BEN ASHAARI




Aku download dan print jer. Pastu letak dalam cover putih plastik dan berikan pada Qhaliff untuk dibawa ke sekolah. Kalau cikgu tanya kenapa takda bendera Palestine maka jawablah kamu..."dah cari dan tak jumpa di kedai ". Kalau cikgu tak kasi guna , simpan je dalam beg. 

Kalau cikgu tanya Qhaliff , "kenapa kamu sokong Palestine ? " Nak jawab camana ?  Terdiam seketika dia walaupun dah berkali kali aku ceritakan mengenai Palestine. Nah , jawab macam ni je Qhaliff. " Masjid  Al Aqsa yang terletak di Gaza, Palestine adalah tanah suci orang Islam dan juga merupakan kiblat pertama umat Islam. Maka saya sebagai orang Islam, wajib mempertahankannya. Pastu 10 nabi atau rasul pernah tinggal di Palestine " .

"Sapa 10 orang nabi tu , daddy ? " tanya dia. 

Aku yang kebetulan baru on komputer, terus google mencari jawapan lengkap dan jumpa.. Aku panggil dia dan sama sama membaca. Dan dia pun, owh... 

" Sebab itu kita kena rajin membaca berbanding menonton. Bila kita membaca , kita akan lebih faham dan ingat berbanding menonton. Faham ? " jelas aku. Dia angguk. 

" Dah.. jom gi sekolah.. " ajak aku. 

Semoga Allah lindungi bumi Palestine dari mereka yang ingin merosakkannya ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hari minggu menjelma lagi ! Aktiviti biasa... ke pasar ! Aku suka gi pasar sekarang ni berbanding sebelum sebelum ni. Pasar kat Salak ni , bersih dan terurus. Tempat letak kereta pun besar. Macam macam ada jual kat sini. Part makanan memang mengiurkan aku tapi aku berusaha menjaga nafsu. Terlalu banyak makanan tinggi karbohidrat dan gula. Satu lagi punca yang aku malas nak membeli makanan siap kat pasar ni, terdedah begitu saja. Hurm.. sayang sungguh. Kalau dulu , aku memang tak kisah tapi sekarang, aku kena amik kisah dah... Kesihatan mahal harganya sekarang ni. 

Selesai part beli barang dapur , masa untuk urus rumah. Sejujurnya part ni , wife yang keluarkan perintah. Aku buat jer. Cuma ada beberapa part utama tu, dia buat sebab.. korang pun tau la kan.. cerewet ! Nak sempurna atau lebih bersih dari laki dia buat. Huhuh.. 




Petang.... beriadah di Putrajaya. Alhamdulillah , tak ramai lagi orang masa aku sampai sebab baru lepas hujan. Dapat la main basikal gergasi ni. Nasib baik aku rajin ke gym. Boleh gak la mengayuh bawak sekeluarga. Hahahaha.. Takkan nak naik basikal elektrik. Apa barang ! Kasi bersenam la skit .. kan ! Hidup jangan terlalu malas.. semua nak mudah jer. 



Alhamdulillah... masing masing gembira. Si kecil dah dapat kamera Insta 360. Dia tukang pegang dan jaga. Si Qhaliff... dapat kamera Sony aku. Masing masing dah nampak kecenderongan ke arah sana. Dari sekarang aku cuba terapkan. Nak paksa , takda la. InshaAllah.. sekurang kurangnya ada skill. 

Malam... kelas tambahan Bahasa Melayu bersama Flyhigh . Belajar , bermain dan bersantai.. hidup jangan stress stess ! Masa kita di dunia ni, singkat jer. Manfaatkan selagi ada. Jangan tunggu kehilangan.. baru nak menyesal. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments




Sesuatu yang sering memeningkan kepala si ibu ibu jika mereka menyusu badan anak kecil mereka. Kan kan ? Tak tau nak kasi apa.. pastu amik suppliment tambahan yang bukan original. Maksud aku bukan dari sumber real food. Terpaksa beli dengan harga yang agak mahal. Kan kan ? Walhal ada je makanan yang sesuai untuk si ibu amalkan setiap hari tapi persoalannya, apakah makanan itu ? Sesuai untuk badan atau tidak ? 

Dulu aku tak amik kisah bab ni. Gi jer farmasi dan beli suppliment untuk wife makan setiap hari. Tapi jika ada real food atau makanan sebenar , lebih baik amalkan yang itu dari yang dijual di farmasi. Aku tak nak la kata tak bagus yang dijual di farmasi tu tapi jika ada yang lebih original dari bumi , mengapa nak biarkan ? Kan kan ? 

Di bawah ni ada tips dari Dr.Azril , pakar nutrisi berkongsi ilmu dengan kita. Bagus dan sangat berguna untuk ibu ibu yang baru dapat baby. Selain dia berkongsi tips pemakanan yang sesuai untuk si ibu amalkan , dia juga turut berkongsi ilmu mengenai bayi. Antaranya ,mengapa bayi kuat menyusu di waktu malam ? Aku pun tak tau dulu.. sekarang tahu dah ! 

Buah-buahan apa untuk banyakkan susu ibu ? Yang pertama , pisang ! Ahaks... aku baru tahu. Heee.. tak sangka pisang ni banyak sangat khasiat. Yang ke 2 dan 3 ?? Tu korang kena tonton sendiri la. Kalau korang rajin follow Dr. Azril di Tiktok, beliau banyak berkongsi ilmu nutrisi yang bagus untuk anak anak kita amalkan. 

Semoga bermanfaat. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Masih aku ingat lagi , kegilaan dan kewajiban makan roti setiap pagi ni bermula. Segala-galanya disebabkan PKP. Makanan mudah dapat ialah roti dan biskut. Dicanang-canangkan di media sosial akan berlaku kekurangan makanan dan pelbagai lagi propaganda ! Kesannya , roti menjadi pilihan utama. 

Sejak tu , setiap hari aku akan cari roti putih dan roti berkrim.  Tak cukup makan di rumah , bawa pula ke sekolah. Mudah untuk mereka. Tapi dalam tak sedar , rupanya semua itu membahayakan mereka. Bukan saja dari segi fizikal tapi juga kesihatan. Nah , tengok saja gambar di atas. Perut Zahra tu.. membuncit sampai gitu sekali ! 

Malah aku sendiri pun mendapat kesan dari gaya hidup dan diet pemakanan yang diamalkan. Mudah kembung , selalu sakit kepala di pagi hari dan mudah stress. Sembelit jangan cerita laa.. Nak membuang setiap pagi tu , memang payah la. Sakit sendi satu hal lagi.  

Teringat sekali tu, ada kawan tegur aku. Apakah aku ada asma atau lelah ? Dia tanya gitu sebab aku bernafas seperti semput ! Aku tak pernah ada masalah pernafasan sebenarnya tapi bila selepas dia tanya gitu , barulah aku perasan. Patutlah aku rasa cam payah nak bernafas atau bila berlari atau berjogging , aku cepat pancit walhal hari hari bersenam ! 

Bukan itu saja... dulu anak anak kerap kena demam selsema. Setiap minggu akan selsema ! Balik rumah, hidung mesti berair. Kesian kat diorang asyik nak kasi ubat ubatan doktor ni.Bukannya bagus untuk mereka pun. 

Alhamdulillah... segalanya berubah. Apa yang berlaku pada ibu mereka, mengubah segalanya. Perancangan Allah itu cantik sekali. Ada hikmah. Aku ubah diet pemakanan di rumah aku. Anak anak turut ikut sama dan ternyata banyak impak positif pada kami.





Aku , sebelum dan selepas. 

Ada yang kata jangan berkira sangat dengan anak anak atau jangan terlalu serius. Mereka perlu rasa semua itu juga. Aku bukanlah tak kasi langsung. Bila berada di luar rumah , atau makan di luar.. sesekali aku benarkan mereka rasa dan belajar akan perbezaan makanan yang mereka ambil. Apa khasiat dan manfaat , perlu mreka tahu. Apa kandungan terhadap satu satu makanan tu, perlu mereka pelajari. 
\
Kos perubatan masa kini , mahal ! Sekali gi klinik , confirm dah lebih RM50 ! Itu baru demam selsema. Sederhana ? Betul sederhana tapi kalau boleh elak , kenapa kita nak kasi anak anak makan makanan yang bukan makanan walhal bersepah makanan sebenar di luar sana ?  

Oh ya.. jika anak anak korang lemah dalam pembelajaran dan perlukan kelas tambahan secara online , boleh layari www.flyhigh.my ya. Banyak pakej mata pelajaran utama dari Tahun 3 hingga ke Tingkatan 5. 

 




Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Aksi aksi begini , mesti korang pernah tengok kan terutama berhampiran kawasan sekolah. Tapi takda la sampai 5 orang atas motor tu. Paling ramai pun , 3 kanak kanak dan seorang ayah atau ibu ! Bila nampak, terus mengucap panjang dan doakan keselamatan mereka terutama anak anaknya. Mungkin mereka dalam keluarga yang susah. Gitulah tanggapan aku. 

Tapi..aku tau ada yang malas nak guna kereta sebab nak elak kesesakan lalu lintas. Kan ? Cuma yang tak bagusnya, anak anak tak pakai helmet ! Dia sendiri pun tak pakai. Nak lagi best , diorang ni suka benar bertentangan arus. Allah... bahaya la ! Kalau pemandu kereta tu terlalai sesaat , maut terus mengundang ! Sudah la takda perlindungan... haish ! Kalau jatuh , naya sungguh la budak budak tu. 

Bukanlah aku meminta tapi kita sebagai ibu bapa kenalah prihatin. Janganlah nak cepat sampai keselematan anak anak kita tolak tepi. Bukan mahal pun helmet untuk mereka. Jangan sampai terjadi kecelakaan, barulah nak tepuk dahi ! 


Macam ni la bagus dan selamat. Kita dah buat yang terbaik. Selebihnya berdoa dan bertawakal pada Allah. 

Kalau taknak helmet yang berat berat , boleh la guna helmet macam di bawah ni. Anak anak nak pakai pun seronok. Nampak comel gitu.  Pastikan pakai tali pengikat keselamatan bila guna helmet. Barulah terasa selamat merentasi jalan raya. Mungkin sekolah tidak jauh dari rumah , tapi kita tak tau apa yang ada di atas jalan raya tu. Pagi pagi, masing masing kelam kabut kejar masa. Petang hari pula ramai dah kepenatan. Nah... faktor faktor kecelakaan dah boleh dibaca. Tu belum lagi faktor lain yang turut menjadi punca kemalangan ! 

Semoga Allah lindungi kita semua terutama anak anak kita. 

Link :  https://s.lazada.com.my/s.hl14z?cc

Link : https://s.lazada.com.my/s.hl17O?cc


Link : https://s.lazada.com.my/s.hl1RC?cc








Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes