Tertinggal beg sandang yg penuh dgn gadget aku kat RNR Gua Musang .. Cmana leh tinggal ? Hurm .. cuai !
Ni dok tunggu polis tolong checkkan lepas buat report .. Kalau ada rezeki , ada laa ..
Hurm .. maghrib ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Tertinggal beg sandang yg penuh dgn gadget aku kat RNR Gua Musang .. Cmana leh tinggal ? Hurm .. cuai !
Ni dok tunggu polis tolong checkkan lepas buat report .. Kalau ada rezeki , ada laa ..
Hurm .. maghrib ..
Kalau gi mana mana tandas perempuan , pasti beratur panjang .. hehe.. Tandas lelaki ? Hehe .. sat je ?
Kenapa begitu eh ? Jawapannya , hanya perempuan saja tau atau aku kena nyamar utk mengetahui apakah yg sebenarnya berlaku di dlm tandas wanita .. Er, nk mampus ??? Hahaha ..
Merokok di tempat awam yg terbuka terutama tempat makan tanpa amik kisah langsung kesihatan orang lain termasuk bayi.
Nak kata takde otak , berpelajaran pulak. Nak leter lebih , malas ! Macam macam alasan diaorg beri . Apakata amik anak sendiri tu , pastu letak kat ekzos lori diesel .. Macam tu laaaaaaa aku rasa !!
Aku panggil Ayah Tua. Umur dah hampir 100 tahun. Penyakit tiada .. Rajin ke surau walaupun terpaksa dipimpin .. Ingatan masih sangat kuat... Kenal cucu cicitnya lagi ..
Rahsia dia ? Dok kg dan rajin berkebun serta beribadat .. hehe ..
Saja amik gambar Qhaliff dgn moyangnya agar dia ada kenangan bersama. Jangan mcm aku .. Takde gambar .. huhu ..
Skang kat Gua Musang .. berenti regangkan badan .. Dan Qhaliff , tidur ajaaa deh ..
Bersiap nak balik KL dah .. Tak tau lagi bila nak balik Kelantan sbb pasni wife bizi dengan kerja . Maklumlah kena audit sana sini .. Pasni kalau balik , cofirm dah tumbuh gigi dan reti cakap skit dah .. Pelat pon pelat laaa .. Janji bahasa melayu dari bahasa jerman .. haha ..
Plan nk lalu Terengganu . Saja saja tenangkan fikiran dengan lalu kawasan pantai .. Datang dah lalu kawasan hutan. Balik nak tengok laut terbentang luas. Leh daddy dapat idea update blog kan ? Dan seperkara lagi , nak makan sata n kepok losong .. hehehe ..
Doakan perjalanan kami selamat yer .. Terima kasih dan ampun maaf dari kami sekeluarga ..
Ni geng wife yang bukan terdiri dari bini bini ku gengster tetapi bini biniku yang berjaya ! Alhamdulillah .. Antara contoh isteri yang patut dicari , mereka inilah .. Hehe.. bukan puji kosong tetapi realiti ..
Kejadian ini berlaku pada raya korban kedua ari tu .. Aku dan wife serta Qhaliff g turut sama ke sana . Ikutkan perjanjian mereka suami tak leh nak ikut . Maklumlah , mereka nak buat parti tupperware dan risau laki bosan .. Aku tak bosan pon sbb duk umah sepanjang hari , sepanjang minggu itu lebih membosankan … hehe .. Suri rumah berjaya la katakan aku ni .. Nasib baik ada Qhaliff .. ilang terus bosan aku ..
Apa yang menyeronokkan bila berkumpul begini , segala kenangan kembali menjelma terutama masa sekolah dulu . Ada yang nakal , ada yang terlalu lurus dan macam macam lagi. Bila berkumpul semula dengan masing masing punya kerjaya tersendiri pastinya lebih banyak cerita nak diceritakan tanpa perlu ada rasa malu atau bangga diri ..
Itu perempuan .. Kalau geng lelaki lak kumpul ? Heheh .. Geng aku ? Hehehe .. Entahlah .. Hahahaha .. Baik aku kumpul ngan geng Qhaliff ..
Manusia .. Bila di puncak , keji .. Bila tergolek , diketawakan .. Membantu , jauh sekali ..
Meraung camana pon , bagi kat daddy dia .. Zassss .. lenaaa … Memang nak cari dada daddy yang empuk ni gak kan ? Hehehe ..
Gitulah Qhaliff bila di Kelantan .. G mana mana , dia tak nak tidur bila didukung .. Bila kat tangan daddy dia , terus menguap dan .. zzzzzz.. Senang gitu .. hehe ..
Tapi bila dah tidur gini ,berat dia leh jadi 2 kali ganda dari berat asal dia … Haa.. Confirm sakit belakang punyaa .. huhuh … Tapi tak mengapa , daddy tak mengeluh sebalik daddy likee 2,000 hp ! hehehe ..
Gambar ni sewaktu petang tadi g Econ Jaya , Kok Lanas . Orang tak ramai masa ni .. hehe.. Beli mainan untuk Qhaliff antaranya tukul hakim untuk babap mummy .. hehe ..
Lama dah aku dok dengar pasal kesedapan Mee Kg. Pek ni .. Dan akhirnya , hari ni baru aku berpeluang merasainya .. Tapi tak pasti la ini yang ori ke yang palasu sbb ada byk versi .. Tapi aku kisah laa.. Selagi tertera Kg.Pek , aku g slalu .. hehe ..
Ada dua jenis .. Mee kuah dan mee goreng. Aku ingat nak try dua dua tapi risau wife ingat aku ni T-REX yang masih hidup di zaman ni .. Untuk cover line , aku order je yang kuah. Nak tau kuah sedap ke tak ..
Hurm.. sepinggan berlalu .. Aku ceduk lagi sesenduk .. Selesai .. tambah sesenduk .. Ok … Aku bagi kesimpulan la senang kan ? Tolak tepi mak kita punya masakan , mee kg pek ni mmg sedap laa ..
Rasanya pon ada macam mee bandung atau mee udang .. Lebih kurang gitu gitu la.. Perbezaan tetap ada tapi yang penting , ianya tetap sedap ! Camana aku tau sedap ? Sebab Qhaliff terliur tengok aku makan ! Hahahah ..
Aku memula tak faham la menda pek pek ni .. Tapi bila aku cuba fahamkan ayatnya , baru aku faham .. Yang selalu guna , mak mertua aku la .. Tapi dia sebut penuh kesopanan dan perlahan je gitu .. hehe ..
Dan tadi , sewaktu merayau di Wakaf Che Yeh .. aku disapa oleh sorang makcik ni .. Dia pon dok dukung baby..
“ Berapa bulan ? “ , makcik tu tanya.
“ Ne bule .. Nak masuk 7 doh .. “. Perghhh .. aku tera nak kecek Klate la konon tapi makcik tu balas dengan bahasa luar ! Amboi .. Aku pulak yang lebih.. Hahaha ..
“ Minum susu apa ? Nampak besar sungguh .. “ , makcik tu nak cam nak bermanjaan dgn aku lak.. Auww .. hahaha ..
“ Susu dada jer .. “ , jawab aku . Tapi mulut aku nak je tersasul kata gini ..
“ Dok isap pek je makcik .. “ . Tapi aku tak berani . Kang tak pasal aku kena tampar ! Hahahahha ..
Pastu dia pon sambung borak hinggalah wife mai tegur .. Dia ingat sanak sedara aku belah Kelantan .. Tu sibuk mai.. Kalau tau aku kena ngorat , awal lagi dia mai sembang skali .. Hahahah ..
Tiba-tiba makcik ni lari ! Aku pandang dia dengan penuh tanda tanya. Awat makcik ni ? Nak pek kan cucu dia ke ? Hahaha ..
“ Kilat dik !! “ . Dia jerit . Aku pandang ke langit. Cerah je cuaca dan aku terperasan , ada kedai belakang dia pasang lampu mentol putih yang sangat cerah. Aku mampu ketawa dalam hati . Mesti flash dari lampu tu yang buat dia rasa seperti nampak kilat. Hahaha .. Sabo je laa ..
Sebelum tu makcik tu kata , baby menyusu badan ni bagus.. Dengar cakap mak dia .. Hehehe …
Memandangkan jenayah terlalu mengarut sudah dlm negara kita, aku ingat nak beli je pisau n letak dlm kereta .. Cari gak pump gun atau AK49 tp tak de .. hehe ..
Amacam ? Perlu tak beli pisau ?
Kuat benar aku makan daging kat Kelantan ni .. Sup daging , daging masak kunyit , daging masak kicap dan macam macam lagi resepi .. Kalau dulu la kan , seketul daging je aku makan , pasti terus sakit kepala berdenyut denyut ..
Alhamdulillah skang ni walaupun sesekali kena sakit kepala dan tekanan naik berbanding dulu setiap minggu aku pasti kena gara gara tekanan kerja ..
Macam macam ubat tradisional aku cuba tapi kebanyakkannya adalah daunan dan skang ni aku amalkan dua jenis je iaitu kulit kayu manis dan daun misai kucing ..
Dan skang ni , selamba je aku makan daging .. Bukan seketul dua tapi banyak wooo .. Alhamdulillah .. Aku rasa punca utama adalah tekanan kerja dan skang ni aku dah buat kerja sendiri , maka tekanan tu berkurangan 80% ! Hehehe .. I loikeee … Terima kasih juga pada wife dan keluarga kerana memahami .. hehe ..
Lega giler .. Walaupun setau aku penyakit darah tinggi ni takkan hilang , tapi sekurang-kurangnya terkawal gak la .. hehe ..
Bukan kartun tapi apa saja yang menarik perhatiannya , dia layan .. Kat rumah Tok Ma dia ni , tv asyik di rangkaian Oasis je .. Lain cenel , mmg pasti kena tanya kat Tok Ma .. hehe ..
Nanti besar , tak nak galak dia tgk tv sangat .. Macam mak dia dulu laa .. Memang kena ‘gari’ jer dari tgk tv berbanding ayah dia .. ahaha .. Ayah dia tak dapat tgk tv , mmg memberontak .. tapi kesannya ? Hhehehe ..
Namun dari segi kreativiti , ayah lagi kreatif berbanding ibunya sbb ayah byk tgk tv ! Haaaa .. hahaa. Jangan Qhaliff guna alasan ni dah ler ..
Begitulah nasib bas sekolah yang telah menyara keluarga aku selama ini .. Bersaiz bas mini dengan usia dah pun menjangkau 25 tahun tetapi senantiasa g inspection PUPASKOM dan lulus tetapi mak aku bagitau permitnya tak dapat disambung kerana usia bas tersebut !
Aik ? Ari tu dalam bajet 2013 ada bagitau yang bas sekolah takde yang dilupuskan tetapi ni apa ceritanya ?
“ Kerajaan mengambil berat akan keselamatan anak-anak yang menaiki bas ke sekolah dan pemandu-pemandu bas berikutan kualiti segelintir bas sekolah yang kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan pengusaha bas sekolah tidak dapat menampung beban kos penyelenggaraan yang semakin meningkat sedangkan sebahagian besar bas yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi.
Untuk itu, Kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi pertamanya, pemberian rebat tunai 10 ribu ringgit dan subsidi kadar faedah 2 peratus ke atas pinjaman penuh untuk menggantikan bas sekolah lama berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru yang berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk. Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN ditawarkan untuk tempoh permohonan 2 tahun bermula 1 Januari 2013. “
Kena beli bas baru ? Atau terpaksa bersara selamanya ? Nak beli bas baru , perlu buat pinjaman.Bas sekolah lak bukan harga kacil second hand ! Bukan tak boleh buat pinjaman tapi bila buat gitu bermakna yuran bulanan terpaksa dinaikkan dan ini akan membebankan pengguna . Kalau tak buat gitu , camana nak hidup kan ?
Kalau fikirkan soal keselamatan pelajar , ada banyak bas sekolah terutama di KL ni .. Yang ada permit dan tak de permit.. Yang selesa dan kurang selesa. Segalanya kena bayar ! Yang kebanyakkan orang kita nak, selesa tapi murah ! Perghhh …
Seperkara lagi , semakin banyak bas sekolah tanpa permit muncul. Bila laporan dibuat kepada JPJ, yang jadi sasaran adalah bas sekolah yang ada permit ni ! Yang takde permit ni asyik dok terlepas.
Disebabkan arahan lupusnya bas sekolah pertama milik orang tua aku ni , mereka akan hentikan bisnis mereka ini dan ini bermakna 3 sudah pengusaha bas sekolah berbangsa melayu tutup kedai ! Tahniah !
Bukalah mata .. Yang jadi pengusaha bas sekolah ni bukan dari golongan profesional atau yang punya pendidikan tinggi.
Akhir kata la kan … PI MAI PI MAI TANG TU GAK ! Yang makin kaya , semakin kaya ..
Ada sorang rakan di Twitter bertanya kat aku samada aku pernah lakukan seperti dalam gambar di atas ..
Opkoss ler pernah .. Lebih lebih lagi bila dia tak nak tidur dan asyik nak suruh aku dukung dan kebetulan lak , ada idea masuk dalam kepala aku .. Jadi , inilah skill yang aku akan buat .. Hahah ..
Skang ni belum dapat kaki orang kata .. Tunggu bila dah reti nak berjalan , haaa .. Masa tu , siap laaa.. kot kot laptop gantung kat leher haaa ..
Nampak mudah kerja dari rumah .. tapi cabarannya tetap ada dan mmg mencabar ! Hehe.. Emosi pon kena jaga wooo ..
Berpusing pusing dah skang ! Dan pantang tersentuh tikar tu haa.. Jari dah terus macam wolverine ! Mencakar cakar .. Kaki ? Jangan citer ler.. Dan pandai mengeletiss !! Bersantai betul skang anak teruna aku nehh ..
Tapi camana pon kan .. Kalau jalan mana mana , dia takkan tidur selagi aku tak dukung dan dodoikan dia .. Maksud aku bila g mall ke … Dia takkan nak tidur walaupun mengantuk . Bila aku dukung , terus lena diaaa ..
Dah biasa kan ? Bagus laa… nanti dengar cakap ayah dia bila dah besar.. Tamo degil degil ..