastikan anak anak kita berjaya atau tidak. 


Korang boleh buat pertanyaan dengan whatsapp terus ke : 

 Atau boleh tengok di Facebook atau Instagram Fly High Training Centre. 

You May Also Like

1 comments

  1. bagus bila ada kelas online ni. takde la anak trdedah dgn bahaya kat luar tu

    BalasPadam