BEN ASHAARI



 

Baru balik dari Putrajaya. Hari ni saja 2 kali ulang alik Putrajaya. Nasib baik la tak hujan dan tak jammed. Kalau tak , boleh kejang jap kaki aku.

Petang tadi , tenangkan fikiran dengan bersantai di padang bola dengan Qhaliff dan anak buah aku yang lain .. Saja kasi dia penat supaya malam aku boleh lari gi hospital tanpa rasa bersalah sbb tinggalkan Qhaliff.. huhu ..

Berpeluh peluh dia .. Malam , dekat kul 10 baru tidur. Pun macam tak lena je tuuuu ..

Esok ,  gi hospital lagi .. huhu.. Ujian untuk dapatkan anak ke dua .. Nak bela anak perempuan , bukan mudah .. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Apa logiknya ? Mak aku pun mmg buang kulit luarnya bila makan pau ni. Aku , tak buang la pulak .. Heeee.. Disebabkan tak buang maka terjadilah dialog ni ..

"Dania nak pau ? Sedaaaapp.. "

"Taknakk.. " Jawab si Dania yg baru berusia 4 tahun ..

Aku amik pau rendang dan terus makan ..

" Eee.. Pak Ngah makan dgn kulit kulit .. ".


Erkkk.. Terkeluar balik pau tu ..

Photo: "Dania nak pau ? Sedaaaapp.. "

"Taknakk.. " Jawab si Dania yg baru berusia 4 tahun ..

Aku amik pau rendang dan terus makan ..

" Eee.. Pak Ngah makan dgn kulit kulit .. ".

Erkkk.. Terkeluar balik pau tu ..

Apa logiknya buang kulit luar pau tu ? Dalam banyak banyak komen dari rakan rakan di FB , hanya beberapa saja masuk akal .. heee.. Yang lain , main hentam cam aku. Asal kenyang dah .. heee ..

Antaranya ialah ..

  • “ Ex officemate saya, chiness....suka mkn pau setiap pagi....dikupas kulitnya semua...saya tanya kenapa buang....dia kata kadang2 habuk lekat kt luar kulit.... “
  • “ Buang kulit pau ni sebab dulu2 lah zaman tok nenek kita org yg meniaga pau ni guna tangan je ( tanpa sarong tgn) utk mengambil pau or merasa pau yg di kukus tu dah cukup masak..tu pasal mereka buang kulit n ank2, cucu cicit pun terikut la “

Korang lak camana ? Bedal je atau buang gak ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Penat.. Qhaliff buat karenah malam tadi.. Dia tidur hampir jam 2 pagi. Terjaga dan menangis jam 4 pagi ! Tercari cari ibu dia. Aku pujuk dia .. Ajak tidur dalam buaian , dia tak nak .. Nak tidur dengan aku .. Maka tidur la aku ngan dia di atas tilam kesayangan ayah aku tuu..

Photo

Lepas subuh , aku sambung tidur jap. Dalam benak kepala aku dok fikir perancangan seawal pagi nanti ! Aku perlu ke Sungai Buloh , perlu ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan perlu ke Hospital Putrajaya . Semua tu takde masalah pon tetapi masalah aku ialah Qhaliff ! Qhaliff bila terlalu lama dalam kereta , dia akan buat karenah.. Nak keluar dari ‘car seat’ dia tu.. Masa ni confirm aku akan kalut ! Hurmm..

Kul 9 pagi..Terjaga.. Satu masalah selesai.. Adik ipar akan antar maknya ke Hospital Putrajaya. Aku hanya perlu ke Hospital Kuala Lumpur jer.. Tapi nak gi camana ? Memandu atau naik teksi ? Fikir punya fikir , nekad je memandu. Pasti susah nak cari parking !

10.30 pagi , ada dah di wad ayah aku setelah setengah jam berpusing mencari tempat parking . Tu pun parking tepi jalan berhampiran Wad Bersalin. Hurmmm ..

Borak dengan ayah mengenai pembedahan dia. 2 hari lagi. Dia semakin dah boleh terima keadaan dia tapi tergambar di wajahnya kerisauan. Hurmm.. Aku wat wat tenang je. Kalau pandang lama sangat muka dia , mau gugur air mata kat situ gak .. Huhuh..

Aku paksa dia makan. Dia takde selera. Aku kata , aku pun takde selera tapi perlu makan juga untuk ada tenaga. Dicapainya sudu dan makan bihun yang aku bawa. Dengan aku , dia tak banyak karenah. Aku dan dia boleh dikatakan hampir punya sama sikap.

Tengok jam. Aku perlu beransur sebelum jam 1130. Qhaliff di rumah mak aku akan tiada penjaga. Mak aku terpaksa keluar sebab tugas sudah memanggi. Keluarga aku usahawan bas sekolah .

Aku bersalaman dengan ayah aku. Aku cium pipi kiri dan kanan dia .. Ditariknya tangan aku dan letakkan atas dada dia . Aku terkejut dengan tindakannya itu. Dia tak pernah buat gitu. Aku tahu , dia sayangkan aku sangat sangat. Kemahuan aku , dia tak pernah tak tunaikan .. 

Terpancar air mata di kelopak matanya. Aku cekalkan hati. Kawal perasaan.

“ Nanti saya mai lagi .. “ . Yer , aku perlu datang lagi kerana aku ini anaknya .

Aku berlalu pergi dengan berat hati. Aku nak je teman dia kat situ sehingga dia keluar tapi itu mustahil kerana aku juga ada tanggungjawab lain. Aku perlu ke Hospital Putrajaya sbb wife dalam wad juga.

Dalam kereta , aku mengelamun dan mengalirkan airmata.. Segala kenangan sejak kecil bersamanya , bermain ..

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

“ Ni yang aku malas nak amik orang kita keje ni ! Ikut suka hati jer ! Pastu banyak karenah . Gaji nak tinggi tapi .. “.

Pernah seorang rakan aku meluahkan perasaannya hingga terpaksa cari pekerja baru. Pekerja lama tu , dah diajar pelbagai kemahiran pastu buat pasal lak !

Aku baru sampai rumah orang tua aku. Tadi gi lawat ayah aku. Ada 2 hari lagi sebelum pembedahan. Sampai je rumah , mak aku bersuara.. Pemandu van sekolah sambilan buat hal ! Bawak setengah jam sehari je pon.. Tengahari ! Bayar RM30 !! Dah amik duit untuk beberapa hari , tetiba lak tak nak bawak ! Duit amik dah .. Haihhh ..

Lagi sorang pemandu , jap datang .. jap tak .. jap ok , jap sakit ! Haihhh.. Macam macam hal betul laaa .. Camana la bangsa kita ni nak maju ?? Bila susah , marah sana sini kata tak nak tolong walhal sendiri yang pemalas !

Sama gak sebenarnya isu ni dalam dunia blog. Bila dah bagi job , buat kerja serupa .. Haihh.. Bila tak bagi , kata kasi kroni jer ! Iskh… Dah bagi , tak reti nak hargai !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Terima kasih !

Lega hati aku bila wife bagitau dia dah dapat bilik. Itu pon sebab dia naik ke dewan bedah untuk bagitau situasi dia .. Hurm… Dan biliknya , dia seorang je dalam tu.. Huhuh…

Aku nak teman , tapi tak boleh pulak sebab takde sapa nak jaga Qhaliff. Maknya pula baru je sampai dari Kelantan. Takkan nak terus duduk jaga wife aku tu kot ..

Lepas Maghrib , aku ke Hospital Putrajaya untuk hantar pakaian serta keperluan dia . Aku lak dari Cheras.. Maka terpaksa la ulang alik 2-3 hari ni ..

Denyutan jantung baby dalam pemerhatian ..

Bilik sejuk sangat.. Kena bawak sweater untuk dia .. Huhuh..

Nasib baik ada tv .. hee.. Tapi tak jugak hilang bosan dia sebab rindukan Qhaliff.. Nak bawak dia , kang … haaaa.. Naya dia menjerit tak nak lepaskan mak dia .. Hurmm..

Esok awal pagi nak kena gi HKL lak .. tengok bapak aku sebelum gi amik mak mertua aku untuk dibawa ke Hospital Putrajaya ..

Perghhh …

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Menarik ! Kali kedua aku hadiri bengkel pendidikan untuk anak kecil yang dianjurkan oleh LITTLE SCIENTISTS di Putrajaya , baru baru ni ..

Teknik pembelajaran yang ditunjukkan oleh founder Little Scientists , Puan Ho  ni amatlah menarik sekali ! Puan Ho adalah ibu kepada dua orang anak dan sanggup berhenti kerja sebagai jurutera semata mata cintanya dalam bidang sains ini ..

Tujuan bengkel ini diadakan adalah utk mendedahkan pada ibu bapa betapa pentingnya Sains dalam kehidupan manusia dan terutama anak anak kecil ! Menariknya , mereka mengaitkan ilmu Sains dengan Islam !!

Sewaktu aku dalam bengkel ni , aku dapat lihat sendiri betapa anak anak kecil ini begitu teruja dan gembira mendapat ilmu baru sambil bermain ! Haaa.. Bukan sekadar belajar jer tapi dapat bermain gak !

Mak bapak diorang pon lagi la teruja ! Heeee…

Little Scientists ni bukanlah sebuah pusat pendidikan atau Taska tetapi mereka menyediakan sistem pendidikan untuk mana mana pusat pendidikan yang berminat !

Antara pusat pendidikan yang telah gunakan sistem Little Scientists ini ialah ..

image

Menurut Encik. Cheng yang juga suami kepada Puan Ho , Little Scientists ni dah berpengalaman dalam bidang ni selama 12 tahun dan sebanyak 450 taska telah mengguna pakai  sistem mereka itu !

Sistem ini bagus dan amat sesuai untuk anak anak kecil kita. Barulah mereka tak boring nak ke sekolah nanti !

Untuk keterangan lebih lanjut , sila layari :

Web: www.LittleScientistS.com

Blog: http://littlescientistsblog.blogspot.com/

FB: www.facebook.com/theLittleScientistS

Youtube: www.youtube.com/LittleScientistVideo

Online shop: http://www.littlescientists.com/shop/

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hurm.. Dalam pukul 9 pagi , aku ngan wife ke HKL terlebih dahulu. Nak lawat ayah aku sebelum ke Hospital Putrajaya. Bila sampai sana, ayah aku takde kat katil dia … Dia dibawa berjumpa doktor untuk ambil sampel daging dia .. Dia kata laaa ..

Tinggalkan barang yang dia pesan pastu terus ke Hospital Putrajaya.Sampai Hospital , sebelum pukul 12 tengahari. Kena pergi ke Unit Hasil untuk pendaftaran masuk wad.

Kaunter ada 5 tapi yang beroperasi , cuma satu. Orang yang menungggu , ramai lak tu.. Hurmmm .. Wife kena tunggu berbelas orang baru dapat sampai giliran dia. Seorang makan masa 10 minit gitu haaa .. Huhuhu..

Tak lama kemudian , baru semua kaunter dibuka ! Hurm.. Pelik aih.. Kenapa amik masa untuk buka semua kaunter sedangkan dah tau ada ramai sedang menunggu ???

Giliran wife dipanggil. Aku ikut sama .. Bla bla bla.. Dan kena tunggu .. Kata staff bertugas , takde katil kosong. Katanya lagi , tak lama pun nak kena tunggu.. Sebab katil yang ada sedang dibersihkan .. Tapi aku tak percaya !

Kemudian gi kantin minum dulu .. Aku plan nak tunggu dia hingga dapat katil. Tapi Qhaliff kat rumah mak aku , takde orang jaga waktu tengahari sebab mak aku kena amik budak sekolah lak .. Hurm.. Nak tak nak , lepas minum aku kena tinggalkan wife keseorangan di situ. Nasib baik dia dah biasa dengan menda menda ni .. Yelah , dah biasa travel jauh jauh atas alasan kerja.

Di kantin , ada sesuatu yang menarik perhatian aku setelah wife mintak aku tgk satu meja bersebelahan kitorang ni .. Kat situ ada baby comel sangat dlm stroller. Wife ckp parents baby tu mintak sorang makcik yang duduk sebelah table dia ni tgkkan baby dia dan laki bini tu gi amik makanan !!!

Aku tgk je baby tu .. comel .. Adoiyai.. Kot ye pon , gilir gilir laaaa amik makanan .. Makcik dan suami yang datang kemudian berkata pada suaminya ..

“ Haaa.. Yang tu suaminya .. “.

Huhuhu.. mesti tak puashati gak ! Boleh pulak tinggalkan anak kat orang tak dikenali semata mata nak gi amik makanan ? Haihhh ..

Lepas minum tu , aku terpaksa pulang dulu. Lagi pun staff tu kata tadi , tak lama tunggu katil . Kes terpaksa ! Bukan nak sangat balik pon.. Nak teman wife wooo .. Sian dia sorang sorang ..

Dan tunggu punya tunggu punya tunggu.. Hingga jam 3.30 petang.. masih takde katil ! Haihhh.. Tadi kata ada .. ni dah kata takde pulak ! Takkan hilang dari radar gak kot ??

Dia gi tanya staff di kaunter .. Dan aku difahamkan jika sampai pukul 5 takde katil , dia kena gi naik dewan bedah untuk bagitau kes dia ni ..

Hurm.. Aku up di Facebook dan ramai kawan kawan berkongsi pengalaman .. Teringat kes Qhaliff dulu .. pon sama gak. Dok kena tunggu kat dewan bedah je dia .. Tunggu punya tunggu , doktor tukar syif dan terus buat pembedahan ! Dia siap marah lagi sbb biarkan pesakit tunggu lama padahal dah ada arahan untuk segerakannya..

Entah laaa .. Aku tak salahkan sapa sapa pon. Sekadar ingatkan korang jer .. Menyimpan dari sekarang untuk amik hospital swasta .. Hee..

Tidur ngan daddy la dia malam ni .. Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tak lama lagi Ramadhan .. Bila Ramadhan , pastinya ramai tau betapa banyaknya makanan dibazirkan walaupun dah disuruh berjimat cermat ! Hari pertama , kedua , ketiga puasa .. ok laa.. Masukkan hari hari berikutnya.. Hurmmm..

Tapi rasanya , sebelum Ramadhan pon kita dah boleh praktikan cara begini.. Ternyata memberi manfaat pada yang memerlukan terutama mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang didiami bukan golongan mewah.. Hurmm ..

Photo: Kita bila nak buat ?

 

Rasanya kalau buat kat Malaysia ni , jalan tak ? Aku rasa boleh jalan tapi nak kena ada pengawal keselamatan la pulak untuk jaga peti ais tu ! Huhuhhu.. Besi longkang pon kena rembat ! Ini kan pulak peti ais ..

Orang Malaysia , ramai yang pentingkan diri . Nasib baik masih ada golongan yang mementingkan lagi orang lain .. hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kalau sapa sapa sampai sini , maksud aku Hospital Putrajaya ni .. pastikan beli pau kat kedai ni haaa.. Serius sedap wooo !

Photo

Pau dia , kalau makan panas panas .. memang tak cukup satu punya ! Tapi kalau dah sejuk , hehehe.. Paham paham je laaa ..

Harga ? RM1.50 kot.. Ada 3-4 jenis gak la pau yang dijual. Aku tak leh nak amik gambar kat dalam ni.. Salah woo.. Hehehe.. Ni amik atas tujuan baik punyaaa jer .. Heee..

Satu lagi , kalau ada kat area ni waktu tengahari , sila ke kantin dia .. Perghhh.. leh boroi aku kalau seminggu ulang alik hospital ni .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hari ni , wife akan dimasukkan ke dalam wad. Tempoh masa yang diberikan doktor dah tamat. Kena induce bersalin gak.. Tapi rasanya bukan la hari gak akan dibuatnya. Silap silap , hari Selasa baru keluar.. Semoga Allah permudahkan urusan kami .. Aamin..

Photo

Nampaknya , tinggal la aku ngan Qhaliff .. Bolehkah Qhaliff tidur malam tanpa ibunya ? Ok , boleh jer.. Tapi bolehkah ibunya tidur tanpa Qhaliff ? Heeee.. Tak boleh !

Tak pe la.. Bukan lama sangat pon.. 3-4 hari je .. Kalau takde masalah , cepat lagi kan ? Pastu leh balik Kelantan berpantang dah ..

Dan aku .. hurm.. kena tunggu KL sebab ayah aku lak pembedahan kanser lidahnya tu..Hurmm.. Sian dia ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kalau Qhaliff takde selera nak makan , mmg aku akan ajak wife gi Mr.Kabab & Briyani yang terletak di Presint Diplomatik , Putrajaya ni. Sememangnya sejak dulu lagi , kitorang suka makan kat sini. Layanan pon bagus bagus aku ..

Photo

Seingat aku laa kan.. Sehari sebelum Qhaliff dilahirkan , makanan terakhir dimakan bersama ialah Fish Manhattan .. Dan untuk adik Qhaliff ni , pizza Arab.. Heee… Menari nari dalam perut terus ..

Bagi aku kan .. Pizza ni lembut lagi dari pizza tutttt .. Haaaa .. Ala , pizza popular tuuu .. Heee..Kalau nak makan , amik yang inti kambing tuu .. Yang aku order ni la..

Apa buktinya sedap ? Aku kasi test makan kat adik aku yang cerewet bab makan .. Tapau bawak balik ! Dan , dia kata mmg sedap .. heee..

Oh ya.. Aku tak tau la kot time korang pergi tak sedap atau ikut rasa tekak memasing la.. Bagi sedap la !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Nurse datang lagi hari ni.. 2 orang nurse yang sangat baikhati dan lemah lembut orangnya datang untuk buat checkup pada bayi dalam kandungan wife. Nak check jantung gitu..

Esok , kena ada di hospital sebelum 12 tengahari. Kalau tak bersalin gak hari ni , maka kena induce bersalin ! Apakah itu induce bersalin ni ? Ahaaa .. Meh sini aku cerita. Nasib baik aku ada kepakaran dalam bab bab ni .. Heee.. Pakar bab kedoktoran ke ? Heeee.. tak laa.. pakar bab backlink ke sumber yang lebih jelas dan jitu . Aku cerita kang , ada lak tak paham atau salah paham.. hehehe .. Meh baca kat JENIS INDUCE SEMASA BERSALIN / KELAHIRAN BAYI ni ..

Bila dah bersalin nanti , pastinya aku akan teruja nak upload gambar adik Qhaliff ke internet. Tapi … hurm.. nampak gayanya terpaksa la rakan rakan sabar selama 40 hari ..

Kenapa ??? Haaa la pulak ??? huhuh.. Dulu ok je ?? Aku tanya wife , kes Qhaliff semasa pantang.. Wife kata tiap malam Qhaliff menangis hingga bawak jumpa Ustaz utk kasi tenang .. Aku tak tau cerita ni sbb berlaku masa pantang di Kelantan dan aku ada di KL sebab kerja..

Hurmm.. Benarkah apa yang aku dengar ni ? Atau ianya cuma pendapat atau kisah yang diada-adakan jer ?  Ok.. terpulang pada korang selepas membacanya di Al Ain : Kenapa Tidak Upload/Siarkan Gambar Bayi..

Nama ada dah .. Andai kata benar perempuan , maka legalah aku.. Kalau lelaki ? Hurmmmm…  Kena pk balik dalam masa 7 hari .. huuu..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Lepas makan , jangan lupa cari kayu ! Eh, jgn lupa gosok gigi !!

Pasni , dah kena kongsi dah Nutella dengan adik dia .. Huhuh.. Daddy kena standby dah untuk pergaduhan demi pergaduhan .. Huhuuhhh..

Suka sungguh la dia ngan Nutella ni .. Pegang tak lepas selagi tak paksa dia serahkan .. 

Semua budak suka kan ? Tapi harga dia .. perghhh.. Menda sedap ! Namun gitu , kena jaga gak .. Kencing manis nanti woo..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Kena standby lagi satu.. Kenapa ? Sekarang ni , dah mula longgar sebab Qhaliff suka rampas dari muka aku ! huhuh..

Gi Alamanda.. Ada dua kedai yang aku masuk. Nusantara dan Optical 88. Focus Point ? Tamoooo .. Serik dah dengan Focus Point.. Huhuh..

Nusantara .. Tanya diskaun , ada tu mmg ada la.. Tapi harga sebelum diskaun saja buat aku tertelan air liur. Design ? Hurmm… Bukan citarasa aku ..

Aku ke Optical 88.. Berkenan dengan Ray Ban.. Harga , hampir RM700 .. Dia kasi diskaun 50% ! Haaaa.. Cantik laaaa ..

Tapi bila check mata .. aku ni masalah silau ! Sangat tinggi woo.. Bukan masalah rabun sangat.. Silau ni merbahaya bila memandu tengahari atau malam , disilau dek lampu kereta lain ! Bahaya  woo ..

Semakin bernafsu lak nak cari spek ni.. Tapi dok kantoi Qhaliff buat perangai pelik ! Dok asyik nak lari keluar jer dari kedai tu.. Dah lari keluar , pastu jauh jauh ! Iskhhh.. Sian lak kat wife ..

Aku nak je batalkan tapi tak jadi sebab memang perlu spek .. Hurmm .. Last last , amik je la apa yang aku dah try. Malas nak tengok yang lain ..

Photo

Nak berselfie pon tak sempat ! Juling mata terus sebab terkejut Qhaliff lari keluar ..

Aku punya spek ni , mahal sebab cermin dia .. Cermin saja dah dekat RM600 ! Tu pun paling murah.  Kalau tak , lebih gak la RM1K ! Tapi ikut power gak laa.. Aku punya power serupa power rangers .. dan jenis cermin ..

Ni kes terpaksa wooo.. Sebabnya kalau spek aku guna skang ni patah , aku takde backup spek.. Nak memandu nanti bahaya.. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

“ Assalamualaikum… Ben ka ? Ni Mak Su ni .. Kenai dak ? “.

Ah.. sudah .. sapa lak ni ? Mak su mana pulak .. Dia nak kasi job apa ni ? Wah.. best gak .. Dapat duit beli jam Tag pasni .. heeee …

“ Mak Su ? Er , mak su mana ye  “ . Tanya aku.

“ Mak Su yang duduk kat Cheras tu .. “. Jawabnya.

Sapa eh ? Setahu aku , aku ada la sorang makcik duduk kat sana tapi takde la pulak aku panggil dia Mak Su .. ke aku yang lupa gelarannya ? Heeee.. Seingat aku , sekali je gi umah dia.. masa raya. Tu pun gi berjemaah .. Huhuh.. Pastu tak de dah sbb aku sibuk. Orang tua dengan adik beradik aku je rajin gi.. Hurm..

“ Makcik Shamsi la .. Ayah masuk hospital ka ? Sakit apa ? “ .

Oooooo.. Baru aku ingat.. Sebut nama , mmg aku tau la.. Gelaran ni , aku tak ingat .. Heee.. Dia mula bertanya dan aku menjawab satu demi satu sambil memandu. Guna handfree dan loud speaker.

Aku terfikir gak .. Apasal dia panggil aku  ‘ Ben “ ? Kalau adik beradik ayah aku di Balik Pulau , Pulau Pinang tu .. biasanya akan panggil nama penuh aku.. Apasal dia je lain ?

Di hospital semalam , aku bagitau kat ayah aku pasal panggilan tu. Sebenarnya dia dah pesan kat anak anak dia jangan bagitau orang kampung. Dia tak nak susahkan mereka datang jauh jauh. Huhuh..

Aku cerita satu satu .. Pastu aku cakap la pasal panggilan nama aku tu.. Jawab ayah aku ..

“ Anak dia kan suka baca blog hang .. “ .

Oooooooooooooooooooooooooooooooooo.. Okkkk .. Baru aku ingat.. Huhuhh.. Adeh ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Malam semalam aku gi lawat ayah aku di HKL lagi dgn adik perempuan dan laki dia . Kali ni terpaksa gi malam sebab wife aku ada check up di sebelah siang. Jadi tak leh nak gi ..

Di wad yang mana dia ditempatkan , ada dua orang pesakit baru. Yang sorang tu ramah dan sorang lagi macam .. hurm.. Tak sihat.. Sian..

Bertanya khabar dengan ayah aku dan berborak macam macam hal mengenai rawatan dia .. Sesekali aku melemparkan pandangan pada pesakit sebelah ayah aku. Ada sesuatu bermain di kepala aku .. Hee..

Di masa yang sesuai , kebetulan aku duduk sebelah pesakit tu .. aku memulakan perbualan..

“ Sakit apa ? “

Dia senyum dan menjawab. Muda lagi.. Aku rasa dalam usia aku gak tu atau mungkin nak cecah 40an..

“ Tonsil' “ . Jawabnya. Aku meneruskan pertanyaan demi pertanyaan.. Dia jawab dengan tenang .. Hurmm.. Terpancar riak kekesalan di wajahnya..

Segalanya kerana rokok ! Huhuhh..

Aku tanya ayah aku .. Yang sebelah katil sana tu , sakit apa lak ?

“ Rokok gak laa kot.. “ .

Hurmmm.. Tu sebab aku kata , merokok ni satu kenikmatan ! Bila dapat sakit , masuk hospital. Ada nurse cun cun , muda .. amik berat ! Tlg kasi ubat , tolong periksa kesihatan dan pastu tidur jer.. Haaa.. Best la kan ?

Sebelum join sama lepak kat wad  bapak aku tu .. udah udah la tu merokok ! Bukan anda je susah bila ke ulang alik hospital.. Ramai lagi terbabit sama .. Bukan ungkit tapi ingat ingatla orang tersayang ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

“ Nasi setengah je kak..

Er , buang skit lagi..

Ok , cukup dah.. “

 

Sememangnya sejak kebelakangan ni , aku dah kurang makan sangat.. Ratah lauk pon , tengok lauk apa ..

Bukan nak jaga badan sangat pon . Tapi usia nak cecah 40 tahun dah ! Nanti nak kena buat full checkup .. Tau tau ada pelbagai penyakit ! Tak pasal pasal dah kena makan pelbagai jenis ubat ubatan lak .. tak ke naya kat buah pinggang…

Malam , aku sedaya upaya makan roti dengan susu kambing Nutri Goat Miracle 8 jer.. Cicah dalam 3-4 keping , kenyang dah .. Hehehe ..

Senaman kena selalu dan kena jaga juga amal ibadat kita.. Jangan jaga luar je tapi dalam hancur.. huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Aku dah agak dah.. Mesti cicir kat gym ! Hari tu , handphone cicir. Dapat la balik. Pastu cermin mata .. nasib baik bukan kat gym tapi kedai gunting rambut. Dan yang ni , jam lak ! Huhuh..

Photo

Huhuh.. Cedey aku jap.. Walaupun aku dah boring pakai jam tu , tapi aku beli guna duit aku sendiri tuuu .. Huhuh.. Cash lagi okeh ! Hampir RM1k gak laa ..

Tak pe la.. Takde rezeki aku kot.. Kalau ada , nanti aku gi gym .. mungkin orang yang jumpa tu serahkan kat aku sendiri kot .. Mana la tau kan ? Hee..

Kalau takde , terpaksa la aku guna jam sedia ada. Malas nak beli baru .. buat masa sekarang ! Aku dok kalut pikiran.. Macam macam nak fikir .. huhhhhu..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

5 minit selepas dia tidur , dia mula meracau pastu menangis kejap kejap ! Ini bukan kali pertama berlaku bila dia ke tempat yang baru bagi dia.

Aku pasangkan youtube.. Ayat Ruqyah.. Terus lena dia .. Hurm.. Nasib baik dia tak demam.. Bangun pagi , dia ok dah .. Biasanya kalau tengok cerita yang .. hurm.. dia akan ngigau gitu.. Huhuh..

Tak heran gak sebenarnya sebab .. aku pun gitu gak .. Heeee.. Lemah semangat ? Huhuh …

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Patutnya due date semalam .. Tapi masih lom ada apa apa tanda.. Qhaliff pon dah tak sabar nak ada kawan.. Sian dia ..

Kekadang dia gi kat perut mak dia ..

“ Babyyy.. “.

Dia usap. Aku usap , dia tampar muka aku ! Huhhhh..

Photo

Tak sabar dan takut jugak .. 5hb , wife.. manakala ayah aku lak 8hb operation .. Minggu yang penuh ujian untuk aku.

Qhaliff , dah sedia nak jadi abang. Dah boleh suruh angkat itu ini .. Tapi kena tengok gak la.. Kalau mood ke laut , entah apa apa dia angkat bagi kita… Huhuuu ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Alhamdulillah.. Ada rakan di FB susah susah downloadkan untuk aku.. Dan hari tu ada rakan bertanyakan camana nak buat air selusuh ni.. Aku kongsikan di sini ..

Mungkin ada yang tak tau apa itu air selusuh.. Air Selusuh ni bertujuan untuk memudahkan si isteri yang mengandung tu mudah bersalin.. Dengan izin Allah ..

Gambar mungkin tak jelas.. Kena klik untuk besarkan dia .. Heee…

Slide2Slide3

Slide4Slide5Slide6Slide7

Ada yang kata , baca saja Al-Fatihah dan doa pada Allah minta dipermudahkan segalanya ..

Semoga dapat membantu. Maaf andai ada kekurangan .. Sekadar membantu ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Gi Hospital Besar Kuala Lumpur..

Photo

Photo

Ceria jap bapak aku bila ramai datang melawat dia.. Biasanya , ramai gak la.. Hurmm ..

Qhaliff pon , takde dah nak jual mahal macam biasa. Kalau kat rumah orang tua aku , ngan bapak aku tu asyik nak bergaduh jer ! Hahaha.. Hari ni , takde lak.. Tau kot Wan dia tak sihat .. huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bawak gi WetLand Putrajaya jap tadi lepas balik dari Hospital Kuala Lumpur. Saja bawak Qhaliff jenjalan.. Hehehe.. Hasilnya ?

Pergh.. dia tak nak balik pulak. Pakat meraung kat situ ! Bersungguh nak turun kat tasik tu.. nak kejar ‘bird’ ..

Nanti nak ‘repeat' ' datang sini.. Tak abis berjalan lagi sini.. Nak masuk kat satu tempat tu tadi tapi tak mampu dah sebab penat .. Hehehehe ..

Kat sini ada menara tinjau gak .. Berpeluh la gak naik dengan dukung Qhaliff yang dah beratnya melebih 13kg tu.. Bukan dia tak leh jalan sendiri tapi risau terlepas pandang .. Perghh.. tak bayangkan woo !!

Posing jap .. Hehehe ..

Sini best ! Leh berbasikal tapi hati hati.. Jangan jadikan tempat reakrasi tu tempat suka hati ! Bahaya woo .. Aku nyaris nak langgar satu budak perempuan tu yang menunggang basikal arah bertentangan kat satu bulatan kecil tu.. Dah la bulatan tu penuh dengan rimbunan.. Nak nampak apa kat arah bertentangan tu.. Bahaya wooo !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Pening ! Ada kawan syorkan guna itu ini .. Hasil dari pengalaman atau keluarga terdekat . Manakala ada yang suruh kekalkan dengan sedia ada . Terima kasih atas cadangan.

Semalam , aku lawat ayah aku.. aku tahu dia tak nak operate.. Kalau boleh , dia nak keluar. Aku pun kalau jadi dia , aku nak keluar walaupun nurse yang jaga dia dalam tu , cun cun dan baik belaka .. Huhu..

Kang kalau aku bawak keluar , cuba perubatan alternatif .. takut makin melarat dan nak bawak ke hospital , dah tak nak terima pulak .. Hurmm.. pening gak tu ..

Sekarang ni , stage 1 .. Kuman mula merebak. Kalau dibiar lama , lagi la..

Sian tengok dia .. Dah la tak leh tidur kat hospital tu .. Ingat anak cucu .. huhu.. Masa dengan dia , aku wat wat kental jer .. Borak selamba.. Walhal … Bila keluar dari wad , dada terasa amat berat sekali ..

Hari ni gi lawat dia lagi . Ingat nak bawak Qhaliff sekali tapi tak la naik atas. Bawah ayah turun bawah .. hurmm..

Ujian dari Allah tanda DIA sayang dan ingat pada kita. Setiap kesabaran itu ada ganjarannya. InshaAllah.

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Aku redha. Tak larat nak carik dah .. Ditambah dengan pelbagai masalah , aku hanya mampu senyum. Bukan rezeki aku .. Tak pe la ..

Camana boleh hilang ? Masa gi gym , aku pakai. Pastu aku bukak dan letak dalam beg .. Tercicir kot dari beg. Dia tak nak duduk dengan aku dah .. huhu .. Nak tuan baru la gamaknya ..

Aku pakai dah 3 tahun jam ni. Tak pernah wat hal pon. Bateri dia tahan  walaupun ada macam macam function dalam tu . Bila tak guna , dia hibernate. Save bateri gitu .. Huhuh..

Beli jam baru ? Hurmm.. Tak lagi la kot.. Banyak benda nak kena settle dulu baru leh fikir jam.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Bukan kali pertama pakai Set Bersalin Shaklee . Masa lahirnya Qhaliff , dia pon dah amik setelah adik ipar kata bagus Set Bersalin Shaklee ni utk banyakkan susu ..

Set Bersalin Shaklee
Set Bersalin Shaklee

Huuhu .. Banyaknya nak kena makan eh ? Ok la.. bagus juga untuk kesihatan dan percepatkan penyembuhan. InshaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes