Bahayanya ayam untuk anak anak jika..

by - Jumaat, Januari 07, 2022


Bila terbaca tweet dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari ni baru aku faham. Dulu banyak kali dah aku tertanya tanya bab 'merah' tu. Ada banyak pendapat. Tapi macam tak masuk akal pun ya. Nasib baik di rumah ni , wife aku pantau bab pemakanan ni. Tu pun ada yang terlepas pandang dan baru baru ni , kami berdua dapat cirit birit. Puncanya.. aku tau dari mana tapi tak nak la tulis sini. Kang kata tabur fitnah. Tapi yang pasti, memang tak nak gi beli dah situ. 

Ayam tak masak sangat merbahaya untuk mereka yang punya lemah antibodi terutamanya kanak kanak. Jika mereka diserang cirit birit , memang boleh lembik jadinya. Lambat ambil tindakan, memang kita akan menyesal sepanjang hidup.

Mereka yang berniaga , tolong periksa betul betul masakan anda yer. Risau nanti , pelanggan anda tak datang dah untuk sokong bisnes anda tu. Kalau mereka viralkan ? Fuh.. kalau amik tindakan ? Naya kita. Maka.. berikan yang terbaik setimpal dengan apa yang mereka bayar. 

Dan kita sebagai ibu bapa.. kena waspada. Walaupun sendiri masak pun kena hati hati. Periksa betul betul. Pastikan kebersihan makanan tu sebelum berikan pada anak anak. 




Semoga bermanfaat. 
 

You May Also Like

3 comments

  1. Untuk anak-anak yang sedang membesar ada baiknya ibu bapa masakkan sendiri. Bukan tak boleh beli dan beri kepada mereka makan.. boleh je cuma mungkin tidak seteliti ibu bapanya mengurus bahan mentah untuk dimasak dan untuk dimakan anak-anak.

    BalasPadam
  2. patut la suami marah sangat kalau makan ayam yang tak masak betul2. kena hati2 lepas ni

    BalasPadam
  3. Bahaya juga ye..risau jgk kalau kt kedai2 atau sekolah tu..kalau kt rumah ok lagi boleh pantau

    BalasPadam