Sepanjang aku berblog ni , pelbagai ragam manusia aku jumpa.. termasuk ragam aku sendiri laa.. hehe.. Ikhlas berblog ? Berapa ramai yang ikhlas ? Aku sendiri , berblog kerana tau berblog mampu memberi pendapatan sampingan ..
Tapi janganlah sampai jual maruah semata mata nak bukak mata seseorang untuk naikkan blog kita .. Dari seorang yang menutup aurat , dibukanya aurat.. Kalau bukan merokok terus jadi perokok semata mata nak tunjuk kita ni blogger yang open minded..
Malulah ... Berapa sangat kita boleh dapat sampai sanggup gadaikan maruah ? Tu baru kecik je.. Ada yang sampai sanggup biarkan diri dipegang oleh 'mereka' yang bukan muhrim mereka sendiri tu camana ? Hanya semata mata nak tackle 'mereka' untuk mendapatkan rezeki ?
Itulah cara blogger mendapatkan nama ? Itulah dikatakan berdiri atas kaki sendiri ? Aku .. mungkin ada yang nampak aku hina kerana mempergunakan blogger .. Tapi kalau dia bukak mata , dia tau .. blogger ni umpama rantai besi.. Bila bersatu , lebih kuat dan mantap ..
Pilihlah mana satu .. Berdiri seorang diri atau .... Bagi aku , blogger perlu bersatu .. tiada apa yang perlu dibuktikan sapa bagus sapa yang lebih bijak ..
Suara blogger adalah suara individu.. Bila bersatu , maka lebih padu !