Aku dah berusia 40 tahun. Terlewatkah aku untuk memiliki rumah ? Tak terlewat pon kalau kita bercita cita nak punya rumah sendiri. Hanya perlu tahu bagaimana caranya je .. kan kan ? Cam aku dulu , aku tak tau apaa apa pun.. Sangat rugi. Korang , untung laa.. ada orang dah sanggup berkongsi tips dan cara bagaimana nak miliki rumah pertama dan seterusnya.. haaa…
Penting sangat ke ada rumah sendiri ni ? Hurm… ramai masih belum sedar betapa pentingnya ada rumah sendiri. Tak semestinya , rumah sendiri tu untuk persediaan nak berkawin tetapi untuk masa depan sebenarnya. Bila dah ada pekerjaan tetap dan berkemampuan , sila simpan cita cita untuk punya rumah sendiri.
Bukan apa.. aku dah rasa dah… Dan ramai kenalan di Facebook aku pun dah mula mencari rumah tetapi persoalannya , di manakah yang sesuai terutama nak hampir dengan kemudahan awam seperti masjid , taman reakrasi dan sebagainya..
Di dalam artikal PENYEDIAAN SEBELUM MEMBELI RUMAH ada bagitau bagaimana korang perlu buat.Tips yang dikongsikan sangat menarik dan mudah untuk diikuti..
Ok.. dah dapat tips kan ? Skang ni , mesti tertanya, layakkah anda untuk membuat pinjaman perumahan ??? Sila rujuk JADUAL KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN dan juga Kalkulator Pinjaman Perumahan Mampu Milik ini .
Haaa.. amacam ? Dah faham ? Dah ada keyakinan ? Haa… Moga perkongsian ni boleh membantu korang dalam mengapai impian korang , miliki rumah pertama ! Serius best bila duduk dalam rumah sendiri …
Hehehe.. tips-tips yang aku bagi ni dari MEGA3 HOUSING SDN BHD. Jutaan terima kasih diucapkan atas perkongsian yang diberikan.. Moga bermanfaat untuk kita semua terutama mereka yang tercari cari rumah pertama..