Best tak naik teksi yang mana ada bau rokok di dalamnya ? Atau pendingin hawa dipasang tapi tetap berpeluh ? Bila sampai destinasi , harga yang perlu dibayar tiada diskaun ! Huhhh... Tiada maaf lak tu dari dia. Kena bayar penuh !
Itu antara pengalaman yang pernah aku lalui bila menggunakan teksi dan menyebabkan aku bertukar menggunakan saja pengangkutan awam yang lain atau pandu saja kereta ke destinasi yang hendak aku tuju... jammed pon jammed laa !
Grab Car muncul... Aku pernah guna perkhidmatan Grab Car dan ternyata tidak mengecewakan dan ramai bersependapat dengan aku. Kereta yang digunakan , memang selesa dan semalam , satu lagi keistimewaan jika menggunakan Grab Car iaitu kesegaran yang didapati di dalam kereta yang pastinya selesakan anda di kala kepenatan atau berada di dalam kesesakkan jalan raya.
Kerjasama antara Grab dan Ambi Pur diumumkan di ibu pejabat Grab , semalam. Usahasama ini mengabungkan dua jenama besar untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada para pemandu Grab samada yang baru atau lama. Semua pemandu Grab akan mendapat diskaun ekslusif untuk produk produk Ambi Pur dan secara langsung akan membuatkan para pelanggan mereka menerima 'Perjalanan Yang Paling Segar'.
Tahniah Grab dan Ambi Pur atas kerjasama ini.