Hari pertama persekolahan Qhaliff dan Zahra di tahun 2022 !

by - Januari 11, 2022

Alhamdulillah.. seronok diorang dapat gi sekolah Qhaliff dan Zahra ni aku kesian sangat sebab lama dah tak berkawan. Asyik bermain bersama diorang je. Kalau gi umah sedara mara, baru dapat berbual dan bermain. Tu pun kena ikut SOP. Walaupun memasing sihat , tapi aku masih tegaskan bab SOP. 

Qhaliff , sekolah pagi. Bermakna tiada lagi brisk walk aku di pagi hari. Sebenarnya boleh je buat selepas hantar dia gi sekolah tapi aku tak nak kepenatan. Nanti kalau dah penat, kita sendiri lak bermasalah. Maklumlah.. dah penat ! Kang nak amik antar anak dalam keadaan penat , kita ni mudah tersentap hati. Haa... jangan cari pasal. Kalau nak bersenam, malam hari je la. Terus tidur pastu. 

Zahra, sekolah tenghari. Dua dua ni, aku antar dan ambil. Aariz lak , tak lama lagi baru masuk sekolah. Pra lagi. Mamat ni aku risau satu hal lak. Kalau nak buang air kecil atau besar, memang abis dia bukak seluar dia. Pastu tak reti nak pakai sendiri. Buang air besar pun , lom pandai sangat nak bersihkan diri. Dia takut basah baju dia. Kalau basah, dia tak nak pakai baju tu dah. Adehh.. 




Kepenatan dan kesungguhan


Sebenarnya.. Zahra ni aku cadang tak nak hantar lagi. Tapi dia kata dia nak gi sekolah. Risau dia ni sebab mudah terlalai bab SOP berbanding abang dan adik dia. Memang melekat je face mask tu. Zahra ni kalau jumpa kawan.. leh lupa dunia ! Huhuh. 

Setiap kali hantar diorang.. aku akan bersyarah bab SOP. Jangan berbual dekat dengan kawan. Jarakkan. Jangan bukak face mask kecuali masa nak minum atau makan. Jangan pegang kawan. Jangan bla bla bla.. macam macam punya larangan. Dan diorang iyakan je la. Hahahha.. Terasa aku. 

Awal awal nak hantar gi sekolah tu, aku was was sebenarnya. Tapi bila tengok ramai je ibu bapa hantar anak anak ke sekolah , aku tawakal je la. Kesian kat mereka juga. Diorang pun bukan minta sangat nak duduk rumah dan main gajet. Diorang pun tau erti bosan. Dah takda apa nak buat.. layan je la gajet tu. Baca buku cerita ? Baca memang baca .. tapi tak seperti zaman aku dulu la.. taksub dengan buku cerita. Huhuh. Sampai mak ayah lak risau ! Hahaha.. 

Aku ada tanya Zahra semalam. Ada sapa sapa selsema atau batuk tak kat kelas ? Dia kata ada sorang tu. Terkejut gak aku. Aku tanya dia lagi.. cikgu tak cakap apa apa ke ? Dia jawab ,  cikgu kata.. kalau tak sihat jangan datang sekolah. Huhu.. Mak ayah pun la... tengok tengok la anak tu. Jangan main lepas gitu je. Sian pada orang lain. Hurm..

Semoga Allah lindungi anak anak kita. 

You May Also Like

3 comments

  1. Selamat masuk sekolah kembali dan berjumpa kenkawan

    BalasPadam
  2. Betul tu bila jumpa kwn2 memang xingat dunia. Memang doa dna tawakkal je.

    BalasPadam
  3. Memang biasnya budak-budak akan lupa dunia bila jumpa kawan-kawan, susah nak control. So, saya doa dan tawakkal jer la semoga semuanya baik-baik saja

    BalasPadam