Kolam mandi murah jer ! Jimat kos kecuali bil air.

by - Khamis, Januari 06, 2022

Sian anak anak nak mandi kat hotel. Nak bawa , wife lak dah mula kerja. Nak amik cuti, tak leh sebab boss dia kena kuarantin dek kerana kontak rapat. Terpaksa berhuhu je la kat rumah sepanjang minggu. Aku sendiri pun terpaksa berkorban pagi hari tak leh nak gi brisk walk sebab dia kena masuk awal pagi. 

Nasib baik ada kolam ni. Tahan lasak sungguh. Budak budak melompat pun tak pecah. Aku sendiri terjun tiruk pun best. Hahahaha. Puashati la. Tak payah besar besar sebab tak nak guna banyak air. Ni pun dalam 10 minit dah penuh. 

Beli kat Lazada jer. Walaupun aku nak boikot Lazada pasni , aku kena kongsikan maklumat ni la ngan korang. Kalau ada tempat lain yang jual semurah ni, beli jer kat situ. Aku memang serasi je ngan Lazada buat masa ni. Shopee , aku tak berapa berkenan. Wife aku suka situ. Hahaha.. 

Jimat beribu dah guna menda ni. Tiap petang.. kalau tak hujan, memang akan mandi. Dan ni satu tips.. kalau tak nak anak selsema , lepas mandi.. cepat cepat lap kepala mereka dan leher. Jangan biarkan basah. Bila selsema , memang masalah ! Pastu kasi la vitamin C. Huhuh.. 








 

You May Also Like

0 comments