BEN ASHAARI



Selain kereta sewa di Kota Kinabalu. Kereta Sewa Langkawi adalah antara pilihan popular bagi pelancong yang ingin bercuti ke Langkawi. Soalannya adakah senang nak mencari kereta sewa murah di Langkawi? Di sini saya akan kongsikan tentang beberapa tips dalam memilih kereta sewa yang terdapat di Langkawi.

 
Pertama sekali pastikan Pulau Langkawi .. Apa yang perlu buat dan perlu hati-hati selain harga semasa kereta sewa yang terdapat di Langkawi. Bila anda dah tahu kadar harga semasa kereta sewa di Langkawi, senang lah sedikit untuk anda membuat keputusan.


Langkawi Jt Travel & Tours Sdn Bhd Menawarkan Perkhidmatan Kereta Sewa Murah Di Langkawi


Jika anda bercadang bercuti ke pulau Langkawi, sebelum anda boleh menghubungi Langkawi Jt Travel & Tours untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa murah di sana. OneHotel Helang , Langkawi .. ok ke ? Pengetahun anda. Jt Travel & Toursl Sdn Bhd adalah salah satu pembekal kereta sewa utama di Langkawi. Anda sekarang boleh menikmati kereta anda daripada perkhidmatan kereta sewa Langkawi yang murah. Harga terbaik di seluruh bandar tanpa sebarang caj tersembunyi.


Jt Travel & Tours Menawarkan Pelbagai Pilihan Kereta Sewa Terbaik Untuk Anda


Jt Travel & Tours berusaha untuk memberikan kereta yang terbaik untuk anda, bersih, kemas dan selesa untuk memenuhi keperluan kereta sewa anda semasa berada di Langkawi. Banyak tawaran Sewa Kereta di Langkawi, Dari kereta jenis model Perodua Axia, Myvi, Saga FLX, Iriz, Nissan Urvan (Van), Van Toyota Hiace, sehinggalah seperti Bas Persiaran untuk Group. Jadi untuk group leader yang nak bawa rombongan ke Langkawi bolehlah hubungi Jt Travel & Tours.

Dari Kereta Bajet Hinggalah Kereta Jenis Mewah Ada Di Jt Travel & Tours


Kalau nak Kereta paling murah, sudah tentulah Perodua Viva, Axia / Myvi lebih ekonomi bagi yang couple, dan keluarga yang kecil. Kalau datang Langkawi 4-5 orang better guna saya sarankan anda ambil kereta Saga atau pun myvi 1.3 ke atas. Untuk jimat dan keselesaan pemanduan bukannya apa nak letak barang yang shopping banyak-banyak dengan beg pakaian lagi . Untuk yang berkumpulan atau family yang besar bolehlah guna Van Nissan Urvan atau Van Toyota Hiace kalau dak pun boleh guna Mpv Toyota Avanza atau Innova. Pilihlah yang sesuai dengan keselesaan percutian anda disini.

Boleh Buat Tempahan Kereta Sewa Secara ONLINE Di Jt Travel & Tours Sdn Bhd



Jt Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan sistem tempahan on-line yang membolehkan anda membuat tempahan pelbagai kereta pilihan anda dengan mudah dan tidak kira di mana anda berada. Anda akan disambut dengan staf cemerlang Jt Travel & Tours untuk memastikan hanya pengalaman perjalanan yang indah semasa anda di Langkawi.

Senarai Harga Kereta Sewa Di Langkawi

Berdasarkan pemerhatian saya setakat entri ini ditulis, harga semasa beberapa kereta sewa yang popular di Langkawi adalah seperti berikut : 

  • Harga sewa Proton Viva bermula dari serendah RM50
  • Harga sewa Perodua Myvi bermula dari serendah RM60
  • Harga sewa Nissan Axia bermula dari serendah RM60
  • Harga sewa Nissan sentra bermula dari serendah RM60
  • Harga sewa Toyota Vios bermula dari serendah RM70
  • Harga sewa Perodua Alza bermula dari serendah RM80
  • Harga sewa Honda City bermula dari serendah RM90
  • Harga sewa Toyota Hiace bermula dari serendah RM150
Untuk mendapatkan sebut harga jenis kereta lain anda boleh terus hubungi pihak Jt Travel & Tours. 

Sebelum Anda Memilih Kereta Sewa Di Langkawi Pastikan Anda Lakukan Perkara Seperti :

1. Booking Awal Kereta Sewa

Mesti anda tertanya-tanya mana yang lagi elok, tempah kereta sebelum pergi ke Langkawi atau pilih sendiri di kaunter? Bagi saya, saya lebih suka untuk tempah sebelum pergi bercuti sebab banyak sikit pilihan kereta yang boleh dipilih. Memandangkan harga semasa kereta pon dah tahu, maka takdelah nanti kita bayar harga yang overprice. Kalau baru nak pilih di kaunter, khuatir pilihan kereta dah tak banyak.

2. Double Check Keadaan Kereta Sewa Sebelum Memandu


Selepas anda dah membuat pilihan kereta, pastikan anda periksa dahulu keadaan kenderaan sama ada terdapat kesan kemalangan atau calar. Dikhuatiri sekiranya anda tidak periksa keadaan kenderaan dihadapan pengusaha kereta sewa, sekiranya terdapat kesan calar atau kemek pada kereta semasa anda memulangkan kereta, mungkin anda akan dipersalahkan dan terpaksa membayar ganti rugi.

3. Pulangkan Kembali Kereta Sewa Mengikut Tempoh Yang Ditetapkan




Tips yang ketiga pastikan anda memulangkan kereta pada masa yang ditetapkan kerana ada bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya anda terpakai kereta melebihi masa yang dibenarkan.

4. Beritahu Waktu Ketibaan Anda 

  
Tips yang keempat adalah bagi sesiapa yang menempah kereta sewa sebelum bertolak ke Langkawi. Pastikan anda memaklumkan kepada pengusaha kereta sewa yang telah anda pilih mengenai maklumat ketibaan anda. Kalau tidak anda mungkin terpaksa menunggu lama kereta sewa anda. Disini saya kongsikan Patut ramai gila bila sampai Idaman Suri , Langkawi.


Penyenggaraan Pencegahan Akan Dilakukan Pada Setiap Kereta Sewa Di Jt Travel & Tours


Jt Travel & Tours mengawal semua kereta dan utiliti secara berkala untuk memastikan anda akan mendapat tahap tertinggi Keselamatan dan prestasi mekanikal yang tepat. Pada akhir pajakan anda mempunyai pilihan untuk membeli setiap unit dan armada jika perlu kepada nilai - nilai yang berbeza. Pembetulan diberikan suatu kontingensi atau separa pecah atau utiliti kenderaan, anda mempunyai sejumlah perkhidmatan penyenggaraan pembetulan. 

Bantuan 24jam Khas Untuk Pelanggan Kereta Sewa Di Jt Travel & Tours 

 

Berita baiknya ialah, dalam Penyewaan Kereta di Jt Travel & Tours menawarkan telefon bantuan 24 jam. Anda akan mendapat sokongan dari kakitangan khusus untuk penjagaan kekal untuk segala keraguan anda. Mereka akan memaklumkan dan menguruskan keperluan yang anda perlukan. Tidak kira di mana anda berada, anda akan sentiasa dilindungi. Mereka mengambil berat untuk menyediakan bantuan mekanikal mana - mana sahaja sekitar Langkawi supaya anda boleh menikmati tanpa sebarang masalah tunggal. 

Jt Travel & Tours Menawarkan Kereta Sewa Murah di Langkawi dari RM 40/Sehari


OneHotel Helang , Langkawi .. ok ke ? Kereta sewa atau pengangkutan yang hendak digunakan semasa berada di langkawi. Jt Travel & Tours membantu anda ingin mendapatkan kereta sewa dengan harga yang sangat sangat SANGAT berbaloi pada hari bukan cuti sekolah ataupun cuti sekolah. Tawaran ini bermula dari RM40/sehari. Anda kini boleh menikmati kenderaan peribadi anda sendiri dengan perkhidmatan kereta sewa berpatutan Jt Travel & Tours di Pulau Langkawi. Anda hanya perlu membayar kos sepertimana yang tertera di laman web Jt Travel & Tours. Tiada lagi kerisauan mengenai caj yang tersembunyi.

Staff Jt Travel & Tours Mesra Pelanggan

Dengan sistem tempahan dalam talian kami yang cekap, anda boleh menempah model kereta pilihan anda tidak kira dari mana sahaja lokasi anda berada. Anda juga akan disambut dengan kakitangan kami yang mesra dan komited untuk memastikan pengalaman perjalanan anda hanya yang terbaik ketika bersama dengan kami.

Adakah anda tahu mengapa lebih dari 3000 pelanggan menyewa kereta dengan Jt Travel & Tours ketika berada di Langkawi?
  • Buat tempahan secara terus dengan pembekal sewaan kereta seperti Jt Travel & Tours untuk menikmati kadar dan perkhidmatan yang terbaik.
  • Majoriti kereta sewa Jt Travel & Tours tidak kurang daripada empat tahun, seterusnya memberikan jaminan kepada anda bahawa anda akan sentiasa mendapat kereta yang baru dari Jt Travel & Tours.
  • Jt Travel & Tours boleh menjemput anda di destinasi yang paling mudah untuk anda. Pilih daripada lokasi pengambilan dan penghantaran utama.
  • Selain daripada menyediakan anda kereta yang berkualiti, Jt Travel & Toursjuga menyediakan perkhidmatan premium kepada pelanggannya.
  • Jt Travel & Tours berbangga dengan pencapaiannya sepanjang tahun, Jt Travel & Tours berkhidmat kepada pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati sejak 2011.
  • Jt Travel & Tours tidak menambah kadar caj Jt Travel & Tours untuk bayaran komisen dan perbelanjaan tambahan. Oleh itu, Jt Travel & Toursdapat memberi kadar yang terbaik.

Terma dan Syarat menyewa kereta di Jt Travel & Tours Sdn Bhd :



Lihat Feedback Pelanggan Dari Jt Travel & Tours Sdn Bhd :




Booking Kereta Sewa Anda Sekarang Di Langkawi Jt Travel & Tours Sdn Bhd (Kereta Sewa Langkawi)


Semoga anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa murah di langkawi yang Jt Travel & Tours tawarkan. Mention “ProfHariz” untuk harga diskaun.

Whatsapp : +6012-4777579 | +6013-3455599
Facebook : https://www.facebook.com/langkawijt/
Website : http://langkawijttraveltours.blogspot.com/





Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Teringat zaman aku sekolah rendah satu tika dulu. Ada seorang guru Matematik membunuh minat aku terhadap Matematik gara gara lempangan dari dia ! Sejujurnya aku minat Matematik tapi disebabkan dia , minat aku terus mati ! Bukanlah aku anak manja pun. Di rumah , kena je sebat ngan rotan dan tali pinggang tapi perlu anda tahu , pelajar sekolah ni memandang tinggi guru guru ni. Mereka cukup takut dan segan dengan cikgu. Tapi apa yang buatkan mereka bersikap kurang ajar dengan cikgu ? Mesti ada sebabnya , kan ?

Sekolah menengah aku , adalah sekolah yang tergolong dalam senarai hitam.. ketika tu. Pelbagai masalah disiplin ada ketika tu. Cukup menakutkan. Tapi aku berjaya lalui tanpa sebarang rekod hitam. Kecuali ada beberapa insiden yang membuatkan aku benci pada beberapa orang cikgu ! Aku tak benci pun guru disiplin mahupun Pengetua. Walaupun aku beberapa kali keluar masuk bilik pengetua dan dirotan di bontot. Aku tak marah pun mereka. Yang aku marah dan benci ialah guru yang memanggil aku bodoh ! Sampai sekarang aku ingat muka dia ! 

Qhaliff , hari ni...hurm.. keluar dari kelasnya dengan muka masam. Longlai langkahnya. Aku tanya kenapa? Tiba tiba ada budak perempuan lalu. Comel gitu. Dia bersuara..

"Dia pemalas. Tak bawak buku.". Pergh.. suaranya macam makcik makcik bawang ! Hahaha..

Aku pandang Qhaliff. Dia kelihatan malu bila kawannya kata begitu , di depan ayahnya sendiri !

"Ibu tak letak buku Pendidikan Islam dalam beg. Cikgu marah. Cikgu kata Qhaliff pemalas."

Aku usap kepala dia. Senyum. Ujian untuk aku. Apakah perlu aku bersuara di dalam grup whatsapp? Katanya di tahap 1 ni nak membina siasah murid murid. Dan ianya bermula dari didikan agama. Jangan cakap la mak bapak di rumah kena didik. Perlu tau , anak anak ni lebih 'takutkan' guru dari mak ayahnya. Jangan sampai mereka hilang hormat pada guru. Aku pernah tengok sendiri apa jadi bila murid hilang hormat pada cikgu. 

"Dah jom.." ajak aku. Perlahan pengerakkan dia. Aku tau dia camana. Sedih bila kena marah lebih lagi jika bukan salah dia. Teringat aku di sekolah menengah dulu. Bila murid tak bawa buku tulis , disuruhnya salin guna kertas kosong. Takda la pulak dikatakan malas. Bukan apa.. kata guru tu doa. Jika ditanam dalam benak murid tu , dia tu pemalas.. maka tiap kali masuk subjek tu dia akan tak berminat. Melainkan cikgu tu kembali mencuri hatinya semula. 

Bila berkata sesuatu yang negatif pada murid , kena bijak untuk cover balik dengan kata kata semangat. Kenapa dan mengapa... kesannya jika diamalkan sikap begitu pada masa hadapan. Nah , murid murid sekarang bukan seperti zaman dulu.. Mereka dah diajar berfikir di luar kotak.

Teringat aku ketika nak menduduki SPM. Aku tak minat subjek Sains. Cikgu yang ajar pun tak menarik minat aku. Heee.. Ada sekali tu, aku kena marah. Terus sentap dan buat bodoh kat dia. Selepas tu , dia panggil aku ke bilik guru. Di situ , dia cakap baik baik dengan aku. Cair hati aku. Hahahaa... Pastu dia bagi aku buku Sains dia untuk aku jadikan rujukan. Yer , sampai sekarang aku ingat muka dia dan aku ingat caranya ketika aku mengajar di sekolah. Konsep dia , aku guna pakai dan ianya berguna !

Dalam kereta, dia masih senyap. Mencari idea untuk menceriakan kembali diri dia. Bukanlah nak kata anak aku ni baik mana atau bijaksana tapi sebagai ayahnya , aku tau kemampuan dia. Takda masalah untuk ke sekolah dan buat je kerja rumahnya. Jika ada yang tak kena , grup whatsap kan ada. Carilah mak bapaknya dan khabarkan pada mereka. Jangan kata 'macam la kita ni banyak masa nak buat semua tu' ! Jika kita ada rasa tanggungjawab pada anak murid kita yang kita anggap macam anak kita sendiri maka, semua itu bukanlah alasan untuk melakukannya. 

"Qhaliff.. Daddy dulu pun banyak kali tertinggal buku. Kena marah ngan cikgu" pujuk aku.

Terus dia ceria.

"Betul ke??? Kena rotan tak?" tanya dia seraya ketawa.

" Banyak kali.. kena kat bontot. Sakit wooo " jawab aku.

" Daddy nangis tak ? " tanya dia

Aku tersenyum.. Terus aku call wife untuk bertanyakan pasal buku latihan Pendidikan Islam Qhaliff tu. 

Maaf... aku bukan back up anak aku tapi sekadar nak bagitau... Jika ada cikgu yang terasa dengan entri ni , rasanya baik check balik ego di dalam diri tu. Apa salahnya sesekali turunkan rasa ego tu. Aku tau camana sebab aku dulu pun dah bergelumang dengan rakan rakan bergelar cikgu yang mana sekarang ni dah pun berpengalaman belasan tahun mengajar. 


Teringat kata seorang rakan aku... Mendidik dan mengajar adalah berbeza. Jika nak jadikan manusia itu seorang yang berguna , mulakan dari mereka kecil. Didik mereka. Jika berjaya ,  tak sukar untuk mengajar mereka dah ! 

Wife tanya aku.. perlu ke dia mesej cikgu dia tu ? Tak perlu. Biarlah Qhaliff belajar mengenal erti kehidupan. Tak semuanya manis di depan mata kita. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Kes guru merotan murid akibat kurang ajar ni pernah berlaku pada aku satu tika dulu. Waktu tu aku menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah. Ketika aku sedang belajar , ada 2 orang murid bermain sesama mereka. Tidak menumpukan perhatian.  Amaran diberikan. Tidak lama kemudian dia buat lagi. Kelas terganggu. 

Aku rotan tangan mereka. Perlahan je pun. Aku sedar aku sapa. Sekadar untuk peringatan dan ajaran. Bukan menyakiti mereka pun. Kemudian aku membebel dalam kelas. Nampak tak sapa yang rugi ? Seluruh kelas rugi satu masa.

Esoknya.. aku dipanggil Guru Besar. Ada parents nak jumpa. Di dalam bilik tu , aku dimaklumkan punca aku dipanggil. Parents tu nak saman aku sebab rotan anak dia ! Aik ?? Punca dirotan taknak tau ke ??? Dia ingat anak dia dalam kelas bagus sangat ? Dan aku pulak tak dibela. Aku rasa cam.. hurmm.. Tak pe la. Ini pertama dan terakhir. 

Apa yang berlaku selepas tu ? Aku masuk kelas mengajar tepat pada waktunya dan keluar pada tepat masanya. Korang nak main , nak buat kerja..nak bising .. lantak korang la ! Aku buat kerja aku. Hujung bulan , dapat gaji. Korang leh suruh mak bapak korang antar gi tuisyen. Duit banyak kan ? Haa.. aku tak nak stress! 

Yer.. aku dapat penyakit Hypertension bermula dari situ ! Minat aku untuk mendidik anak bangsa aku, mati ! Apa guna aku beria nak mengajar dan mendidik pun ? Namun mereka yang berminat , tidak aku ketepikan. Aku turut mengajar kelas hujung. Di kelas tu, mereka benar benar ingin belajar tapi sayangnya mereka ada 'kekurangan' dan sejujurnya , mereka ' mengajar' aku erti kehidupan dan bersyukur. Sebagai timbal balas, aku pastikan mereka boleh membaca dan mengira sebelum aku keluar dari sekolah tu. 

Tawaran jadi guru tetap tu ada. Tapi rasanya aku tak layak menjadi guru. Berminat tapi bukan di zaman ni. Kes yang viral semalam , disebabkan murid yang tidak berdisiplin. Kurang ajar. Memang ramai murid gini. Tak hormat  guru. Kesabaran pun ada batasnya tapi sebagai guru , kesabaran memang perlu lebih dari batasan. Bila jadi seperti itu , bawa je murid ke bilik Pengetua dan serahkan saja pada mereka untuk diambil tindakan. Guru Disiplin bukan seperti zaman aku dulu. Dia lalu je , kelas yang bising terus jadi senyap sunyi. Ketakutan masing masing. Sekarang ? Kau rotan aku eh ? See u in court ! 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Mula mula aku tak paham bila rakan perempuan FB komen mengenang telekung tu..

" Kesian. Telekung dah digantung. "

Hurm... Apasal dia kata kesian lak ? Serius aku tak tau... Pastu ada lagi komen. Kali ni dari rakan lelaki lak komen. Dah apasal diorang tumpu pada telekung. Hurmm.. Apa kes ni ? Tergaru garu ketiak aku dibuatnya. 

Tiba-tiba.. Hurm , takkan kot ?? 10 tahun kawin , tapi aku tak tau pasal ni ???? Aku dapatkan kepastian petang nanti. Tunggu wife balik kerja , baru aku bertanya. Malas nak bertanya di Whatsapp. Panjang dialongnya nanti. 

" Solat dah ? " tanya aku. Dia pandang aku dan senyum. 

" Aaaa.. patutlah ! " jawab aku. Dia tanya kenapa ? Aku senyum kembali pada dia dan keluar dari bilik.  Termalu abam ni haa ! Hahahahaa..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Dua hari cuti ni , aku tak bawa anak anak pergi beraya. Sekadar habiskan masa di rumah. Agak kemalasan untuk keluar setelah melihat kesesakkan jalan raya yang dikatakan berpunca dari 'open house'. Dan satu lagi , malas nak bagi orang mengata aku laki bini tak reti didik anak di rumah orang.

Lagi pun , Sabtu tu aku ada kerja di luar. Maka wife jaga anak anak di rumah lak. Petang tu, aku lihat anak anak kebosanan di rumah. Awalnya , aku nak ke gym tapi aku tukar plan. Aku ajak anak anak aku gi jogging di sekitar kawasan perumahan aku. 

Masing masing teruja dan gembira. Akhirnya dapat jugak keluar rumah. Aariz , tidak aku bawak. Kalau bawak dia , sah sah aku kena dukung jer. Huhuh.. Penat wehh ! Nak kena panjat bukit sambil dukung anak ? Fuhhh... best tu memang best tapi bukan di tepi jalan sambil nak jaga 2 lagi anak ! Kang aku terlepas pandang lak.


Hari Sabtu... selesai ! Zahra kepenatan.  Mengeluh kaki dia lenguh. Heehe.. tak pernah bersenam, gitulah !  Walaupun gi kelas berenang , berlari menaiki bukit ni bukanlah mudah juga terutamanya jika tak pernah lakukannya.

Dan hari Ahad , Zahra tarik diri. Aku ok jer. Memang penat jika tak pernah. Qhaliff dengan falsafahnya.. " Don't give up ! ". Dia masih nak ikut aku. Sambil 'berlari' anak di tepi jalan tu, aku tunjukkan beberapa perkara penting. Antaranya... 

  • Berlari atas garisan putih atau jangan lebih dari garisan putih tu. Pastikan berlari bertentangan arus untuk pastikan kedudukan kenderaan agar kita dapat jaga keselamatan kita. 
  • Kebersihan alam sekitar. Pembuangan sampah oleh 'monyet-monyet' di tepi jalan sangatlah mendukacitakan. 
  • Mengenal alam sekitar. Belajar mengenal burung , monyet  dan juga tumbuhan yang sedia ada di sekitar. Juga belajar menepuk nyamuk di badan. 




Alhamdulillah... dia amat sukakan aktviti dia dua hari tu. Sememangnya memenatkan hingga hari ini , Isnin dia ponteng sekolah ! Grrrrr !!
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Nahh... ketika masuk ke Mr.DIY , sila suruh anak anak pilih je apa yang diinginkan. Suruh juga si isteri pilih apa saja barangan yang diperlukan di rumah. Pastinya si dia akan tersenyum lebar. Begitu juga ketika berada di dalam pasaraya untuk mencari barangan keperluan harian. Fuh , amik la barang barang makanan basah atau kering , untuk kegunaan sehari hari. 

Dan ketika di kaunter , suruhlah anak anak bermain di luar , ketika wife sibuk mengeluarkan barangan dari troli. Haaa , ketika ni lah masa yang cukup sesuai untuk 'menyelamatkan' diri. Dalam kes aku di Mr.DIY tu , wife kelihatan 'cuak ' mencari aku di kiri dan kanan. Yer aku tau apa dalam kepalanya..

" Aikk.... dah hilang ??? Siap dia !! ". Tapi aku tak kisah. Hahaahha... Kenapa tak kisah ? Sebab aku sekadar nak menyorok seketika. Kemudian aku pergi dan hulurkan kad debit padanya. Amatlah kejam untuk meminta dia membayarkan semua tu walhal kita yang suruh amik barang barang tu. 

Tips ni sekadarlah untuk menceriakan suasana. Jangan stress stress ketika keluar bersama anak isteri. Kalau kita boleh senyum ketawa riang bersama rakan rakan , takkan la dengan anak anak nak muka masam garang gitu kan ? Huhu...
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes