BEN ASHAARI







Penaja khas : Ayu's Store ( citarasa fesyen terkini)


Masa untuk mengundi ... hehe.. Hanya 10 entri mendapat undian tertinggi akan masuk ke pusingan akhir dan seterusnya akan bersaingan melalui undian terbuka ..

Untuk pusingan ini , undian adalah melalui ruangan komen .. Pembaca akan memilih entri pilihan mereka .. Mereka boleh memilih 2 entri saja .. Contoh ;

'SAYA PILIH ENTRI 1 dan 2'

Tempoh undian sehingga jam 9 malam esok .. Berikut adalah senarai entri yang berminat untuk mencuba nasib .. hehe...

Blogger yang terlibat juga amat digalakkan memilih entri entri yang mereka rasakan menarik dan layak diberi undian..

Ingat , ini adalah sekadar persaingan bersih .. Sekadar suka suka .. Hanya untuk mengeratkan lagi persahabatan di antara blogger blogger ... Okeh ? Baguih ..

Senarai nama :

  1. Keyrill Eduardo Willeyhem
  2. ila haron
  3. J.E.F.R.I
  4. Nur Azila Ismail
  5. princeduyong
  6. Ciao's Annin
  7. Ummi Alifya
  8. Tok Esah
  9. Azwan@Mr Money
  10. ♠ aQ.DaN.pUtera.kU ♠
  11. Cik Eka
  12. efa nur
  13. Wan Zulqhairi
  14. iamnerves
  15. unieylovesherself...
  16. Faizal Fredley
  17. ....~MissMarshmalloW..~
  18. cik ciput
  19. NuR fAtIn FaTiHaH
  20. qilarazak
  21. Tomato Gurl's Life
  22. iqbalhakimi
  23. Hanim Mahali
  24. CekLa
  25. Nurfarina Hussein
  26. Shuff Samsuddin
  27. Khel Khaliesah
  28. iLa SaHaR
  29. Xana
  30. Miss Yaty
  31. Maya Ariffin
  32. mush
  33. ☆aDihAys☆
  34. cik dira
  35. M a W a D D a H
  36. Mas
  37. Mr.Ix
  38. AdiaLuze
  39. Mamamiya
  40. CT NoArIzAh ArIs
  41. Ana ayesha
  42. Noor Faezah Mazli
  43. AkuHanyaPenulis
  44. tengkorakemas
  45. Just Me!
  46. .::cEritEra Hati FaTiN::.
  47. kechixx
  48. Ann
  49. Pendekar Berkuda
  50. Miss Layaleya
  51. GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
  52. Cik Ct Fadzil | C.C.F™
  53. Cik Su
  54. Kalamhati
  55. Hariz
  56. man yusoef
  57. *cilipadi=hafizah*
  58. kitakesitu

Undian bermula .... SEKARANG !! Berkempen ler.. Guna kreativiti untuk pikat penyokong.. Belajar cara pikat pembaca .. ;)


Penaja khas : Suffah Beauty Shop( rahsia kejelitaan masa kini)

Share
Tweet
Pin
Share
207 comments

 

Kalau korang perasan , aku hanya bermain sekitar blogger blogger baru jer .. Tiada aku bercerita tentang blogger blogger lama kecuali geng geng blogger masakan ..

Jika aku berterusan begini , aku takkan ke mana mana .. blog aku hanya hanya bertaraf begini sahaja .. Nak keluar suratkhabar ? Jauh sekali la kan .. lagi pon aku tak berharap pon sbb blog aku ni tak de apa pon yang menarik .. Tapi ada yang pelik kan ? Kenapa blog aku jadi tumpuan ? Jangan pelik .. tu kenyataannya ..

Tapi ! Aku tak menyesal langsung .. aku rela begini lagi dari maju lebih jauh.. sbbnya aku suka ditahap begini.. kalau orang kata blog ben ashaari ni blog tah hapa hapa .. aku senyum.. tak mengapa.. sbbnya mmg aku nak begini .. Hari ini , esok dan selamanya .. InsyaAllah , cerita dalam blog aku ni adalah cerita hati aku ...

Aku tak nak popular .. aku tak nak glamer .. aku tak nak jadi top blogger .. Tamo dan tak berminat .. apa yang aku nak .. cukuplah apa yang aku dapat sekarang .. Alhamdulillah ... rezeki yang aku tak sangka yang aku boleh rasa ,  yang selama ini aku hanya mampu tertelan air liur bila orang berbicara mengenainya ..

Aku boleh , korang pon boleh.. Ni ada sorang adik adik blogger kita ni ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan .. Apa kata kita bagi mereka sokongan ..

  • mYa aMiRa
  • love rushas always!!!
  • misz jue
  • Cik Ila
  • Nurhidayah Erlyna~

Terima kasih semua atas sokongan korang yang tak berbelah bagi terutama BORAK KOSONG yang sering mendahului aku bila jadi FOLLOWER mereka .. hahahaha.. adeh.. MAT GEBU pon sama gak.. tau tau muka diorng terpacak dalam tu .. Aik ??? Baru masuk je tau tau diorng dah terpacak dalam tu.. Hahahha..bagus bagus...

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Dunia semakin menghampiri penghujung .. Tapi manusia dah lama sampai ke penghujung tamadunnya .. Hanya tunggu saatnya saja .. Itu kerja Allah .. kita tak tau dan tak boleh nak ramal.. Kerja kita ialah , senantiasa bertaubat meminta ampun dan beribadat berdoa agar segala amalan kita diterima Allah ..

Paling ketara sekarang kehancuran rumahtangga .. Haih ... Semua sedia maklum di mana hak seorang suami dan hak seorang isteri .. Apa yang patut dan tak patut dibuat oleh mereka .. Tapi ?? Cari jalan mudah masing masing.. Orang ketiga .. Kemudian , alasan paling mudah , tiada lagi cinta .. tiada lagi persefahaman ...

Bukan nak cari salah sapa sapa tapi penyelesaiannya .. Tapi tu la kan .. nak ke agensi terlibat , panjang prosedurnya .. Nak guna khidmat kaunseling , mahal bayarannya ... Dah tu camana ?

Sbb tu la tak hairan , ramai amik jalan singkat .. pendam .. luahkan pada orang tak kenal .. akhirnya ? Terawang awang dalam dunia sendiri di mana bawahnya api neraka menanti ... Astagfirullah al a'zim

Bukan saja yang kawin .. yang tak kawin pon patut sedar .. Nyawa kita ni rapuh.. bila bila je boleh 'patah' ...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Kenapa aku buat pertandingan CERITA KREATIF  ? Apakah tujuan utama mencari JUARA atau siapa paling POPULAR ?

Mudah sebenarnya .. Buka mata buka minda ..  Jangan tengok satu hala yer .. Tengok yang tersirat yang cuba aku buat dan cuba aku sampaikan.. Mudah sebenarnya ..

Segmen ini adalah untuk memperkenalkan semua blogger tak kira yang masuk pertandingan , yang mengundi serta yang menyokong .. Kalau diperhatikan di ruangan komen , ada blogger / blogger yang tak pernah singgah kat sini , tiba-tiba hinggap untuk memberi undian .. Bukankah itu satu kebaikkan ? Peluang ini patut diambil oleh blogger yang lain untuk singgah ke blognya serta 'berkenalan' dengan mereka..

Selain dari itu , pembaca juga boleh menilai sendiri kreativiti entri hasil dari blogger lain seterusnya akan menjadi pembaca setia blog mereka .. Bagus bukan ? 

Dan ... bila dah terlist di dalam sticky post , bukankah itu satu kelebihan buat mereka yang masuk pertandingan ini ? Trafik buta buta kata orang .. Dari blog lain masuk kat blog aku kemudian pergi blog orang lain .. Kita ibarat 'saling memberi dan menerima ' ..

Paling penting , blogger itu sendiri telah berjaya membuat satu entri di mana kadang kadang mereka sendiri kering idea atau tak pernah buat entri sedemikian rupa dan mana tau , insyaAllah akan datang mereka akan lebih kreatif setelah melihat sendiri idea rakan rakan yang lain ..

Pengundian cara begini adalah untuk membuktikan bahawa blogger bukan saja pandai menulis di entri tetapi juga pandai memikat serta menarik pembaca lain untuk sama sama menyokong mereka.. Mana tau satu hari nanti mereka berminat nak buat contest , mereka tiada lagi segan silu untuk 'berkempen' di dalam blog mereka..

Apa yang aku cuba buat adalah untuk memecahkan rasa malu mereka sebagai blogger baru .. Bila yang masuk contest ini semuanya blogger baru maka tiadalah segan silu sangat kan ?

Kemenangan bukanlah keutamaan dalam contest ini.. Bila korang dah masuk je pertandingan ini , secara automatik , dah menang .. Yang tinggal sekarang adalah untuk membuktikan pada diri sendiri yang korang mampu menarik penyokong serta belajar berkempen / promosi entri korang dengan cara bijak.. Fikirkan tu .. Korang bukan kempen tentang contest ini sebenarnya , korang berkempen untuk blog korang sendiri .. Sapa untung sebenarnya ?

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Berikut adalah senarai mereka yang menduduki 11 teratas.. ingat.. nak 10 jer .. kena rajin rajin pikat pembaca.. hehehe.. Masa nak tamat dah ni .. Kul 10 malam ni tau !

 
21. Tomato Gurl's Life
12. efa nur
26. Shuff Samsuddin
4. Nur Azila Ismail
8. Tok Esah
22. iqbalhakimi
51. GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
3. J.E.F.R.I
44. tengkorakemas
19. NuR fAtIn FaTiHaH
31. Maya Ariffin

Segera segera. ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Hurm... Kalau kita nampak orang tak solat ... Macam hari ini , maka berbisik hati kita , tak solat jumaat ke dia ni ? apa la nak jadi ..  Tu dalam hati kita.. Kalau dilahirkan ke dalam status FACEBOOK , maka ramailah orang berpusu pusu mengomennya .. Nak tanya satu soalan boleh ? Kenapa tak tulis je , ramainya orang kat masjid tadi sewaktu solat zohor ? Atau seronoknya kuliah agama kat masjid tadi  .. Bila kita boleh nampak status gini ? Pastinya di bulan Ramadhan kan ? Selepas tu ? Takde dah kan ?

Kenapa kita ( aku dan korang la maksud aku ni ) tak gunakan status kita tu untuk menyedarkan rakan rakan yang ada dalam list kita tu sekiranya kita perasan ada yang tak betul dalam tu .. Tak perlu nak komen kat wall atau status mereka .. cukup sekadar di status / wall kita .. Gunakan pendekatan bijak.. reverse psikologi .. jangan sound direct .. sah sah akan bergaduh ..

Bukan per... kalau kita gunakan FACEBOOK ni untuk 'berperang' sesama saudara , bukankah agenda yahudi membuat FACEBOOK ini menjadi kenyataan iaitu menyesatkan serta merosakkan umat ISLAM ? Patutnya kita amik kesempatan ini dengan menjalinkan ikatan persaudaraan dengan lebih kukuh lagi ..

Perhatikan.. korang bukak status rakan rakan yang lain dalam FACEBOOK tu .. pasti ada sesuatu yang membuatkan korang mengelengkan kepala .. Jangan ditegur .. gunakan wall kita untuk 'menyampaikan' teguran kita .. Terpulang pada mereka nak baca atau tidak ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

“Adakah kamu tahu siapa orang muflis?

Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.”

(Riwayat Muslim dan Tarmizi)

 

Tak sedar kita kan ? Setiap hari setiap jam setiap minit setiap saat .. kita ada jer perkara nak diperkatakan.. Sampaikan dah takde cerita nak dibualkan , maka dicipta satu isu agar kembali seronok nak dibualkan .. Perghh.. Tu kalau bab berbual ... bagaimana pulak dalam blog , atau TWITTER mahupun FACEBOOK ..

Bayangkan dari satu tajuk di satu blog kemudian berkembang ke blog blog yang lain seterusnya dijadikan status dalam FACEBOOK .. Pergh.. bayangkan segala dosa yang kita buat ... Bayangkan berapa banyak pahala kita disedekahkan pada mereka yang kita umpat , fitnah ...

Haih ... diakhirat kelak yang kita ada tu je la.. segala amalan kita sewaktu di dunia untuk ditimbang .. kalau yang tinggal hanya dosa ? Dah la tu , dosa orang tu pon dilemparkan keatas kita .. haa..berbaloikah semua itu ?

Maka .. berhati hatilah .. beramal ibadat .. jaga mulut , jaga hati , jaga jari jemari kita .. Jangan nak sedap dapat trafik ... pahala ke mana , dosa lak yang datang ...

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Walaupun ramai dah tau .. dah diberitahu berulang kali .. namun masih ada yang degil dan wat wat tak tau ...

Namun begitu , kata mereka pula...

Apa pun jua analisa mereka , sebaiknya mencegah lebih baik kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hehe.. aku dapat berapa komen dari kawan pembaca blog yang mengatakan susah nak cari entri entri lama.. hehe.. ok.. kali ni aku permudahkan untuk semua pembaca ..

image

Bukan pe .. rasa sayang lak entri yang dah beribu ribu ribu tu dibiarkan sepi tanpa cinta ... nak buat tu lak perlu idea .. yang dicopy paste pon pastinya artikal yang best best kan ? hehehe..

Jadi ... selamat membaca .. hehe... aku nak sambung pengsan..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Salam .. selamat pagi.. hehe.. baru bukak mata .. pas subuh tadi , rasa tak sihat sangat.. semalam wife demam.. dia ok , aku lak demam.. bertukar tukar .. haih..

Ni baru celik bijk mata .. hehe.. aku terfikir sebenarnya .. apa yg aku buat dengan blog aku selama ni ? Dok update selalu dan kerap...hehe.. rupanya aku tau dah.. hehehe..

Aku suka bercakap.. tapi aku hanya ramah bercakap bila 'suis' utama aku dihidupkan.. Kalau tidak , orang akan anggap aku sombong.. hehe.. gitulah biasanya .. Kaitan dengan blog , aku buat blog ni macam konti radio aku lak.. macam aku ni dj la.. haahha.. Kot aku ni mmg teringin nak jadi dj tapi segan rasanya .. hahaha...

Jadi , pada terasa aku bebel lebih dalam blog ni maaf la yer.. mmg aku tak leh nak berhenti menaip ... selagi aku mampu ,selagi tu aku menaip ...  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Sewaktu aku kecil dulu .. perkara yang paling aku takut ialah , kematian kedua orang tua aku .. Pelbagai persoalan timbul dalam kepala aku.. Sapa nak jaga aku dan adik beradik aku ? Dengan sapa aku nak bermanja ? Ah.. aku rela kena rotan hari hari .. Aku tak nak degil dah ..

Bila dah remaja.. aku rasa aku mampu hidup berdikari.. dah boleh cari kerja dan hidup tanpa mereka.. Bila merajuk .. cuba la nak lari dari rumah.. Baru 100 meter , aku hilang punca .. akhirnya belakang rumah sampai ke malam .. hahahaha...

Bila dah besar gini .. sayu je tengok wajah diorg .. mau rasanya setiap malam urut kaki .. tangan ..badan diorg terutama ayah yang tak henti henti cari rezeki siang malam .. sanggup ketepikan segala kemahuan diri semata mata untuk bayar pelajaran anak anak dia ..

Skang .. baru faham erti kepayahan .. erti melindungi keluarga .. Betapa keluarga adalah segalanya .. hurm.. Syukur pada Allah , sehingga sekarang aku masih ada diorng .. Aku tak boleh nak bayang hari hari aku tanpa mereka ..

Sesungguhnya aku amat kagumi mereka yang bergelar yatim piatu .. Ketabahan mereka , aku belum tentu dapat bayangkan ... Korang mmg tabah !

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Aku plan nak kurangkan entri .. mungkinkah berlaku ? Setelah setahun berlalu , hanya pada mula aku berblog saja aku buat satu entri sehari .. kemudian meningkat dan terus meningkat sehinggalah kini aku tak penah nak kira dah.. mana saja aku berenti , aku update ..

Yup.. aku tau ada yang akan bosan tapi ada yang suka.. Maka aku akan berblog ikut mana dan aku je la kan ? kalau rasa tak penting maka tak perlulah update ..

Berkaitan CERITA KREATIF .. hehe.. aku akan mengira undian yang benar benar mengikut panduan yang diberi.. yang tak ikut tu, dikira undi rosak yer .. hehehe...

Ok.. tutup pasal tu .. pasal hantu blog .. Huhu.. tadikan , aku ada cakap kat kawan aku.. kalau aku mati nanti , aku nak tutup blog ni.. Kira waris aku la... Dia cakap nape lak ? biar je la.. bolehlah kawan kawan lepaskan rindu baca entri tu .. Hurm.. aku ok jer.. tak kisah sebenarnya .. cuma aku risau ... tetiba entri tu diupdate ... @LIVE DARI KUBUR !  Apa kes ???

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

image Bosannyeer !

image

Tengok muka dia ni lagi bosan ! Arghhhh...

image

Layan mp3 ? Arghhhh.. bosan bosan .. Lagu metallica gua mak dah delete !! Ada suh layan lagu baba blackship ?????

image

Makan ??? Arghhhh .. lagi bosannn... tembam dah ni !

image

Aku tau ... hehehehhe..

image

Blogwalking !!! Yess.. kot kot ada blogger awek cun ke ? Leh ngorat .. hehehe..  Yearghhhh...

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Untuk mengetahui pasal segmen ini , klik ( link ) ... Tarikh tutup 18/11/2010 tepat jam 12 malam .. hehe.. Satu hari ni bagi.. hehe..

Berikut yang dah hantar cerita kreatif mereka :

  1. Keyrill Eduardo Willeyhem
  2. ila haron
  3. J.E.F.R.I
  4. Nur Azila Ismail
  5. princeduyong
  6. Ciao's Annin
  7. Ummi Alifya
  8. Tok Esah
  9. Azwan@Mr Money
  10. ♠ aQ.DaN.pUtera.kU ♠
  11. Cik Eka
  12. efa nur
  13. Wan Zulqhairi
  14. iamnerves
  15. unieylovesherself...
  16. Faizal Fredley
  17. ....~MissMarshmalloW..~
  18. cik ciput
  19. NuR fAtIn FaTiHaH
  20. qilarazak
  21. Tomato Gurl's Life
  22. iqbalhakimi
  23. Hanim Mahali
  24. CekLa
  25. Nurfarina Hussein
  26. Shuff Samsuddin
  27. Khel Khaliesah
  28. iLa SaHaR
  29. Xana
  30. Miss Yaty
  31. Maya Ariffin
  32. mush
  33. ☆aDihAys☆
  34. cik dira
  35. M a W a D D a H
  36. Mas
  37. Mr.Ix
  38. AdiaLuze
  39. Mamamiya
  40. CT NoArIzAh ArIs
  41. Ana ayesha
  42. Noor Faezah Mazli
  43. AkuHanyaPenulis
  44. tengkorakemas
  45. Just Me!
  46. .::cEritEra Hati FaTiN::.
  47. kechixx

Segera... ahaks...Berbaloi? Wallahualam... Yang penting kita usaha sama sama .. kan kan ?

Jom singgah sini

Penaja : Chekgu Pincess

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Aku rasa nak kurangkan entri secara perlahan lahan .. Macam ari ni , aku dah buat 15 entri .. Mungkin ada yang cakap , entri tah hapa hapa atau takde kualiti ... Tak pe la kan .. hak masing masing .. yang penting jangan 'buang sampah' kat dalam blog aku ni.. Aku tak suka nak tengok atau baca ..

Kalau sehari 2 kali ok tak ? Nak update pagi dan malam je .. ok tak korang rasa ? Ala.. aku tanya pendapat .. bukannya jawapan , ikut BEN la mana senang atau tak kisah la ben , kitorg baca jer.. Tamo la gitu .. tak membantu perkembangan minda kanak kanak membesar la weeh... tamo tamo ..

Sementara korang pk tu , g ziarah kawan kawan blogger yang baru lahir 2-3 menjak ni .. hehe.. sian diorng.. dok tunggu dari semalam .. hehe.. Ni baru sempat nak buat.. kat opis tadi tak leh tumpu sangat nak buat entri ( dalam tak tumpu tu ada la 15 entri ) ..

OK .. jom tengok sapa yang kena ..

  1. noor
  2. Orange
  3. fatin hanani

Ada 3 tu jer .. Ok.. Untuk CERITA KREATIF , aku nak singkatkan masa tutup dia .. kul 10 ni tutup dah yer.. nak terus update .. kalau kul 12 , lewat sangat .. hehee.. esok kije lagi ni... eheheh

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Haaaa.. cepaatt je mai no ... hehehe...tak per...  Demi korang , aku bocorkan rahsia turun temurun ni .. huk huk .. korang jangan lupa aku bila korang dah berjaya masuk suratkhabar dah la yer.. huwaaa...

image

Gini.. kenapa penggunaan bahasa dalam blog perlu betul dan lengkap ? Sbb bila orang google, dia akan guna perkataan yang penuh .. Contoh la SEBENING KERINGAT .. kalau korang buat SEBENENG K'NGAT atau sbng kgt tu , rasa rasa korang sangkut tak ?

Pada yang nak berjinak jinak dengan SEO ni , mulakan dengan penulisan bahasa yang betul dan tepat ..  Kalau korang perhatikan kat dalam gambarajah tu , macam macam sangkut kan ? Sbb dalam blog aku , aku cerita macam macam .. Ok ? Faham ? Nasi kandar satu okeh ? Aku mau pulang ..

Esok malam , sapa nak lepak kat PRECINT DIPLOMATIK , ALI BISTRO , roger aku.. okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

image

4444 .. sekali seumur hidup je nih leh dapat ... Ari tu 3333 , berlaku pada 10/10/10 ... Waahhhh ...sebulan lebih gak eh nak dapat 1 ribu follower nih .. hurm... Leh tercapaikah 5 ribu hujung tahun ni ? Idea idea idea.. mariii !

Okeh... Sapa yang genap 4444 ni .. Orang cina tak suka no ni kan ? Tara ong katanya .. Tak baek wooo.. semua nombor ada ong lhoo... OK... meh tengok sapa yang kenaaaa.... FARRA AIDAH dengan blognya yang tidak asing lagi di muka bumi ini ....  i believe i can fly !!!

http://betterfly83.blogspot.com/

Terima kasih semua .. Tanpa anda , mat gebu tiada guna.. kalau mat gebu tiada guna , maka saya ini pon hanyalah debu .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image

Ni la salah satu resepi rahsia mak aku .. Mmg sukar la dia nak bagi kat orang .. Bukan pe , resepi ni mak aku kata la  mai dari PENANG .. Kira ala ala mami punya la.. Dah aku pon ada darah tu , nak kata apa kan ? Tu dia kata laa.. aku angguk je la memandangkan masa tu aku lapaq dah .. Kang tak layan , lambat pulak siap ..

Nasi ni nak kata nasi beriani pon tak jugak.. Sebab dalam tu gajus dan ada ayam.. dicampur sekali .. pastu ada ayam dalam tu .. haa.. kira dikukus sekali .. selebihnya adalah rempah ratus mak aku tu..

Lauk pauk pengiring dia ialah ayam masak merah dan sayur jer.. Bila makan , sah sah tak cukup sepinggan.. Kena dua pinggan , mmg tersadai .. 

Masakan ni mmg mak aku masak time raya haji je.. raya lain dia tak leh buat.. Aku tanya kenapa ? Dia kata pantang.. Wah.. pantang ? Eleeh.. tak pon.. malas je tu.. hahahha... Tapi serius ,mmg lazat berkrim... suh wife aku curi resepi dengan belajar ngan dia .. tapi wife aku sama je ngan aku...masuk tinga kanan kuar ikut hidung ... apa mau kata ...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

image

Aku le tu .. Kadang kadang aku terlupa.. bukan sebab giler kejar trafik sehingga meter terkeluar keluar tapi nak uji kemampuan aku serta kebenaran kata kata mereka iaitu benarkah 'mereka' dapat sehingga berjuta pembaca sebulan .. Wah ... Kalau 'mereka' itu boleh sudah pastinya kita boleh kan ? Apa bezanya mereka dengan kita .. takde beza .. sama jer cuma yang membezakan adalah kreativiti serta sedikit nasib ..

Aku macam korang gak dulu.. g tengok blog orang .. camana dia boleh ramai online gitu sekali .. Selak sana sini blog dia.. cari kelebihan dia .. Peringatan ! Jangan cari kekurangan dia.. tak guna sbbnya nanti kita jaja kekurangan dia pada orang .. Tak baik tu.. dosa.. kena berprasangka baik pada orang .. nanti orang berprasangka baik pada kita .. kan kan ? Jangan bawak perangai buruk dalam dunia blog .

Apa yang aku buat dulu untuk mendapatkan pengunjung yang senantiasa ramai dan tak putus putus .. Dan paling penting , mereka masuk untuk baca blog kita dan bukannya terjerat dek keyword tertentu .. Tamo lagu tu no.. tak best ! Mereka datang kerana blog kita ... Tu yang sepatutnya ..

Sambung.. apa yang aku buat ialah , g belek mana mana media online .. cari apasal ramai sangat orang kat situ .. apa yang diorg tulis.. segala maklumat .. cerita .. cara penyampaian .. samada dari sudut berita mahupun artikal / rencana..

Pastinya berguna walaupun sebesar kuman .. Yang penting sekali , jangan pilih KLCC atau unta tu.. ok ?

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Terbaca pada satu entri sahabat di blognya .. Mengakui akan kebenaranya kata kata tu cuma .. hehe... ada satu tips ..

Meninggalkan komen di blog adalah satu tradisi bagi setiap blogger.. Itu ibarat meninggalkan jejak.. kan ? Bila pemilik blog tersebut membacanya , pastinya rasa gembira dan teruja.. Tapi komen bagaimanakah yang mampu membuat blogger tersebut teruja atau gembira ? Menangis jangan la.. sah sah kutuk kaw kaw punya ..tu bukan tahap kasi nangis , kalau boleh ada yang sampai suruh tutup blog .. uhuk.. kejam tul..

Mudah sebenarnya untuk menarik minat pembaca meninggalkan komen di blog .. aku tambah skit eh ..

  • Pastikan blog tu sendiri mudah untuk diloading
  • Isi yang mudah difahami dan paling penting ;
  • Ajukan persoalan yang ringkas tetapi memerlukan jawapan yang padat pada penghujung entri ..

Dengan berbuat demikian , blogger tu sendiri dah wujudkan satu hubungan interaktif diantara pembaca dan dengannya.. Menarik dan mudah bukan ?

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Sat.. aku tak caya ! Nganga sat ... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... 2 ribu ??? Baru setahun... 2 tahun ??? 10 tahun ?? Waaaaaaaaaaaaaa... kaya  kayaaa kayaaa .. Kaya mendaa???

 image

Alhamdulillah.. segala penat lelah berbaloi.. Jutaan terima kasih buat semua rakan blogger yang sudi 'meminjamkan' tapak rumah mereka untuk aku menumpang kasih.. hehe..

Patut la ramai hairan eh.. G mana mana ada je nama BA kat dalam blog tu .. Hurm.. Sebenarnya aku tercabar untuk membuktikan kemampuan aku dan terbukti dah.. Dan apakah disebabkan itu , NUFF membenci aku ? Katakanlaahhh .. katakanlaahh NUFF !! Ah.. lantak ler.. tunggu aku beralih arah ehh..

Sasaran aku skang ialah ,

image5000 !!  HUJUNG TAHUN INI ... Mampukah  dicapai ?? 

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Hurm... aku rasa pasti ramai tau kes kes gini kan ? Lebih lagi berlaku di kalangan kita ..

Perkahwinan yang didirikan atas dasar cinta membara akhirnya sejuk membeku kerana tiada lagi romantika d'amor..  haaaaaaa... Kan kan ? 

Masa bercinta duluuuuuuuu .. dia punya kepitt.. kalau boleh , 'meh masuk poket baju kanda.. kemana jua kanda akan usung dinda .. tidak ingin berpisah walau ke jamban sekali pon ' .. haa... gitulah punya hangat !!  Konon sanggup redah lautan api.. Cait... Suh redah laut yang penuh air tu pon lom tentu ! Terkapai kapai tak tau berenang ! Haa..

Tapi kenapa boleh sejuk terus ? Jadi ais batu campur ? Aku pasti ramai akak akak kita serta abang abang kita boleh jelaskan nanti .. Maklumlah, aku kan.. eh.. lupa..kawin dah ..pengalaman setahun jagung orang kata .. nak bagi nasihat , belum pernah dilanda ribut taufan.. setakat angin pus pus tu biasa la kan .. hehe..

Ada banyak kes yang aku dengar sendiri la kan .. Bila jadi kes kes gini , si suami akan pendamkan jer.. wat bodoh keldai kata orang .. dipukul pon wat dek.. dihon kat telinga pon wat doh.. haa.. Tu belum lagi si isteri ajak naik mahkamah untuk lafaz cerai .. Tu mmg tahap kronik dah tu ..

Menurut mereka , puas daaahhh ajak berbincang.. ari ni ok , esok jadi balik .. Ada pulak yang jadikan isteri ni sekadar tempat 'punch card' jer... Jangan tak tau ! Kisah benar neh.. Pastu wat dek.. 'ko pandai pandai la hidup sendiri' .. Sehinggakan bab agama pon si suami tak amik kisah .. Sendiri carik laa.. Boleh ?

Akibatnya , ada yang sanggup cari jalan songsang .. Bukan kemahuan fikiran tapi menurut bisikan syaitan .. Sepi dan sunyi kata mereka .. Si suami ada ,ibarat menikah dengan television.. Rela ngadap tv dari muka isteri .. Tapi bila ' nak ' ? Reti pulak cari isteri eh ? Awat tak dibalun je tv tu eh ? Maaf la yer.. bukan nak melucah tapi tu la dia .. suami yang dah berhati beku..

Bila berlaku kes gini , maka ada pulak yang amik kesempatan .. Sengaja menambahkan lagi bilangan ahli neraka .. Astagfirullah al a'azim .. Mintak dijauhkan ..

Malangnya si isteri .. segala kesalahan atas bahu sendiri .. Diluah salah .. ditelan salah .. Akhirnya , merana diri ..

Hakikat ini berlaku di dunia kini .. Bila maksiat dan zina menjadi raja.. Bila wang ringgit menjadi keutamaan .. agama terkebelakang , dunia dipandang  dan akhirat hanya mainan ... 

BA : Geng.. ni ada kawan blogger baru .. jom g ziarah .. AKUBERSAMACAHAYA

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Aku sendiri terpukul .. Dua orang yang cukup ternama dalam bidang masing masing mengalirkan airmata saat menceritakan detik detik keinsafan yang timbul dalam diri setelah diberi hidayah oleh Allah SWT.

image

Aku pasti ramai tengok rancangan yang disiarkan di ASTRO OASIS yang dikendalikan oleh pakar motivasi , Dr Fadzilah Kamsah .. kan ? Menarik sekali .. Mmg aku pasti ramai sayu bila mendengar sendiri pengakuan mereka lebih lagi Malek Noor ..

Alhamdulillah .. syukur pada Allah .. Mereka beruntung kerana dapat petunjuk di saat mereka jauh terleka.. Kita ? Apatah lagi yang masih muda ini .. Menunggu saat saat beruban di kepala .. Baru terhegeh nak pakai tudung semata nak tutup uban tersebut ? Atau yang laki dah beruban kalu cari inai nak hitamkan semula agar nampak tampan dan segak untuk terus pikat anak dara ?

Aku sendiri banyak dosa .. Tak kira pada Allah atau pada manusia sendiri .. Alangkah bersihnya jiwa setelah kita benar benar kembali pada Allah.. kembali pada agama.. kembali menyintai Rasulullah...ikuti sunnahnya ..

Bak kata Malek Noor ... apa lagi yang dia nak ? Segala kekayaan dunia ni dah cukup dia rasa namun masih sunyi .. Kembalinya keimanannya pada Allah , terbukti bahawa kehidupan kita ini hanya satu arah saja... ISLAM yang cintai dan dikasihi ..

Pengakuan mereka yang patut kita baca bersama > KOSMO

BA : Tak perlu pilih KLCC atau si unta padang pasir tu ! Geng baru .. HOT MUMMY

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

image

Rasa rasa kenapa ? Nak tau ??? Jom g tengok sendiri  > AYU PB

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Perempuan mudah benar kena tipu... lelaki mendua tigakan malah memperempatkan kekasih hatinya ... Bukannya perempuan tidak diberi amaran tentang jenis jenis lelaki yang  bermata buaya bermulut biawak berotak ikan lumba lumba ni ? Dah banyak kali kan ? Tapi mengapa masih mudah terjerat dek spesis gini ?

Bukannya apa.. aku tau .. ramai kata lelaki ni pandai berlakon.. mmg betul .. kalau tak , takkan la lelaki jadi hero je dalam apa apa jua filem kan ? Haa... Perempuan ni bukan tak reti berlakon , reti ! Cuma malas nak tonjolkan bakat tu kan ? Kang kalau tonjol , lelaki lak terjojol ! Susah la kan ..

Cuma tu je la .. perempuan oh perempuan .. di mana pon jua anda berada , percayakan lelaki 5% jer.. selebihnya berwaspadalah .. Aku tak kata pasal suami , tunang ke ayah atau atuk semua tu tapi umum.. LELAKI .. tu jer.. Kang bila jadi apa apa , korang tu perempuan ... lemah lembut.. sopan santun.. sapa susah nanti ?

Zaman sekarang ni bahaya.. Tersalah langkah , kena jual .. Tersilap kata kena pukul .. Tersalah salam , baju entah kemana.. Masa tu nak nyesal pon dah terlambat ..

Dan satu lagi .. hati hatilah dengan dunia maya ini.. Dalam ni , lelaki ibarat pujangga .. Dan perempuan lak , ayu senantiasa.. masalah tul la... haih..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

image

Sememangnya dari kecil dah mmg gini eh ? Patut la dah besar nyuruk dalam tong tu eh..

Mesti tak faham tu kan ? G tengok balik ALI BABA DAN 40 ORANG PENYAMUN .. huh..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

ERL clear !!! Peeewittt... seronok bangett !! Harap harap kat opis kang begitu gak arr... Ramai benar masih makan ketupat kat kampung tu.. Aku tamo dah.. nak start balik rutin aku dulu.. masa untuk membakar lemak lemak tepu yang cam perut mamak roti canai ni haa..

Walaupun tak ramai orang kat stesen ni , aku tak rasa aku boleh duduk kot .. Maklumlah , keutamaan patut diberi pada perempuan .. Tapi kan , perempuan sesama perempuan pon diorng berkira kan ? Kalau ada perempuan yang jauh lebih berumur dari dia , wat dek jer.. haih... Tak boleh la gitu .. kalau rasa tak sihat sangat tu , lain la kan .. nak kata apa dah kan ?

Aku sebenarnya dok pening pening lalat lagi ni.. entah la.. kebelakangan ini asyik mudah pening .. apakah aku ? erk.. ngandung kah aku ? tapi nape tak mual lak ? Atau.. aku .. erk.. oh tidak...

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Ah..liat giler nak bangun .. tgk jam  , baru 620... arghh... tensen tensen .. Tidur balik ? Tak mungkin... kalau waktu cuti , aku terus bukak laptop sehingga 8 pagi baru tangkap tidur barang sejam dua.. hehe.. buruk perangai.. tapi ok la kan , cuti pon aku keje gak .. haa.. keje apa ? blogging  ni haa.. hehe

Dalam perjalanan g pejabat.. Wife drive dan aku update satu entri.. kang kat opis , banyak kerja .. Rasanya ramai cuti dah memandangkan sekolah pon dah sampai penutup hujung tahun .. Seronok budak budak.. huhu.. nak jadi budak gak boleh ?

Jalanraya pagi ni , setakat ni clear lagi .. tak tau la kang kul 7 lebih.. Putrajaya ni bukan leh caya sangat.. nampak clear tapi haaa... tah mana hala tua tau jammed ..

Hurmm.. pagi pagi ni teringat kat kedua orang tua .. Terimbas segala kenakalan semasa kanak kanak dulu .. Kesian kat diorng kan.. Dah tua tua gini , apalah jasa kita pada mereka.. Haih...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Terisi gak malam ni dengan cerita yang penuh pengajaran dan tauladan .. Hurmm... mmg terjadi pon dalam realiti kita ni .. Entahlah , kenapa manusia bila dibutakan mata dek cinta maka tak kira lelaki atau perempuan saling pentingkan diri sendiri asalkan segalanya dapat dituruti .. Jika kalau kerana agama , lain la jugak tapi ni sebaliknya .. hurm...

Buat adik adik blogger yang ku kasihi ... jagalah diri ... jagalah maruah keluarga.. sayangilah mereka .. jangan hampakan mereka .. Tunaikan segala impian mereka barulah dikejar segala keinginan diri .. Yang penting , jaga batasan agama .. Serius , tak berbaloi ikut nafsu ! Cinta nafsu dusta semata ! Tidak ke syurga malah ke neraka ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Yeargh... kembali lagi CERITA KREATIF kita untuk kali kedua .. Kali ni CERITA KREATIF kita bertemakan BLOGGER KERING IDEA ? Cerita mesti ada pengajaran dan juga kelucuan .. Hehe..  Susah ? Tak pon kan ? OK .. Untuk menyertai pertandingan ni , blogger perlu buat satu entri :

  1. Letak tajuk CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA ?
  2. Cerita berpandukan gambar gambar yang berikut ( susunan ikut turutan atau boleh ikut kehendak blogger )

imageimage

imageimageimage   image image

Amacam ? Mudah atau mencabar ?? hehehe ... OK.. cara pengundian , ada dua saringan .. pertama , melalui komen di blog ini dan kemudian 10 cerita popular akan dipilih dan dimasukkan ke pengundian  TOP 10 .. Entri terpopular akan mendapat 24 sticky post di blog BEN ASHAARI .. Berminat ? Segera !!

Dah buat ? Tinggalkan url korang kat ruang ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
80 comments

 

Aku tak layak menerima sebarang kata kata penghargaan dari rakan rakan blogger yang lain berkaitan segmen SINGGAH dan JOM BERKENALAN yang aku buat minggu lalu dan minggu ini ..

image

Mereka yang menjayakan segmen inilah yang layak dapat setiap penghargaan itu kerana tanpa mereka , segmen tu tak bermakna langsung..

Serius.. setiap kali ada blogger buat entri penghargaan , aku rasa malu dan segan .. Aku tak buat apa apa pon .. Sekadar menyenaraikan semua nama nama yang berminat untuk sessi berkenalan tersebut.. Dan alhamdulillah , aku nampak dalam tempoh yang singkat mereka telah mempunyai ramai kawan ..dan sekarang terpulang pada mereka untuk mengembangkan persahabatan mereka ..

Maka , aku nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada semua rakan rakan blogger dan pembaca senyap yang sanggup memberikan kerjasama terutama blogger blogger yang aku perasan sejak dulu lagi rajin ikut segala segmen aku secara diam .. hehehe .. aku perasan tu.. hehe.. thanks bro AZRULHISHAM .. Kalau korang nak kenal , dia antara blogger lama yang aku berkawan tapi dia amat low profile tetapi entri dia , pedas kadang kadang .. hehe..

Ada ramai lagi blogger lama yang aku perasan .. tak pe.. nanti satu satu aku perkenalkan pada korang ek.. hehe... best kawan ngan diorg ni.. jangan korek pasal blog je tapi pasal kehidupan.. tu yang terbaik !

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Ngantuk giler pagi tadi.. Selepas subuh tadi , aku tangkap tidur ala ala blogger ditengah malam namun tidak puas ! Syaitan membisik di telinga aku .. " Ala.. sunat je tuuu.. takyah g ... sambung tidur pon best wooo " .. Wah ini Syaitan ... tak leh blah... ko tidur je la sorang sorang .. aku nak g solat.. lagi best ! Layan ko , sampai kiamat tak puas tidur !!!

Cerita banyak takde , terus naik dan mandi .. hasilnya ...

image

Sampai jugak aku kat ..ops.. kitorang iaitu aku ngan wife kat Masjid Besi , Putrajaya ...

image Berposing selepas solat ... Meriah masjid besi hari ni .. Hati aku sayu bila melihat diorg diorg ni .. Warga asing yang terdiri dari pelajar dan pekerja pekerja 'import' .. hehe..

image Meriah giler diorg .. siap bergambar lagi ... Ada sekali tu , diorg kumpul ramai ramai pastu bergambar sambil menjerit , ALLAH HUAKBAR ! ALLAH HUAKBAR ! ALLAH HUAKBAR !  .. Bukan CHEESE tau ! Hehehe..

Cuma tak bestnya , waktu diorg dok beramah mesra sesama mereka , khutbah dok berkumandang lagi .. hehe.. Nak kata apa dah kan .. diorg di perantauan .. Mesti cedey punya kan.. kan ? huk huk .. tisu pls...

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Arghh.. tensen giler ... kalau ada cerita , sampai semua channel best ! Kalau tak best , abis semua tak best !! Erk.. mmg la ada satu dua cam yang boleh layan tapi yang nak gempak dan berbaloi dengan bayaran tu tak de .. hahaha.. hampeh tul aku ...

Nak keluar g jalan jalan pon , esok dah kerja .. haih.. banyak lak kerja esok .. rasanya esok nak 'shutdown' blog sehari sbb nak kasi settle kerja semua .. Minggu depan banyak plan ada .. hurmm.. 22hb.. 28hb.. 30hb.. 2-6hb.. waahh.. mati mati.. Money moneyy...

PERLIS , KEDAH dan PENANG dalam perancangan akan datang .. mau pg sana .. Ops.. sapa kat sana skang ? Keadaan dah ok ker ? Malas nak terperangkap kat situ ..

Ok la ... g mandi pon besh.... ehe.. yerrr.. tau .. mandi malam tak elok.. tapi aku mandi , mandi kerbau.. hahaha...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Ada lagi kenalan blogger kita yang masih belum dikunjungi.. Sapa ? Sat aku p carik sorang sorang ( sambil makan lemang .. bila kata montel dah , marah ! ..tapi makan tak hingat )

Ok.. jumpa dah .. nindiaa...

  1. buntal
  2. ayulunera
  3. Adila

Hurm... ada juga yang terkorban dalam kemalangan jalanraya , hari ni yer .. Al-fatihah buat mereka ... hurm...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

imageAku angin pagi tadi .. hahaha.. adeh.. angin sbb kena pakai sampin .. Bukan apa ... tak selesa ... malas .. Aku bukan jenis berdisiplin nak berkemas cun gini.. rasa terikat dengan protokol.. huhu.. letih ..

Maka aku pagi pagi dah cam moody .. hehe.. sabar je si isteri layan kerenah aku .. Aku nak je pakai baju melayu biasa beserta seluar slack tapi dia berkeras suruh pakai baju tu satu set .. huh..

Aku pon pakai tanpa rela .. hurmm .. Degil degil aku ni ikut gak cakap orang kan .. huh... Tapi sepanjang dalam kereta aku membebel je la.. Walaupun sampai ke masjid , member aku terpaksa tahan telinga sbb aku tak abis bebel lagi..

Ketat ! Aku tak selesa .. Entah bagaimana aku teringat sesuatu yang menginsafkan aku ...

imageHurm.. aku mati nanti aku akan dikafankan begini.. lagi ketat dan keseorangan .. sapa nanti nak tolong longgarkan ??

Cuba fikirkan bersama ... 

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

image image

LOGO 1 LOGO 2

kita menentunkan .. Logo mana yg sesuai untuk dijadikan LOGO RASMI KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI ?

LOGO 1 ATAU LOGO 2 .. Terima kasih.. Peti undi di sebelah ... Mana yang cecah 100 dulu , maka logo tu menang .. ok ?

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

COLUMBIA: Kehebatan penyanyi Lady Gaga nampaknya tidak terbatas kepada bidang seni suara, malah berkembang di bidang akademik.

Terbaru, Universiti Selatan Carolina menawarkan satu kursus dinamakan Lady Gaga dan Sosiologi Kemasyhuran yang akan dimulakan pada musim panas akan datang.

Profesor sosiologi universiti itu, Mathieu Deflem berkata, kursus itu menumpukan kajian mengenai bagaimana Lady Gaga mencapai kemasyhuran dalam tempoh singkat. – Agensi

 

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image 

Huih... dasat dasat ... Nak cipta sejarah ko ? RM40 juta untuk filem 2 ALAM tu .. Alam mayakah ? Atau alam semulajadi ? Hehe.. sori la tokey..  guwau jer .. Tapi kan ... di kala filem Harry Potter keluar serentak dengan 2 Alam , mampukah nak dapat walaupun suku dari sasarannya tu ?? Nak tau gak apakah kekuatan filem tu ? Haaa... Ni taktik dia ni.. hahaha.. Bila orang tertanya tanya .. maka ramai la pakat serbu g panggung.. Kira pakat nak gelak beramai ramai la tu kan .. Apakah benar firasat ku ini ?

Bukanlah nak perlekeh filem dia tapi diwaktu ekonomi cam siput ni mana mungkin ( jauh sekali ) nak capai target begitu apatah lagi filem dia cumalah filem masyarakat..

Tapi betul la.. dia guna teknik blogging ni.. hahaha.. gunakan publisiti untuk tarik trafik..cam si uncle slickers tu haaa... Saja kasi kecoh kecoh pastu meriah blog dia .. huhu.. bijak bijak.. Sama cam filem ni la... saja kasi orang tertanya tanya pastu SERBUUUUUUUUUUU..... pastu gelak... Samada gelak atau tidak , yang penting orang g tengok .. Kalau gitu , mungkin tercapai sasaran dia kot.. best atau tidak , wallahualam.. Kalau tanya aku , nak g tak ? Hahahahha..... tunggu tahun baru cina ni nanti main kat astro.. lalalalal

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

image

AKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, semalam menyuarakan kemarahannya dan menuntut keadilan terhadap kes penderaan luar biasa pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi.

Sumiati binti Salan Mustapa (gambar), 23, kini stabil di sebuah hospital di Madinah tempat dia menerima rawatan sejak 8 November lalu selepas cedera termasuk di bibir akibat digunting.

Susilo berkata, beliau akan menghantar pasukan ke Arab Saudi untuk menyiasat kes itu, sehari selepas kerajaan Indonesia memanggil duta Arab Saudi bagi menyuarakan bantahan terhadap kejadian berkenaan.

“Saya ingin merakamkan rasa terkejut terhadap apa yang berlaku ke atas seorang rakyat Indonesia di Arab Saudi,” kata Susilo dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

“Saya sudah mengarahkan Menteri Luar mengendalikan kes itu secara serius. “Sumiati mengalami penderaan yang luar biasa. Saya mahu keadilan ditegakkan. “Saya mahu ia dilakukan secara diplomasi,” tambah Susilo.

Sumiati yang digunting bibir dan diacukan seterika panas ke tubuhnya adalah kes penderaan terbaru di kalangan pekerja Indonesia di Asia Barat. Wanita yang berasal dari Dompu di Barat Nusa Tenggara itu menyertai beribu-ribu rakan senegaranya ke Arab Saudi empat tahun lalu untuk mencari pekerjaan.

Seorang pegawai konsul Indonesia di Arab Saudi dipetik oleh akhbar Jakarta Globe sebagai berkata, isteri majikan Sumiati disyaki menyebabkan kecederaan teruk pada wanita itu.

“Berdasarkan gambar pada pasportnya, Sumiati boleh dikategorikan cantik.

“Isteri majikannya menderanya kerana cemburu,” kata Didi Wahyudi. - Agensi

-HMETRO-

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

image

Hehehe... aku nampak berisi.. bukan nampak je tapi mmg berisi.. hehe..tak pe.. tahun depan kerja keras .. huhu...

Skang ni kat umah mak aku ..hehe.. dia nak masak nasi beriani gajus.. ahaks .. ok la kan dari makan nasi kandar mamak .. hahaha...

Rasanya 28hb ni nak ke Perlis ... nak antar adik ipar g politek arau .. hurmm... berjalan lagi.. kalau sampai Perlis , bermakna , satu malaysia dah aku drive.. hehe.. leh tahan gak eh.. Kalau nak tau , aku ni dulu penakut giler ngan kereta .. heheh... nak drive pon pk berkali kali ... huhu.. skang ? Adeh.. pasang GPS je.. g la mana mana sekali pon...

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Manusia.. tidak lari dari melakukan kesilapan .. Kesilapan yang berulangkali dilakukan cuma berlainan jasadnya ..

Tiap kali berlakunya kesilapan itu maka seluruh dunia pasti tahu akan dosa itu .. Tercatit juga di dalam kitab suci kita namun masih juga melakukan angkara tersebut ..

Mengapa ini berlaku ? Perlukah kita seringkali menuding jari pada syaitan ? Pada iblis sedangkan berulangkali kita diberitahu akan kehadiran lahanat lahanat ini ?

Bila terantuk , pastinya baru menyesal.. tapi berapa kali akan kita pandang kebelakang untuk melihat kekesalan tersebut ? Sekali pon susah bukan ? Malah pastinya kita akan melakukkannya lagi sungguhpon sudah melafazkan kata taubat ..

Itulah manusia.. Sampai bila ? Perlukah diusung keranda untuk menyedarkan kita betapa kubur melambai lambai untuk mengapai kita dan api neraka sedang menunggu masa untuk menjilat tubuh badan kita ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

{ Sticky Post - Entri terbaru dibawah entri ini }

Minggu lepas punya punya segmen dah selesai.. Maka apa kata kita mula yang baru ? Yang lama tu aku rasa semua dah mula berkawan kan ? Bagus la kan ? Seronok seronok.. aku pon ramai gak dapat kawan baru.. hehe.. Tqqq ...

Ok..tamo buang masa.. Cara yang sama seperti dulu.. Bagi yang berminat ... Sila buat satu entri .. Dalam tu , sila letak ..

  1. Header Blog BEN ASHAARI
  2. Tajuk : JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ini
  3. Berikan kata kata aluan buat mereka yang bakal singgah ke blog anda.
  4. Pastekan url korang kat ruangan komen ini ...

Tu je la.. Tarikh tutup .. sampai aku tak larat buat .. hehee.. Cepat tau..

Opsss.. sapa yang dh join tu , tak yah la lagi.. kasi kat orang lain.. Tapi kalau nak tolong war warkan , terima kasih !!! Aku alu alukan.. hehe...

Senarai yang dah ada :

JOM SINGGAH 1

JOM SINGGAH 2

JOM SINGGAH 3

JOM SINGGAH 4

JOM SINGGAH 5

JOM SINGGAH 6

JOM SINGGAH 7

JOM SINGGAH 8

JOM SINGGAH 9

Share
Tweet
Pin
Share
251 comments

 

Hurm... balik dari JJ tadi , dari jauh nampak dah jiran tetangga buat bbq.. hehe.. bagus tul diorng .. rajin.. Salah seorang dari mereka ajak aku sertai mereka .. Kebetulan.. lapar .. hahaha.. rezeki tul ..Alhamdulillah ..

Aku jarang duk melepak ngan diorg disebabkan aku selalu balik lambat.. tapi kalau dah lepak , haa... malas nak balik dah .. huhu.. nasib baik esok raya ... huhu .. maka bersurai awal la skit ..

Macam macam cerita.. dari bolasepak sampailah ke internet .. Termasuk la isu Ac Mizal  ( Datuk ? ) ... mmg bantai ketawa bila cerita pasal dia .. lawak lawak ..

OK.. malas amik masa korang .. malam raya ni , kita g beraya kat blog kawan kawan kita eh.. jom .. SINGGAH 9 :

  1. Bicara Gadis
  2. singAsong
  3. Hanim Mahali
  4. titirara
  5. Amirah Adnan
  6. Nss ieyka
  7. MaMaHakim
  8. zianazone
  9. iLa SaHaR
  10. akmal afiqah
  11. Eazy Izzuddin
  12. kak ina mail
  13. Cik Ceri
  14. Fiqas
  15. babybabyku
  16. arra khairiah

Abis dah ???? Heheh.. terbukti... ada lelaki sudi sertai segmen ini sejak dari mula .. Terima kasih.. kerjasama inilah yang diperlukan bagi mengukuhkan lagi persahabatan antara blogger .. !! Selamat menyambut Aidiladha..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Boring? Nak buat apa dah .. cuti sehari jer.. takkan nak kaut sampai 2 hari.. Ada sebulan lagi untuk habiskan tahun ni.. Pastinya ada perancangan akan datang .. hurm..

Baru balik dari rumah orang tua aku.. Seperti biasa , tiada sambutan yang meriah .. Ala kadar .. yang ada pun kat umah tu , mak bapak aku dan cucu dia yang 2 orang tu... adik perempuan aku ada la.. Esok diorg pon nak balik umah nenek dia kat Ulu Yam sana tu..

Aku tau .. sayu hati wife aku ni sbb tak dapat balik kampung .. Bukannya tak dapat tapi dah orang tua dia kat Mekah.. Kalau balik pon wat pe.. yang ada adik beradik dia .. Bukannya tak best tapi tu la.. nak balik sana dah berjam lamanya .. takda masalah bagi aku ... cuma cuti aku tinggal nyawa nyawa ikan .. mungkin aku nak kena balik Penang lagi.. Nak teman orang tua aku settle pasal tanah dek DAP nak kaut tu.. bengong..

Mak aku lak .. hurm.. nak g HKL untuk g buat pemeriksaan Khamis ni .. entah la..sakit kat perut katanya.. keras kat belah tepi dia.. sian.. dah tua tua gini la.. macam macam penyakit timbul... Terpaksa adik perempuan aku temankan  dia.. kalau aku sempat , aku g la kot memandangkan dekat jer ..

Ni aku dok beronline atas kaunter cashier yg dah ditutup.. kasi can wife aku cari apa dia nak cari walaupun dia tak tau apa yang dia nak cari.. huhu.. kasi can je la... kang ada gak teriak dalam JJ ni.. hehe.. PEREMPUAN OH PEREMPUAN ...

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Orang kata raya kat bandar bosan .. orang bandar g raya kat kampung , rasa bosan gak .. Dah tu mana best ? Masalahnya .. yang jadi best tu bila raya rumah keluarga masing masing .. Yang 'kena ikut' tu la jadi tak best kan ?

Tadi aku naik teksi ngan satu abang tu .. dia tanya aku raya mana .. Aku mmg suka borak ngan pemandu teksi .. hehe.. Aku jawab jer kat sini jer ( KL ) .. Kemudian aku sambung lagi .. Kalau mertua ada , mungkin la balik Kelantan .. Mungkin yer !! Sbbnya ari tu dah balik dah Kelantan..masa Syawal ari tu.. ok la kan ? Adil dan saksama ..

Sambung.. abang tu tanya aku .. Orang kata raya haji kat Kelantan meriah .. hehe.. Aku senyum je la.. Aku tak tau nak kata apa sbbnya pernah tanya kengkawan aku yang kampungnya kat kelantan .. Diorang jawab biasa jer.. Maka ,sbrnya meriahnya raya ni bila raya kat kampung masing masing .. tu je ..

Kalau aku balik kampung aku kat Penang pon aku kata meriah .. meriahnya sbb ramai budak budak .. yang tua tuanya dok berborak gitu.. Aku ? Sah sah dok tengok tv .. dari dulu sampai sekarang ..huhu.. Raya ? Gitulah adanya bagi aku... Cuti tetap cuti..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

ben-8 

Mmg dah lama aku teringin nak tukar logo KELAB BLOGGER ni.. buat yang tak tau , aku ada satu KELAB BLOGGER yang dah berusia setahun ( link ) .

Logo ini dicipta khas oleh saudara KAPRILEADER atau KRL sendiri .. Dia sendiri ada buat template untuk blog ..

Apa pendapat korang tentang logo ini berbanding yang lama ? Hehe.. Kenapa gambar aku ? Dah nama KELAB BLOGGER BEN ASHAARI .. kena la gambar aku .. sebenarnya nak letak gambar jiran aku , tapi takut kena bayar royalti lak.. jadi nak tak nak , guna jela ni kan.. ok tak alasan ?

Orait.. bagi sesiapa yang berminat nak ada header / template / banner / logo , boleh hubungi saudara KRL di  www.krlbrands.blogspot.com atau www.kaprileader.blogspot.com

Kalau susah sangat nak cari , cari aku dh ler. hehee.. ok ?

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Haa.. ramai lelaki fikir dia tau bab ni.. Ala .. ais batu campur la hati perempuan neh.. bukan susah nak pujuk.. kan kan ? Masalahnya berapa ramai lelaki nak pujuk bila isterinya merajuk ?? Cuba masa bercinta dulu .. suruh korek lubang kubur pon sanggup !! Skang ? suh korek lubang cacing pon malas ! Kan perempuan kan ?

Sebenarnya kan .. lelaki bukan malas nak pujuk.. tapi lelaki banyak perkara nak pikir.. Hal rumahtangga dia .. rumah orang tua dia.. rumah jiran tetangga dia.. hal pejabat.. hal seketari bos ... hal janda depan rumah tu .. haa.. anak anak .. camana tu ? Maka mmg takde masa la nak pujuk .. tu belum habiskan masa dengan blog.. haaaaaaaaaaaaaa..... kantoi sudah !

Ala... perkara mudah .. biarkan jer .. lama lama sejuk la tu kan .. Hati perempuan ni , sejuk dia sejuk ais  batu.. lama lama jadi aisberg.. tau tau dah masuk zaman aisbatu.. baru padan muka lelaki..

Maka tak hairanlah sekarang ni wujud kes kes makan luar disebabkan masalah telekomunikasi ni kan ? Salah suami salah isteri.. Tapi yang sepatutnya ialah elakkan semua ini kerana yang memandang kita ialah ALLAH !!! Segalanya akan ditimbang kelak .. Maka sanggupkah kita melakukan dosa yang tidak sepatutnya kita buat ?

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Huk ..sori geng.. ingat tadi dah bersalaman maka aku boleh undur diri .. hehehe.. Yer , aku tau.. entri ku ini tidak berkualiti ... bukan kejar trafik .. takde BE pon.. NUFFNANG KUDEKUT ! WEEKKKSS...  ;)

Aku nak habaq menda ni je kat kawan kawan blogger .. Aku buat entri begitu begini ni , bukanlah untuk mendapatkan pujian atau menjadi pujaan dan paling aku tak mo adalah kejian .. haa.. tak suka , jangan kata apa apa .. silalah pangkah ..

Berkongsi ilmu , pengalamanan hidup serta bersahabat adalah tujuan utama aku bila berblog ini.. Bab rezeki tu , Alhamdulillah... jangan ditolakk.. musuh jangan dicari.. dia datang jangan lari.. tentang sehingga titisan darah terakhir !! Cewah..

Maka wahai kawan kawan , aku rasa ramai dah cuti dan ada yang kat opis kan.. apa kata mulai hari ini dan saat ini kita belajar memberi komen yang berilmu untuk kawan kawan blogger kita yang lain tiap kali kita menjengah entri mereka tu.. Tiada lagi komen , SALAM SINGGAH , APA KHABAR ORANG KAMPUNG  atau sebagainya.. Okeh ? Tanamkan azam , tahun depan jadi blogger berjaya..

Sebelum tu , pastikan blog cun dan tiada sampah sarap .. okeh ? Jangan lupa makan ketupat !

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Sebelum ramai beransur pulang ke kampung , aku nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berhari raya  .. Berhati hati di jalan raya .. Semoga pergi dan kembali dengan selamat..

Dan harapnya takde yang terasa atau marah mahupun terhiris dengan blog aku selama ini.. kalau ada pon , salah blog.. jgn salahkan aku.. aku tak berlakon dalam ini cerita .. huhu..

Aku raya kat Cheras je ni.. Kira Cheras - Putrajaya  je.. mai la jemput ke rumah yer.. Bawak kuih raya sekali.. hehe.. aku sediakan air je.. Kata sharing is caring.. kan ?

Ok semua.. aku tau .. aku tau.. eh.. pada yang bersolat sunat pagi esok , kita berjumpa di Masjid Besi eh.. kena bawak kamera neh.. hehe.. kata blogger.. hahaha...

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Ok.. selesai segala tips mengetips dari aku... semua rahsia aku dah korang tau .. pasni aku kena tutup blog memandangkan ramai dah power rangers gitu.. huhu..

Aku harap dua tiga entri tadi tu takde yang terasa.. Untuk blog list tu , tak kira baru atau lama , masih boleh join... takde masalah.. yang penting sapa cepat dia dapat.. Cam Air Asia la.. free seating.. hehe.. Jangan cedey cedey ler.. aku nangis lak kang .. haaa... kita kan geng..

Ok.. masuk ke SINGGAH 8 :

  1. Misbby
  2. SURIA AMANDA
  3. shahrul
  4. Cik Dya
  5. ♠ aQ.DaN.pUtera.kU ♠
  6. Xana
  7. Sya

Hurm.. hujan di Kuala Lumpur.. apakah hatiku begitu jua ?? Huwaaaaa

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes