Wife ajak makan malam di luar. Dia balik lewat sebab banyak kerja. Lepas hantar Qhaliff ke kelas tambahan, terus ke restoran pilihan wife. Aku pun suka restoran tu juga selepas pergi buat pertama kali. Saja nak support memandangkan restoran sebelum ni dah tutup dek kerana takda orang?? Makanan sedap tapi kerap tutup. Tak tau sebab apa lak.
Di restoran baru ni, aku perasan satu jer .. Char keow teow dia.. Sedap ! Kuah dia pun memang power tapi serius . Keow teow dia sikit sgt. Leh kira berapa kali suap dah abis! Apakah memang begitu ??
Untuk yang ada telur, harga ialah RM7.50. Aku berkali harga di menu supaya tak tersalah tengok. Takut jadi fitnah lak. Rabun pun satu hal.
Makanan lain, aku takda hal. Semua sedap. Cuma char keow teow tu jer. Nak tambah lagi, risau lambat. Tengok pelanggan lain yang baru sampai pun menunggu agak lama. Dan takda masalah pun bagi aku cuma aku mengejar masa je utk setiap malam Selasa.
Aku nak tanya kat diorang sebenarnya Apakah memang macam tu kuantiti keow teow atau harga barang mahal dan terpaksa kurangkan kuantiti untuk elakkan harga lebih mahal ?
Tapi rasa macam tak patut lak . Hahaha.. Redha je la. Aku bukan complen tapi sekadar nak tau . Apakah sebab harga barang atau memang makanan sekarang ni dah mahal ? Atau sewa kedai mahal ? Nak kata nak cepat kaya tu, aku rasa tuduhan melampau lak. Aku masih berfikiran positif.
Apa pun.. Makanan kat kedai ni memang sedap belaka ! Itu aku tak boleh nafikan. Layanan staff pun bagus. Oh ya..ada sudut permainan utk kanak kanak juga. Bagus !