BEN ASHAARI



Mesti ada yang terdetik dalam hati gitu kan ? Yer.. aku pun gitu. Malah aku kata , lebih baik aku bayar zakat dari bayar cukai. Tapi itulah...kita kena ikut undang undang di mana bumi kita berpijak. Kalau kita tinggal di luar negara camana ? Tak bayar cukai.. ke dalam kita haa ! Tapi di negara kita ni, apa apa pun.. kita isytihar dulu. Kemudian baru tahu layak ke tak. 

Baru baru ni aku ke bengkel Influencer Bijak Cukai , aku dan rakan rakan bersoal jawab mengenai cukai yang selama ni berada di dalam kepala otak aku. Aku bayar je cukai sebelum ni. Cuma tahun 2022 je aku terlupa sebab masa tu kan baru lepas dari tahanan Covid. Income pun takda. Nak isytihar pun segan ! Hahahaha.. Nasib baik ada KWSP. Bagus Perdana Menteri masa  tu.. 

Kita rakyat Malaysia. Kita guna kemudahan yang ada yang mana dibina atas cukai rakyat. Pendatang asing ? Yer.. itu kes lain dan LHDN sedang berusaha mengesan mereka. Ya.. bukan mudah tapi mereka berusaha. Kalau korang ada infomasi mengenai diorang yang kaya raya dan rasanya tak bayar cukai, buatlah laporan pada LHDN. Mereka alu alukan sangat ! 

Jangan risau, ya. Walaupun mereka dalam kategori antara  'lembaga' yang mengerunkan , segalanya boleh dibawa berbincang secara baik. Datang baik baik.. bual baik baik.. diorang pun baik. Hee... diorang pun bayar cukai gak. Takda yang terlepas malah bekas PM pun tak terlepas. Heee..



Untuk korang yang tak pernah lagi isytihar pendapatan, boleh buat sekarang. Ada program khas pengakuan yang mana korang takkan dikenakan penalti atau denda. Amik peluang ni !! Jangan lepaskan. Kalau tak, pergh.. sekali kena.. jenuh nak isytihar ! Aku kena dah. Hahahaha.. dia mintak resit sehingga 4 tahun ke belakang. Nayaaaa.. 

Tarikh akhir program khas ni , kalau tak silap aku 31 Mei 2024. Tak lama dah.. Kalau korang tak sempat nak gi mana mana cawangan LHDN , korang boleh download aplikasi MYTAX yang mana korang boleh je buat pengisytiharan dalam tu. Senang sangat. Kalau tak reti nak guna , boleh hubungi mana mana pegawai perhubungan awam LHDN. No tel ada di laman web mereka. Jangan malu malu yaa.. 






Mudah... senang dan cepat guna aplikasi/ Aku nak declare tahun 2022 punya sebelum tarikh declare 2023 mai ! Adeh... money money !! Walaupun aku tak kayaaa.. tapi gitulah kita sebagai rakyat Malaysia. Melainkan kau pendatang haram ! Kau tak payah bayar tapi kena tangkap kalu.. duduk dalam sanaaaa ! Hahahahhaa... 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dah seminggu berlalu.. Takda plan bercuti ke mana mana dalam masa terdekat ni. Mungkin akan ke beberapa tempat ilmiah seperti Pusat Sains Negara, Planetarium Negara dan Perpustakaan Negara. Dah janji nak bawa diorang sebelum ni. Tak  tertunai lagi. Tunggu mem besar ambil cuti panjang skit. 

Jadi apa yang aku buat bersama anak anak di rumah ? Jadi singa ? Rimau ? Hee.. tak ! Mudah jer. Aku penatkan diorang. Segalanya bermula di subuh hari. Pastu terus ke bukit berhampiran. Naik turun bukit pastu gi gym terus. Diorang memang takkan tidur sehingga tengahari. 

Di gym.. jika kosong , aku akan ajar sikit sikit bersenam. Kasi tegap sikit yang lelaki manakala perempuan kasi fit ! Saja dekatkan diorang dengan aktiviti sihat yang juga melibatkan aku. Lebih baik mulakan dari sekarang... kan ? 

Mendaki Bukit Melati , Nilai.. walaupun ada yang kata nampak mudah tapi sebenarnya aku nak kuatkan kaki mereka. Qhaliff yang bakal sertai pasukan badminton sekolah , pastinya nak kena lebih kental. Zahra dan Aariz pun gitu gak. aku nak sadokan diorang ! Bukan gemuk atau berisi tau tapi lebih pada nak kasi nampak kemas tubuh badan mereka. 




Dan Alhamdulillah.. mereka seronok ! Walaupun aku ulang setiap hari.. mereka kata naik bukit memang best ! Aku pun best gak la. Leh latih kaki jadi lebih kental. Lutut kena kuat di usia gini. Ada yang kata tua tua ni, baik ulang alik masjid je la.. Huh ! 

Bagi aku... mereka dah ditanam dengan sifat cintakan kesihatan berbanding mengejar makanan sedap ! Diorang tau dah nilai kesihatan. Diorang tahu kalau jatuh sakt , kos perubatan bukan murah. Allah beri teguran pada aku melalui wife ! Bersyukur sangat sempat ubah sebelum dijemput Allah. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Alhamdulillah..selesai dah ! Sebelum cuti sekolah hari tu gi borong semua. Beli awal mudah ! Risau takda size dan sementara ada duit. Heee.. Kualiti pakaian tu penting! Macam biasa.. kami pilih Pusat Pakaian Hari Hari je. Layanan mesra , harga ok dan tak banyak cerita.. pilih yang sesuai , tangkap , bayar dan balik ! Layanan mesra ni amat penting tau ! Kekadang boleh bikin kita mati nafsu nak membeli kat sini. Hahaha.. kan ? Tengok muka ketat macam kita datang nak mintak sedekah jer..

Sejak Qhaliff darjah 1 lagi kami ke Pusat Pakaian Hari Hari ni. Semua ada. Banyak pilihan. Dan banyak cawangan. Kalau rasa tak sempat nak pergi ke kedai, boleh je kita beli secara online. Asalkan tahu size dan apa kita nak. Pilih dan bayar pastu tunggu je sampai depan rumah. 

Lengkap ! Dari pakaian sekolah biasa , ke pengawas dan juga KAFA ada jual. Pakaian orang dewasa pun ada. Alang alang dah memilih pakaian untuk anak anak , terus je beli untuk kita. Harga pun ok jer. Bagi mereka yang tak kisahkan jenama , ok dah pakaian kat sini. Tak perlu nak pening kepala. 




Beg sekolah, akan menarik perhatian anak anak kita. Bagi aku, kalau kita tak ajar mereka memilih berdasarkan jenama, inshaAllah kita akan jimat banyak. Begitu juga kasut sekolah. Ada macam macam pilihan. Ikut bajet kita. Cuma size je la. Kalau gi lambat lambat , takut takda size. Baju sekolah gitu gak. Maklumlah , Pusat Pakaian Hari Hari ni dah menjadi pilihan ramai.. 

Tak perlu risau kalau tersalah beli size. Boleh tukar dalam masa 7 hari. Tapi jangan cabut tag harga dan pastikan ada resit pembelian.  Oh ya.. korang boleh cari cawangan mereka melalui locator yang aku sertakan di bawah sekali. Saja suh korang scroll sampai bawah. Heee.. 








Bagi kebebasan untuk anak anak memilih apa yang mereka nak kerana harga di sini bagi aku, mampu beli. Aku pun tak nak la ajar mereka memakai pakaian berjenama di kala ekonomi dunia yang tak menentu ni. Pakai je apa saja asalkan ada kualiti dan tahan lama. Tu yang penting. Sapa je yang kisahkan jenama kat sekolah ? Hahahaah..

Pentingnya faktor harga kerana jika koyak atau hilang , takda la nak rasa ralat sangat. Seperti kasut sekolah yang mana bila bersukan , kasut tu gak la diorang bantai main bola. Gitu gak dengan baju dan seluar sekolah. Mereka aktif di sekolah. Takkan nak marah diorang kalau koyak. Kang jadi tunggul kayu je kat sekolah tu.. 



Bagi yang belum berkesempatan nak membeli pakaian sekolah , gi la cepat cepat. Pusat Pakaian Hari Hari ni, semakin ramai kunjungi. Silap haribulan , payah dah nak dapat size dan jenis kain yang kita nak. Settle cepat , boleh tenang kepala ! 

" Selamat datang ".. " Terima kasih".... 

Ucapan yang akan kita dengar bila masuk dan keluar Pusat Pakaian Hari Hari. Selamat bercuti ! 

Pusat Pakaian Hari Hari : 

Websites : http://ehari.com.my

Shoppe : http://shoppe.com.my/harihari_

Lazada : https://lazada.com.my/shop/hari-hari

Location 109 branch : http://hari.com.my/locator




Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Fuh...agaknya beginilah kot perasan mak ayah aku ketika Penilaian Darjah 5 ditukar ke UPSR satu ketika dulu dah batch aku ( tahun 76 ) , adalah yang pertama akan menduduki UPSR. Lega sebenarnya bagi geng geng aku sebab tak perlu risau gagal masa Darjah 5 tu... hee.. kalau gagal , kena ulang laaa duduk kat Darjah 5 tu. Bayangkan dah bermisai tapi masih di darjah 5 dan kawan kawan lain , dah ke darjah 6 mahupun Tingkatan 1 ! Haahaha... 

Sejujurnya aku masa tu pun dok keliru dengan format UPSR ! Mak ayah aku memang tak tau apa pun sebab infomasi masa tu tak beberapa menyeluruh. Kena rajin baca suratkhabar atau dengar berita. Tu pun kalau signal tv cantik. Heheee..  Nak harap aku terangkan , memang tidak la. Mana ada internet zaman tu macam sekarang ! 

Nah.. sekarang UPSR pun dah takda. Diganti dengan format baru yang aku sendiri pun masih terbiol biol nak fahamkan . Entahlaah. Taraf pendidikan di negara kita carca marba ! Maaf cakap la. Bukan salah guru tapi.. korang pun paham la kan. Cikgu dah buat kerja mereka. Tapi.. hurm..tu la ! 

Di media sosial... macam macam cerita keluar. Nak komen , takut mengeruhkan lagi keadaan. Eceh.. Hahahaa.. Maka aku diam diam sudah la. Yang perlu aku lakukan ialah tingkatkan ilmu anak anak aku. Aku tak mengharapkan mereka cemerlang menang anugerah di sekolah sebab aku tak nampak camana mereka di kelas. Macam Qhaliff , ada cikgu kata dia senyap je di dalam kelas. Tapi untuk subjek lain , dia aktif lak. Camana tu ? Hahaha.. 





Apa yang aku mampu buat , aku buat seperti masukkan ke dalam kelas online dan bersemuka. Aku tahu kemampuan dia. Cuma dia mudah hilang fokus jer. Aku kena duduk dengan ngan dia dan rajin bertanya.. barulah dia seronok belajar. Cikgu cikgu pula memang rajin bertanya soalan. Belajar dan buat latihan ! 

Target aku tahun ni, dua dua ni kena rajin turun kelas bersemuka bersama Fly High Education Centre di Shah Alam. Memang jauh sedikit dari Sepang tapi berbaloi kerana cikgu cikgu yang datang , bukan calang calang. Sejam dua duduk bersama , murid akan cepat faham punya. 

Tapi masalah sekarang ialah.. mak ayah kena faham dulu konsep pendidikan sekarang. Terpaksa demi hala tuju anak anak kita sendiri. Panjang cerita kalau nak bercerita. Apatah lagi nak berbalah bab ni. Maklumlah , yang kasi arahan ni sapa. Ah.. malas nak masuk bab politik ! Sapa naik pun sama ! Selagi mana yang naik tu, takda pengalaman mengajar berpuluh tahun... atau duduk bersama sama cikgu berbulan bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan. Yang buat semua tu.. hurm... 

Maka.. kita layankan je la.. Kita dari dulu, bahan ujikaji mereka. Terima je la.. kan kan ?




Info lanjut : https://www.facebook.com/flyhigheducentre
Web : www.flyhigh.my


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Periksa gigi Aariz sebab pelik dia tak pernah jatuh gigi susu lagi. Elok je semua. Rupa rupanya , dah naik gigi kekal kat belakang. Dua batang ! Aduh... risau aku jadinya. Yelah..kang berlapik lapik jadinya. Apa nak kena buat ?

Aku cari maklumat di Google. Hurm.... kena cabut ! Nak cabut camana kalau dah tak goyang ? Kalau gi klinik , aku risau kena cucuk jer. Nak cucuk , perghhhhh ! Aku confirm dia takkan jejakkan kaki dia kat mana mana klinik gigi dah.. macam aku ! Hahahaha.. Sakit wehhh ! 

Nak tak nak.. aku terpaksa goyangkan gigi dia sendiri. Aku kena cabut sebatang gigi depan dia. Yang belah bawah. Dan berjaya juga la longgarkan tapi tak tercabut sebab dia takut. Maka terpaksa la pergi ke klinik swasta untuk cabut. Nak ke klinik gigi kerajaan, aku tak jumpa cara camana nak buat temujanji. Setahu aku kena buat temujanji dulu sebelum nak ke sana. Mesti makan masa punya. Sian pulak si Aariz ni. 

Aku mesej klinik Dr. Smile di Putrajaya walhal kat area aku ni banyak dah klinik gigi swasta. Aku pilih situ sebab pernah buat review kat sana dan aku berpuashati. Mesej berbalas dan berjaya dapat temujanji pada hari Sabtu. 

Tiba masanya... 



Berjaya cabut ! Drama sedikit jer. Tapi dia kental. Dan doktor gigi tu bagitau , gigi yang kena cabut tapi kena tunggu longgar. Kalau nak cucuk bius, memang sakit punya. Dia takkan dapat tahan. Menjerit nanti. Maka nak tak nak, aku kena buat operasi longgarkan gigi dia. Wife aku ? Dia takut. Pelik gak aku. Tang dia beranak , pandai pulak suruh aku tengok. Dia ingat aku takda rasa takut dan sakit ke ? Anak nak cabut gigi, dia pandai lak takut ! Huhhhhh  !

Kos rawatan.. RM80 termasuk kaunseling dan juga kapas. Heee.. kalau bius, entah berapa lak kenanya. Tapi bagi aku, harga tu masih dalam bajet aku la.  Tu baru sebatang. Kalau mau dua tiga batang ? Mau gak aku kena kerja kat situ sebulan tanpa gaji ! Huhuh...

Bincang ngan wife.. dia cari info mengenai klinik pergigian kerajaan. Dan dia berjaya hubungi klinik untuk dapatkan maklumat cara dan prosedur. Katanya kalau nak gi klinik gigi kerajaan tanpa perlu buat temujanji , kena gi hari biasa jer. Terus walk in jer ! 

Wah..mudah ! 

Perancangan dibuat dan tiba masanya.

Ke Klinik Pergigian , Sepang hari ni . Jam 8 pagi dah sampai situ. Tapi... tapi... bekalan air lak terputus kerana ada manusia keji buat hal ! Aduhhh.. Mereka suruh ke klinik Nilai atau Kuarters Klia. Nasib baik tak jauh. 

Sampai je situ.. terus mencari cari ngan sapa nak bertanya prosedur. Wife seperti biasa.. dia uruskan semuanya bab dokumentasi ni. Selesai... Tunggu giliran. Syukur  tak ramai pesakit. Menunggu dalam sejam gak la sebelum nama ketiga tiga anak dipanggil.Seorang demi seorang.



 Alhamdulillah.. selesai ! Nasib baik aku suruh check ketiga tiga. Zahra ada masalah lubang. Kena tampal. Qhaliff ok gigi dia cuma kena rajin cuci belah dalam. Aariz , gigi ok tapi yang berlapis tu , doktor suruh longgarkan je dan biar je dulu. Nanti dia akan jatuh sendiri. Kalau nak bius , meraung dia. Kata doktor muda yang baik hati tu. 

Lega.... kos rawatan zero. Wife penjawat awam.. Pasni memang ke klinik gigi kerajaan je la. Hee.. jimat banyak ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes