Vaksin booster mana yang bagus eh ?

by - Rabu, Januari 05, 2022

Aku belum daftar lagi untuk amik booster. Tengok kat FB, ramai dah amik. Tapi aku tak la teruja sangat nak amik booster ni. Heheeee... Kenapa ? Dua dos Pfizer ok dah kot untuk aku , buat masa ni. Sementara tu aku up antibodi aku dengan makan makanan yang kaya dengan sumber khasiat. Nanti bila sampai masa, baru la amik. 

Ada beberapa orang kawan aku yang amik booster Pfizer. Sebelum tu, diorang punya vaksin , Sinovac. Alhamdulillah.. ada yang dapat Covid 19 dan cuma alami demam selsema jer. Syukur pada Allah. Vaksin ni sekadar membantu jer. Selain dari pemakanan sunnah, aktiviti harian dan diet pemakanan juga penting. Tak guna amik vaksin tapi tak jaga semua ni. Vaksin sekadar membantu jer.  Samada nak percaya atau tidak , aku tak nak ajak korang berbahas mengenainya. Korang pegang pegangan korang..Kita hormati pegangan masing masing. 

Isu booster ni yang jadi masalah. Mana satu yang sesuai untuk mereka yang amik Sinovac sebelum ni. Dikatakan Sinovac tak begitu berkesan untuk melawan varian baru Covid 19. Entah la. Banyak sangat kajian , kita yang tukang angguk ni jadi pening ! Hahahaa.. 

Ada banyak cerita pasal vaksin. Nak cerita dalam blog, nanti aku kena angkut lak. Hahaha.. Cerita tanpa bukti , payah. Kalau nak lepak mamak pastu cerita , ok la. Sembang sembang situ pastu sendiri pikir. 

Ok.. di Twitter sekarang tengah viral benda ni. Khas untuk mereka yang amik AZ dan Pfizer. Yang tak amik apa apa tu, tak pe.. teruskan dengan pemakanan sunnah ya. Semoga Allah lindungi kita semua. Ya, kepada Allah, kita meminta perlindungan. 


Dan mereka yang amik Sinovac , tetap percaya dengan kelebihan Sinovac ni. Terkini , berita dari Hong Kong..
 

Hurm.. aku dan wife , masih tunggu dan lihat. 

You May Also Like

1 comments

  1. Saya ambik vaksin Sinovac, Booster Pfizer. Tapi jujur saya cakap saya sangat percaya pasal vaksin Sinovac. hahhahha. Tk tahu kenapa, tapi rasa macam lagi selesa dengan Sinovac. Hari tu ambik booster pun ok jer, tak ada kesan sampingan yang teruk

    BalasPadam