Bukan tak pernah dapat tawaran lumayan gini untuk buat review tapi kali ni lain skit .. Tawaran ni dilakukan oleh syarikat yg mana produknya menjadi buah mulut orang ramai yang pernah menggunakannya ..
Aku sebenarnya lebih suka melalui dengan pengalaman sendiri berbanding dengar dari mulut orang lain walaupun ada kebenarannya ! Utk kes begini , aku pernah ada kawan juga yang pergi dapatkan rawatan. Memang gile mahal laaa tapi tak berkesan ? Kenapa ? Sebabnya takde disiplin ! Salah sendiri !! Bila amik lalui rawatan begini , kita perlu ikut nasihatna 100% . Bila disuruh berpantang dan jaga pemakanan , ikutlah. Disuruh berenti merokok , berentilah. Suruh kurangkan makan garam , buatlah tapi ni tidak ! Camana nak berkesan ? Bila tak berkesan , mulalah !
Tapi isunya bukan tu jer .. Ada yang kata kaunselor mereka memaksa beli ubat ubatan yang mahal harganya. Dipaksa bersungguh sungguh.. Benar , aku sendiri tengok camana member aku tu kena .. Tapi lama dahhhh tuuu . Aku ingatkan dah berubah cara bisnis tapi tidak !
Maka setelah fikir masak masak dan berbincang dengan teman seperjuangan maka kami berpakat untuk menolaknya. Bukan apa , risau nanti ada kawan terpengaruh dengan cerita kitorang. Tak ke kesian ? Lainlah dia tu mmg kaya raya.. hehe..
Jadi , wang bukanlah persoalannya walaupun aku memerlukan wang tetapi ‘kejujuran lebih bernilai dari kekayaan.. ‘ . Camana aku nak bercerita andai kita tau hakikat sebenarnya ?
Hurmm..