Novel : Lelaki kurang berimaginasi

by - Jumaat, Mac 05, 2010

Novel dan wanita , tidak dapat dipisahkan..Sebenarnya banyak perkara yang tak dapat dipisahkan dengan wanita ni..kalau boleh , semua perkara laa diorng nak terlibat...Lelaki lak , kurang skit...kalau ada keuntungan barulah nak terlibat...

Novel ...sinonim dengan wanita...Di mana mana sahaja kita boleh nampak wanita membaca novel..Tak kira tempat..Tandas , aku tak tau la..tapi aku sure la tak kot....mengarut la tu..Tapi kalau lelaki , kalau membaca tu , dalam tandas pun ok je...Jgn dibiarkan masa berlalu begitu saja..Rugi woo..

Wanita ni beremosi sedikit..Diorg suka dalam keadaan beremosi..maksud aku tu ialah , bermain dengan perasaan..Bila baca novel tu , sah sah diorng terbayang diorg tengah bercinta ...Tang hero tu , aku tak sure la diorng bayangkan sapa kan..Dengan cara wanita akan keluar sebentar dari masalah dunia...masalah rumahtangga ,kerja , anak anak...terutama sekali yang memberi masalah pada mereka ialah LELAKI !! huh ...mmg lelaki suka memberi masalah...nasib baik aku bukan lelaki...erk ...adeh..ngan aku aku terlibat !!

Kenapa lelaki tak suka baca novel ? Kalau soalan tu ditujukan pada aku , aku kata..Aku suka baca novel..lagi jiwang lagi aku sukaaaa...Novel jiwang la maksud aku...Aku suka baca novel jiwang ni sebab aku rasa aku suka menghayati dan mengimaginasikan keaadaan tersebut...hehehe..jgn gelak lak...Kalau dulu , aku baca novel seram ....Siap ada koleksi ...

Kalau lelaki tak suka baca novel , lelaki suka baca apa ??? Ramai lelaki gemarkan majalah dan paling ramai ialah komik ...Jenis ni malas nak berimagisi...satu perbuatan yang sia sia jer....Sebab tu baca komik jer...Tengok lukisan lagi best dari mengimaginasi..

Persoalan aku , adakah lelaki kurang berimaginasi ? Jawapannya salah...lelaki selalu berimaginasi...Tak caya ? Majoriti arkitek ialah lelaki ...designer ...lelaki ...pelukis ..lelaki ...pengarah yang berjaya ..lelaki .. ...haa...chef yang berjaya ...banyak lagi laa...

Lelaki berimaginasi sesuatu yang boleh menjadi realiti...kecuali nak jadi super hero , atau yang sememangnya tk logik...Perempuan lak , tak berminat nak jadikan realiti..biarkan je dalam kepala diorg..dengan cara tu , diorg boleh relaks..kan kan ...

Kesimpulan sebenarnya...Lelaki ni malas nak membaca novel yang tebal tebal...sebab tu baca komik atau majalah yang nipis dan penuh dengan gambar...tak larat nak membaca dah...aka MALAS...tu sebenarnya..kan kan ...Kalau tak malas , mana bisa spesis ni mampu berimaginasi dengan baik sekali !!

Wanita lak....gemar membaca ..apa saja sebenarnya...Sebab tu diorng boleh berborak dalam apa jua topik ....Tak kira la topik apa pun ..Tu sebab bila diorng berjumpa , maka mulut yang cot cet cot cet baru disusuli dengan bertanya khabar ...haaa...pastu sambung gossip 5 minit...

Begitulah adanya...ok la...nak g solat...kalau nak nafikan..sila tinggalkan komen dan no telefon anda....makassihh...

You May Also Like

2 comments

  1. Saya baca juga novel...tapi dulu2 laa, sekarang ni nak pegang novel pun macam tak de napsu...tapi kan memasak pun perlu daya imaginasi yang tinggi (tak sudah2 budak ni kan kalau komen, mesti nak selit cerita2 masak!!..pe hal lahh agaknya!!). Ben menulis ni pun saya rasa turut dipengaruhi oleh imaginasi, emosi dan juga perasaan.

    BalasPadam
  2. saya pun dah lama tak baca...memasak mmg memerlukan imaginasi..sebab tu jadi maggie goreng berkualiti tinggi ..hahaha

    Ye betul..menulis juga memerlukan imaginasi yang tinggi agar pembaca dapat menghayatinya...

    BalasPadam