BEN ASHAARI



 

Jiran aku , kebanyakkan barangan dia adalah dari jenama Mitsubishi. Aku pelik gak sebab di Malaysia ni  , jenama ni kurang ramai orang guna walaupun dikatakan berkualiti tinggi ! Hurmmm.. Dan aku tanya la dia kenapa dan mengapa dia memilih..

Baru-baru ni , aku ada ke event Mitsubishi di Petaling Jaya. Di sana , aku berpeluang merasai sendiri dan bertanya apa saja yang ingin aku tanyakan.

Sememangnya barangan dari Mitsubishi ni berkualiti dan paling penting menjimatkan elektrik ! Jangan lupa bila nak beli barangan elektrik ni , jaminan adalah penting !

Antara barangan yang mana penting perlu ada di rumah adalah dua jenis kipas ini iaitu elekteric fan dan ventilation fan. Mitsubishi memberikan jaminan 3 tahun untuk motor kedua dua jenis kipas ini ! Ini sangatlah berbaloi andai kita kerap pasang kipas di rumah , kan ?

Ok .. Kenapa patut beli jenama ini ? Ada 3 sebab utama.. iaitu :

imageimageimage

Ok.. jom kita tengok electric fan dulu.. Apakah yang menariknya.. Hurmm..

image

Di sana , aku berpeluang mencuba Tatami Fan. Yer , sememangnya bila nak cari kipas , kita nak kipas yang tak bising. Senyap je kan ? Paling penting , anginya yang kuat tapi nyaman ! Haaa.. Part ni memanglah Tatami Fan raja ! Hehehe.. amat sesuai sekali kalau ada di rumah ! Elektrik pun jimat wooo !!

Ventilation fan atau kipas pengudaraan ni amatlah sesuai dipasang di pejabat , ruang tamu atau dapur mahupun kedai kedai bagi memastikan pengudaraan di kawasan sekita dalam keadaan yang nyaman.

Yang ni kan.. ramai pasang di dapur termasuk dapur rumah aku pun ada pasang gak ! Sememangnya part nak selenggara tu merisaukan aku.. Takut rosak.. hehehe .. Tapi , meleset apa yang aku rasakan tu.. Sangat mudah dan material yg digunakan untuk ventilation fan ni amatlah tahan lasak ! Tak mudah rosak pon..

Ada banyak jenis ventilation fan ni .. Antaranya ialah wall type  , ceiling type. glass type dan duct type.

image image image

image image image

Sekarang ni cuaca tak menentu. Bila datang panas , masa ni laaaa terasa pentingnya untuk salurkan haba tu keluar.. Kalau tak , pastinya dalam rumah akan terasa bahangnya..

Maklumat lanjut lanjut berkenaan produk produk ni boleh korang dapati di http://www.mitsubishielectricmalaysia.com/products .

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ke klinik Mediviron , Nilai petang tadi. Qhaliff masih belum reda demam.. Jap demam jap tak.. Memang merisaukan la.. Maka tadi nak gi test darah dia .. Hurmm..

image

Dan di klinik , giliran Qhaliff tiba.. Aku masuk sekeluarga..hehehe.. Maklumlah , kena usung Qhaliff.. wife kena dengar sebab dia yang akan kasi ubat kat Qhaliff..

Masuk je bilik rawatan.. Aku , wife dan doktor .. semua berdiri ! Hahahaha.. Terpinga pinga selama 10 saat ! Doktor memandang aku.. aku pandang doktor.. Aku tunggu  doktor pelawa aku duduk tapi dia seolah terlupa..

“ Kacak sangatkah aku hingga dia tergamam gitu ? “.

Tiba-tiba wife mencelah… Hahahaha .. Terus doktor check Qhaliff.. Simptom denggi takde tapi dia tak berani nak kata bukan.. Wife mintak doktor check mulut Qhaliff.. Merah tekak dan ada nanah sikit katanya .. Hurmm.. Tu agaknya punca dia demam ?

Doktor bagi ubat demam dan antibiotik.. Balik rumah , terus aku mintak wife bagi antibiotik kat Qhaliff … Dan ? Dan ? Quota internet aku laki bini kembalik surut dengan pantasnya !

image

Alhamdulillah.. dah ok dah dia.. Nak makan pon ada dah .. Yang pasti , dia nak main dah ngan adik dia … Hehehe..

Soal internet tu , hehehe.. tak kisah la.. Asal anak sihat dah la kan .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Tadi di Giant , Bandar Baru Nilai. Plan nak makan kat situ setelah gi klinik bua pemeriksaan Qhaliff.. Segalanya terbantut bila salah seorang pelanggan di situ dengan selamba nyalakan rokoknya dan merokok tanpa rasa bersalah !

Alangkah dungunya manusia tu .. Tak ke dia sedar ada ramai anak kecil kat situ ? Mereka yang datang makan kat situ kebanyakkan berkeluarga.. Takkan tak tahu kot ?? Ke buta hati dah ?

image

Lepas tu , cerita banyak tarakkk … Angkut barang barang.. dukung Qhaliff , keluar dari restoran tu.. Hurmm..

Sedih… Makin pentingkan diri manusia zaman sekarang..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Aku belum dedahkan Qhaliff pada pengangkutan awam. Dan semalam , buat pertama kali aku bawak dia naik teksi ke Tan Chong Motor. Aku hantar servis kereta ke sana.. sebab tu kena naik teksi ke sana dari rumah mak aku. Malas nak duduk lama lama kat sana. Jumaat kan… hehehe ..

Reaksinya ? Hehehehe .. Belum pernah dia duduk belakang dengan ayah dia..Dan inilah yang pertama kali berlaku.. hehe ..

image

image

Sadis gak la episod menunggu teksi ni.. Dengan dukung Qhaliff , aku menunggu teksi kosong lalu.. Yang banyak lalu , semua dah berpunya dan ada yang tak nak amik ! Hurm.. Terasa sedih di hati…

“ Sabar yer sayang .. “. Dia yang sedang demam tu , terus lentukkan kepala di bahu aku.

Sekarang aku memahami keadaan mereka yang serba kekurangan. Kesian .. Bukan mudah nak berdiri di tengah panas sambil menunggu pengangkutan awam , dengan anak di tangan ! Kasih anak , membuatkan segalanya BOLEH !

Dalam 10 minit , baru dapat teksi.. Terus ke Tan Chong Motor yang terletak di Jalan Chan Sow Lin. Tambang tertera RM5.40 . Aku hulurkan RM10.

“ Tak pe bang.. Saya sedekah.. “.

Terus masuk ke dalam pejabat. Selesaikan urusan dan terus ke Putrajaya. Amik wife lak. Qhaliff dalam kereta , dah lena.. Kesan dari ubat demam dia.. Hurmm..

Hurmm… Kesian mereka yang takde kereta tapi punya keluarga yang besar ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

image image

Hurmm.. Qhaliff memang sangat periang ! Berbeza dengan Zahra yang kena gi bergurau senda dengan dia terlebih dahulu , baru nak senyum !

Ternyata di usia yang sama , Qhaliff lebih mudah didekati.. Hehehe.. Agaknya ikut perangai aku di usia kecik dulu niiii.. Hehehe.. Besar besar je payah sikit.. Bukan apa , kang orang kata kita mengedik lak kan ? Haaaa..

Zahra ? Hurmm.. masamnya ikut mak dia .. Ok , aku nak tidur luar dulu .. hahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Bersungguh-sungguh set masa , hari dan tempat ! Bila tiba masanya , datang berkumpul di lokasi seperti yang dirancang. Memasing nampak kacak dan bergaya ! Cari port yang best untuk cuci mata.. heheheh .. Cuci mata jer !

Tapi segalanya rosak ! Rosakkkkk ! Rosakkkkk !! Dek kerana apa ? Kerana ..

    image

Kaaannnn .. Maka sila wujudkan undang undang bila melepak ! Sila letak handphone atas meja di depan rakan rakan.. Sapa pegang , dia kena ‘open table’ ! Amacam ?

Tapi.. bila keluar dengan anak bini ? Ngan awek dah 1 tahun lebih kenal , camana lak ? Hahahaha .. Adehhh

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

 

image

Hurmm.. kena gi hospital gini.. dah 3 hari tak ok lagi.. On off on off demam .. Hurmm..

Banyak kerja tergendala ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Sejak diperkenalkan pada 2013, Belvya Perfect Shaping Scrub telah berjaya mencuri perhatian di laman sosial daripada hasil-hasil testimoni pengguna yang berjaya mendapatkan bentuk badan dan wajah yang diidamkan. Belvya Scrub merupakan scrub  membuang lemak yang sangat efisen pertama di Asia.

KELEBIHAN PERFECT SHAPING SCRUB (PSS) BY BELVYA

  1. Mengurangkan saiz lipid (molekul lemak)
  2. Mengurangkan kuantiti lipid di dalam adipocytes (cell lemak)
  3. Mengurangkan 1 hingga 3 inci dalam masa seminggu (terbukti secara klinikal)
  4. Menegangkan kulit kendur akibat kehilangan berat badan yang cepat
  5. Menghilangkan kehadiran selulit akibat dari kehamilan, baligh & berat badan turun naik.
  6. Membentuk badan menjadi cantik
  7. Menghilangkan lemak- lemak di muka serta meruncingkan dagu
  8. Menghilangkan dagu berlapis (double chin)
  9. Membantu membentuk hidung supaya kelihatan mancung dari biasa.
  10. Menghilangkan stress & memberi kesegaran melalui 5 haruman aromatherapy
  11. Menghilangkan bau badan sehingga tidak perlu memakai deodorant
  12. Membuang sel-sel kulit mati & melembutkan kulit
  13. Melawan jerawat dan merawat jerawat di badan
  14. Mengurangkan tanda- tanda penuaan
  15. Menggunakan teknologi nano yang terkini
  16. Sangat berkesan untuk masalah perut buncit seperti orang mengandung
  17. Halal dan berkelulusan KKM

Belvya Perfect Shaping Scrub sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, wanita mengandung, berpantang, dan menyusu. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.

927956_608069335973053_713258112_n 10499318_656549504434372_146130465_n

10643829_585142488274605_411008522_n 10836520_10153004351106178_646662221_n

Sekiranya berminat boleh terus whatsapp/sms/telegram saya di 014 8466814

Untuk melihat lebih banyak testimoni boleh follow saya di instagram : @belvya_malaysia85

ATAU like page Belvya malaysia.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Terus terang , dulu aku cukup tak suka SONY terutama kamera dan handphone ! Walkman , aku suka SONY.. hehehe.. Terbaik part tuuuu.. lalala ..

Kenapa aku tak suka SONY ? Pertama sebab ..hurm.. Entah ! Hahaha.. Aku ni payah nak suka sesuatu jenama kalau dah melekat dengan jenama yang lain.. Dan mudah terpengaruh dengan cakap cakap orang walhal tak pernah try pon lagi !

Satu hari tu , kawan blogger aku bagitau pasal SONY XPERIA Z1 . Katanya kualiti gambar bagus disertakan lagi dengan ketahanannya yang boleh masuk air .. Sesuatu yang aku perlukan selepas handphone baru aku , Qhaliff rendam dalam air ..

Peluang datang.. Aku diberi sebuah kamera untuk review.. Sony Alpha 5000.. Dan sejak itu , aku jatuh cinta dengan SONY. Kemudian aku beli Sony Xperia Z2 .. Perghhhh… Patut orang kata Sony Xperia ni antara yang terbaik !

Dan semalam , aku beli kamera baru bagi mengantikan kamera lama aku yang rosak akibat jatuh tangga.. Huhuhuh..

image

Sekarang , aku ada dua kamera untuk memudahkan aku membuat kerja dengan pantas ! Aku ada Sony Xperia Z3 dan Sony Alpha 5100 ! Kedua duanya , aku sangat berpuashati ! Tak sabar nak gi out station lagi !! Heheehhe ..

DSC03491

Selfie guna Sony Alpha 5000 ! Gambar clear giler !

Sewaktu memilih kamera mana yang aku nak .. ada dua pilihan ketika tu.. Sony Alphan 6000 dan Alpha 5100. Kenapa aku tak amik Alpha 6000  padahal harga beza skit jer ! Sebelum aku membeli kamera ni , aku dah check review.. sememangnya disyorkan beli Alpha 6000 sebab ianya lebih terkini dengan kepantasan 11 frames per saat.. tapi aku tak nak sebab design bodynya yang agak besar berbading Alpha 5100 yang lebih kecik dan padat.

Pilihan aku tepat.. Setakat ni , aku tak gemar nak amik jenama lain. Aku dah guna pakai jenama lain tapi macam tak serasi lak.. Hehehe.. Alang alang aku dah pakai Sony , semua pakai Sony jer.. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Bersungguh dia mintak handphone aku.. Aku kasi wife punya , dia tak nak ! Wife punya Xperia Z2 , aku punya yang lama .. Pelik pulak tak naakkkk ..

Hurmm.. Bila bagi aku punya , bersungguh dia amik dan main jauh jauh ..Yang bagusnya , dia tak amik kalau aku tak bagi melalui tangan aku sendiri ! Dia pegang tangan aku , suruh amik handphone pastu bagi kat dia..

Tapi dia nak main sangat ke ???

image

Taakkk ! Dia nak tarik perhatian aku ! Dia amik pastu ajak main dengan dia dan handphone tu , di tangan dia ! Kalau dia amik phone wife , dia sorok dalam baju dia !

“ Manaa?? Manaaa ??? Hilangggg.. “. Padahal terang terang dia dok pegang handphone dalam baju dia haaa..

Perlukan perhatian ? Hurmmmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Gi IoI Mall Putrajaya tadi. Wife nak cari almari baju untuk bilik bawah.. Malas nak naik atas katanya ..Aku ok jer walaupun badan tak beberapa nak sihat . Nak keluar gak sebab nak bawak Qhaliff bersenam sedikit.. kasi keluar peluh..

Dan seperti yg diduga , di shoppling mall .. Qhaliff amatlah sihat ! Amboiii.. Dapat shopping la sangat !

image

Lepas makan , wife ajak gi ELC.. cari mainan untuk Qhaliff.. Hurmm… Takde yang berkenan di hati. Kalau ada pon , harganya memang buat tercekik air liur sendiri ! Heheheh..

Kemudian gi Toy’s R Us .. Dalam tu , dia berkenan pedang n pistol seperti biasa.. Dia nak Ultraman tapi aku tak bagi. Maka pun amik la mainan tuu.. Kepala dah ting tong sebab makan paint killer. Leher aku bengkak dan sakit kepala lak..

Masa beratur , Qhaliff yang aku perasan dengan aku pada awalnya aku nampak dia ikut wife .. Stroller di tangan aku beserta barangan lain..

Maka aku biar je la.. Tiba-tiba , ada seorang wanita tegur aku..

“ Bang , ini anak abang ke ? “. Aku yang dalam kebluran tengok budak berbaju merah ni dengan air mata bercucuran , tak mengaku la anak aku ! Sebab dalam kepala aku dah set yang Qhaliff dengan wife..

Aku pandang sekali lagi .. Apahal muka macam anak aku ! Aku tengok betul betul .. Lerrrr !!! Qhalifff !!! Apasal boleh pulak kat tangan perempuan ni ?

“ Dia menangis kat belakang tadi . Kuat lak tuuu.. “.

Aku tercari mana wife aku.. Aku amik Qhaliff kat tangan perempuan tu dan ucapkan terima kasih ! Semua mata memandang aku dah.. Adehhh.. Tetiba rasa macam dalam rancangan Akademi Fantasia..

Dan wife aku muncul dengan selambanya.. Kecik besar kecik besar jer aku tengok dia ! Adehhhh..

Menurutnya , dia nampak Qhaliff berdiri ngan aku maka dia berjalan dengan Zahra yang dah mula teriak kebosanan .. Manakala aku nampak Qhaliff dok sibuk ikut dia .. Hurmmmm..

Nasib baik la dalam premis tu lagi ! Kebiasaannya aku memang dukung dia tapi hari ni aku tak larat nak dukung.. Masing sengal badan akibat jatuh di toilet lagi.. Hurmmm..

Lepas ni , memang tak harap dah sapa sapa pun.. Kena percaya diri sendiri ! Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Hurm.. sian dia .. Aku pon macam nak demam gak ni ! Hurmm.. Manakala , si kecik mula mengambil alih segalanya dalam rumah ni ! Dia dah nak jadi mem besar ! Boleh ke sana sini dengan lajunyaaa …

image image

Gi check doktor tadi.. dia kata demam tak sangat tapi dia punya gaya demam petang tadi mengigil ngigil ! Hurmmm..

Sekarang hampir jam 2 pagi .. Qhaliff kelihatan dah macam ok.. Demam dia kebah dah dan handphone aku kembali jadi mangsa dia .. Youtube ! Hurmmm…

Dan aku .. kepala makin berat ! Aku kena check doktor.. Mana agen insuran aku ??? Adeh….

Apa yang berlaku pada aku , seolah sedang bermimpi !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Bangun subuh. Mandi.. Keluar dari tandas , terlupa lantai licin sebab sebelum aku mandikan Qhaliff yang demam panas sejak malam semalam..

Yup.. kepala terentak ke lantai ! Terasa darah semacam keluar dari lubang hidung. Aku pegang belakang kepala aku. Berdoa agar tiada apa yang serius ! Pada masa sama, aku cuba ingati nama aku ! Ok , aku masih ingat nama aku ..

Bangun.. tengok telapak tangan.. Takde darah ! Alhamdulillah.. Terus solat subuh dulu baru cek kepala aku semula ! Huhuhuh..

Nasib baik takde serius walaupun terasa sakit di kepala aku hingga malam ni.. Aku tanya wife .. dia dengar tak bunyi kuat ? Dia dah syak aku jatuh… huhuh.. Nasib baik aku tak jatuh ke sinki.. Hurmm..

image

Dan tadi.. aku tanya wife aku.. Bila aku jatuh ? Pagi tadi ke semalam ? Huhhh.. Takkan kot ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Kali kedua aku ke sini dan terus terang , aku masih belum dapat pusing abis satu taman Legoland yang terletak di Nusajaya , Johor ni ..

Alhamdulillah , cuaca sangat cantik ketika menghala ke Johor ni. Risau hujan dan banjir jer… hehehe.. Nampaknya rezeki menyebelahi kami kali ini .. Sekali lagi berpeluang bersantai bersama sama rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari untuk kali pertama di tahun 2015 ni.

imageimage

Cerah hingga ke petang .. Hehehehe .. Dapatlah bawak Qhaliff masuk ke Legoland untuk kali kedua dan Zahra buat kali pertama.

Bertolak jam 10 pagi , sampai di Legoland dalam jam 1 tengahari. Dan buat pertama kali , kami menginap di hotel Legoland yang menarik sangat ni ! Hehehe.. Terujaaa wooo !

imageimage

Bilik siap jam 3 petang. Aku diberi tiket untuk masuk ke taman Legoland dahulu… Ok jer.. Kang kalau dah naik bilik , malas lak nak turun.. hehehe.. Sebaiknya pusing pusing dulu dengan keluarga tercinta.

image

Cuaca , memang menyelebelahi kami untuk hari ni.. Huhuh.. Dapatlah merayau dan bergambar di tempat tempat menarik dan Qhaliff sangatlah teruja dan gembira ! Dia boleh berlari sana sini tanpa halangan ! ( Rujuk entri Qhaliff terlalu gembira di Legoland ? )

Terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati dan aku tertarik pada miniatur miniatur yang ada disini ! Jangan lupa ke bahagian Adventures ! Bagi yang kaki main permainan yang mencabar , pastinya di situ ada pelbagai mainan yang akan mengoda korang !

Sayangnya aku tak leh ke sana sebab ada anak kecil.. hehehe ..Maka , pusing pusing kat miniatur ni jer.

imageimage

Selepas pusing beberapa tempat aku check in bilik. Plan lepas check in nak turun balik dan sambung pusing .. Dan seperti dalam perancangan , bilik dapat awal.. ehehehe.. Dapatlah rehat jap ..

Ternyata bilik hotel Legoland ni berbaloi dengan harganya !

image imageimage

Selesai solat .. turun ke Water Park.. Aku tak bawak Qhaliff sebab dia dah terlalu penat ! Risau demam jer nanti kalau tak cukup rehat.. Hurmm..

image

Water Park Legoland ni kalau tak masuk , memang rugi sangat laaa ! Aku masuk di penghujung hari ! Sangat tak puashati langsung.. Huhuhuh.. Moga satu hari nanti aku akan kembali dan menginap sekurangnya 2 hari di sini untuk pastikan aku pulang dengan kepuasan !

image

Esoknya , tepat jam 12 tengahari .. selepas makan pagi yang menyelerakan ( berbaloi giler makan pagi kat hotel Legoland ni ! ) , kami semua berangkat pulang dengan hati yang berat ! Best giler hotel ni ! Hahaha.. Leh main lego beramai ramai kat sini wooo !

image

image

image

Kesimpulan bagi aku .. Legoland ni mmg sesuai untuk beriadah bersama keluarga ! Berbaloi sangat ! Untuk sebarang pertanyaan , boleh terus ke :

image

FACEBOOK LEGOLAND | WEBSITE LEGOLAND | 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Baru tidur.. Tu pun setelah makan ubat dan dimandikan. Jam sekarang , hampir kul 3 pagi.. Dua dua lom tidur.. Aku  jaga Qhaliff , Zahra dengan wife .. Kena pisahkan..

image

Patut pagi tadi Qhaliff kelihatan lemah jer. Nak ikut mak dia gi kerja. Menangis meraung nak ikut.. Sebelum ni , bila dia panggil mak dia.. dia sebut 'Baaa.. Baaaa.. ‘. Ajar la camana pun , dia tetap dengan Baaa dia tuu ! Dan tadi , dia masih panggil Baaa tapi setelah tak dapat perhatian.. Terus dia jerit.. “Ibuuuuuu… Ibuuuuu.. “. Hahahahha.. Terkejut jap aku tapi dah paham dahh dia ni.. Dia mmg tak tunjuk skill dia depan orang tua dia ..

Ni demam.. senyap sunyi je rumah. Hanya sesekali kedengaran suara dia menangis .. hurmm.. Aku tak leh nak tidur sangat .. kena pantau suhu badan dia .. Risau demam panas  !

Semoga Allah sembuhkan penyakit Qhaliff dan anak anak kecil yang lain..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Selama ni aku cuma tengok je di premis premis kesihatan yang menjual alatan gegar ke kiri ke kanan ni .. Nak try , jauh sekali untuk elak dari aku tergoda membelinya !

Baru-baru ni , adik aku beli satu set. Kebetulan aku ada di rumah orang tua aku , aku berpeluang mencubanya.. Ternyata gegaran dari mesin tu memberi kesan pada perut aku , betis dan peha !

image

Aku tanya harga.. Mak aku kata sekarang tengah ada diskaun.. ( diskaun la sangat di Malaysia ni yer ? ) . Aku pun kirim air liur je la kat mak aku. Dia beria sangat nak tolong belikan satu untuk aku guna pakai. Maklumlah , aku dah payah nak gi gym sekarang .. Perut pon dah mula membesar bagai johan.

Akhirnya , ada satu dah di rumah aku. Dan tadi petang , buat pertama kalinya sebelum aku nak bersenam , aku layan dulu menda alah ni.. Bukan aku sorang je layan tapi Qhaliff pon turut sama.

Tunggu sebulan. Apakah mampu membantu aku mengurangkan lemak perut ?? Apakah aku akan tersembul 6 packs di perut aku atau berterusan 1 pack saja ??? Kita tunggu je nanti !

Er , apa brand ? Hurm… Tak nak bagitau.. free promosi woi ! Rugi aarrr…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Tu diaaa anak aku.. test tengok muka dia kat cermin dalam cubaan menolak menda alah tu.. Mampukah ? Mampu.. dengan bantuan aku ler ! Hehehehe.. Apa guna jurulatih di sisi kan.. Bayar mahal tuuu..

Sewaktu di gym.. ada ramai rakan baru ..Ada sorang tu aku tengok terkial kial dok main satu alat tu.. Pastu aku pun tegur la.. Saja sembang kosong.. Tanya la tujuan datang gym.. Katanya nak cantikkan badan.. Hehehhe.. Ok la kan ?

Tetiba aku teringat ada satu gambar tu.. “ Kami tak nak Hulk. Kami nak lelaki normal ! “. Alahai… Siannya tengok tweet tu.. Takkan lelaki nak sadokan diri tak leh ? Nak biar je badan tu sekeping atau terboroi boroi ?

Kelebihan lelaki berbadan sado ni banyak.. Paling penting , ramai pasangan mereka rasa selamat bila berada di sisi ! Kaaannn ? Yang besar besar cam Hulk tu , tak ramai.. Bukan mudah nak besar gitu tau ! Disiplin dan training yang betul je boleh dapat gituuuu …

Buruk badan besar ? Ada yang nampak buruk.. ada yang nampak cantik ! Terpulang la pada nafsu mata tu melihatnya.. Yang penting hati mau baik kan ?

Bagi aku la.. dari lelaki dok lepak kedai kopi layan borak tak kira masa terutama lepas kerja tu , ada baiknya lakukan aktiviti sihat ! Sekurangnya dapat gak lepaskan stress di gym tu. Tak la balik rumah nak amuk amuk , kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Petang tadi , aku bawak Qhaliff ke Bionic Gym… Gym yang dah lebih 10 tahun aku berworkout ! Saja nak tengok apa dia nak buat … Hahahaha …

Sampai je sana .. memula , malu.. tapi selepas dah dipanaskan badannya , aku lak malu !

image image

Sepanjang hidup aku main besi, yg biasa terangkat besi tu !! Ni kali pertama aku tgk, kepala yg terangkat!!

image

Fuh.. lama gak dalam ni ! Aku rasa kalau sebulan gym ni .. pasti hasilnya mengagumkan !

Apakah begini ?

image

Hahaha.. Umur 21 tahun nanti , baru masuk gym hehhh.. Sebelum tu , tak yah.. Belajar rajin rajin .. Sado bila ‘berakal ‘ nanti.. Wat masa skang , biarlah membesar bagai johan jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Patut ler .. Asik dok pegang gusi dia jer .. Hahahaa .. Terlupa lak aku part ‘gigi’ ni ! Rupa-rupanya dah ada dua batang gigi dahh ! Hahahaha .. Sori sayangg.. Cekal sungguh anak dara sorang ni ! Perghhh ..

Patut orang kata anak no 2 ni , agak berdikari berbanding no 1 .. Aku anak no 2.. hehehe .. Nasib baik perempuan kan ? Kalau lelaki.. Hurmm…

Tak kisah la laki ke perempuan kan ? Janji sihat dah , kan ? Alhamdulillah !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Gara-gara berkawan ! Memang dia macam ni la perangai.. Kalau dapat kawan , terus nak ikut kawan tu balik rumah dia sekali ! Paling menarik , tau pulak kawan tu naik kereta manaaaa !!

Di rumah Mat Gebu.. Qhaliff dan anak Hafiz Rahim , Khair.. Main dan bergaduh adalah biasa bagi budak budak ! Hahaha.. Nama pun budak budak.. Kalau orang tua , main dan bergaduh .. itu luar biasa ! Sebab tu dipanggil macam budak budak je perangai !

image

Selesai makan.. Masa untuk balik ! Masing masing dah mula keluar dari rumah Mat Gebu.. Dan Qhaliff hilang dari sisi aku ?  Kat mana dia ??

Tu diaaaa.. Dalam kereta Hafiz Rahim ! Dia dulu masuk ! Siap duduk depan lagi haaaa ! Puas aku ajak keluar.. Tamooooo !! Pujuk pun tak jalan.. Kena guna kekerasan ! Meraung la awabnyaaa .. Hahahaa..

image

Dalam kereta aku .. terus diam.. Dapat mainan baru dari Sis Lin. Sis Lin bagi buku dan pen.. suka la diaa !! Huhuhhu.. Dapat la memandu dengan tenang , seketika !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

cover2

“Saya nak mula buat bekal untuk anak saya bila bukak sekolah nanti ”. Makanan kat kantin sekolah anak saya tu macam tak bersih, mahal pulak itu.

Itu adalah antara whatsapp yang banyak saya terima sekarang ini. Rasa berbunga-bunga dalam hati mendengar ramai mereka yang begitu prihatin dengan kesihatan anak-anak mereka.

Teringat pesan arwah mak saya dulu. Perkara pertama nak jaga tentang anak-anak ini adalah makan pakainya. Kena tengok elok-elok, jangan pandang remeh, besar kesannya bila anak besar nanti.

Tak ada idea nak masak untuk bekal anak anda? Dapatkan buku ini. Semoga buku-buku ini dapat membantu anda.

 

10 sebab kenapa anda perlu memiliki Buku Bekal ke Sekolah

  1. Buku ini adalah yang pertama berada di pasaran .
  2. Segala resepi didalam buku ini boleh diguna pakai untuk menu keluarga malahan boleh dijadikan menu untuk bekal bagi orang dewasa ataupun boleh dijadikan menu untuk berkelah.
  3. Kebanyakan resepi-resepinya adalah mudah dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati.
  4. Terdapat cara-cara penyediaan sos bagi memendekkan masa memasak.
  5. Buku ini memang mampu milik. Harganya hanya RM 15 sahaja
  6. Senang sangat nak beli buku ini. Boleh dibeli secara online ataupun terus dari saya. Klik sahaja di SINI. Anda juga boleh membeli buku-buku ini dari mana-mana kedai-kedai buku terkemuka.
  7. Setiap resepi didalam buku ini memaparkan gambar tentang cara penyediaan langkah demi langkah.
  8. Sarat dengan resepi dari negara-negara lain dan pelbagai tips tentang cara penyediaan menu. Anda tidak akan bosan mencuba resepi-resepi ini.
  9. Mengandungi idea tentang bagaimana untuk menghias bekal
  10. Terdapat resepi yang telah diolah sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan sayur.

 

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan buku-buku untuk bekal ke sekolah di sini .

- http://azianhasan.com/buku-idea-bekal-ke-sekolah -

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes