BEN ASHAARI




Teringat kali pertama aku masuk sini. Asalnya mencari makanan yang tinggi protein sebab kelaparan. Naik ke tingkat 2 di AEON Nilai , nak menuju ke food court tapi aku ajak wife masuk sini. Aku malas nak makan kat food court sebab.. heee.. aku malas ! Hahaha.. Aku nak duduk dan order jer. 

Dan itulah kali pertama masuk dan cuba makan di Seoul Garden HotPot setelah sekian lama dok tengok jer restoran ni dari luar. Takda terasa teringin nak mencuba pon .Yang satu lagi tu , aku dah cuba dan tak berapa nak minat sebab terlalu kenyang bila makan. Hahaha.. salah sendiri. 

Tapi berbeza yang ni ! Nah.... disebabkan aku minat kimchi dan kuah dia, maka aku nak mencuba sesuatu yang baru. Tengok menu dia , semua nampak menarik. Hahaha.. Jadi aku cari sesuatu yang ada protein dan fiber. Yummy ! 

Sebelum tu wife tanya aku.. Halal ke sini ? Sebelum masuk ke restoran ni , mata aku memang mencari tanda Halal ni sebab itulah yang bakal ditanya oleh wife aku. Aku dah ready dengan jawapan... 

" Lain kali gi mana mana , bukak mata.Jangan menonong jer.. " itulah jawapan yang aku berikan dalam hati. 

" Halal. Ada tanda kat luar tu... " jawapan sebenar dari aku yang cukup ringkas. Jangan cari pasal dengan perempuan yang sedang kelaparan. 





 Dan.. semalam , kali ke 4 kitorang singgah masuk makan sini dalam tempoh sebulan ! Aduh.. naya sungguh laa.. Dan untuk pengetahuan korang , setiap kali masuk sini.. memang akan order makanan yang sama. Kenapa ? Sebab aku nak makan sampai tahap bosan dah makan makanan tu dan nak cuba menu yang lain. Hahahah.. gila kan ? 

Sedap ker ? Hurm.... kalau tanya tekak aku, memang cukup kena la masakan ni dengan jiwa aku. Aku rasa aku ada darah Korea kot walaupun aku tak tau lagi Kpop yang lain selain lagu kuda tu ! Lupa lak nama dia.. 

Nah... untuk pengetahuan korang.. Seoul Garden ni cuma ada 14 cawangan di Malaysia. Hehehe.. Senarai cawangan ada di SINI.. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


 Berlaku minggu ni. Aku amik masa untuk becerita di sini sebenarnya. Tengah memikirkan ayat ayat yang sesuai. Bukan apa.. kang ada yang kata aku leka, lalai dan merbahaya ! Ya.. tapi itulah yang terjadi dan yang terjadi itulah membuatkan aku lebih berhati hati sekarang ni ! Lebih berhati hati dalam segala tindak tanduk dalam menguruskan rumahtangga ! 

Benda ni.. aku yakin ramai yang alami ! Korang pernah terasa kan seperti , " Eh, aku dah cabut plug seterika tu ke belum eh ? " atau.." aku dah tutup ke api dapur tadi ? " . Kan ? Mesti yang baru keluar rumah , terus berpatah balik untuk periksa. Yer.. ni penyakit was was mendatangkan anxiety ! 

Dan baru baru ni... terjadi pada aku. Ketika tu aku baru lepas makan telur goreng. Abis dah stok untuk Aariz yang akan pulang dari kelas KAFA. Aku tengok jam.. ada setengah jam lagi. Sempat nak goreng untuk dia. 

Aku nyalakan api kuali. Pastu duduk jap di kerusi sementara tunggu dia panas. Pastu belek belek phone. Check whatsapp. Maklumlah , aku kan jual halia. Kang ada order terlepas pandang. Sekali tengok jam.. Eh , dah jam 11 ! Maka aku suruh Zahra bersiap. Nak keluar gi amik Aariz. 

Dan keluarlahhhhh aku bersama Zahra berjalan kaki. Dari rumah aku ke lokasi yang dituju dalam 500 meter jer. Rezeki dapat belajar di KAFA tak jauh dari rumah. Sampai di sana, Aariz baru keluar. Zahra pula masuk. Dia ada kelas mengaji bersama ustazah di situ.  

" Daddy , Aariz lapar la. " kata dia. 

Aku tergamam ! Hah ?????? 

Aku terus suruh Aariz tunggu kat situ. Jangan pergi mana mana, Depan KAFA tu gak la. Dan dengan pantas aku berlari balik ! 

Bukak bukak pintu.. Allahuakhbar.. Berasap dah dapur. Nasib baik aku nyala pi kecil je. Takda la terbakar tapi kuali jadi panas sangat la. Cepat cepat aku tutup api dan bukak semua tingkap. Kasi asap keluar. Syukur pada Allah sebab sedarkan aku.  

Lepas pada tu, aku tak berani dah nak masak sebelum selesai urusan anak anak. Jika aku masak , aku akan cabut kepala tong gas terus  ! Takda belas kasihan. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Wife send kat aku di Instagram. Aku baca dan.. hurm. Mudah bagi dia tapi berat untuk aku. Hahaha.. Walaupun realitinya aku tak kisah tapi ketika kejadian berlaku , aku memang stress jap ! Aku bukanlah pengadil yang baik. Aku nak menangkan yang mana satu ? Masing masing ada pertahankan perbuatan dan saling menuduh. Aku tahu sapa yang bersalah tapi jika aku menegur si bersalah , dia akan tarik siren tangisan yang cukup memeritkan telinga. 

Setiap pagi.. lepas hantar si abang...hantar si bongsu lak. Tinggal si kakak jer. Tau pulak dia kata dia boring. Sunyi je kat rumah. Aku cakap kat dia , bila ada abang dan adik, bergaduh memanjang. Pantang bersua muka.. bergaduh ! Haaa.. camana tu ? Tapi kalau di suruh main game bersama sama , nah...senyap terus ! Siap boleh berbincang. 


Tapi bila malam hari , mak diorang ada. Hurm.. masing masing boleh belajar terutama bila aku keluar dari rumah. Eh... eh ?? Siap duduk atas meja membuat ulang kaji dan rumah tenang jer. Eh ??? Wife siap boleh lipat baju lagi. Apasal masa aku , segalanya payah ? 

Maka aku tak hairanlah... bacaan kolestrol aku boleh tinggi ! Walaupun bacaan tekanan darah tak tinggi tapi kolestrol lak tinggi. Aku ingatkan disebabkan makanan yang aku amalkan tapi bila difikir fikirkan.. aku dah diet habisan dah tapi apasal part ni dia tinggi sedikit. Huhhh..

" Dr. Stuart Seale mengatakan bahwa stres dapat meningkatkan kolesterol. Diduga, stres mendorong tubuh untuk menghasilkan lebih banyak energi dan menyebabkan hati memproduksi kolesterol buruk (LDL) lebih banyak. "

Sapa Dr Stuart  ?  Hahahaa.. aku pun tak kenal. Petik dari Google je tu. 

Aku kena belajar kawal stress atau aku akan mati muda ! 






 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Semalam , misi mencari makan malam. Wife kepenatan nak masak. Aku nak masak , aku tak nak. Nanti kalau aku start tunjuk skill memasak, hari hari aku kena masak seperti mana menjemur pakaian. Dah jadi tugas rasmi aku. Hahaha.. Boleh ? Takda la.. aku tak pandai masak sebenarnya. Bukan tak nak belajar tapi tak sempat..Heee..

Maka, makan di luar je la jawabnya. Kalau makan di rumah , lauk telur je la tapi aku suka. Anak anak je la dah boring. Sian pulak kan ? Dan pilihan destinasi selepas gi mendobi pakaian ialah ke Aeon Nilai. Hari hujan dan aku tak nak anak anak selsema lak kalau makan di kedai terbuka.

Nak makan apa ? Hurm.. mencari restoran yang ada Halal itu penting. Dan wife tak nak makan restoran yang menu utama dia ayam. Bosan dah katanya. Aku ngan Qhaliff sukaaaaa ! Hahaha.. Tapi tu la.. kena ikut la cakap boss.

Dan masuklah ke restoran  menu Korea ni. Lama dah aku teringin nak rasa sebenarnya. Sebelum ni pernah masuk yang satu lagi punya restoran. Yang makan ala ala steam boat tu. Dan aku tak berapa suka sangat. Terlalu kenyang. 



 Dan... Wow ! Aku sukaaa kat sini. Bahan utama dia kimchi. Dan aku makan nasi kat sini dek kerana anak anak makan tak abis. Tapi berbaloi la aku makan nasi sebab sedap. Macam aku kata sebelum ni.. aku cuma akan makan nasi kalau masakan tu berbaloi untuk di makan. Aku bukan anti nasi pun cuma aku nak kawal nafsu makan aku dan juga kawal pengambilan makanan tinggi karbohidrat. 

Tapi tu la... anak anak tak abis makan , aku kena abiskan. Nasib baik la tinggal suku je. Dua mangkuk lak tu. Adeh.. takkan nak biar ? Sayang laa.. kena la aku makan dan ternyata sedap betul sesekali bila makan nasi ni. Hahahaha.. 

Ternyata berbaloi makan kat sini. Rasanya pasni restoran ni akan jadi port aku sekeluarga la kalau teringin nak makan di luar. Yang bukan menu utama dia , ayam la.. Heee.. Setahun sekali dua boleh la layan sini. Harga pun ok jer. Kalau gi pekena ayam.. dah cecah 100+ ! Sini kelmarin.. tak sampai pun lagi.. Alhamdulillah. 

Kimichi bagus untuk perut tau ! Probiotik gitu ! 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Dulu aku ingat pergi gym , rajin berlari dan jaga makan dah memadai. Rupa rupanya masih terlalu jauh dari yang yang patut aku amalkan ! Kesilapan aku ialah pada pemakanan yang tak betul. Dalam diam , aku mengambil banyak makanan yang tinggi dengan lemak jahat dan juga gula. 

Yer , gula paling kita tak sedari dan diambil setiap hari. Kemudian kita diomok omokkan dengan bahayanya makanan makanan  tertentu tapi rupa rupanya kena amalkan setiap hari ! Alhamdulillah, banyak video di media sosial berkenaan nutrisi pemakanan yang disorokkkan satu ketika dahulu , dibongkarkan  dan aku amalkan. 

Antara yang masih wajib aku amalkan ialah air halia yang aku minum setiap pagi dan malam sebelum tidur. Kalau malam hari tu , aku tambahkan dengan kunyit dan habbatus sauda. Pastu perah lemon sedikit. Ada khasiatnya dan manfaat pada tubuh badan. 


Bacaan masa tak sihat sebelum ni , atas 180 dan bawah lebh 90 ! 


Bila ke gym , sesekali aku bawa air putih ditambah dengan secubit garam Celtic. Yelah.. badan berpeluh abis. Mineral dalam badan dah keluar.. kena ganti ! Masukkan garam yang berkualiti dan punya mineral yang tinggi. 

Bila perut cantik... sistem pencernaan cantik.. kita masukkan apa saja makanan tambahan yang berkhasiat, InshaAllah akan dapat diproses dengan baik. Dan aku dapati sejak aku minum air putih ditambah sedikit garam Celtic ni , bacaan tekanan darah lebih cantik dan terkawal walaupun selepas bersenam. 

Telur rebus , setiap kali lepas workout. Aku nak kurangkan makanan bergoreng kecuali di masak dengan minyak zaitun. Aku dalam proses nak menurunkan lagi bacaan kolestrol dalam badan. InshaAllah, sebelum puasa aku nak check semula. 

Antara makanan tambahan lain yang aku ambil , cuka epal , minyak zaitun , omega 3 , chia seed ,  bawang putih tunggal dan whey protein. Er, ada lagi.. beet root , cinnamon.. fuh ! Betul punya jaga ni.




Alhamdulillah.. aku tak perlu nak sumbah steroid dalam badan aku. Ada orang kata kalau nak kekar , sado atau nampak gempak , kena masuk la ! Baru best ! Maaf laa nak.. aku dah nampak kesan buruk pada kawan kawan yang amik menda alah tu dan sekarang mereka dah pun insaf. Dah berhenti pun bersukan kerana risaukan kesihatan. 

Alhamdulillah.. aku dari tahun 2002 hingga sekarang , masih lagi keluar masuk gym. Walaupun awal awal dulu , corak pemakanan aku tak betuk dan tak seimbang dek kerana pegang prinsip makan apa saja asalkan bersenam rupanya salah sama sekali ! 

Sasaran aku tahun nak nak hilangkan lemak bahagian perut tu. Masih berbaki. Nak dapatkan bacaan lemak dalam badan di bawah 20%. Bukan mudah tapi inilah cabarannya dan pada masa yang sama , nak buktikan cara aku ni berkesan buat mereka yang teringin nak sado cara natural... 

Dan nasi memang aku masih tak makan. Hahahaha.. Ada yang kata nasi tak bersalah ! Betul.. Sebab tu aku tak makan nasi sebab aku yang bersalah ! Kalau korang rasa korang boleh kawal nafsu pemakanan, silakan makan..... aku sokong dari jauh ! 

Nak sado... jaga makan  dan makan makanan yang sihat dan benar, rajin bersenam , cukup berehat dan tak nak stress stress ! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes