BEN ASHAARI




Aku tengok baru baru ni di Tik Tok , ada yang jual ubat kuat. Kalau minum malam tu, pastu on..sampai ke subuh berterusan ! Pergh... ramai la membelinya tanpa memikirkan apakah bahan yang ada di dalam tu dan juga kesan sampingan jangka panjang !  Yang penting dalam kepala , dapat memuaskan nafsu pasangannya ! Tu jer. 

Bahaya bhai ! Jantung ! Hati... haih ! 

Cara termudah sebenarnya ialah... jaga makan dan amalkan real food jer. Tengok orang dulu dulu camana. Ingat diorang hari hari dok bedal Tongkat Ali ke ? Tak pun... kalau kita rajin membaca, setiap makanan yang natural kita makan tu, ada khasiat yang mengagumkan. Contohnya telur , pisang , halia, ayam dan macam macam lagi. Jauhi gula ! Walaupun kata itu pemberi tenaga, sesungguhnya jangan percayalah. Naya kalau percaya.

Kemudian jaga stamina. Ni baru nak mendayung , dah terdampar ! Apasal ? Tak fit satu hal. Pastu pernafasan ke laut. Main hauk jer. Dan bila kita rajin bersenam , kita jaga juga level stress. Stress sangat bahaya. Kalau kita asyik stress , penyakit pun datang. Bukan sekadar tekanan darah tinggi tapi kanser pun boleh menjengah. 

Bentuk fizikal kita pun mainkan peranan. Bukan saja boleh mengoda pasangan kita tapi juga pelbagai skill boleh dibuat ketika bersama. Ala... tu korang boleh cari buku Permata Yang Hilang. Ada diajar dalam tu untuk mereka yang dah berkahwin. Yang belum tu, tak payah la nak sibuk lagi. 





Turunkan berat badan. Rajin bersenam walaupun sekadar berjalan kaki. Rajin jemur diri di pagi hari. Rehat secukupnya. Elakkan tidur lewat malam. Elakkan makan lewat malam. Banyakkan pengambilan makanan tinggi protein dan fiber. InshaAllah, korang akan terasa kelainan. Pastu cuba ikut formula Dr. Mani tu. Korang yang ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout , akan terasa lain pastu. Aku dah ikut.. aku tahu la ! Aku ada Hypertension sebelum ni. Diabetis dan Angin pun dah jengok. Nasib baik aku cepat sedar.

Jauhi benda terlarang... 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Selesai hantar Qhaliff Iman ke sekolah. Dia bersarapan telur setengah masak je pagi ni. Sememangnya, itulah antara makanan yang diberikan pada dia berbanding sebelum ni, bersarapan dengan roti atau bijirin yang dikatakan sihat ! Hurm... 

Sejujurnya aku dah tak benarkan lagi pembelian roti putih dan juga roti roti berkrim. Anak anak pun aku dah kasi tau kenapa dan mengapa. Siap ada bukti dalam bentuk video dari pakar pakar kesihatan. Biar mereka faham kenapa aku tak kasi. Malah mereka sendiri pun dah nampak apa kesannya jika terus amalkan gaya hidup yang tidak sihat tu. 

Apa kesannya ? Jam 12 tengah malam , kami sekeluarga ke hospital dek kerana ibu mereka diserang gastrik ! Sakit yang sangat teruk. Kira tahap nak berjalan pun tak leh. Sakit yang amat katanya. Nak beranak pun tak macam tu , kata wife. 

Alhamdulillah... perubahan dilakukan segera dan semua dapat manfaat. Antaranya aku sendiri yang mana sebelum ni hantu roti , hantu kopi dan hantu roti canai...terasa impak positifnya selepas berhenti semua tu. Pergh... buncit hilang. Tekanan darah cantik dan paling penting, pernafasan aku tidak lagi semput sebelum ni. 

Dah tu nak makan apa pagi pagi ??? Takkan hari hari nak bedal telur ? Muak laaa.. Kan ? Persoalannya, kenapa nak makan sampai kekenyangan pagi pagi ? Apakah tujuan kita nak makan pagi pagi ? Kita kena kembali tanya pada diri. Kita nak makan sebab apa ? Untuk teruskan kehidupan atau ? Kalau untuk teruskan kehidupan... carilah makanan yang sebenarnya. Ambil dalam kuantiti kecil jer macam pisang , kurma,  ubi keledek , chia seed , buah buaha , salad dan sebagainya. Jauhi makanan yang mengandungi gula dan tepung gluten di pagi hari. 




 Kalau nak best lagi.. pagi pagi jangan makan lagi. Selesai tunaikan yang wajib, curilah bersenam ringkas seperti brisk walk atau jump rope. Paling tidak pun , buatlah lompat bintang 100 kali. Buatlah apa apa pun senaman asalkan berpeluh untuk dalam 20 minit. Selepas tu bersiaplah gi kerja. Kalau terasa lapar , minum dulu teh hijau kosong. Jangan letak sebarang pemanis. Amalkan.. nanti tau la kesan kebaikannya. 

Bawa bekal telur rebus atau kekacang seperti almond dan walnut. Kacang tanah jangan tau. Huhuh.. Amalkan je gini. InshaAllah ,  korang akan terasa kenikmatannya aptah lagi di usia 30 an , ramai dah mula terasa sakit sana sini. 40 an sakit , naya dah ! Kena makan ubat doktor. Masa tu , baru terasa cam... hilang kenikmatan dunia. 

Tak boleh ke nak makan gula dan gluten tu ? Persoalannya.. tu makanan ke ? 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Halia dan aku , berpisah tiada ! Sebenarnya dari dulu lagi aku suka halia ni tapi disebabkan malas nak potong dan rebus , maka order je la kat kedai mamak tapi tak sampai kenikmatan dia. Mungkin sebab ada gula kot ? Entahlah.. 

Tapi sejak 'kejadian' itu, gaya hidup aku berubah 100% ! Bukan aku saja... seluruh ahli keluarga aku. Aku berusaha mengamalkan cara hidup yang lebih sihat bersama anak anak. Kena ajar mereka dari sekarang. Mereka perlu mengetahui apakah makanan yang sepatutnya diambil setiap pagi , tengahari dan malam. Apa yang boleh dimakan dan apa yang sepatutnya dijauhkan ! 

Alhamdulillah... walaupun bukan mudah tapi anak anak takda masalah dah nak ikut apa yang aku buat. Contohnya minum air halia ditambah dengan kunyit dan madu tualang. Kemudian minum air lemon berisi chia seed dan juga mengambil prebiotik setiap hari. Mereka pun dah dijauhkan dengan ais krim, fast food , makanan ultra process dan juga jajan yang tidak berkhasiat. 


Berbalik pada Halia... aku dah amalkan lebih setahun. Setiap hari aku ambil serbuk halia ni. Apa yang pasti , setiap kali bersenam.. badan akan berpeluh mencurah curah ! Tapi tak terasa penat malah seperti keretapi wap ! Makin laju jadinya. 

Kalau tak amik halia ok tak ? Eh... ok jer. Carilah alternatif lain yang sesuai dengan perut korang tu. Ada yang minum lemon, teh hijau... chia seed , telur  dan sebagainya. Buat sedikit kajian mengenai kebaikan dna kelemahan sebelum amalkan. Sebaiknya carilah yang real food. Bukan yang diproses. Sebab apa ? Kita tak tau apa kandungan bahan tambahan dalam produk tu walaupun dah ada di label. Kena hati hati terutama di zaman sekarang ni.. penuh kepalsuan ! 

Apakah halia mampu turunkan berat badan ? Bagi aku ya ! Tapi dengan syarat , korang kena jaga diet pemakanan korang tu. Kalau tak jaga , tak guna la. Halia ni sekadar membantu ! Badan kita ni perlukan bantuan ya. Kalau nak harap dari apa yang kita makan hari hari tu,. belum tentu cukup. Seperti nak bakar lemak.. apakah bahan yang diperlukan ? Haa... banyakkan membaca ! 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Kursus 2 hari 

Wife kasi tau dia ada kursus 2 hari di Kuala Lumpur dan itu berita gembira untuk anak anak sebab kami boleh turut serta. Lama dah tak stay kat hotel dek kerana ketiadaan masa terluang. Asal hujung minggu, ada je program. Dan sesuailah kali ni sebab memang takda apa apa perancangan. Minggu akan datang dah ada banyak program dirancang. Dan banyak jimat dah. Heee..

Tempat penginapan yang diberikan, Santa Grand Signature.Aku tak pernah dengan nama hotel ni. Terus cari di Facebook dan Google. Nak tengok bilik hotelnya , gym dan juga kolam renang. Tiga ni penting ! Hahaha.. Dan dalam gambar , ianya memuaskan hati ! Oh ya , hotel ni betul betul depan sekolah Convent Bukit Nanas. Kalau dapat briskwalk di Taman Eko Rimba, memang berbaloi la tapi sayangnya, aku tak buat apa apa tempahan dan agak sukar juga nak mengawal 3 orang anak yang sedang lasak jika masuk ke dalam hutan. Maka diatas sebab inilah juga aku tak buat tempahan ke situ.

Sampai masa.. bergerak ke KL. Dari Sepang , ambil masa 50 minit juga nak sampai ke hotel. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Sejujurnya, aku cukup risau kalau KL ni hujan lebat. Jika lebih dari sejam , pasti akan ada air naik ! Aku ikut waze. Jalan diberikan, masuk Bukit Bintang. Kesesakkan hanya di depan lampu isyarat. Dalam 15 minit juga la nak lepas. Alhamdulillah, tak lalu kawasan dinaiki air. Ternyata memang banjir di sesetengah tempat. 

Parking Bertingkat

Sesak di depan lobi ! Hujan masih turun dengan lebat. Tapi bagusnya kat sini , ada parking bertingkat dan segalanya diuruskan oleh pihak hotel. Bayaran pun ok jer. Staff hotel pun bagi aku, sangat friendly dan membantu. Takda la muka keras bagai. 

Lepas check in , naik ke bilik. Ada lif kaca yang menarik. Suka si Zahra dan Aariz sebab dalam tengok kawasan hotel dari dalam lif. Walaupun hotel ni tak la luas tapi bagi aku sangat ok bagi mereka yang ada urusan di bandaraya dan juga yang nak bercuti dalam kawasan bandar. 

Masuk bilik dan.. ternganga mereka. Aku tersenyum. Heee... tak luas tapi cukuplah untuk kami anak beranak. Cuma ada satu katil je. Kena tidur memanjang dan aku, tidur di lantai beralaskan kain yang dibawa. Huhu.. Ok la.. Nak upgrade boleh tapi rasa cam... tak pela... sekejap je pun. 

Ok.. aku ringkaskan mengenai hotel ni... 

Fasiliti Hotel

Tandas dia bersih dan selesa. Gym, ok. Mesin semua beroperasi dengan baik. Buka dari jam 630 hingga 10 malam. Kolam renang , mesra keluarga tapi anak anak kecil mandi , kena mak ayah pantau. Jangan sibuk nak bergambar sebab permandangan memang cantik terutama malam hari atau main handphone yer.. 

Lobi , kemas. Staff bagus dan membantu. Urusan check in pantas. Pastu untuk sarapan , makan tengahari dan malam , pilihan tak banyak tapi menyelerakan. Kalau malas nak makan kat hotel, korang boleh je jalan kaki ke restoran berhampiran. Boleh la nak food hunt dan sebagainya. Aku cuma ke belakang hotel dan ada restoran mamak yang best ! Hahaha... Nak muntah anak anak dok lepak mamak.





 
Menarik !

Kat Mamak Cafe tu , aku syorkan mee goreng dan keow teow goreng dia. Eh , samosa dan tosey dia pun best ! Tengok nasi kandar dia pun menyelerakan. Boleh dikatakan berbaloi la gak makan kat sini. Harga pun tak la level kayangan atau potong leher punya. Setakat kami sekali gi makan, dalam RM20+ jer dan confirm kenyang. Alhamdulillah. Hancur diet aku.

Lepas kenyang makan pagi , kena bakar kalori. Ajak anak anak berjalan ke Pasar Seni. Ibu mereka, dalam dewan kursus. Heee.. Dari hotel ke Pasar Seni ambil masa dalam 30-40 minit juga la jalan kaki. Jalan perlahan lahan. Sambil berjalan tu , aku bercerita pada anak anak pengalaman aku di situ dulu.. ketika zaman remaja. 

Ternyata diorang enjoy menginap di sini, Aariz , kalau boleh.. nak duduk forever kat hotel ni ! Katanya la ! Huhhh... 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ada beberapa kejadian yang membuatkan aku sekeluarga mengambil prebiotik ni.  Pertama sekali , baru baru ni.. kami diserang demam batuk selsema. Si bongsu pula , dijangkiti Influenza. Aku dan yang lain , swab test tapi negatif. Aariz diberikan ubat antiviral manakala Zahra dan Qhaliff diberi ubat antibiotik. Alhamdulillah, mereka sembuh 2-3 hari selepas itu. Mereka yang ambil ubat antibiotik perlu betulkan semula usus mereka ! 

Kejadian kedua , wife tersalah makan. Perut kembung dan angin. Sangat bisa ! Punca , dari makan nasi yang disejukkan di dalam peti ais. Mereka yang ada masalah gastrik dan angin , tak boleh makan nasi yang dah disejukkan. Kesannya, dia terbaring sakit atas katil. Aku berikan air halia untuk kurangkan keradangan dan berkesan. Kemudian aku ke farmasi untuk dapatkan ubat gastrik. Di sana , ahli farmasi kasi dia ubat probiotik dan gastik. Katanya dia perlu amik probiotik untuk betulkan kembali perutnya. Aku cam... hurm.. Tak pe la. Cuba dulu. 

Balik rumah.. aku bancuh probiotik dan berikan pada wife. Dan dia ok terus selepas tu ! Aku cam.. Wah. Biar betul ? Ubat gastrik pun tak sempat nak makan. Rugi je duit beli. Mahal kot ! Hahahaha.. Dan terus dia ajak keluar makan selepas tu. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah.



Kejadian ketiga.. aku salah makan dan cirit birit. Aku ambil juga air halia untuk mengurangkan cirit birit . Berjaya kurang tapi masalahnya ialah tiap kali aku makan, mesti tak lama tu cirit birit. Bermakna makanan tak berjaya diproses dengan baik. Sesuatu pada perut perlu dibaiki ! Aku teringatkan saki baki probiotik yang aku beli ari tu , dan ambil sepaket ! Dan Alhamdulillah , perut jadi ok kembali. 

Selepas kejadian kejadian di atas , aku buat sedikit bacaan dan berusaha memahami kepentingan probiotik dan prebiotik pada usus manusia dan haslinya... 

Prebiotik merupakan sejenis serat yang tidak mampu dicerna oleh tubuh manusia dan digunapakai oleh probiotik sebagai sumber nutrien mereka. Sumber prebiotik boleh didapati dalam pelbagai jenis buah & sayur-sayuran yang berserat tinggi. 

Probiotik merupakan bakteria baik yang hidup dimana majoriti probiotik tinggal didalam sistem pencernaan kita membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Sumber probiotik boleh didapati dalam makanan-makanan yang telah melalui proses penapaian.





Probiotik dan Prebiotik ini sangat penting untuk tubuh badan manusia ya.. Jangan main main tau ! Besar masalah jika kedua dua ni tdak cukup pada badan kita. Disebabkan itu aku fokus pada prebiotik  dan  akhirnya aku mengambil Manna dan Tayebat. Setiap hari , aku berikan anak anak termasuk isteri secawan air bancuhan Manna dan Tayebat. 

Kenapa Manna dan Tayebat ? 

Secara ringkasnya , bahan yang digunakan pada dua produk ni berasal dari pokok Akasia. Pernah dengar gam arabik ? Aku biasa baca kelebihan gam arabik ni terutama pada mereka yang ada masalah Gastrik , Gerd dan Anxiety ni. Haaa... Mungkin ramai yang masih belum familiar, tetapi ia adalah merupakan getah pokok berkhasiat tinggi yang diimport. Masyarakat Mesir & Afrika dah lama beramal dengan getah pokok ini. Kajian saintifik yang kukuh pun sudah makin meluas dilakukan menggunakan Gam Arabik. Pokok Akasia yang merupakan mercu tanda popular di savanna ini asalnya dijumpai dikawasan tropikal & subtropikal dunia khususnya Afrika. Ianya kaya dengan serat serta dipenuhi pelbagai manfaat kesihatan & sangat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit.

Mengapa Harus Mengambil Kedua-Dua Manna & Tayebat ?

​​Mensasarkan dua spesis bakteria usus yang berbeza: spesis pertama memfokuskan bahagian atas usus dengan kesan yang cepat, manakala spesis kedua memfokuskan usus secara menyeluruh, mempunyai kesan yang lebih panjang, memberi rasa kenyang & menstabilkan gula didalam darah & mengurangkan berat badan. Tayebat meningkatkan tenaga dan antioksidan seharian, manakala Manna membantu untuk tidur dengan penghasilan hormon melatonin & serotonin.

Kesan selepas beberapa hari guna.

Sistem pencernaan  aku jadi lebih cantik. Begitu juga pada anak anak selepas amalkannya. Kata mereka perut jadi sedap dan selesa. Manakala wife aku yang ada masalah saraf di lengannya memberitahu sengal sengal dah menghilang selepas aku berikan dia Tayebat ! Alhamdulillah.. kalau tidak ,setiap malam mesti minta aku urutkan tangannya yang sengal dan lenguh. 

Sejujurnya , aku dah jatuh cinta pada dua produk ni dan akan belikan pada mak aku yang sering memberitahu ada masalah saraf di tangannya. Begitu juga pada ayah dan ibu mertua aku di kampung. 






Untuk info lanjut cara belian , boleh ke : https://naturalprebiotic.com.my/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes