BEN ASHAARI




 Dah masuk Ramadan 22. Alhamdulillah , berat badan sebelum berbuka 79kg dibawah paras laut ! Heee.. Lepas berbuka , jadi 81+ gitu la. Tak banyak naik. Banyak masuk cecair jer. Makanan pepejal yang masuk pun biasanya sayur , telur rebus atau telur goreng dan juga ayam mahupun ikan. Setiap hari kena ada protein dan fiber. Karbohidrat ? Kalau ada kuih akok , aku makan. Yang lain lain , gagal menarik nafsu aku walaupun kelihatan menarik. Dan bazar Ramadhan , aku masih belum singgah. Takda apa nak dibeli di sana. 

Apasal aku beria sangat nak jaga badan ni ? Nak masuk pertandingan ke ? Takda pun ! Sebenarnya aku lebih suka nak korang amik cakna yang sebenarnya jaga badan ni bagus terutama untuk kesihatan. Jangan ingat nak jaga badan ni sekadar nak tayang badan ! Abis tu.. yang boroi boroi tu tak tayang perut ke ? Haaaa.. tayang gak kan walaupun pakai baju ! Kan kan ? Hahahaa.. 

Manfaat berotot ni banyak dari sudut kesihatan .Korang boleh cari sendiri melalui platform media sosial. Kenapa aku suruh cari sendiri ??? Aku tahu korang malas ! Nak aku cerita semua kan ? Bila korang cari sendiri.. korang akan jumpa macam macam infomasi yang sangat menarik mengenai pemakanan dan tubuh badan kita. Secara tidak langsung , kita akan terkesn dan seterusnya ubah gaya hidup kita dan juga keluarga ! 

Betul.. nak betulkan pemakanan ni susah terutama melibatkan keluarga. Mereka lebih berpegang kepada prinsip 'makanlah secara sederhana ' atau ' bukan selalu pun' ! Tapi jika makanan yang dimasukkan tu berkhasiat , tak pe la. Kalau sekadar beri kesan buruk pada tubuh badan, camana ? Sapa nak bertanggungjawab ? 

Kesan bukanlah kita nampak hari ni atau esok hari tapi makan tahun. Sebab tu orang dulu dulu kata.. nanti kau tua , kau tahulah ! Benar ! Bila sakit di hujung usia ni , kita akan susahkan anak anak. Diorang nak jaga kita lak walhal diorang ada banyak urusan kehidupan dunia untuk diuruskan. Tak pasal pasal nak uruskan kita yang sendiri cari penyakit ketika muda dulu. 

Tak susah pun sebenarnya nak ubah cara hidup kita. Antara kita berminat nak ubah atau nak  teruskan. Mula mula tengoklah cermin. Kita perlukan pakaian cantik untuk menutuk fizikal kita ! Kan ? Macam aku sekarang ni.. cari baju RM10 pun ok dah. Asalkan ada warna dan gambar tak pun kosong jer. Baju tu dah melekat elok kat tubuh badan. Selesa nak bergerak. Kalau nak tunjuk badan , bukak baju je. Hahaha.. Tapi bini tak kasi ! 

Camana aku berjaya turunkan berat badan yang mana dulu adalah satu menda yang cukup payah dan mustahil ! Pertama sekali kita kena tahu... apakah punca kita naik berat badan ? Ramai yang akan kata sebab suka makan ! Sebenarnya ramai yang stress ! Stress sangat bahaya. Kena kawal stress kita dengan amalkan rehat yang cukup. Jauhi media sosial tapi jangan sesekali jauhi blog aku ni. Haa.. rugi ! Macam macam aku cerita dah dalam ni sekarang ni. Takda dah segmen segmen macam dulu dulu. Hahaha.. 

Kedua.. pemakanan. Waktu kita makan , sangat penting. Apa yang dimakan juga sangat penting. Kena cari makanan yang boleh meningkat metabolisma badan seterusnya membantu pembakaran lemak.  Elakkan makan berat selepas jam 8 malam. Kalau puasa tu, kiranya berbuka tu makan berat ok dah. Tapi janganlah melantak seperti setahun tak jumpa makanan. Ingatlah.. kita tak perlu makan sampai kenyang pun ! Makanlah sekadar untuk dapatkan nutrisi dan khasiat. InshaAllah akan cukup. 



Amalkan air halia setiap hari untuk kesihatan perut. Perut sihat , badan pun sihat ! Apa jadi jika perut sakit ? Automatik akan sakit seluruh badan kan ? Demam.. sakit kepala.. takda tenaga. Rasa malas jer ! Sebab tu perut tu penting ! 

Dan akhirnya tips mudah.. bersenam ! Pagi pagi tu , lepas sahur.. gi la solat berjemaah kat surau atau masjid. Jalan kaki ! Bakar sedikit kalori yang masuk sebelum tu. Otot tu kena senantiasa digerakkan. Jika tidak , kita akan duduk dalam kereta atau motor untuk satu jangka masa yang panjang. Pastu bila sampai pejabat.. dah duduk lagi ! Otot kena digunakan senantiasa. Barulah tak jadi lemak lemak tepu dalam badan kita terutama di perut. 

Dah terlambat ? Raya tak lama lagi ? Janganlah fokus untuk raya. Fokuslah untuk kesihatan yang berpanjangan... Kos rawatan sekarang mahal. Kos ubat.. dengan cukai lagi ! Lebih baik guna duit tu untuk makan makanan berkhasiat dan juga sedap ! Ayam golek sedap pe ??? 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
 Wife bawak balik Organic Carob Cider Vinegar ke rumah. Katanya dia dapat ketika hadiri satu bengkel di kementeriannya. Aku cam.. carob ? Apa kemenda lak ni ? Tak pernah tau lak kewujudan dia ! Aku baru je beli cuka epal. Aku suka campurkan dengan serbuk halia , cayenne pepper dan juga madu tualang. Oh , lemon juga ! Pastu minum. Fuh... sedap sungguh perut !

Bila aku baca pasal cuka carob ni , aku terus terasa nak mencubanya. Bila tengok kandungannya di botol , ianya tak sama macam cuka epal yang segalanya sifar ! Aku baca risalah yang disertakan bersama di dalam kotak. Terus cam WOW ! Boleh tahan juga latar belakangnya. Segalanya organik tanpa bahan tambahan untuk menyedapkannya ! 

Aku bancuh dan hidangkan pada ahli keluarga ketika berbuka dan ternyata anak anak suka. Sebelum ni aku guna cuka epal pun diorang suka tapi katanya kali ni kesedapnya berbeza ! Bagus cuka ni jika diamalkan terutama untuk pencernaan.

Apa itu Carob ? Kat mana boleh dapat menda ni ? Apakah kelebihannya ? Untuk pengetahuan kita bersama , di negara luar, penggunaan buah Carob sebagai pengganti kepada coklat/koko. Yang paling penting ia mengandungi fiber, kurang mengandungi lemak, tidak ada gluten. Dimana ini semua sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan anda. Banyak rupanya kelebihan buah Carob yang ramai tidak tahu. 

Manfaat buah carob ni apabila ia dikeringkan dan dijadikan minuman, sangat kaya dengan serat pemakanan semulajadi. Tambahan pula ia mempunyai kesan yang baik terhadap mikroflora usus. Apabila dijadikan cuka lagilah banyak manfaatnya. 

Bahkan terdapat kandungan dalamnya yang berfungsi sebagai anti kanser. Pengamalan 1 sudu besar Cuka Carob dicampur dalam segelas air kosong dan masukkan sedikit madu, dikacau dan diminum selepas makan berat sangat membantu proses pencernaan dan penjagaan usus dengan baik.

Cuka Carob dari Turki ini mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda. Khasiat dan mineral yang terkandung di dalam produk ni korang boleh baca sendiri di laman web Sihaté.



Perbezaan kandungan antara Cuka Carob dan Cuka Epal.




Tak peliklah kenapa aku boleh 2 jam lebih di gym di sebelah pagi. Biasanya aku workout pun ringan ringan je untuk elakkan keletihan melampau tapi sejak aku buat air campuran ni, dia punya tenaga macam terlampau banyak ! Hahaha.. serius ! 

Ditambah lagi aku tak makan nasi ketika sahur dan berbuka , mana datang tenaga ? Maka kita kena tau.. punca tenaga kita ni dari macam macam. Bukan nasi saja ! Apa saja yang mengandungi karbohidrat, ianya boleh ditukar menjadi tenaga. Serbuk halia sendiri ada karbo. Madu tualang.. 

Nah ! Cuma kedua dua ni ada fiber berbanding nasi putih zaman sekarang lebih lagi yang beras yang putih berkilau tu ! Huhu.. karbohidrat semata mata ! Bukan tak bagus.. Bagus jika aku turun ke bendang atau bekerja mengunakan fizikal . Kalau sekadar duduk di kerusi pejabat,tak perlulah nasi putih tu. Nanti boroi je yang terjadi. Mau kena faham tu yer. 

Cuka epal tu pun tetap aku minum. Tukar tukar la... Masing masing ada kelebihan. Cuma jangan keterlaluan. Sederhana ! 

Korang boleh dapatkan di : https://sihate.com/product/organic-carob-cider-vinegar-500ml/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Cuaca panas di bulan Ramadan memang satu ujian buat kita. Terik. Kering ! Fuh... Dalam kepala , mesti dah terbayang pelbagai air manis manis berais untuk ditelan ! Kan kan ? Paling tidak pun air sejuk berais. 

Memang sedap ! Tapi ada kesan sampingan selepas tu kan ? Paling awal... kembung perut. Nak solat pastu pun terasa lemah dah. Pastu mengantuk ! Adeh.. Terus rasa menyesal minum air banyak banyak tapi nak buat camana kan ? Dah dahaga teruk ! Sayangnya.. dahaga tak hilang hilang walaupun dah bertubi tubi minum air. 

Aku ada cara untuk bantu korang. Aku dah amalkan sebelum Ramadan lagi. Aku dah buat ketika puasa sunat. Atau ketika gi gym , aku cuma bawa air putih yang dicampurkan dengan sedikit garam Celtic. 



Dalam Celtic salt ni ada 82 hingga 84 jenis mineral. Semua mineral ni perlu untuk setiap fungsi sistem tubuh. Celtic Salt dikenali sebagai Raja Segala Mineral. Ianya turut boleh digunakan dalam masakan. malah membantu tingkatkan penyerapan nutrien sebanyak 7%! 

Bagi yang ada masalah pencernaan , Celtic salt bantu sistem usus lebih mudah hadam karbo. Bila karbo dicerna sepenuhnya. Juga bersifat alkali. Kurangkan asid dan seimbangkan pH tubuh. Celtic salt ada sodium, potassium dan magnesium. 3 mineral bertindak sebagai ‘natural electrolyte balancer.’ Untuk sistem kembang kuncup otot. Berfungsi saraf dan juga paras cecair dalam tubuh. 

Dulu , orang kata kalau ada tekanan darah tinggi, jangan ambil garam , kan ? Itu garam putih yang atau table salt. Memang tak bagus sama sekali sebab proses pemutihan yang dibuat atau polishing ! Tapi Celtic Salt ni berbeza ! Salur darah jadi lebih relaks dan lebar. Ianya mampu menurunkan tekanan darah tinggi atau mereka yang ada Hypertension penyebab risiko penyakit jantung seperti aku. Alhamdulillah , dah lebih 3 bulan aku amalkan... dan bacaan tekanan darah tetap cantik !

Dan ini paling menarik ! Celtic Salt membantu mengurangkan penghasilkan mukus dan kahak pada salur tekak dan paru paru. bila diamalkan Celtic salt ni secara sederhana.


Cara aku ambil , mudah jer. Ketika bersahur tu, aku mulakan dengan air halia terlebih dahulu. Pastu makan telur rebus dan juga kurma. Abis makan , minum air suam yang dicampurkan dengan garam celtic , segelas. Memang rasa dia sedikit payau tapi lama kelamaan. memang akan mudah dah untuk lidah dan tekak kita. 

Perbezaan dengan Himalayan Salt , Celtic Salt ni boleh mencegah ‘Iron Deficiency’ yang mana Celtic salt kaya iodine untuk sistem tiroid optimal dan kurang iodine yang boleh akibatkan hyperthyroidism dan goiter berbanding berbanding dengan Himalayan salt.Kandungan sodium Celtic salt lebih rendah dan sesuai bagi yang ingin kurangkan garam dalam diet harian.

Aku tak jual. Korang boleh beli Celtic Salt di web Neuroversiti. 

Alhamdulillah... pagi petang aku boleh ke gym walaupun berpuasa di cuaca panas terik ! Huhu... dan syukur sangat , bibir tak kering seperti sebelum sebelum ni. Anak anak pun aku ajar minum air garam setiap hari selain air halia. Syukur sangat mereka lidah mereka dah biasa dengan benda benda gini. Awal awal dulu memang payah tapi kena bagitau mereka kebaikan dan kesan pada tubuh badan mereka. 



Pagi , gi gym sorang sorang. Full body workout . Manakala petang , aku latih Qhaliff dan berkardio saja. Kawan yang tersua di gym kata aku makin lean. Aummm ! Dulu susah tauu nak hilangkan lemak badan terutama di perut. Sekarang , aku berpuashati !

Lepas gym, aku akan tidur dalam 15 minit utk hilangkan penat. Bangun tu , memang akan segar sangat. Takda rasa lapar atau mengantuk. Penat tu sebab aku main kaw kaw kat gym.. serupa macam tak puasa jer ! Heeee...

 Dan ya... sehingga hari ini , aku masih tak makan nasi putih ! Best benar rasa badan. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Beli Oligo dan derma ! Itulah antara  cara mudah untuk membantu rakyat Palestin yang kini sedang  derita kebuluran kerana peperangan Israel-Hamas yang kita sendiri tidak pasti bilakah akan berakhirnya. Nak pergi bantu , kita terikat ! Maka bantulah dari sudut menderma dan juga berdoa. InshaAllah.. 

Untuk pengetahuan korang ,  Oligo ialah minuman malt koko Belgium yang 100% Halal oleh Jakim Malaysia adalah keluaran tempatan iaitu Power Root Sdn Bhd. Setiap pembelian Oligo serbuk menyumbangkan sebanyak RM0.50, dan produk sedia dimimun akan menyumbang sebanyak RM0.10 ke bantuan solidariti ini. Buat masa sekarang , Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Malaysia telah mencapai RM303,229, sehingga 17hb Mac 2024. 

Menurut  Pengerusi Bersama Power Root , Tengku Datuk Setia Putra AlHaj Tengku Azman Shah AlHaj, senantiasa prihatin dengan nasib penduduk di Gaza dan akan menyasarkan kempen sumbangan seterusnya sepanjang bulan Ramadan .

"Menerusi kempen dan sumbangan ini, kami akan berusaha mengumpulkan bantuan kepada penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti kami bersama mereka," katanya ketika menyampaikan sumbangan itu sambil memperkenalkan duta baharu Oligo, jaguh lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang.

 



Oligo  yang sudah lama mendapat tempat di hati rakyat Malaysia diperkaya dengan Oligofruktosa, sejenis prebiotik yang membantu meningkatkan sistem penghadaman seseorang. Ia adalah serat makanan larut yang mengurangkan risiko sembelit. Oligo juga mengandungi kalsium untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, dan memainkan peranan dalam memastikan peredaran darah yang baik.

Minuman ini mengandungi kedua-dua Vitamin B6 dan Vitamin B12, yang membantu menguatkan badan dan minda dalam meningkatkan prestasi otak. Ia juga membantu mengelakkan keletihan.  Produk minuman Oligo sekarang telah tersedia dalam pelbagai bentuk. Korang boleh pilih nak OIigo 950g Refill Pack, Oligo 3 in 1 (30g Sachet), Oligo Calcium 200ml (kotak), Oligo Calcium 240ml (tin), Oligo Instant Cup dan Oligo Protein 240ml (tin). Sekarang kalau nak minum Oligo, boleh nikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Oligo boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran seperti AEON. AEON Big, Mydin, Giant, TF, Econsave, Sunshine dan sebagainya. Nak lagi mudah , beli terus secara online. Hee... leh simpan stok untuk raya sekali. 


Produk minuman Oligo tersedia dalam pelbagai bentuk seperti :
  • Oligo 950g Refill Pack
  • Oligo 3 in 1 (30g x 15 sachet)
  • Oligo Calcium 200ml (kotak)
  • Oligo Calcium 240ml (tin)
  • Oligo Protein 240ml (tin)
  • Oligo Instant Cup



Jom 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐟𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐝𝐚 bersama Dato' Azizulhasni Awang dengan nikmati kelazatan Oligo!

Untuk info lanjut mengenai Oligo, sila layari laman tertera;

Website: https://oligo.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/oligomalaysia/
Instagram:  https://www.instagram.com/oligomalaysia/?hl=en
Tiktok: https://www.tiktok.com/@oligomalaysia

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bagi korang yang rajin ikut aku di blog ni mesti tau yang aku ni antara mereka yang ada penyakit tekanan darah tinggi dan juga bermasalah dengan sendi seperti lutut dan siku. Pastu ketika PKP , aku diserang anxiety. Sebenarnya lama dah bermasalah cuma aku je tak perasan. Teringat seorang kenalan pernah tegur aku ketika di sebuah bengkel blogger.. dia tanya kenapa nafas aku kuat ? Aku ada asmakah? Aku cam pelik. Bila masa aku ada asma tapi sejujurnya memang masa tu aku cepat mengah dan tak beberapa fit. Aku ingatkan faktor berat badan tapi rupa rupanya... 

Ya.. berat badan aku ketika tu melebihan 90 kg dan cukup payah nak turunkan walaupun hari hari bersenam siang malam ! Apakah salah aku ? Di manakah salah aku ? Aduh.... putus asa ! Solusi yang ada , amik fat burner ! Huhu... terpaksa ! 

Dan memang badan jadi sedikit lean pastu cuma berat hilang sekitar beberapa kilo jer. Tapi penyakit lain lak datang pastu. Jantung laju ! Stress memanjang. Apa yang perlu aku lakukan ? Tekanan darah bila check pun , doktor terus syorkan aku ke hospital sebab dah cukup tinggi tapi aku tak nak sebab aku rasa sihat ! 

Doktor kasi aku peluang untuk ubah ! Aku kena tukar gaya hidup dan diet pemakanan. Tak boleh tidur lewat , makan pun kena jaga. Bab tidur tu ok la aku boleh buat tapi bab makan ni ? Aku nak makan apa jer ? Maksud aku.. aku kena makan apa ? 

Ubah gaya hidup 

Yer... dulu media sosial ada tapi bab awareness pemakanan ni kurang ! Sehinggalah wife aku jatuh sakit dan di situlah segalanya bermula. Aku memang betul betul berpantang macam orang perempuan lepas beranak ! Begitu juga ahli keluarga aku. Semua sekali kena ikut. Aku tak larat nak bawak diorang ulang alik klinik ! 

Pertama sekali yang aku ubah ialah dapur rumah aku. Tiada lagi gula putih ! Tiada lagi roti putih atas meja makan setiap pagi ! Tiada lagi susu putih  dan ais krim dalam peti ais ! Tiada biskut biskut dalam almari dapur ! Tiada lagi makan fast food bila keluar rumah ! 

Yang ada cumalah.. kurma , kekacang seperti walnut , almond , gajus , halia , kunyit , minyak zaitun , telur dan beberapa lagi makanan yang sebenarnya makanan. Selepas tu , aku beri arahan pada wife , makan malam kita sebelum jam 8 malam. Tak perlu masak macam macam lauk pauk. Jam 10 malam atau 11 malam , semua masuk tidur. Tiada lagi  tengok movie lewat malam ! 

Nampak macam hilang nikmat dunia tapi realitinya selepas aku buat begini... aku dah boleh kira dah berapa kali aku ke klinik. Tekanan darah normal dan aku dah tak anxiety ! Bayangkan tahun lepas , nak gi solat terawih pun aku pakai double face mask. Dah la solat kat luar  tapi tetap pakai. Debar punya pasal. Pastu nak berbual dengan orang pun takut. Sekarang ? Alhamdulillah... terlalu banyak perbezaan.

Kalau tak makan nasi , nak makan apa ?

Tok nenek kita dulu makan apa ? Haaa... makanan yang sebenarnya ! Atau omputih kata real food. Payah ke ? Lagi sedap dari makan makanan tiruan yang hanya sedap di lidah derita di perut ! Malah nasi yang mereka makan pun tak sama dah macam kita punya sekarang ni ! Tak caya.. cubalah google ! Beras kita makan sekarang ni dah dipolish hingga hilang segala khasiat dan fiber. Yang tinggalah cumalah karbohidrat. Sebab tu lepas kita makan nasi, akan mengantuk terutama tengahari. 

Kalau ada yang kata tak jemu ke makan makanan tu je maka jawapan aku takkan takda idea nak pelbagaikan masakan ? Google jer.. kat  platform media sosial yang lain pun banyak ada kasi resepi resepi makanan sihat. Nah... carilah yang tinggi protein, fiber , lemak sihat dan jauhi yang tinggi karbohidrat ! Susah ? Senang je sebenarnya cuma kita payah nak buat sebab kita dah KETAGIHAN.

Sakit sendi memang perit ! Siku.. lutut siap ada baker cyst ! Tau ke apa tu baker cyst ? Aku dah pernah tulis di blog menceritakan masalah baker cyst ni dan aku ingatkan takda solusi atau ubat melainkan pembedahan atau kena sedut je cecair tu. Rupa rupanya ada ! Semua tu adalah keradangan yang berpunca dari anasir anasir jahat yang ada dalam tubuh badan kita ! 

Baker cyst ni membuatkan aku tak boleh berlari laju atau berlebihan bermain kaki di gym. Lepas workout kaki , akan keluarlah dua ketul bengkak di belakang lutut ! Tak sakit sangat tapi bila nak solat atau duduk tu akan terasa sengal. Sangat menganggu !

Cara aku hilangkan semua ni dengan cara sekarang inilah ! Memang berkesan 90% ! Pernah ambil ubat suppliment tambahan untuk hilangkan masalah sakit sendi tapi rupa rupanya makin teruk lagi adalah. 

Sakit sendi dan peralatan sebelum ke gym ! Dulu laa ! 


Ketika gemar makan pelbagai makanan berbanding jaga makan ! 

Aku bukan boroi atau gemuk tapi perut aku 'sakit' !

Dulu dan sekarang ! Sebu dan berlemak dulu !


Pagi gym di Cyberjaya manakala petang di Nilai pula sambil ajar Qhaliff..di bulan Ramadan ! Alhamdulillah , dia pun steady jer bersenam. Belah petang 40 minit jer manakala sebelah pagi , aku sendirian.. 2 jam di gym ! Dahaga memang terasa tapi lapar tu takda pun. Alhamdulillah..

Ketika berbuka , aku makan kurma sebiji dahulu sebelum minum air garam atau air halia.  Pastu baru makan telur rebus atau ayam bakar , sayur sayuran mahupun buah buahan ! Abis semua tu baru aku tengok kalau ada saki baki akok atau kuih yang menarik perhatian aku.. biasanya akok je la aku akan makan. 

Hilang nikmat ? Hee.. sejujurnya inilah kenikmatan yang aku cari selama ni ! Dulu aku berbadan besar nak angkat sebelah dumbell 30kg pun dah mengeletar lutut ! Sekarang , 50kg selamba jer. Tetiba rasa macam tahu rahsia Anatoly ! Sebab tu tengok badan dia cam orang biasa tapi mampu angkat bebanan yang.. hurm... 


Raya nanti, camana ??? Takkan balik kampung tak nak makan kuih muih ? Rendang ? Lemang ? Ketupat ? Pergh.. kena lak balik Kelantan. Macam macam makanan ada ! Apakah aku akan tengok je ? Hahahaha.. 

Aku makan yang perut aku luluskan jer.  Bukan apa.. kalau aku sakit , aku sorang sorang terbaring. Dan aku dah lalui pun. Time raya aku jatuh sakit dek kerana  tekanan darah tinggi dan juga perut kembung ! Sekarang ? Aku boleh gi beraya dan jamahlah makanan yang aku rasa sesuai untuk aku makan seperti ayam  rendang ke..kuih pun tengok yang tak tinggi gula atau bertepung sangat. 

Diorang tak terasa hati ke ? Alhamdulillah.. diorang pun dah sedia maklum dan ada yang ikut dah pon. Berpegang makan sederhana tu betul dah tapi kena tahu la apa yang boleh dimakan. Jauhi yang memudaratkan walaupun kata skit skit je tak merosakkan. Ko tinggal dalam perut aku ke ???

Aku malas nak ikut cakap orang ! Cermin dulu muka sendiri baru kasi nasihat terutama mereka yang kononnya jaga diri tapi dok amik macam macam suppliment ! Apahal ? Aku makan je makanan sebenar.. dah memadai ! Enjoy makanan sebenar yang Allah berikan dari makan ubat ubatan kilang bikin ! Huhuh..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes