Nak ambil booster ke tak nak ?

by - Isnin, Januari 10, 2022


Dah dapat jemputan untuk ambil booster kat Kuala Pilah. Jauh betul jemputan aku dapat. Hahahaha.. Tengah fikir nak ambil ke tak nak. Semalam , masa gi gym.. kawan aku , dia baru je ambil. Ok jer. Takda masalah apa apa. Dan semalam pun aku ke rumah mak aku.. berbual dengan jiran tetangga kat situ.. diorang semua pun dah amik booster. Baik yang muda mahupun yang tua. Alhamdulillah. Sihat jer. Adik beradik aku pun memasing dah booster. Dah nak masuk sebulan. Diorang amik sebab nak hantar budak budak gi sekolah. Bisnes bas sekolah kan. 

Tapi ada gak kawan kawan aku yang amik booster , tersadai gak atas katil ! Huhuhu.. Demam dan ada yang dapat anxiety attack ! Tak silap aku masa ambil dos pertama tu , aku rasa gitu gak. Jantung berdebar lain macam. Pastu jadi serabut giler. Masa tu, kes Covid 19  tengah meninggi giler. Aku jadi banyak pikir. Tak tentu hala jadinya. Ditambah serabut dengan mereka yang dok bagi pendapat masing masing bab vaksin ni lagi. Adeh. Pening nak dengar cakap sapa. 

Keputusan dibuat bila.. aku tengok ramai yang sakit , pastu gi hospital gak. Ada yang tak pergi hospital tapi telan pelbagai jenis ubat. Ada yang ringan ringan je. Bergantung pada antibodi memasing. Huhu.. Rezeki. 

Aku.. walaupun dah dua dos Pfizer , masih dok berkira kira lagi. Wife , dua dos Sinovac. Dia memang kena amik booster apatah lagi dia penjawat awam. Tak pe la... nekad je la. Kepada Allah, aku berserah. Yang penting , sebelum amik booster tu, aku kena jaga makan. Jauhkan diri dari media sosial buat seketika. Toxic banyak kat media sosial ni. Ada yang kita nampak benda dah betul tapi diorang dok kasi fitnah. Realitinya kita sendiri betul tapi diorang dok putar alam lagi. Aku bukan cakap pasal vaksin ni la. Bab politik gitu. Tapi tu la.. tak semua yang kita nampak dan baca di media sosial tu, betul. Zaman fitnah sungguh ni. Huhu.. 

Kalau aku nak amik gak.. mungkin aku tolak yang ni tapi atas alasan lokasi. Mintak yang dekat dekat sikit jer. Ni kalau nak gi jenjalan boleh la. Lepas cucuk, gi cari daging salai pun sodap ! Itik salai.. keli salai. Perghh.. Kat Kuala Pilah sedap yooo ! 


You May Also Like

0 comments