BEN ASHAARI




 

Hurm... sebenarnya , tak susah pun ! Antara nak ngan tak nak jer. Tapi sayangnya, masing masing sukar nak memainkan peranan atas alasan sibuk dengan kerja masing masing. Yang bahagian serahkan tugas pada bahagian ni , yang bahagian ni lak harapkan bahagian ni memberikan bantuan seperti yang diminta tapi sayangnya.. 

Tak yah cakap la kami sibuk dengan pelbagai urusan ! Ketika di maktab lagi dah tau apa kerja kerja yang bakal kena buat. Bukan sekadar mengajar jer. Kalau dah tau gitu , nape tak berhenti kerja saja ? Ya.. aku pernah lalui dan ada pengalaman begini dulu. Dan ya, aku berhenti je kerja sebab tak mampu nak pikul amanah yang diberikan. Kita kasi pada yang benar benar berminat nak berkhidmat. Ramai je nak sebenarnya.. 

Dan pemikiran sesetengah orang .. buat apa aku beria nak tolong ? Esok lusa aku belum tentu kekal di sini pun. Aku nak mintak tukar sekolah atau.. anak aku pun dah abis sekolah. Baik dia datang belajar dan balik.. Atau ada yang malas nak terlibat dengan ibu bapa dek kerana tau ibu bapa ni banyak ragam ! Dah manusia ? Awak sendiri pun banyak ragam dan alasan ! 

Dan ibu bapa lak ? Nak turun mesyuarat PIBG pun payah ? Yelah.. nak turun pastu dengar pelbagai ucapan sejam dua.. Pastu baru nak mula.. Aduh...Kan senang part ucapan tu kasi je masa penutup ! Hahahah.. Takda ucapan tapi kesimpulan ! Nah... ubah. Mungkin baru ibu bapa nak datang. 

Kasi hadiah dan hamper ? Aku tak berminat pun nak dapat hadiah atau hamper. Aku sebenarnya sendiri banyak luahan nak disampaikan tapi dek kerana protokol mesyuarat tu yang bikin aku antara mereka yang malas nak gi.. Tapi aku gi gak la.. Duduk jap pastu balik. Dah panjang sangat bebelan nak kena dengar.. 

Camana nak bantu sekolah cari dana ? Aku pernah bagi idea tapi krik krik gitu jer. Malah aku sendiri dah bawak masuk beberapa penaja ke sekolah tapi.. hurm.. senyap gitu je selepas tu. Takda dah pertemuan untuk memperkembangkan lagi cara nak mengekalkan penaja atau membuatkan pihak penaja tu memberikan sumbangan lebih besar. Nak aku jugak ke buat ??? 

Mungkin sekolah kebangsaan ni lebih selesa dengan apa yang ada dan harapkan bajet dari kementerian jer.. Tapi rasanya sekolah kebangsaan di pendalaman , mesti lain ceritanya. Pernah baca pasal ni di Facebook dan sangat menarik. Tak perlu penaja pun tapi hasilnya cukup mengagumkan. Mungkin sekolah tu kecil je kot.. 

Yang penting , peranan ke dua dua pihak. sekolah dan ibu bapa perlu lebih perlu kuat dan bukan sekadar bila ada event baru nak berjumpa dan senyum... 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Kisah 1..

Alhamdulillah... 

Sabtu lepas , hantar anak anak ke bengkel motivasi di USIM , Nilai. Seharian di sana mereka. Maka aku bolehlah berdating dengan wife saja. Heee.. Perancangan nak layan movie kat Mesa Mall atau di rumah saja. Ajak gi briskwalk atau gym, katanya banyak kerja di rumah nak selesaikan. Gitulah... Kerja rumah ni, sampai bila bila tak selesai ! Tapi nak wat camana kan ? Dia dah tak leh tengok rumah semak. Layankan je la. 

Dalam kereta , dia cerita la pasal kereta Livina kami. Katanya Jumaat lepas dalam perjalanan pulang , enjin jadi bergegar. Aku cam , haaa ??? Apasal baru bagitau sekarang ? Kalau kasi tau malam tadi, aku nak set temujanji dengan mekanik bengkel di Cheras. Aduhh.. ni dah jam 8 pagi. Nak ke sana dari Sepang , sesak ! Bengkel di BBST ni , aku tak kenal sangat mekanik dia. Kang kena sembelih , naya weh. Teringat 2 sahabat yang sering  repair kereta aku ni, aku whatsapp mereka. Dengan harapan, mereka reply dan bantu aku. 

Seorang... sampai ke sudah tak reply. Alhamdulillah , sorang lagi, balas. Baru balik kerja, Syif malam. Dan dia datang rumah untuk ambil kereta aku. Tengok dulu apa masalah. Aku dah google dan cari info di Facebook. Berkemungkinan punca dari plug dan juga coil plug. Power tak sampai. Kali terakhir aku servis , bulan 1 ! Heeee... tak sampai lagi mileage katanya. 



Sahabat ni buat kerja dia.  Servis dulu. Tukar minyak itam , oil filter dan sebagainya. Kemudian tukar plug sebab dah lebih 100 ribu km. Aku yang suruh tukar. Dan masalah bergegar masih sama. Dia check coil plug. Dan rasanya ada masalah di salah satu coil plug tu. Kena beli baru. Satu set. 4 batang. Dan  ada satu masalah besar.. masalahnya ialah... Ahad kedai tutup ! Spare part takda. Kena tunggu hari Isnin dan masalah kedua ialah , hari Isnin dia kerja syif pagi. Selasa baru dia boleh buat. Aku kata tak pe. Buat kasi ok jer..

Kereta ada satu jer. Aku hantar ambil anak anak ke sekoolah dan juga wife. Maka dari jam 5 pagi , aku dah sibuk bertugas hinggalah ke Maghrib. Aku takda masalah. Selagi aku mampu dan fit. Aku buat. Tu antara sebab aku gi gym. Nak kuatkan tubuh badan dan mental. 

Alhamdulillah... Selasa , sahabat tu berjaya selesaikan kerjanya. Malam, aku gi ambil kereta di rumah dia. Dan keadaan kereta sangat selesa. Maka aku fahamlah tanda tanda jika plug atau bahagian plug ni bermasalah. Bila kita tekan minyak untuk laju , bergegar bahagian pedal tu. Seolah olah dipaksa untuk buat kerja. Power tak sampai ! Jadi bila korang rasa begitu.. checklah part tu selain bateri. 


Kisah 2... 

Kejut Qhaliff bangun solat subuh. Dia peneman aku ke surau atau masjid setiap hari sebelum ke sekolah.  Walaupun dia mengantuk, aku tetap paksa dia. Memang terasa hangin gak dia. Katanya nak solat di rumah. Dia penat minggu ni sebab minggu sukan. 

Aku senyum.. 

" Biarlah kita penat atas dunia ni kerana nak beribadah. Biar kita penat melangkah kaki ke surau atau ke masjid. Kita sekejap je atas dunia ni. Penat kita sekejap jer. Lagi pun , kita sihat anggota badan. Lengkap. Cuma penat jer. Bukan penat sangat tapi syaitan bisik kat telinga kita untuk jangan pergi. Walhal ok jer.. Kalau kita sambung tidur , berapa lama sangat boleh nak tidur ? Bangun nanti pun penat juga. Takkan hilang penat kita ni. Semua di otak jer.. " kata aku. 

Dia melangkah... Dan seperti biasa, jika di surau.. dia je kanak kanak yang ada dan dialah akan iqamah. Alhamdulillah.. banyak pahala dia. 


Kisah 3 ..

Ramai balas komen aku di Tiktok. Isu pasal roti putih ni membuatkan ramai ibu bapa jadi buntu. Kalau anak anak tak makan roti , diorang nak makan apa ?  Aduh... kelaparanlah anak anak ! Aiyokk.. amenda la. Banyak lagi sumber makanan lebih baik dan berkhasiat boleh diberikan pada anak anak. Takkan roti je pilihan yang kamu ada ? 

Antara komen positif pula yang aku dapat ialah anak anak mereka memang dah lama berhenti makan roti dan kesihatan lebih baik Ada yang ada resdung , penyakit kulit dan kerap demam tapi lepas berhenti makan roti dan mengurangkan pengambilan tepung putih , penyakit tu makin sembuh. Alhamdulillah.. 

Nak kasi makan apa ? Real food jer. Kalau untuk snacking tu, carilah kekacang. Atau buatlah jeruk sayuran seperti timun , buah zaitun dan sebagainya. Kurma pun boleh. Ikut bajet kita la. Kalau takda bajet , minum je la air suam.  Ratah ulam dengan budu pun sedap ! Kalau lapar juga, tidur je . Kekadang bukan sebab lapar sangat pun tapi sebab lewat tidur ! 


Alhamdulillah.. senantiasa bersyukur pada Allah... 
 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dulu aku sengih je bila kawan kawan cakap dia kena gastrik. Pastu terpaksa MC. Lebih lebih lagi bila Ramadan menjelma. Alasan nak ponteng puasa la tu. Aku bersangka baik je la. Penyakit kan. Nak kata apa dah. Cuma bagi aku... gastrik je pun ! Tu pun sebab tak makan. Kalau makan , sihat laaa..kan ?

Sang isteri pun ada gastrik tapi tak la teruk. Masa tu la. Kena makan pada masanya untuk elakkan gastrik menyerang. Ramai antara kita tau pasal penyakit dan puncanya tapi tak pernah nak ambil tahu bagaimana mereka dapat penyakit tu. Paling mudah.. salahkan genetik dan keturunan ! Mak ayah ada. Tapi ramai je atuk nenek sihat dan takda pun kena gastrik ! 

Dr.Mani

Jawapan mudah.. pagi pagi , cuba gi duduk kat kedai makan terutama restoran mamak. Apakah makanan yang mereka makan. Apakah minuman yang mereka pesan. Anak anak mereka pula camana ? Air apa di tangan. Kemudian bila pergi ke pusat membeli belah.. gi tengok di food court. Kaunter apa yang penuh ! 

Kau nak salahkan genetik dan keturunan ? Betullah tu.. didikan bab pemakanan ni dari sapa ? Kalau bukan mak ayah yang ajar dan kasi makan pada anak anak ! Makanan berkhasiat tu mahal katanya. Kau bukan kena makan sepanjang hari. Sehari cuma dua kali je makan. Dan bila makan, tak perlu sampai kenyang ! Sekadar cuma mengisi perut. Tu jer.. 


 



Di atas ni adalah luahan mereka yang hari hari diserang penyakit yang pernah aku dan isteri dapat. Ak ada Gerd dan Anxiety. Wife ada gastrik. Kami sekeluarga berubah. Tukar diet pemakanan setiap hari. Utamakan real food atau makanan sebenar. Elakkan makanan ultra proses seperti makanan segera dalam plastik dan tin.  Tiada lagi roti putih , susu putih , tepung putih , gula putih dan kurangkan nasi putih. 

Nasi putih ? Apa salah dia ! Senang je nak tau.. Cuba korang kurangkan pengambilan nasi putih. Sehari satu senduk je cukup. Tengok la apa kesannya pada tubuh badan korang. Banyakkan makan makanan berunsurkan protein dan tinggi fiber. 

Pengambilan herba seperti halia dan kunyit membantu pemulihan perut mereka yang bermasalah. Ramai tak percaya. Dan Alhamdulillah , ramai yang berubah setelah mendengar kata aku. Sayangnya mereka sekadar ambil bila sakit jer. Bukan amalkan. Cuma segelintir je berminat untuk terus sihat. 

Banyakkan membaca.. Ubat ada di depan mata... di dapur tu je ada ! Racun pun ada di dapur... Pilihlah...


Order Halia dan Tumeric di SINI 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dah beberapa kali aku ditegur oleh mereka yang baru aku kenali. Soalan mereka, apakah aku seorang tentera atau anggota bomba ? Aku tanya kenapa ? Katanya fizikal aku ke arah sana. Aku sengih je la. Aku jawab.. dua dua tak. Aku cuma rajin bersenam jer. 

Soalan seterusnya , apakah perlu ke gym untuk dapatkan badan yang kekar dan cantik ? Aku senyum je. Tak perlu pun. Hanya perlu rajin bersenam , berdisiplin dalam pemakanan  dan dalam kehidupan. Termenung dia. Aku senyum jer.. 

Aku perjelaskan lagi kata kata aku. Hanya perlu rajin bersenam , tak semestinya kena gi gym dan berjam jam lamanya. Apa sasaran kamu ? Jika nak kelihatan lebih fit dan pada masa sama nak nampak berotot , maka senamannya tak sama seperti orang nak masuk pertandingan bina badan. Aku lebih suka tekankan senaman HIIT jika nak nampak fit dan berotot maskulin. 

Berdisiplin dalam pemakanan camana pula ? Yang ni sebenarnya cabaran. Terlalu banyak mazhab dalam dunia fitness ni bila melibatkan pemakanan. Ada yang kata , kau makan apa saja asalkan selepas makan tu bakar semula kalori. Lepas bersenam , kau makan untuk pemulihan. 

Bagi aku la... nak makan tu , takda masalah. Tapi kena pastikanlah makanan yang masuk tu , makanan sebenar. Biar tinggi dengan protein, fiber dan juga karbohidrat. Jauhilah makanan yang diproses berkali kali. Macam makanan segera. 

Tapi ramai je sifu ajar makan menda menda gitu ! Diorang badan cantik jer. Menjadi badan mereka. Yer.. memang la nampak gitu. Tapi ada ke diorang cerita apa suplliment lagi yang diorang ambil selain whey protein ? Tak semua diorang cerita. 

Jauhi mereka yang ajar ambil produk-produk cepat sado dan  terpaksa bergantung dengannya ! Maksud aku.. bila nak workout je kena ambil barang ni untuk dapatkan tenaga dan padu ! Lor... kalau tak ambil , apa jadi ? Kita nak badan fit , kuat , bertenaga atau sekadar nampak cantik je ? Bukan apa... sampai bila nak bergantung pada menda tu ? Nak nampak gempak untuk seketika je ? Ada kesan sampingan yang bakal dihadapi pada masa akan datang... part ni diorang tak cerita ! 







Berdisiplin dalam kehidupan ! Kalau kita berjaya berdisiplin dan pegang pada komitmen penjagaan kesihatan ni , InshaAllah.. korang boleh lakukan apa saja tanpa banyak cerita. Paling mudah la.. tidur awal  , bangun awal dan gi solat subuh berjemaah di masjid. Pastu jauhi rokok , vape dan apa saja benda benda yang merosakkan organ dalaman kita termasuklah melepak sehingga lewat malam.  

Ramai nak cepat.. nak nampak kesan bila mula berkomitmen ! Aku cadangkan la.. jika korang nak tau korang semakin ok ke tak.. buat senaman ni setiap hari. Yang pertama , push up 40x dan buat setiap kali lepas solat . Pastu , bila petang hari atau pagi hari.. cuba berlari pecut 50 meter. Tengok kesan selepas tu. Apakah korang akan mengah ? Buat setiap hari.. dan tengoklah perubahan pada fitness korang. 

Jika ada.. bermakna tak sia sialah korang bersenam setiap hari. Jika tiada, mesti ada sesuatu yang tak betul. Dan jangan lupa periksa kesihatan perut. Yang ni amat penting. Perut rosak , kita akan mudah jatuh sakit ! Badan sado pun tak guna jika sistem imun rendah. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Terkejut beruk aku tapi nak buat camana.. salah aku sendiri. Aku letakkan cermin mata atas tilam ketika tidur. Malas sangat nak letak atas meja dek kerana terlalu mengantuk. Tau tau.. patah ! Sapa yang kasi patah , tiada jawapan. Tengok muka anak anak , masing masing wat tak tau jer. Hurm... Nak buat camana dah.. sendiri salah. 

Harap harap ada stok di Eyes Vision Group, Sungei Wang. Aku buat spek ni kat sana. Harga murah , cepat siap dan mudah nak cerita. Pengalaman ngeri pasal cemin mata ni banyak .Kena kaw kaw sembelih. Beribu untuk sepasang cermin mata. Adeh.. serik ! 

Dan satu hari tu , wife cakap mata dia makin kabur. Pakai cermin mata pun kurang jelas. Masuk meeting, ada presentation , tak nampak sangat. Kesian pulak aku dengar. Aku ajak buat baru punya. Tak pe.. aku belanja. Hahaha.. Hadiah hari jadi tahun depan.. boleh gitu ? Hee..




Aku suka gi kedai ni sebab mudah nak berbincang. Cakap je apa masalah pastu bajet kita. Senang. Tak perlu nak risau dah. Kalau rasa tak mampu , tak de nak paksa paksa kita beli dah. Ada pilihan. Macam untuk anak anak aku punya spek tengok skrin. berapa je pun. Banyak pilihan dan sekejap je siap. 

Bawa wife gi check.. Power naik sikit. Sebab tu spek lama kabur. kena tukar kanta. Aku amik kanta yang lebih ok skit untuk dia. Jenis Hoya. Ok laa.. Tak sama macam aku. Aku punya biasa jer. Dia nak pakai lama di pejabat untuk bekerja. Aku untuk jalan jalan jer.. Heee.. 

Lepas siap pilih semua, tunggu sejam jer. Gi makan kat bawah.. dan siap ! Alhamdulillah.. mudah. Harga pun cantik. Takda aku nak pening kepala dah. Dia pun kata selesa pakai. Lega dengar.. Takda dah aku dengar dia komplen pasal rabun dah. Huhu..

Banyak lagi pilihan kanta untuk kanak kanak

Periksa mata dulu

Anak kawan punya pun patah. Dia gi beli baru dan terkejut dengan harga. Lega banyak.



Wife aku punya.. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes