BEN ASHAARI



 Hari terakhir 2023... 

Aku teman wife ke pasar pastu ke Lotus. Ketika nak membayar di kaunter bayaran , aku ternampak ada booth Healthcare Pharmacy. Ada pemeriksaan percuma darah tinggi dan glukos. Hurm.. aku tak pernah buat pemeriksaan sejak cecah umur 40 ni. Terasa nak juga buat untuk mengetahui hasil diet aku sepanjang tahun 2023 ni. Walaupun aku nampak kesan pada fizikal tapi dalaman aku tak tau.. 

Terus duduk dan tinggalkan wife kat situ. Dia menjegil. Aku faham maksud dia tu...

" Sapa nak bayar ni ????? " 

Aku kenyit mata. Alaa.. nanti tranfer la balik. Bukan tak biasa. Hahahahaha....

Bukan apa.. aku tak nak berubah hati. Biasanya gitu la. Bila dah teringin nak check.. tetiba batalkan niat tu bila nampak ada ramai orang dah mula mengeruni booth tu. Memandangkan diorang baru je bukak... tu aku amik kesempatan. 




Setelah penerangan dibuat.. apa yang percuma dan apa yang berbayar , maka aku amik keputusan untuk buat pemeriksaan penuh. Alang alang.. Dan hasilnya, membuatkan aku sedikit terkejut. Tapi aku tak pelik juga sebab memang kebelakangan ni aku gagal mengawal pemakanan aku. Cuma berjaya tak makan nasi putih jer tapi bab makanan bergoreng  terutama di luar rumah.. gagal ! 

Kenapa gagal ? Sebab takda pilihan makanan bila berada di luar rumah. 

Kolestrol aku tinggi. HBA1C pun tinggi. Aku tak minum air manis  tapi kenapa boleh tinggi? Aku syak berpunca dari makanan yang aku makan sejak dua menjak ni. Jadi ketagih semula. Awal awal tahun , berjaya kawal tapi nak penghujung tahun , mula ke laut dalam ! 

*HbA1c atau nama lain 'glycated haemoglobin' adalah satu perkataan yang selalu digunakan berkaitan dengan penyakit kencing manis. Ianya adalah panduan daripada gula dalam darah sepanjang 3 bulan lepas secara purata dan juga untuk mendiagnosa pesakit kencing manis.

Cuma ketika dia check bacaan gula untuk pagi tu, nampak ok walaupun baru lepas makan buah. Hurm.. Manakala untuk body fat , aku dikira obes ! Eerk... Air dalam badan ok , tekanan darah tinggi ok. Part ni aku lega sangat la. Walaupun aku banyak bergerak untuk pagi tu, bacaan tekanan darah ok. Nasib baik. 




Makanan bergoreng... keow teow , bihun pula adalah makanan proses yang tinggi dengan karbohidrat. Cepat bertukar menjadi gula. Ditambah pula makan di malam hari. Itulah kesilapan ketara aku. Walaupun tak banyak , tetap memberikan kesan pada tubuh badan. 

Satu lagi  tabiat yang perlu aku ubah ialah makan buah di malam hari. Kekadang belasah tembikai, buah naga , mangga dan pisang. Bukan tak leh makan tapi sebaiknya jangan makan di malam hari ! Nah... itulah yang aku syak jadi punca.

Maka di awal tahun 2024 ni, inilah misi aku. Aku kasi 3 bulan untuk perbaiki diet aku. InshaAllah nak konsisten dengan berpuasa 2 kali seminggu sebelum Ramadan menjelma. 

Misi 2023 untuk leankan badan dah berjaya. Sekarang misi yang lain pula. Moga berjaya ! 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Alhamdulillah. Perancangan dari awal tahun berjaya dilaksanakan. Anak anak gembira. Cuma sayang tak dapat naik ke Perlis seperti sebelum ni. Kalau dapat menginap semalam dua di Perlis , pasti lagi menarik. Inshaallah, akan datang aku nak masukkan semalam di Perlis dan Taiping semalam. Apa ada di Taiping ? Banyak tempat menarik terutamanya yang sesuai dengan anak anak kita yang masih kecil. Diorang pasti enjoy. 

Ok... di Pulau Pinang , kami menginap di Bahang Bay Hotel. Hotel ni dekat ngan pantai. Cuma kena jalan kaki menyeberang jalan raya yang tak sesak. Sini menarik kerana tak sibuk seperti di bandar mahupun Batu Feringghi. Nak keluar cari makan pun tak susah. Korang boleh naik ke Balik Pulau atau turun ke bandar besar. 

Di Bahang Bay ni , ada 3 kolam mandi mesra kanak kanak. Ada mini gym. Tempat letak kereta yang selesa. Cafe pun menarik. Malam malam diorang tayang movie percuma. Boleh la lepak ngan anak anak kat bawah. Rasanya dua tiga malam kat sini pasti seronok mereka. Tempat tempat menarik berdekatan seperti Escape ( taman tema dan reakrasi ) , Entopia iaitu Taman Rama Rama dan banyak lagi. 

Selesai 3 hari kat sini , aku sekeluarga ke Baling , Kedah. Perjalanan memakan masa dalam 2 jam lebih. Cuaca cantik ketika ni. Memang rezeki kami. Sesampai je sana , terus ke Dusun Tok Wak Desa untuk menjamah makan tengahari. Kena booking dulu. Sebelum makan , mandi sungai puas puas dulu.

Kat sini ada banyak homestay. Atau nak best lagi , boleh berkhemah atau tempah chalet berdekatan sungai. Nah.... boleh mandi sepuashati ! Jika tak nak mandi sungai , boleh ke Ulu Legong Hot Spring. Dekat je. Dalam 1 km je memandu.  

Best ! 




Untuk pengetahuan korang, kolam air panas ni dibersihkan 2 hari sekali. Jika airnya keroh atau pengunjungnya ramai pada hari tersebut, esok harinya akan dibersihkan. Air panasnya memang asli ya. Korang boleh berkhemah dalam ni juga. Carilah tempat tempat yang sesuai asalkan tak ganggu orang. Tempat makan ada. Surau dan tempat salin pakaian semua bersih ! Oh ya.. kat sini korang boleh mandi 24 jam tanpa sapa sapa halang ! Amacam ?

Sayangnya.. hari terakhir kat sini hujan mula lebat turun. Perancangan nak masuk ke Kelantan terpaksa aku tunda kerana tak nak amik risiko memandangkan amaran diberikan yang mana hujan kali ni bukan biasa biasa. Aku sendiri serba salah... Nak tak nak , terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Keselamatan keluarga perlu diutamakan. 


Dari  grup FB...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku pernah kena Covid 19 , tahun lepas. Seingat aku , aku dapat jangkitan selepas pulang dari bersolat Jumaat PWTC. Walaupun pakai facemask dan senantiasa bersanitize , tapi dah takdir Allah nak kena juga.. Redha jer la. 

Aku mula terasa dengan sakit tekak. Ingatkan biasa biasa je sebab aku rajin kena sakit kat tekak ni dek kerana berdengkur masa tidur. Tapi kali ni, lain macam rasanya. Memang perit bila nak telan air liur. Alhamdulillah, aku cepat cepat asingkan diri aku dari ahli keluarga. Maka aku sorang je la kena sampai ke akhirnya dan berjaya elakkan dari anak anak dan isteri terjangkit. 

Tak teruk tapi aku bila aku batuk , ada darah keluar bersama dengan kahak ! Hurm... Bila aku bersenam pun , terasa cepat mengah. Cepat penat ! Terus aku order Tiggot dengan kawan aku. Dia pos dua kotak. Satu kotak lagi aku berikan pada mak aku yang kebetulan batuk yang agak kronik. 

Alhamdulillah.. lepas gunakan Tiggot ni, batuk aku reda dan tiada lagi darah keluar. Begitu juga dengan mak aku. Sejak tu, bila ada kawan kawan yang kena Covid 19 ni , aku terus suruh beli produk cendawan susu harimau ni. Tak kisah la apa jenama yang ada di pasaran asalkan kandungan utama dia adalah dari cendawan susu harimau. 

Dan yang Tygerberry ni lak.. aku memang beli untuk standby bila anak anak kena batuk. Dan kebetulan, beberapa bulan lepas , kami sekeluarga lak kena Influenza. Nasib baik tak teruk kerana kami dah jaga pemakanan sejak dari awal tahun. Aku tak benarkan anak anak makan biskut , roti putih , gula putih , fast food di rumah. Dan ianya berbaloi kerana dapat mengurangkan keradangan bila diserang virus seperti selsema dan demam. 

Aku syorkan pada jiran aku , baru baru ni. Katanya dia ada asma dan perlukan dapatkan rawatan di klinik dengan agak kerap. Dia beli dan katanya sangat bagus. Tak perlu dah nak dapatkan rawatan asma sejak tu. 

Aku sekadar berkongsi pengalaman jer. Lagi pun produk cendawan susu harimau ni, aku dah tau sejak tahun 2016 lagi Cuma masa tu , diorang belum campurkan dengan bahan lain. 100% asli dan memang payah nak telan ! Hahaha.. tapi dia punya manfaat.. memang best ! Sekarang ni diorang dah campur dengan bahan bahan asli yang lain untuk memberikan penambahan manfaatnya. InshaAllah.



 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah.. selamat tiba di Pulau Pinang , petang semalam. Perjalanan lancar dari Sepang. Bertolak sekitar jam 10 pagi dan tiba di destinasi dalam jam 3 gitu. Ikut waze , dia kasi masuk dari jambatan ke 2 dan terus ikut 'pintu belakang' yakni melalui Balik Pulau dan terus ke hotel. 

Wahh.. ikut Balik Pulau ni memang best ! Maklumlah, arwah ayah aku asal dari situ. Boleh lalu kampung aku. Terubat rindu cuma tak singgah je la sebab nak cepat sampai hotel. Wife ada program belah malam. Tujuan ke sini pun atas urusan kerja. 

Anak anak bunyi lapar dah. Nak makan apa eh ? Takkan nak cari nasi kandar ? Hahahaa... Adoilah. Wife kata nak sesuatu yang menarik. Tak nak makan di restoran macam di KL tu. Dan Balik Pulau ni memang sangat sesuai la nak cari tempat makan gitu. Tambahan lagi , Balik Pulau ni memang ramai  penduduk jati meniaga makan tepi jalan. 

Dan ternampaklah..... terus aku buat u-turn dan singgah makan. Wife tapau cakoi dan sedikit kuih muih sebelum makan laksa roda tiga ni. Sebenarnya mencari gak laksa jaguih tapi tak nampak lak. Aku malas nak mencari sebab badan sedikit penat. 


Aku pun makan la laksa. Sedap ! Kena dengan tekak aku. Wife lak kata biasa jer. Aku rasa dia mencari asam laksa. Aku pun buat penerangan la. Kalau nak cerita bab laksa ni , panjang. Bukan ada sejenis dua laksa di Malaysia ni. Ada banyak laksa termasuklak Man Laksa ! Hahahaha... 

Sebenarnya aku risau nak makan laksa ni. Teringat sebelum ni aku pernah makan laksa kawan aku jual. Petang tu jugak aku diserang angin. Perut jadi kejang semacam. Abis tarik belikat aku. Menderita jap. Tapi bila aku makan laksa di Umai Cafe , Putrajaya.. ok lak ! Begitu juga laksa di Teh Tarik Place.. ok je ! 

Ingat punya ingat.. rupanya perut aku ni leh masuk asam laksa jer ! Laksa begini , aku tak boleh dan aku yakin mereka yang ada masalah seperti aku ni, turut begitu. Aku tak tau la samada punca dari otak udang yang aku tambah atau ikan yang digunakan. 

Syukurlah aku dah standby serbuk halia ! Apa yang aku buat... aku panaskan air dan letakkan suku sudu teh serbuk halia dan kacau. Minum sehingga abis. Pastu bancuh sekali lagi selepas 10 minit. Minum lagi. Sampai la aku rasa nak buang air besar. Kasi clear perut ! Barulah lega. Sapu minyak angin kat perut.. dan tidur. Bangun tidur.. alhamdulillah , ok. 

Serbuk Halia ni memang jadi peneman aku ke mana saja aku pergi. Bukan saja untuk perut tapi juga untuk membakar lemak ! Setiap pagi , sebelum dan selepas makan mahupun sebelum tidur , aku akan minum segelas ! Ada yang kata mahal dan boleh dapat murah lagi di pasaran tapi bagi mereka yang dah cuba.. mereka akan kembali membelinya dan mengamalkan setiap hari. Kata mereka , serasi dan bagus untuk kesihatan. Alhamdulillah.. dengan izin Allah. 

Nampak gaya.. aku kena cari makanan berprotein tinggi je la kat sini.


Whatsapp :  https://halia1.wasap.my/

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Cuti sekolah bermula. Nak gi bercuti, belum sampai masa sebab sang isteri masih perlu selesaikan beberapa perkara penting di pejabat sebelum bercuti panjang. Dan seperti biasa.. aku kena uruskan anak anak dari awal pagi hingga petang. Nasib baik aku ada tempat boleh bawa mereka. Tapi sebelum tu... memang perit jugak la.. Huhuh.. 

Nak suruh belajar memanjang , mustahil la kan. Aku sendiri di usia mereka pastinya dah ghaib di awal pagi. Pakat keluar bermain dengan kawan kawan tapi di zaman ni.. pergh ! Penuh cabaran ! Kalau hilang sejam dua pun dah risau ! Amat bahaya. Macam macam jenis manusia dah ada di Malaysia ni. Nak tak nak.. main je la depan rumah atau keluar bersama sama mak ayah.. 

Kalau di rumah.. aku tahu.. suri rumah macam aku dan korang , mesti macam ni. Tak kira la anak dah besar panjang.. macam macam perangai ada. Isu perbalahan kekadang kecik je tapi itulah kenangan sebelum mereka punyai dunia sendiri. 

Cuma aku pelik je la.. Wife aku tenang je selesaikan perbalahan mereka dan mereka menurut saja. Manakala aku... perghh ! 



Diorang boring sebenarnya. Kena bawa keluar berjalan jalan. Yelah.. cuti kan ! Takkan nak nganga dalam rumah. Tapi kita tau.. kos nak bawa mereka berjalan bukan murah. Dengan petrol yang kononnya boleh murah di zaman ni , rupanya sama je mahal... tol pun tak turun harga ! Hahaha.. Tu belum lagi part makan minum di luar ! Serba serbi mahal. Sebab tu ramai pakat pakat gi cuti negara seberang dari dalam negara sendiri ! Mahaii kata rakyat sendiri tapi mereka yang datang dari luar pula kata murahhhh ! Adeh... 

Hurm.. Korang camana ?? 


Tenang bila mereka belajar secara online di www.flyhigh.my ! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes