Slow Juicer mana yang bagus untuk aku ?

by - Khamis, Januari 20, 2022

Dalam keadaan pandemik ni, kita digalakkan menjaga kesihatan 200% ! Bukan sebab takut mati tapi tak nak masuk hospital. Kos masuk hospital bukan calang calang harga dah sekarang ni. Ada yang sampai senyap senyap je sakit dan tau tau meninggal dunia. Kenapa senyap senyap ? Tak nak susahkan orang sekeliling. Apa ? Kenapa tak amik Takaful atau Insuran ? Komitmen bang ! Bukan semua orang mampu dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Aku sendiri pun dah berkira kira nak stop ! Makin naik lak bayara. Pastu ada je perubahan. Eh.. malas la nak cakap pasal ni ! Bosan. Sambung pasal juicer ! Jaga kesihatan lagi bagus. 

Ok.. mencegah lebih baik dari mengubat. Jangan tunggu sakit , baru mengelupur nak cari ubat.. baru nak cari doktor ! Sebaiknya, kita berusaha dari awal awal lagi. Bukan susah pun. Jaga makan jer. Jaga makan tu, bukanlah bermaksud makan berjaga jaga tapi kena tahu apakah makanan yang kita ambil tu, baik untuk tubuh badan atau tidak ? Haa.. tak susah pun ! 





Orang dulu dulu.. diorang kerap makan ulam ulaman, buah buahan dan pelbagai herba. Badan sihat sampai ke tua. Tegap , kuat dan lansing. Tak payah nak makan makanan tambahan mahupun mekap 3-4 kilo kat muka tu. Gi gym pun tak payah ! Dah tua pun , selamba je boleh pikul guni beras ! Fuh.. padu. Anak jangan cerita la.. berderet ! Kita sekarang ni... haa ! Malas nak cakap la ! Punca dari mana ? Segalanya makanan ! 

Aku ? Antara amalan yang aku buat sekarang ni ialah.. pagi dan malam, aku makan oats dengan susu. Tengahari , baru aku jamah nasi sedikit. Sekali makan, aku amik sesenduk. Jika lapar , aku tambah lagi.. dan lagi ! Tapi semuanya sesenduk jer. Dan kuah kuah pula, wife memang tak letak garam dah. Makanan bergoreng , memang payah dah nak jumpa di rumah aku ni. Jika keluar je baru beli. Tu pun bila teringin. 

Kemudian aku bikin jus ! Jus ni aku suka buat jus sayuran. Kemudian ditambah sedikit buah untuk menghadirkan rasa. Khasiat sayur sayuran ni banyak ! Begitu juga buah buahan. Jika digabungkan pastu buat jus.. simpan dalam peti ais. Minum setiap pagi dan malam.. memang akan nampak kesannya. Macam aku , paling tidak pun.. tiada lagi bau mulut dan tekanan darah cantik berbanding sebelum ni. Malah , tiada lagi sakit kepala dan pernafasan lancar ! 

Aku juga slow juicer mana ? Jenis Panasonic. Dah nak masuk 3 tahun aku guna. Memang ok la cuma aku perasan.. hampas tu banyak ! Aku rasa sayang jer. Membazir sebab terlalu laju dia pusing. Hampas banyak tapi hasil tak begitu. Tapi nak beli yang lebih masa pada masa tu, memang mahal giler ! Tak berkemampuan la. Tapi sekarang ni ada banyak dah yang bagus bagus.. Ada banyak pilihan dah ! Lagi pun masa beli tu, tak berapa nak faham sangat konsep slow juicer ni. 

Kat bawah ni ada beberapa jenis yang menarik minat aku. Hurom dan Kurvings ni cam best ! Yang penting mulut dia tu besar. Boleh muat sebijik epal masuk , ok dah. Pastu kekuatan kisaran dan juga paling penting.. masa mencuci tu ! Haa.. senang ke susah ? Pastu.. kena tau gak blade dia tu.. mudah karat atau tidak ! Faktor size pun memainkan peranan melainkan memang nak letak kat situ jer. Haa.. tak nak ubah sana sini. 










Menarik kan ? Hahahaha.. Aku tak gila part nak memasak tu ! Aku lebih teruja pada jus jus ni. Huhuh.. Ghairah lak tengok design design slow juicer ni ! Hahahaha.. kan kan ?







You May Also Like

0 comments