Aliff Aziz , tak layak bergelar Juara Gegar Vaganza 8 ke ?

by - Isnin, Januari 24, 2022

 


Aku tonton malam tadi. Persaingan sengit. Memang padu padu la setiap peserta. Mereka berikan persembahan yang terbaik. Semua layak bergelar juara. Tapi sayangnya, hanya seorang saja yang layak dinobatkan terbaik di kalangan yang terbaik. 

Sejujurnya , pada pandangan mata aku yang amatur ni, nampak seolah olah Suki yang akan menang. Memang bersaing sengit dengan Nikki. Azan dan Adibah Noor , antara tempat 4 dan 5. Cuma tak sangka Aweera tu laa.. Haish ! Camana leh no 6 ? Huhuh.. 

Ok.. kita tengok markah dari juri malam tadi. 

  1. Aliff Aziz - 83.06%
  2. Nikki Palikat - 8.26%
  3. Suki Low - 77.91%
  4. Adibah Noor - 67.25%
  5. Azan Scan - 64.04%
  6. Aweera - 63.90%
Rezeki Aliff Aziz malam tadi. Walaupun aku nampak Suki lebih menghiburkan, tapi gitulah adat pertandingan. Di Twitter , memang berlaku perang la. Hahahaha.. Aku , tak menyebelah mana mana. Sebab boleh nampak dari awal awal lagi Gegar Vaganza 8 ni, sapa bakal juara. Hanya momentum peserta saja diperlukan ! Ditambah lagi Aliff Aziz dengan gaya baru.. lebih tampak menarik dan mengancam gadis gadis.. pastinya berpotensi untuk kembali menyerlah dalam dunia hiburan. 

Sesungguhnya.. bagi aku la.. aku tak nampak kat mana menariknya suara Aliff ni. Kalau dia keluar album, aku tak tertarik untuk membelinya. Tapi secara jujurnya, Aliff seorang yang bagus , merendah diri dan berbakat besar. Cuma aku tak tertarik untuk layan nyanyian dia. Tu je la. Lain , dia ok. Pendapat aku la. Bukan anti dia tau... 

Tahniah buat semua. Semoga selepas ni , korang semua dimurahkan rezeki. Terutama Adibah Noor. Sian dia masa PKP. Dan aku.. nak potong dah ASTRO ! Malas dah nak layan GV ni. 




You May Also Like

4 comments

  1. Hebat Aliff Aziz, rezeki dia. Suka dengan sikap dia, banyak perubahan nampak dalam diri dia berbanding dulu. Tahniah untuk semua pemenang.

    BalasPadam
  2. Xminat siapa pun tp tahniah pd aliff aziz..

    BalasPadam
  3. Jom potong Astro. Tahun depan x yah dah layan GV. Buang masa layan kerenah kroni.

    BalasPadam