Kena bersedia dari sekarang !

by - Selasa, Januari 04, 2022

Banjir adalah salah satu musim di Malaysia sekarang ni, Bukan setahun dua baru berlaku tapi dah boleh katakan pembuka dan penutup tahunan di Malaysia. Salah siapa ? Mereka tuding jari salahkan alam ! Mereka tuding jari , salahkan perubahan monsun ! Tapi hakikatnya... malas nak cerita. Nanti aku yang anak ikan bilis ni kena angkut masuk dalam. Semoga Allah melaknat mereka yang tidak amanah, jujur pada tanggungjawab mereka di akhirat kelak. 

Ok.. banjir baru baru ni di Selangor dan Kuala Lumpur membuka mata ramai pihak. Kawasan yang terkesan , memang di luar jangkaan tapi apakah persediaan ? Yang cukup menakutkan ialah bantuan dari pihak berwajib lewat tiba. Apa apa.. potong kek dulu. Pastu baru mesyuarat. Huhuh.. Lantak la. Tapi kita kena belajar dari situ. Kita kena jaga diri kita sendiri terlebih dahulu. Jangan harapkan orang luar ketika awal awal kejadian. Tu yang paling penting. Standby ! 

Aku dah bercerita mengenai kesiap siagaan kita dalam menghadapi bencana yang tak mustahil boleh berlaku pada kita pada bila bila masa sekarang ni. Boleh baca di artikal Kita perlu bersiap untuk masa hadapan ini. 

Aku tak pandai berenang. Begitu juga anak anak aku walaupun aku dah hantar mereka ke kelas berenang. Belum ada keyakinan diri lagi gitu. Tak pe.. nanti hantar lagi. Tapi untuk persediaan , aku belikan jaket keselamatan untuk kami sekeluarga. Dan jaket ni kena letak dalam kereta. Maklumlah, sekarang ni , kawasan jalan raya pun boleh banjir sekelip mata. Dasatkan Malaysia ? Percayalah.. ianya berlaku di Malaysia. Bukan luar negara mahupun dalam filem. 

Jaket keselamatan untuk Qhaliff dah kecil. Aku kena beli baru untuk dia. Dan juga untuk aku. Wife pun kena beli gak la. Tak pe la.. untuk keselamatan bersama. Sementara murah , beli je la.. Bot , nanti tunggu ada duit terpijak baru beli. Huhuh... 


Done beli !


Pasni kena sediakan BOB lak.. Bukan apa... Sebelah rumah aku ni , ada bukit besar. Manakala , bahagian atas sana tu... makin galak buat perumahan. Menjadikan kawasan perumahan aku ni, kawasan paling rendah ! Jangan tunggu siren kecemasan baru nak mengelabah. Tu pun kalau pihak berwajib tak tutup akaun TNB. Kalau tutup ? Fuh... nayaa ! 

 

You May Also Like

3 comments

  1. Nampak Qhaliff dah membesar... Kecik je tengok dia sarung Life Jacket tu. Apa-apa pun kita memang kena bersedia dengan kemungkinan yang tak diingini

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah.

    BalasPadam
  3. betul sangat. saya pun dah sediakan BOB _ Bugs Out Bag

    BalasPadam