BEN ASHAARI



 

Anda kaki main game di telefon pintar ? Hehehe .. Sesuaiiii gitu ! Apa lagi .. jom download 3 permainan terbaru dari WeChat yg sangat menarik dan menghiburkan ! Main bila bila masa saja , di waktu terluang dan stress ! Heee..

Sebelum tu , aku saja la nak bagitau korang.. Baru-baru ni , ada aku pergi satu majlis pelancaran WeChat 5.1 di The Garden , Kuala Lumpur.

Photo

Buat yang tak tau tu , pengguna WeChat sekarang ni dah lebih 100 juta pengguna berdaftar dan menjadi no 1 aplikasi mobile komunikasi sosial.

Ok , WeChat dah update dah version terbaru yakni 5.1 . Dah dikenali sebagai WeChat 5.1 . Apakah yang menariknya ? WeChat 5.1 ni dah boleh digunakan pada semua telefon pintar tak kira apa jua sistem operasinya ! Haaa…  pada Android, BlackBerry, iOS, Symbian dan Windows Phone.

Selain itu , WeChat 5.1 juga lebih kemas dan tidak mudah ‘hang’  , sticker terbaru , group boleh dimuatkan hingga 100 orang rakan  , StoryCam untuk korang bercerita dengan rakan rakan dan pastinya paling menarik adalah game yang lebih gempak dan tidak membosankan !

image image

Antara game yang boleh korang download ialah .. Gunz Dash , 2Day’s  Match dan Craz3 Match. Dan nanti akan datang ialah ‘Wreckless Racer’.  Manakala yang sedia ada ialah Pencil Pilot.Hehehe..

Ok , camana nak install dan download ? Buat rakan rakan yang baru ada WeChat , boleh ke bahagian Discover , kat bawah tu ada Games. Klik masuk situ .. Dan ..  Tadaaaa !! Sila download dan install mana yang berkenan atau download je semua .. Heheheh ..

Apa yang bestnya ? Heheheh .. Korang leh beradu sapa lagi pandai main game dengan rakan rakan yang ada di dalam senarai Wechat korang tu haa ..

Macam aku ni ..

Photo: Jom gegar #wechat

Terus terang laaa kan .. semua game ni mudah je nak main tapi yang buat menariknya , bila korang tau kawan korang tu senantiasa nak tewaskan korang !

Aku dah try. Aku bukan kaki game tapi disebabkan aku dah jatuh ranking , aku rasaaaa.. aku nak kena lawan balik diorang !! Malu la weh …

Oh ya.. Tak reti main ? Jangan risau .. dalam tu ada tutorial ! Heheheh .. Sekejap je mahir .. Silap silap , Qhaliff nanti lagi teror dari aku … huhu …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Ada seorang rakan di FB mintak aku up pasal ni di blog atau di FB.. Katanya dia putus tunang dan .. agak kecewa sekarang ni .. Dia mintak rakan rakan bagi semangat untuk kembali ceria seperti dulu.. Lebih kurang gitu la..

“ Sy terangkan sedikit gambaran nasib saya . Sy btunang 21 sep 2012 dgn duda anak 1.kematian isteri kanser serviks .

Sepanjang petunangan mmg susah nk jumpa.sy asal org mlk keja di batu pahat.bekas tunang tinggal di kulaijaya bersama ibunya. Anaknya dijaga oleh ibu mentua arwah isteri nya sejak lahir di pontian.

Bila waktu btunang. .bila tunang sy nk jumpa je di bt pahat ada je masalah..maknya asyik sakit..mula2 igt sakit betul tp pura2.so setiap kali dating ada maknya..

Bekas tunang bersetuju bila semasa nikah n sanding x nak bawa anaknya di pontian sebab anaknya nangis bila nampak tunang sy tu..so tunang decide nak amik anaknya lepas perkahwinan kami..sy setuju..tp bila time nak kawin maknya sekali lg buat hal..

Sy dijangka akan kawin 26 jan bersama ngan adik lelaki sy..so 4 pengantin.mak tunang sy call mak sy x setuju..n percaya kalau kawin pgantin 4 jodoh x panjang dia minta sy dinikahkan dulu.of coz parents sy x setuju..sy ni anak pertama yg nk kawin mestilah nak buat meriah..nak buat dua kali majlis payah sebab kami x ramai sedara..yg ada pun jauh di kelantan.

Bila misi mak tunang sy gagal..dia cuba lagi strategi lain..dia kata kalau tunang sy pilih sy dia buang tunang sy dr keluarga. Dgn alasan dia x yaki sy jadi ibu tiri anak tunang saya.

Kesilapan yg sy buat ialah sy telah betukar tempat keja dr batu pahat ke kulaijaya. Harapan sy senang dekat ngan suami n anak tiri sy bila kawin.

So sy berpendapat x payah la anak tiri tggal di pontian biar tinggal je ngan sy. Malangnya bekas tunang decide tinggalkan sy minggu lepas kerana dia kata dia syg mak dia..walaupun dia tlalu syg sy dia terpaksa sebab mak adalah segalanya

Kad da edar..baju pengantin da siao..hantaran da siap..semua da siap..dia mmg la x terasa sebab x de majlis dirumahnya..semuanya dirumah sy.

So sy ditinggalkan mcmtu je en ben. Da la sy keja dekat ngan umah dia di kulaijaya. Sy g jabatan pelajaran johor nk minta blk mlk ..depa mcm x mo tlg..kata susah la libatkan kpm la..sekarang ni emosi sy tganggu..x dpt bg tumpuan keja.hanya pada yg Esa tmpat mgadu..dgn sokongan keluarga tcinta.

Sy perlukan keluarga sy skrg..pasal tu sy request dr en beb write something about putus cinta..your thoughts n ideas inspired me.. Sy perlukan keluarga sy skrg..pasal tu sy request dr en ben write something about putus cinta..your thoughts n ideas inspired me..

Tq for your concerns. “.

 

Haaaa.. Apa pendapat korang  ? Bagi aku laa kan .. Rileks jer .. Buat macam takde apa apa .. Walaupun pahit , kehidupan perlu diteruskan. Gi kerja cam biasa. Orang bertanya , kita jawab je takde jodoh. Kalau dia tanya lebih lebih , jawab lagi .. kita mampu merancang jer. Kalau dia tanya lagi .. Suh dia tanya je Allah sbb kita sendiri nak tau gak tapi dah sampai situ je jodoh kita.. Haaa..

Dan masyarakat pon , tak yah la sibuk sangat hal orang. Bila dah tak cerita tu , tak yah sibuk .Kalau dah tau pun , diam diam dah la.. Tak yah sibuk nak bertanya.

Jangan lupa.. Kecewa camana pun , Allah tak pernah tinggalkan kita. Tak pernah lupakan kita. Tapi kita je kerap tinggalkan DIA dan lupakan DIA .. Balik semula pada DIA , inshaAllah..

Ramai lagi tidak bernasib baik dari kita .. Tapi mereka mampu je teruskan kehidupan. Malu kita pada mereka ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Sejak dia sampai ari tu, dia mampu pandang je dari dalam rumah. Hanya dipisahkan oleh pagar yang berkunci. Hari ni , aku bukak pintu tu .. melurulaahhh dia masuk ke dalam cc tuuu .. Gembira bukan kepalang dapat tekan papan kekunci tu. Bukan nak main apa sangat.. Nak menekan jer ..

Haaa… tu diaaa… Bila aku ajak keluar , dia tamo.. meronta mintak dilepaskan ! Huhuh… Tapi dia ni , bagusnya kejap je dia punya ‘nak’ tuu.. Dapat menda lain , terus diam.. huhu…

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Sejak dua menjak selepas angin dah keluar dari perut aku , selera makan aku jadi lain macam jer ! Asal tengok kedai makan je , mesti nak singgah menikmati apa jua yang dimasak kat situ.. hehehe..

Kelmarin , mak mertua aku masak kari ayam. Disamping tu ada sambal belacan , budu dan petai ! Perghh.. Kari ayam lak tu panas panas lagi ! Nasi pun panas.. Perghhh.. senang cakap laa kan , aku bedal 4 pinggan non stop ! Wife aku naik cuak tengok aku punya makan ! Seolah olah yang makan tu , hantu raya wooo.. haahhaha ..

Pastu gi Wakaf Che Yeh , macam macam aku nak order ! Kalau tak kerana wife bagi jelingan mautnya, aku dah order segalanya yang ada dalam menu  tuuu .. huhu ..

Photo: Mee udang lak ..

Aku makan mee udang. Wife kata , biasa je ni tapi bagi aku , sedap wehhh .. Sedap banget ni.. Udang pon fresh jer .. Ada 4 ekor .. besar besar tuuu.. huhu…

Pastu siap nak tapau lagi burger bawak balik ! Huhu.. tapi tak dibenarkan.. hehehe.. Tak pe , esok lak nak gegar Kota Bharu sebelum bertolak balik ke KL lusa .. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Photo: Ginilahhhhh...

Hehehee .. Selepas berkawin.. Apakah benar hingga 0 ? Hurmm.. Sepatutnya gitu la , kan ? Pendapatan suami milik isterinya.. Manakala pendapatan isteri ? Haaa..

Hehehe.. tak yah la nak pening pening.. Kalau isteri kita tu , sanggup mengorbankan nyawanya utk memberikan waris pada kita , wahai suami.. takkan laaa kita nak berkira dengan mereka kan ?

Lagi pun , mmg itu tanggungjawab suami memberi nafkah pada mereka..

Aku bg contoh cam aku laa.. Setiap bulan , kalau rezeki aku lebih .. selepas bayar segala hutang , memang aku akan tranfer duit yang masuk ke akaun aku atas urusan blog kepada wife.. Dia akan simpan ke dalam akaun Qhaliff .. SSPN, Insuran dan Tabung Haji. Semua untuk masa depan mereka .. Nanti sorang lagi ? Haaa..

Untuk aku , ada gak .. Aku pastikan aku dah bagi kepada orang tua aku , bayar duit kereta , kutu dan sebagainya.. Baki tu , aku simpan skit untuk aku. Tu pun tak banyak mana pon. Tak lepas nak nikah lari kat Siam pun.. Hahaha..

Kalau ada yang kata , lelaki pada patut ada simpanan sendiri. Ye , patut ada.. Simpan aja dalam Tabung Haji. Tak perlu ada rasa was was pada isteri kita.

Serahkan saja selebihnya pada Allah..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Gi la mana mana pon , dia akan mintak aku punya tab ni ! Bagi la yang lain , dia berkenan yang ni gak.. Sebab apa ? Sebab ada stylus pen ! Dia akan keluarkan , conteng conteng pastu masukkan balik ! Nasib baik dah reti nak masukkan balik. Kalau tak pening kepala aku nak mencarinya. Kalau hilang , mau dekat RM200 gak nak beli hok baru original.. Huhu..

Satu lagi , kalau layan UPIN IPIN , dia dah reti nak skip yang lama lama punya. Nak bosan dah dia tengok .. huhuh…

Photo

Kena yang dia minat , dia layan.. Rasanya apa yang ada dalam tab aku , semua dia dah bosan ! Huhuh.. Kalau dah bosan , Alif Ba Ta la jawabnyaaaa .. sampai terlena …

Aku dah belikan satu untuk dia .. Jenama Lenovo. Tunggu sampai je neh..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Di Wakat Che Yeh.. Depan Hotel Seroja Inn .. Ada banyak gerai makanan situ. Sewaktu sampai tadi , aku teruja tengok banner ais krim pulut. Terdetik dalam hati , balik kang nak singgah makan.. Hehehe..

Nak dijadikan ceritanya, mmg balik dari membeli belah kat situ .. singgah slalu .. hehehe .. Kang terliur pulak ‘baby’ dalam perut aku ni.. heeheh ..

Sewaktu sampai kedai tu , aku nampak la satu pakcik dan anaknya ni dok makan sesuatu. Macam menarik je .. Datang pembantu kedai tu, aku tanya dia ..

“ Pakcik belakang saya ni makan apa ? “ .

Dia jawab.. “ Puluh pauh.. “.

Aku tergamam jap. Pauh ? Oh , mangga ! Hehehehe.. Kat situ ada gak pulut durian. Waduh.. nak order mana satu ni ? Perut ada satu jer walaupun kapasitinya boleh mencecah 10 terabyte .. huhu ..

Tunggu wife datang .. Dia gi beli air milo utk Qhaliff. Beberapa minit kemudian , dia sampai dan terus gi order pastu kembali ke meja..

“ Order apa ? “. Tanya aku.

“ Pulut Pauh .. “ . Jawab dia selamba. Huh , aku berharap dia order pulut durian.. huhuh.. Aku mmg hantu durian..

Dan order pulut ais krim… hehehe ..

Photo: Ais krim pulut

Hurmm.. sedap tak ? Ok… bagi aku , kedua dua ni.. memang menyelerakan ! Sedap .. menepati tekak aku walaupun pulut bukanlah makanan kegemaran aku apatah lagi pulut pauh ni ! Haaa.. Kedua duanya adalah pertama kali aku rasa !

Jadi , buat korang yang belum pernah sampai Kelantan , pastikan singgah ke Wakaf Che Yeh yer .. Nak lagi seronok ? Korang booking Holiday Villa Hotel yang terletak berdekatan Wakaf Che Yeh. Confirm naik berat badan ! Takde bajet ? Bersepah hotel bajet kat situ. Semua ok punya .. Hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Salah siapa bila anak anak sibuk nak kacau mak bapak dia punya telefon pintar ? Tu belum ada yang pandai main XBOX atau Playstation.. Haaa…

Qhaliff .. Setiap kali nak tidur , mesti nak cari tab aku. Termasuk bila dalam kereta. Dia cuma perlu hulurkan tangan dia je sbg tanda nak gadget ! Tak bagi ?? Tengok laa dia buat kacau.. Dia tak kacau aku tapi … haaa..

Sepupu sepupu dia .. Ni tak termasuk belah aku nun kat KL tu lagii ..

 

Dan ni paling kecik ! Dah mula nak berebut hp ngan mak dia !

PErghh… bagi kalu.. terus ok ! Menangis camana pun , bagi terus diam punya ! Aiyooo .. salah sapa neh ??? budak besar gini , bukan reti nak dibagi ceramah.. Huhuh..

Aku tauuu.. tak sesuai budak budak ni dikasi gadget.. Tapi , bagi aku laa.. sepanjang pemerhatian aku.. budak ni dah berkawan , diorang leh lupa dah gadget..

Tapi mak bapak kena pandai gak la bawak budak beriadah. Diorang pon reti boring … kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Er.. mati atau bunuh ? Hahaha .. tak tau la apa yang sesuai tak tujuannya adalah untuk disiang lalu masak.. Goreng  pon sodap haa.. hehee..

Kelmarin , aku ke pasar Pulai Chondong dengan keluarga aku. Di situ ada pakcik jual ikan hidup yg menarik perhatian aku. Aku yang dukung Qhaliff , terhenti seketika melihat belut yang cuba melarikan dirinya dari bekas baldi yang menempatkan geng geng dia .. hee..

Kemudian datang satu makcik ni.. Dia nak beli ikan keli. Aku suka ikan keli weh. Sedap wooo.. Cuma orang kata nak masak ikan keli ni leceh skit. Kalau tak pandai masak , bau hanyir .. hee.. Betul ke ?

Pakcik penjual ni , amik la sekor ikan keli ni .. Kemudian dia pegang bahagian kepala ikan tu dan terdengar bunyi ‘prakkk’… Erk , macam tu jer ?

Gambar contoh

Pastu dia letak dalam bekas. Ikan tu tak bergerak dah .. Waahhhhh … Baru aku tahu cam tu nak ‘matikan’ ikan keli.. Selama ni tak terfikir lak … Terfikir nak makan ikan keli masak apa je.. Hehehe..

Ada aku up status di FB … Ramai kawan kawan bagi tips atau cara nak matikan ikan keli ni .. Antaranya :

  • Tabur garam je. Terus mati..
  • biasanya saye boh ikan keli dlm plastik pastu boh garam kat ikan tu. Tutup plastik, tak sampai seminit, ikan pun mati, lendir ikan pun kurang... insyaallah...
  • Amek abu arang, lumurkan kt 1 bdn dia..tmsuk kt mata dia..nt dia jd lemah..
  • Ko tutup je hidung dia sampai xbernafas.. hehe..
  • tembak ikan tu cepat skt mati
  • Ketuk kt ekor je abe..katok ekor dio,meta jah mati laluh
  • Yup..hubby potong kapara terus!! Pastu br siang...
  • Kalu ikan keli aku ltak je dlm peti ais.da keras bru kerjakan.haha
  • lemaskan dalam air? hahah.
  • Akak pun masukkan dlm peti ais kat freezer..dah senyap baruu berani proses die...hehhe
  • Masa kecik2 dulu tgk mak letak abu n garam, pastu baru siang ikan keli tu...

 

Tapi kalau ikan tu besar gini ?? Haaaaa … Hahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hee.. aku tak tau sebenarnya hari ni keluar tapi ada rakan di Instagram , Farahwaheda yang bagitau aku melalui gambar yg dia ambil. Terima kasih la yer .. Hehehe ..

Photo

Tapi di Facebook , ada dah yg post gambar yang diambil dari rancangan tu gak ..

Dan ada lagi yang post .. Huhuh.. Terima kasih.. Ramai rupanya tonton Astro Oasis ni eh ? Heheheh ..

Isu apa ? Hurmm.. Tu korang kena tengok sendiri la yer .. Heheheh .. Aku pun lom tengok lagi ni .. Huhuh.. Kena tunggu ulangannya. Bagus jugak rupanya Astro dok suka ulang tayang rancangan atau filem ni eh ? Hahahaha…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Alhamdulillah .. Dapat gak lawat abang ipar sekeluarga di Jerteh. Kakak ipar kurang sihat. Siannnn dia .. Abang ipar , kerja keras kebelakangan ni sbb … sbb… Heehehe.. Tak pe , tu cerita keluarga..

Dan Qhaliff orang paling gembira ! Kenapa ??? Haaa .. Dapat bermain dengan rakan sebaya atau besar skit dari dia .. hehehe .. Seronok dia haaa … Siap tak nak balik dah dia .. Huhuh..

Photo

Nak belajar sangat dah diaa ni .. Sibuk nak duduk atas kerusi meja menulis ni haaa.. Bersama abang Rayyan .. Hehehe ..

Photo

Yang ni lak dengan kakak Mira… Haaa ..Mulut bertih jagung dua dua ni .. Hahahah ..

Nak dijadikan cerita laaa kan .. Tadi ada la singgah kat hospital untuk menziarahi atuk si Rayyan ni ..  Pastu ada la pak guard ni dok bertugas kat situ..

Boleh si Rayyan ni tegur pak guard tu

“ Hi doktor .. “

Hahahah .. Bikin lawak laa dia .. Nak lagi best ? Kakak dia selamba je lepas cakap..

“ Duk sesaja je dia .. “.

Hahahaha .. Pak guard tu baru nak berbunga bunga bila dipanggil doktor tapi dispoilkan kakak dia lak ! Adeh …

Photo

Dalam jam 10 malam gitu selepas makan di Tok Bali  , bertolak balik ke Kok Lanas .. Hee.. Esok jalan mana lak ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Photo: Sibukk..

Aku tak tau laa atas arahan sapa tapi yang pastinya , aku didera pagi tadi oleh Qhaliff ! Dah la aku tidur lewat sbb buat kerja aku . Lepas subuh , plan nak tidur lama skit tapi dalam jam 9 pagi gitu , segalanyan berubah !

Apakah yang berlaku ? Sedang enak aku bermimpi tiba tiba terasa ada sesuatu yang cuba menerjah masuk ke dalam mulut aku disusuli gelak tawa !

Bila aku bukak mata , Qhaliff ketawa dan cuba melarikan diri ! Di tangannya ada botol susu dia ! Adehhhh .. Ada ke patut dia cuba sumbat botol tu ke dalam mulut aku ???

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Tiap kali aku balik Kelantan , confirm .. aku akan singgah makan sini walaupun ada banyak lagi kedai atau restoran nasi kerabu yang sedap sedap belaka..

Terletak di Ketereh , Kelantan .. Su Warung Nasi Kerabu ni pasti akan penuh tiap kali cuti sekolah menjelang dan juga cuti hujung minggu.. heee ..

Kenapa aku suka makan kat sini selain dari nasi kerabunya menepati selera aku ?

Photo: Nasi kerabu daging #kelabbloggerbenashaari

Layanan yang diberikan di sini amatlah mesra sekali. Aku tak tau la kot ada yang pernah makan kat sini , bercanggah pendapat tapi setiap kali aku gi sini .. aku berpuashati ! Kalau tak , aku takkan singgah dah sini dan buat entri ni , secara percuma ! Haaaaa !

Seperkara lagi , kebersihan restoran ni mmg tak dapat dinafikan. Nak makan pon terbuka selera. Takde la nak pening pening dengan kotornya.

Maka tak hairanlah , aku antara pengunjung setia restoran ni.. hehe ..

Hehehe.. Menanti giliran aku makan .. Wife ngan mak mertua makan dulu. Qhaliff makan kat rumah. Sapa suruh tidur ? Kalau tak , dapat dah milo ais.. Heee…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Wahh.. Meriah kalau ada kat majlis harijadi atau mana mana majlis yang ada kanak kanak ni .. Confirm pakat datang menyerang punya ! Silap silap yang dewasa pon mai serbu gak.. hehehe ..

Nampak sedap wooo ..

Cf Pn SuhailaCf LisaCf Suhada

Amacam ? Nak tau pakej pakejnya ke ? Ok , kat bawah ni ada beberapa pakej menarik dengan harga istimewa utk korang semua .. Cepat booking .. kalau tak ? Akan terdengarlah jawapan..

“ Maaf.. tempahan dah lebih untuk minggu ni.. Sila tempah lebih awal lagi lain kali.. “.

Haaa.. tamo terjadi kat korang kan ? Jadi , sila dapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan cepat cepat buat keputusan !

  1. Pakej Mini Coklat Fountain
  2. Pakej Sewa Mesin Coklat Fountain sahaja
  3. Pakej Kasih
  4. Pakej Rindu
  5. Pakej Sayang
  6. Pakej Cinta
  7. Pakej RAJA SEHARI
  8. Servis servis lain

pakej cintapakej kasih

pakej mini coklat fountainpakej raja sehari

pakej rindupakej syg

Promosi Anniversary Jan2014servis lain

Berminat nak booking slot Coklat Fountain untuk Majlis korang?

Fast Reply SMS/Call/WhatsApp : 012-233 4792  Eida

Facebook : Chocolate Fountain :She.Loves.Chocolate

Blog : http://chocolatefountainmurah.blogspot.com/

Email : iedand23@gmail.com / sheloveschocolate29@gmail.com

Oh ya.. Tempahan juga dibuka sekitar Ipoh yer .. Cepat cepat ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Terkejut aku .. Tiba-tiba awek ni dok senyum kat aku dari jauh. Aku macam kenal tapi ingat ingat lupa. Maklumlah , banyak sangat awek dalam kepala aku nak kena ingat ni .. Hehehehe ..

Dia datang dekat dannnn … Ok , ceritanya gini .. Aku gi Wakaf Che Yeh semalam , dengan wife serta mak mertua aku . Saja saja gi sana.. Untung untung dapat sehelai dua seluar idaman.. Memang cari gak seluar tu. Nak pakai santai kat rumah .

Gi sana lepas Maghrib. Sementara orang tak ramai .. Hehehe .. Ternyata Wakaf Che Yeh berubah abis. Selesa nak bergerak. Nak lepas Qhaliff pon boleh tapi kena pegang dia.. Lepas seminit dua jer .. Untuk hilangkan lenguh tangan.

Masa dok mencari jubah wife ni laaa , awek ni tegur ! Awek ni kenal Qhaliff sejak usia dia seminggu rasanya. Dia antara orang terawal mai ziarah Qhaliff selepas dilahirkan .. Hehehhe .. Blogger gak dia .. Aku jumpa dia banyak kali dah tapi sejak akhir-akhir ni jarang walaupun dia dalam group Whatsapp aku ..Heee.. Bizi benar gamaknya.

Bila dah kena sergah tu , maka bersuai kenalkan semuanya. Mak mertua aku , dengan mak dia .. Wife kenal dah dia pon.. Takde masalah. Orang kampung..Ngam je pon.. Heee..

Lepas tu , gi makannn ..

Photo

Makan kat gerai dalam WCY tu gak.. Malas nak keluar jauh. Sedap ? Hurmmm… hurmmm … Kalau terdesak , boleh laaa .. Kalau tak lapar sangat , baik gi cari kat kedai luar.. Tu je la.. Bukanlah tak sedap mana tapi semalam makan , semuanya masin.. Hurmm…

Ok .. pastu , sambung membeli belah. Wife dapat la 3 pasang jubah dan aku sepasang seluar setengah lutut askar tuuu .. hehehe .. Tak yah gi dah Pengkalan Kubor.. Tapi nak gi pon , ok gakk.. Hehhe.. Jalan jalan ..

Operasi malam ni diselesaikan dengan membeli berger Fizo Omar.. Ok gak laa. Ada rasa dan murah .. Terbaik  part murah tu.. hehehe…

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Aku kata dah.Jangan jangan , jangan laaaa....

Geram giler aku kat wife ! Suh balik awal , degil.Nak jumpa kawan la pulak. Hari dah lewat malam ..Hurmm..

Bila dah bebel kat telefon , baru nk balik. Otw nak balik tuu , beg tangan dia hampir nk diragut ! Nasib baik ada sorg lelaki kat situ jerkah peragut tu. Terus lari dia.. huhuh..

Best part.. boleh pulak lelaki tu ajak minum dulu.. Hari lewat dah..Wife call nk bgtau kejadian ni. Mengucap panjang aku disertai leter..

Kan tak pasal2 terhutang budi ngan org .. Ni dah siap ajak minum lak ..Grrrr.. Gerammmmm.. Aik , takkan tak nampak perut dok membusung tuuuu ..

Tiba-tiba..

" Bang , bgn.. jaga Qhaliff ..nak masak ni ...Tak de sapa jaga dia ".

Adoii..potong stim tul..tak sempat marah dlm mimpi..huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
 
Yg ni ke ?





Diaorg kata sedap.. Ni kat Wakaf Che Yeh, Kelantan.. Saja try..Heee..

Dah rasa.. kambing special sedap wehh..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Pagi Khamis lepas.. Aku sampai umah orang tua aku. Gi dapur. Baru nak makan nasi lemak tetiba nampak seekor kucing dewasa dok menghidu sesuatu , di luar belakang rumah..

Aku perhati betul betul. Seekor anak kucing baru lahir , terbujur kaku. Di lehernya ada kesan darah. Aku bgtau bapak aku. Dia gi periksa.. hurmmm..

Tak lama kemudian , bapak aku kembali. Katanya ada 3 ekor lagi anak kucing kat kawasan berhampiran. Semua abis mati dibunuh dengan kesan gigitan di leher.

Tak jauh dari situ kelihatan seeokor kucing jantan berbulu tebal memerhati. . Patut bapak aku kata , anak anak kucing tu semua comel2 blaka.. Baka hidung penyek bulu tebal tu haaaa..

Antara jawapan atau info yang turut dikongsi bersama rakan rakan di FB ialah :

  • Hari tu baca artikel kata Singa Betina akn cenderung makan anaknya yg baru lahir dgn anggapan anak dia dok dlm perut lagi slmt, serupa time bunting dulu.. Huhuhu....
  • Tmpt aku ben camtu gak..abg kwsn kucing tu siap mkn anak dia,takut mungkin masa depan territory dia tergugat kot..sbb aku tgk kucing jntn yg bujang abeh kena blsh dgn bapak dia,bpk dia mmg abg kwsn sana..
  • prnah dgr org kata,kalau kucing jntan hidu anak kucing tu,n anak kucing tu bkn bau dy,dy akan mkn sbab dy xnak kucing jntan lain mngatasi dy.
  • betul la tu... kucing jantan akan bunuh anak-anak kucing jantan. Supaya die sekor je jantan kat situ... kebanyakan binatang 'king' memang mcmtu... kalau bintang 'queen' akan makan laki die, atau bunuh anak-anak betina dan tinggalkan pewaris tahta seekor je betina.... yg jantan sume jd kuli je, jantan terbaik akan dibela sebagai pembaka...
  • Bkn, biasanye sbb kucing tu pernah mkn daging. Lg satu sbb anak kucing ade org pegang dgn tgn. Tu nenek akak bgtau la.
  • ain dgn cite sy abg ben. Ibu kucing sendiri makan anak die. Tp sblm tu anak die mmg sakit. Maybe time anak die mati, die terlalu syg anak so die makan. In my family opinion lah. Ibu kucing tu makan dr paras bwh sampai ke dada. Segala isi dlm takde. Tinggal kepala dgn dada. Dlm bakul tu takde langsung kesan darah.
    Sy ckp kat mak saya, mungkin ni kuasa Allah. Mungkin jugak kucing tu anggap bila die makan anaknya yg dah mati tu, anak tu ada dalam perut die.
    Masa nak buang anak kucing tu dari bakul, ibu kucing tu tgk je. Takde mengiau pun. Cuma lepas sekejap tu die perasan kot anak die takde so die mengiau sekejap. Now she's fine.

  • kat kawasan umah saya ade kucing betina bulu berwarna 4 tompok. Kalau kucing betina kaler 4 ni mmg berani n garang. Dia akn jaga sungguh-sungguh anak die... pernah saye tgk kucing jantan tu dah amik anak die, ibu kucing tu kejar smpai terkencing2 kucing jantan tu. Bila saya selak ekor anak kucing tu, sah le anak jantan... Korang perati la kucing betina 4 warna... memang supermom... Manusia yg berhati nurani n berakal ni patut jadi lagi mulia dari binatang. Buang anak tu satu penzaliman. Biarkan anak tak dididik dgn iman, Islam dan ehsan, lagi la zalim...

  • cuba tgok astro 550.. kbnyakan singa akan buat bnda y sama utk pastikan hnya ktrunan die shaja..bapak akn bunuh si anak jika bukan dr ktrunanye.. dan ada jga si ibu mkn bgkai anaknye..
    kucing,singa,harimau smua dr jnis y sama..

  • betol abg ben. mak sy pn ckp gitu. bapak kucing akn bunuh ank kucing tuh kdg sampai 1 thap die mkn ank kucing tuh. tau2 tinggal kepala je. takpon bdn kpale ntah kemane. sbb bunuh takut ank kucing tuh da bsr dpt menganggu gugat die mgkn. rse mcm terancam lah. kesian

  • Sama juga cam arnab....lpas dia dah bsalin lpas 10 ari pisahkn arnab betina ngan ank dia..klw x abs dia mkn ank dia

Wallahualam .. Sian anak kucing tu.. Org kata bapak kucing ni akan bunuh anak anak kucing. Punca ? Tergugat kot sbb nanti dia tak leh nak ngorat kucing betina lain kot ? Atau nak kuatkan tenaga batinnya kah ? Atau , itulah binatang yg semakin ramai manusia meniru perangai tak berakal mereka..

Tapi lagi kejam bila kasi ular makan kucing ! Hurmmm..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

"Tolong urut perut ,boleh ? " .Pinta aku.

"Aik. Perut pon nk urut ? Biasa buat sendiri.". Balas wife.

"Manalah tau .. kot berkat jari jemari isteri yg buat dgn penuh keikhlasan , pecah angin kat perut tu.. ".Jawab aku.

Wife amik minyak Anugerah dan mula urut perut aku. Qhaliff tengok je..Nanti Qhaliff lak urut eh..

" Haaaa.. Ada rasa tak ?? ". Tanya aku pada wife.

" Rasa apa ? Angin ke ?". Balas dia.

"Baby tendang.. " . Jawab aku sambil sengih.. Heee..

10 minit kemudian ..

" Haaaa.. kataa dah.. terus ok perut ni .. ". Puji aku penuh keikhlasan selepas dia urut.

" Bayangkan kalau ada 4 org isteri.Mesti cepat je baiknya.. ".Aku sambung dan menjauhkan diri dari wife..

Cari pasal kalau ada depan dia kalau kata gitu.. Hehehe .. Ada niatkah ? Soal jodoh dan maut ni , di tangan Tuhan .. Eh ? Hahahaha…

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Heheeh.. Main sorang sorang atau dok main kejar kejar dgn anak kucing kat dlm kedai .. huhu



Hurm.. nak gi mana eh ? Plan nak gi Wakaf Che Yeh atau Pengkalan Kubor ni.. Atau nak ke Jerteh ... Esok nak ke PCB .. mungkin laa.. bergantung pada cuaca dan keadaan gak .. heee..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !! Tensen ! Baru je antar baiki .. Kena charge RM120 lak tu. Kononnya tukar port original.. Warranty , 7 hari jer ! Huk aloh.. Belasah je laa..

Photo: Dikatakan samsung punya charging port ni mudah problem.. sapa ada masalah gini gak ?

Port yang bermasalah adalah terletak pada tab tu.. bukan kabel .. Pagi tadi , aku try charge.. tak boleh la pulakkk ! Huwaaaa.. aku nak pakai tab ni haa.. Nak wat kije nehhh .. huhuh…

Aku try charger NOKIA LUMIA .. Legaaa ..Boleh pulak ! Nasib baik ! Kalau tak , aku nak gi beli hp baru esok  !! Yang ni nak letak dalam kolam ikan jiran sebelah bapak sedara jiran tuk sedara sebelah umah jiran wife aku ni ..Haa..

Aku tanya kengkawan di Internet.. Facebook dan Instagram , sapa yang punya masalah seperti aku .. Perghhhhhh ! Tu diaaaa.. Mereka melepaskan amarah mereka ! Hahahaha ..

ADa masalah dengan charger dan ada seperti aku. Bila nak charge , kena letak pelan pelan.. Double check samada dia charge atau tidak… Pastu baru tidur ! Huu… boleh mati sakit jiwa gini haaa ! Bukan apa , aku wat keje dengan menda ni haaa.. Kalau rosak , duit lagi woo ! Aku bukan ada company mau support .. Lain la kalau ada nak sponsor . Opsss.. ada jugak marah nanti ! Hahaha ..

Ada yang tanya aku.. “ Abang Ben , antara Samsung dengan Nokia Lumia , mana ok eh ? Saya nak beli ni .. “. Aku jawab ….

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Hehehe.. hujan sepanjang hari membuatkan perut asyik lapar jer … Utk malam ni , nak rasa roti tempayan ..

Tak jauh dari rumah mertua aku pun.. Tapi kena naik kereta gak sbb hari hujan..

Hurmm.. sedap tak ? Ok.. rotinya kalau garing lagi .. sedap ! Tapi kari kambingnya tu mmg sedap .. Hehehe… Mungkin ada yang tak suka garing tapi untuk aku , aku suka lagi garing ..

Sebenarnya makan gini malam malam , ok sangat sebab tak melibatkan minyak.. tapi kena makan kosong je la… Bila ada kari kambing tu , automatik tak beberapa ok .. hehehe ..

Kalau nak jaga badan tu , roti tempayan setengah , ok dah . Tapi aku , malam ni .. 2 keping.. hehehe .. Lapar siut !

Esok nak pekena maggie ketam atau nasi lemak lak. Cadang nak gi Pengkalan Kubor nanti .. Cari barang kat sana .. Kalau tak banjir la.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Belajar dari kecik jadi usahawan .. Tapi jangan jadi usaha menipu wan ! Haaaa .. Tamo tamoo .

Tak kaya tak per .. Janji rezeki yang di cari tu , diberkati Allah. Tu yang penting .. kan kan ?

Photo

Tak kira la , jadi bos ke .. kuli ke.. Jangan bagi alasan bila bab kerja. Bila orang berjaya , kita cemburu walhal kita ni penuh dengan alasan bila disuruh berjaya ! Hurmm…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Proootttt .. “ .

Adoii.. bertempiaran lari abisss anak beranak !

Bapak aku kata ..

“ Nak buat camana.. Nak lari ke dapur pon tak sempat dah. Nanti masuk balik angin yang nak keluar ni , jadi kembung pulak perut bapak hang ni ..”.

Tu semua cerita dulu dulu laa.. Masa aku kecik kecik dulu .. Hehehhe .. Anak anak muda takkan paham semua ni termasuk aku ! Heheheh .. Perbuatan kentut dikhalayak ramai ini bisa mengundang malapetaka yang tak bisa diramalkan..

Tetapi .. sejak seminggu lalu , aku mula memahaminya. Aku yang suka tidur atau baring di atas toto atau carpet yang nipis , mula terasa bisa bila sakit pinggang menyerang .

Lama dah bapak aku nasihatkan agar jgn tidur atas toto yang nipis atau baring atas lantai besimen. Wap sejuk akan memudaratkan badan. Tapi aku tak nak dengar ! Hehehe..

Sekarang ni , perut aku mudah kembung kembung. Bila urut skit je , angin keluar laa kat mulut aku .. Haih . Dan buat kali pertama dalam hidup aku , aku muntah selepas makan sbb angin..

Hurmm.. Bayangkan kalau nak angin nak keluar bila tak diundang. Haaa.. Depan orang ramai. Memang la tahan tapi pastu tengok la camana dia punya kesan pada badan. Hehehe.. Kang kalau aku lepas jer .. haaa.. Sebab tu jangan hairan bila ada orang tua , main lepas je angin .. Heee.. Dari dia mudarat .. kan ?

Ubatnya ? Aku rasa sbb aku cuti bersenam ni. Kalau rajin bersenam , masalah angin ni kurang kot ..

Oh , aku bukan kaki kentut yer sekarang. Saja nak bagitau korang yg rasa diri tu muda forevahhhh .. maka jagalah kesihatan anda dan jangan makan bukan bukan ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sebab  mak suh pi sekolah , nanti besar sikit  .. bila nakup status kat FB kena pikir panjang .. Tak bg malu mak bapak  dan diri sendiri..

Bila up status bagus bagus walaupun diri tu belum tentu bagus , orang tak kisah part tu .. Mereka akan kata ..

" Bagusnya dia.Anak sapa la tuuu .. ". Mak bapak gak dapat pahala .. Takkan nak sedekah dosa kat mak ayah kita kan ?

Ada insan yang update status gini di FB … Kesian kan ? Aku tak tau la orang ni nak up status menyindir atau ianya satu pendapat dari akal fikiran dia .. tapi ianya mampu buat rakan rakan di FB sengih sampai ke tulang sum sum..

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes