Ahad menjelma. Kemudian Isnin dah ! Ada 5 hari kena gi bangun awal , pulang lewat petang. Itu ok lagi tapi kalau kena mengadap boss yang sampah perangainya, boleh mendatangkan stress dalam diri. Lama kelamaan , bisa mengundang hypertension.. ! Pastu mati sorang sorang. Boss tak datang ziarah pon. Pernah berlaku yer !
Ni gambar contoh jer yer ! Aku pun 'boss' gak.. tapi bukan 'boss' sia mahupun 'boss' san !
Ni gambar contoh jer yer ! Aku pun 'boss' gak.. tapi bukan 'boss' sia mahupun 'boss' san !
Stressnya nak gi kerja pastu nak mengadap boss perangai muka dua ni. Depan kita , dia punya cakap.. perghhh.. Tapi depan big boss , tu diaa.. dia hentam kita lak. Pastu angguk dan sanggup buat apa saja. Terima apa saja tugasan.. dan menariknya , dia tak buat pon... dia serah kat kita. Kita bertungkus lumus buat , dia dapat nama ! Makan sorang ! Tak bagitau pon tu tugasan berkumpulan.. hasil kerjasama ! Taakkkk.. dia kata dia yang buat.. yang lain bantu ! Perghh.. ni hanat punya boss woo !
Malang dapat boss gini. Kita nak bersuara pun tak boleh. Dia punya mulut manis , pihat atasan percaya. Kita ? Hurmm.. dia 'kenakan' kita... kaw kaw ! Sampai satu tahap , kita rasa baik cari kerja lain jer la.. Best part , manusia hanat tu terus berada di situ dan naik gaji ! Aduhhhh... kita gakk kena 'kuar' dan cari kerjaya lain..
Realiti ni , dah banyak berlaku di Malaysia... sayangnya di negara kita ni , kita utamakan PENJILAT. Sememangnya spesis gini selalu play safe. Dan dia berjaya di atas muka bumi ni hasil aniaya insan lain. Tak pe la.. sabar je la kawan..
Kalau rasa jiwa tertekan dengan kerja anda .. cari je la kerja lain. Biarlah gaji kecik tapi hati gembira. Apa guna gaji besar tapi rasa macam nak bunuh orang ! Kan ? Mesti ada perasaan gitu kan ? Jangan ikut perasaan.. Bahaya. Dapatkan nasihat pakar hati... luahkan perasaan.. kalau perlu buat report, kumpulkan bukti.. lagi bagus.
Buat korang yang bergelar boss.. Pastikan gaji yang diterima tu berkat dan halal , yer. Nak kasi makan anak bini dengan duit tu tauu.. Nak besarkan anak anak dengan gaji tak berkat ke ? Fuh...