Separuh akhir Gegar Vaganza 2020 yang tidak berjaya menarik minat aku untuk menontonnya dengan sepenuh hati. Kenapa ? Aku tercari cari gak punca... Pengacaranya terutama si Nabil makin membosankan ? Lawak yang sama setiap minggu ? Atau muzik dari para peserta yang cam.. hurm.. agak kelam kabut ??? Tapi bila Indigo muncul , terus terasa ketenangan gitu.. Baru terasa macam ada konsert gitu..
Seperti yang aku jangka laa... muka muka feveret ke final adalah Mus , Linda dan pastinya Hashira , Ayu tu dari awal berjaya mengekalkan prestasinya. Noraniza Idris ? Cliff ? Hurm... Oja ? Untung Oja ada rambut panjang. Hahahaha.. Gitu gak la dengan Cliff.. Realiti.. Suara ? Hurm... tarikan ketika mengadakan persembahan ? Hurm... Nasib baik Astro perlukan mereka untuk pastikan tarikan penonton atau masing masing akan ke TV3 ! Heheheee..
Aku dah jangka Cliff akan terkeluar untuk selamatkan 'Noraniza Idris' ! Tapi penonton tv nak Noraniza Idris terkeluar ! Haaa.. Dan aku sokong kali ni la.. Cliff lebih ok berbanding Noraniza Idris. Sepatutnya Kak Ani terkeluar sebab kurang menyengat tapi dek kerana nak jaga air muka , dia 'diselamatkan'. Nah... inilah politik dunia hiburan. Hahahaa.. Kena hadamkan je la.. Dua dua masuk final ! Boleh ? Hahaa..patutnya salah seorang tu terkeluar dah..
Haa.. satu lagi.. Muss ! Hurm.. dia ok. Semua lagu dia boleh bawak. Seperti yang aku jangka. Dia kan dah biasa layan lagu lagu pelbagai genre. Cuma bagi aku , dia masih belum menonjolkan star dia lagi. Setiap kali persembahan dia, boleh jangka dah bagus dia tapi tak de Umphhhh ! Ada tu ada tapi tak power sangat ! Hanya boleh LAYAN persembahan dia. Nak bangun tepuk tangan tu.. tak de la..
Juara Gegar Vaganza ? Aku rasa antara Ayu atau Hashira.. Oja ? Hurm... Top 5. Linda bagi aku ok tapi juri macam kureng dengan dia. Perasaan aku je kot ? Gitulah pendapat aku yang tak arif pasal muzik Malaysia ni..
Ecece...